RESPON TERHADAP USAHA-USAHA PENUBUHAN KELAB UMNO DI ACEH
Muqaddimah :
Sejak kebelakangan ini, saya melihat terdapat usaha-usaha yang dilakukan oleh beberapa pihak baik dari dalam Indonesia mahupun luar (Malaysia) untuk menubuhkan Kelab Umno di Aceh sebagaimana kewujudannya di tempat-tempat lain di Indonesia seperti di Jakarta, Medan dan sebagainya.
Sehubungan itu, saya selaku Pengerusi Biro Dakwah & Pembangunan Insan – Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia-Indonesia Cabang Aceh (PKPMI-CA) bagi sesi 2009 / 2010 ingin memberikan sedikit respon (maklum balas) terhadap usaha-usaha ini. Berikut adalah kenyataannya :
1) Untuk makluman, di Indonesia telah ada pertubuhan yang menaungi pelajar-pelajar
2) Di Aceh, PKPMI-CA baru sahaja dirasmikan penubuhannya tanggal 30 Okt 2008 oleh TYT Dato’ Zainal Abidin Zain, Duta Besar Malaysia ke Indonesia di Hotel Hermes pada Majlis Sambutan ‘Idul Fitri 1429.Majlis perasmian penubuhan PKPMI-CA turut disertai oleh Dr. Junaidi Abu Bakar , Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) di Indonesia.
3) Maka, usaha-usaha yang
i) Pelajar
ii) Kewujudan Kelab Umno nanti dibimbangi akan menimbulkan keresahan dikalangan mana-mana mahasiswa sehingga tidak mustahil akan munculnya mahasiswa yang akan menggagaskan idea penubuhan kelab-kelab parti politik lain seperti Kelab PAS, Kelab PKR dan seumpamanya sebagai bentuk perlawanan. Maka, natijahnya, perpecahan antara pelajar
4) Adapun, jika beberapa tahun kedepan nanti, bilangan pelajar Malaysia di Aceh ini bertambah sekalipun, saya merasakan sudah cukup dengan kewujudan PKPMI-CA untuk menaungi mereka kerana PKPMI juga adalah pertubuhan rasmi yang sah dan berada dibawah naungan Kedutaan Malaysia di Indonesia sendiri.
5) Maka, saya tegas menyatakan bahawa kewujudan Kelab Umno di Aceh adalah tidak menjadi sebuah keperluan yang mendesak kepada pelajar
6) Saya merasakan cukuplah dengan kewujudan kelab-kelab Umno di wilayah-wilayah lain di Indonesia yang jelas telah memberikan impak yang sangat buruk untuk kesatuan dan perpaduan antara pelajar-pelajar
7) Untuk akhirnya, sekali lagi saya menyatakan bahawa, buat masa dan tempoh ini, sekiranya diberi pilihan atau tawaran untuk diwujudkan Kelab Umno disini, ianya tidak menjadi priority bagi kami kerana PKPMI-CA sudah wujud dan saling berusaha menjalinkan kerjasama dengan PKPMI di-wilayah-wilayah lain di Indonesia demi memelihara kebajikan pelajar-pelajar Malaysia.
Untuk itu, semua pihak diharap dapat mengambil dan memberi perhatian yang serius mengenai kesan kewujudan Kelab Umno di Aceh nantinya jika ia ditubuhkan.
Terima kasih,
Muhammad Fadhlullah Ismail
Pengerusi Biro Dakwah & Pembangunan Insan (PKPMI-CA)
2009 / 2010
Catatan: Berikut adalah website PKPMI-Pusat http://www.pkpmipusat.com/index.html
1 ulasan:
Respon yang bernas dan tak berat sebelah. Teruskan usaha dlm badan dkwah di aceh (sbenarnya baru tau je apa jwtn)..
Catat Ulasan