Sekurang-kurangnya dalam majlis ilmu baik di masjid, bilik kuliah di kampus, dewan seminar atau apa sahaja, ada 3 jenis manusia dalam bab memberikan pertanyaan :
1) Bertanya kerana benar-benar tidak tahu – soalan diajukan kepada penceramah, pengkuliah dan sebagainya kerana dia benar-benar ingin mengetahui.
2) Bertanya sesuatu yang dia sudah tahu – soalan diajukan kepada penceramah, pengkuliah dan sebagainya kerana dia meyakini masih ada orang ( pendengar ) yang tidak mengetahui permasalahan itu bahkan tidak terfikir untuk bertanya. Maka, mudah-mudahan apabila penceramah atau pengkuliah menerangkan permasalahan itu, bisa memahamkan orang lain juga.
3) Bertanya untuk mengenakan orang – soalan diajukan untuk test power ilmu penceramah untuk melihat sejauhmana kemampuannya atau bertujuan untuk mengenakan mana-mana individu atau mana-mana kelompok dalam majlis ilmu tersebut. Contohnya : Ditanya soalan tentang perangai ‘kuat makan, kuat tidur, hisap rokok dan sebagainya’ bertujuan ingin menyakitkan mereka. ( Tetapi kalau sengaja ditanya secara umum dengan niat yang ikhlas untuk memperbaiki, itu dibenarkan. Yang penting keikhlasan ketika bertanya )
Jadi, pilihlah antara ketiga-tiga jenis tukang soal ini yang ingin anda terapkan pada diri anda sebagai ahlul ilmi. InsyaAllah.
Sekadar perkongsian…mudah-mudahan bermanfaat.
1 ulasan:
Semasa zaman Rasulullah(s.a.w),Salah satu kaedah para sahabat r.a mempelajari ilmu adalh bertanyakan soaln,dan dalam bab bertanya soalan juga ada 3 jenis pertanyaan atau 3 jenis orang yg bertanya:1)bertanya untuk dirinya sendiri(keperluan dirinya)2)keperluan orang lain(dengan asbab orng yg ingin bertanya malu,jadi ada sahabat yg bertanya menjadi wakil)3)bertanyakan soalan yg dia sudah tahu akan jawapannya (tetapi dia bertanya dan Rasulullah menjawab natijahnya,orang lain jugak akan dapat ilmu yg sama)wallahutaala a'la wa a;lam
Catat Ulasan