Sabtu, 2 Mei 2009

Manohara : cerita yang jadi huru hara...

Lebih kurang 2 minggu sudah, media di Indonesia melaporkan kes kononnya seorang wanita bernama Manohara dianiayai oleh anak Sultan Kelantan. Dimaklumkan, Manohara telah berkahwin dengan anak Tuanku Sultan.


Sampai hari ini saya sendiri tidak faham-faham apa yang menjadi permasalahannya yang sebenar sehingga isu ini mendapat liputan media bagaikan tragedi Singapura diserang todak. Rasanya, jika dikaji dan difahami pun, ia tidak menambahkan apa-apa dan jika dibiarkan pun, tidak mengurangkan apa-apa pada anda.


Yang pasti, saban hari si ibu kepada Manohara dipaparkan wajahnya di kaca TV sambil mengalirkan air jernih dari celahan kelopak matanya. Pada awalnya, si ibu hanya mengakui sudah lama tidak dapat bertemu anaknya dan sehingga hari ini muncul pula berita kononnya Manohara ini dianiyai oleh anak Sultan Kelantan itu, Tengku Temenggong. Aniaya bagaimana ? Saya pun tidak sempat bertanyakan mereka berdua. Namun, media hanya menyatakan mereka kini sama-sama berada di Malaysia. Jika masalahnya hanya masalah dalaman keluarga, untuk apa dibuka dan didedah begitu terperinci oleh media? Tanyalah media dan tanyalah si ibu ini.


Setiap hari, baik dalam ruangan Berita Seputar Indonesia mahupun ruangan bersama artis ( gossip dan sebagainya ), pengacara sering menggunakan istilah ‘Manohara dilarikan oleh anak Sultan Kelantan, Malaysia’ , Manohara dianiyai oleh anak Sultan Kelantan’ dan sebagainya. Sampai-sampai isu ini mula mendapat campurtangan pemerintah Indonesia yang turut bersimpati. Cara penyampaian info ini seolah-olah akan berlaku ‘gempa’ dahsyat antara Indonesia dan Malaysia. Hampir sebahagian artis-artis di Indonesia memberikan ulasan baik yang rapat dengan Manohara atau tidak, baik yang pernah mengadakan persembahan bersama dia atau tidak.


Untuk makluman, jika ruangan artis dan gossip mereka di Malaysia setiap hari Sabtu atau Ahad, di Indonesia setiap hari bermula seawal jam 06.30 pagi, menunjukkan betapa ramainya artis-artis di Indonesia. Gambar-gambar Manohara yang yang ‘mencucuk’ biji mata penonton, diulang tayang, dengan terbuka dihadapan dan dibelakang sosok tubuhnya.


Tengah hari tadi, klip-klip video menarik diulang tayang. Apa ya? Wah, rupa-rupanya setiap kali Majlis Ulang Tahun Sultan Kelantan, sering kali diadakan majlis tari menari di dalam istana. Bahkan turut melibatkan artis dari Indonesia. Ramai orang-orang istana yang berkot dan bertali leher hadir, tidak terkecuali wanita-wanitanya. Bezanya, Nampak ‘warak’ sikit, menari dengan tudung dikepala walaupun jambul yang gagal ditutupi.


Sekadar berkongsi cerita :) – penulis.

1 ulasan:

AZANI berkata...

ya, biarkan,rasanya banyak lagi isu yang patut di mediakan,