Rabu, 28 Julai 2010

Memperingati Syahid 2 'Solah' Dalam Hamas

Memperingati Syahidnya 2 Orang ‘Solah’ di dalam Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah (HAMAS) Palestin iaitu Sheikh Solah Syahadah dan Solah Darwazah. Perjuangan kalian akan sentiasa diteruskan…


Lain-lain info, foto-foto tentang mereka rujuk di website Hamas di link sisi blog.


Jumaat, 23 Julai 2010

Hijrah ( Vol 1 ): Setiap Muslim Ada Tanggungjawab Untuk Islam dan Ummah

Ketika mengkaji mengenai hijrah Rasulullah SAW bagi tujuan menyiapkan skripsi (karya ilmiah) saya yang berjudul ‘Konsep Hijrah Dalam Perspektif Al-Qur’an’, saya temukan beberapa hal menarik dalam perjalanan hijrah tersebut. Ianya menggambarkan bagaimana Rasulullah SAW ingin mendidik umatnya bahawa kita sangat memerlukan antara satu sama lain dalam melaksanakan urusan atau gerakan kerja dakwah dalam perjuangan Islam. Bahkan sampai kita diberi keizinan oleh Islam untuk memanfaatkan pihak non-Muslim atau pihak musuh dalam beberapa keadaan tertentu yang kita memerlukan mereka.


Di bawah ini adalah nama beberapa individu yang terlibat secara langsung dalam melancarkan proses perjalanan hijrah:


1) Saidina Ali – seorang anak muda yang berusia 32 tahun lebih muda dari Rasulullah dan merupakan sepupu Baginda, anak kepada Abu Talib bin Abdul Mutalib. Tugas yang dibebankan kepadanya adalah menggantikan tempat tidur Rasulullah pada malam hijrah disaat rumah tersebut dikepung oleh 11 pemuka Quraisy termasuk Abu Jahal dan Abu Lahab.


2) Saidina Abu Bakar – beliau lahir dua tahun setelah kelahiran Rasulullah SAW. Beliau terlibat dalam hijrah ke Habsyah (Ethopia) sebelum hijrah ke Madinah. Dalam hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW memilih beliau sebagai teman dalam perjalanan.


3) Abdullah bin Abu Bakar – beliau adalah anak Saidina Abu Bakar yang ditugaskan sebagai intel untuk mencari maklumat dan menyampaikan maklumat kepada Rasulullah SAW yang bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah. Abdullah mendengar apa sahaja perbicaraan penduduk Mekah (tentang mereka) di siang hari dan pada petangnya, menyampaikan info tersebut kepada mereka. Setiap malam (dalam tempoh 3 hari tersebut), Abdullah tidur di gua bersama mereka dan pulang pada waktu Subuh.


4) Asma’ binti Abu Bakar – beliau juga adalah anak kepada Saidina Abu Bakar. Tugasannya adalah menghantar makanan ke Gua Thur setiap hari. Sangat menakjubkan kerana saat itu ia sedang hamil tua, namun mampu mendaki gunung yang tidak mampu didaki oleh semua orang. Asma’ digelar ‘Zatun Nitaqain’ artinya ‘pemilik dua ikat pinggang’ kerana ia memotong kain ikat pinggangnya untuk mengikat mulut kantung makanan tersebut.


5) Amir bin Fuhairah – beliau adalah mantan hamba kepada Abu Bakar. Beliau diberi tugasan supaya membawa kambing-kambing peliharaannya ke padang pasir pada waktu siang bagi menghilangkan jejak kaki Abdullah dan Asma’ dan pada waktu petang membawa kambing ke gua Thur untuk diperah susunya.


6) Abdullah bin Uraiqith – beliau adalah seorang Musyrik yang mempunyai keahlian dalam menunjuk jalan di padang pasir. Sekitar 4 bulan sebelum berangkat berhijrah, Rasulullah dan Abu Bakar menyerahkan dua ekor unta kepadanya untuk dipelihara untuk kegunaan tunggangan berhijrah nanti. Sampai masanya beliau bertemu Rasulullah dan Abu Bakar dengan membawa unta tersebut untuk berhijrah. Artinya, kita dibenarkan meminta bantuan pihak non-Muslim dalam beberapa hal yang mereka ada kepakaran, syaratnya mereka itu boleh dipercayai, tidak akan khianat atau membocor rahsia.


Maka, setiap umat Islam khasnya mereka yang mengintima’kan diri bersama perjuangan Islam berkewajipan memberikan sumbangan, pengorbanan (tenaga, masa dll) serta kepakaran yang kita ada untuk membantu urusan agung ini. Jangan ada yang menyebut, ‘maaf, saya tiada ilmu..maaf, saya tak pandai berceramah’ dan lain-lain. Kerana membantu Islam sangat banyak jalannya.


Gambar: Wajah para syuhada’ Palestin dikalangan pemuda-pemuda yang berada di bidang kejuruteraan (Al-Muhandis). Dari http://www.alqassam.ps/arabic/


Khamis, 15 Julai 2010

Patutlah Yahudi Kejam dan Zalim kerana…

Yahudi Dalam Talmud


“Wahai anakku, hendaklah engkau lebih mengutamakan fatwa dari para Ahli Kitab (Talmud) daripada ayat-ayat Taurat.” (Erubin 2b-edisi Soncino)


“Bilamana seorang Yahudi tergoda untuk melakukan suatu kejahatan, maka hendaklah ia pergi ke suatu kota di mana ia tidak dikenal orang dan lakukanlah kejahatan itu disana.” (Moed Kattan 17a)


“ Seorang Yahudi tidak wajib membayar upah kepada orang kafir yang bekerja baginya.” (Baba Kamma 37b)


“ Jika seorang Yahudi menemukan barang hilang milik orang kafir, ia tidak wajib mengembalikan kepada pemiliknya.” (Baba Kamma 113b)


“ Jika seorang Yahudi membunuh seorang Cuthea (kafir), tidak ada hukuman mati. Apa yang sudah dicuri oleh seseorang Yahudi boleh dimilikinya.” (Sanhedrin 57a)


“ Kaum kafir ada diluar perlindungan hukum, dan Tuhan membukakan wang mereka kepada Bani Israel.” (Baba Kamma 37b)


“ Orang Yahudi diperbolehkan berdusta untuk menipu orang kafir”. (Baba Kamma 113a)


“ Semua anak keturunan orang kafir tergolong sama dengan binatang.” (Yebamoth 98a)


“ Adam telah bersetubuh dengan semua binatang ketika ia berada di syurga.” (Yebamoth 63a)


“ Seorang Yahudi boleh mengahwini anak perempuan berumur 3 tahun.” (Sanhedrin 55b)


“ Seorang rabbi telah mendebat Tuhan dan mengalahkanNya. Tuhan pun mengakui bahawa rabbi itu memenangkan debat tersebut.” (Baba Mezia 59b)


“ Seorang Yahudi diwajibkan membaca doa berikut ini setiap hari: aku bersyukur ya Tuhanku karena Engkau tidak menjadikan aku seorang kafir, seorang perempuan atau seorang budak (hamba) belian.” (Menahoth 43b – 44a)


Ucapan Pemimpin-Pemimpin Yahudi


“Kita harus menyerang disemua lini (garis tengah). Tidak hanya sebatas wilayah Palestina atau wilayah Israel semata-mata. Kita harus melakukan segala upaya untuk menjamin agar mereka (pelarian Arab – Palestina) tidak akan pernah kembali (ke Palestina).” – David Ben Gurion, mantan PM Israel.


“ Luas Negara Israel tidak ditentukan. Luasnya akan disesuaikan dengan keperluan dan jumlah penduduknya.” – Chaim Weizmann, mantan Presiden Israel.


“ Luas Negara Israel adalah sejauh yang dapat dicapai oleh militer Israel.” – Golda Meir, mantan PM Israel.


“ Usir penduduk yang tidak berduit se-sen pun itu keluar perbatasan (Palestina) dengan cara menutup lapangan kerja. Kedua proses, baik meniadakan mereka dari kepemilikan mahupun pengusiran kaum melarat itu, harus dilaksanakan dengan cara yang sangat hati-hati dan kewaspadaan.” – Theodore Hertzel, pendiri Zionisme Antarabangsa.


“ Kita harus menggunakan terror, pembunuhan, intimidasi, penyitaan tanah dan pemutusan semua pelayanan sosial untuk membersihkan tanah Galilea dari penduduk Arab.” – The Koenig Memorandum 1978.


“ Orang Palestina tidak lain adalah binatang yang berjalan diatas dua kaki.” – Manachem Begin.


“Kita akan gunakan kekuatan secara maksima sehingga orang Palestina akan mendatangi kita dengan merangkak.” – Rafael Eitan, Kepala Staf Tentera Israel.


“ Tiap orang harus bergerak, berlari dan merebut puncak bukit sebanyak mungkin untuk memperluas pemukiman kerana apa yang kita rebut hari ini akan menjadi milik kita untuk selamanya. Apa yang tidak kita rebut akan menjadi milik mereka.” – Ariel Sharon, mantan PM Israel yang kini sedang koma sejak beberapa tahun.


Para Rabbi Yahudi


“Bahkan orang kafir yang baik sekalipun, seluruhnya harus dibunuh.” – Rabbi Simeon Ben Yohai.


“ Orang-orang Arab itu tidak lebih daripada anjing, sesuai ajaran Talmud.” – Rabbi Meir Kahane.


“ Satu juta nyawa orang Arab tidaklah seimbang dengan sepotong kelingking orang Yahudi.” – Rabbi Jaacov Perrin.


“ Sesungguhnya bila kita melihat orang kafir sedang terhanyut atau tenggelam disungai, kita tidak boleh menolongnya. Kalau kita melihat nyawanya sedang terancam, kita tidak boleh menyelamatkannya.” – Rabbi Moses Maimonedes.


Sumber: Majalah Sabili, Indonesia – edisi 24 Jun 2010 / 11 Rejab 1431.


Isnin, 5 Julai 2010

Fakta-Fakta: UMNO, Melayu & Judi

Allah swt menyifatkan Judi dan sebahagian maksiat lain seperti arak sebagai najis atau kotoran yang jijik. Malah ia pula adalah "kerjaan" syaithan a'laihi laktullah. Menjadi tanggungjawab semua khasnya pemuda - pemuda Islam bangkit berjuang membebaskan diri dan masyarakat dari terus bergelumang dalam kubang najis atau tahi yang kotor lagi jijik .


Negara kita merupakan sebuah "Kubang Tahi" no 3 terbesar di dunia selepas Las Vegas di Amerika dan Macau di Hong Kong . Ianya sungguh memalukan . Malu pada Tuhan dan pada malu pada dunia . Sementara negara kita mempunyai lebih dari 10 orang mufti dan entah berapa ratus orang qadhi pula berapa ribu Imam di seluruh negara .


Sebahagiannya menjadi kuda kepang yang ditunggang oleh "Kerajaan Tahi" , menurut ke mana jua arah dipacu asal mulut terus dikekang dengan elaun dan gaji pokok yang lumayan . Rakyat tenggelam timbul dalam "kubang tahi" malah sebahagian mereka pula entah banyak mana yang telah tertelan tahi . Lebih malang , akibat terlalu lama bermukim di dalam kubang tahi ini , sebahagiannya mula berasa selesa dan lebih jijik apabila tahi pula dijadikan makanan rutin mereka .


Apa boleh buat , apabila mereka telah rasa selesa begitu . Namun sekurang - kurangnya ada usaha gigih daripada kita untuk menarik keluar insan yang terperangkap dalam kubang tahi yang besar ini . Benar apa yang diungkapkan oleh Sdr Suhaizan Kaiat bahawa kempen Membantah Judi yang digerakkan oleh Gerakan Rakyat Membantah Judi [ GMJ ] adalah suatu yang ditunggu - tunggu oleh anak - anak dan juga isteri - isteri yang sering menjadi mangsa sang ayah dan sang suami yang terjerat dalam kubang tahi ini .


Setelah Lesen Judi Sukan ditarik balik atau dibatalkan [ setakat ini oleh : Majlis tertinggi UMNO bukan Kabinet ] , GMJ meneruskan pula kempen Tak Nak Judi sebagai satu pendidikan berperingkat dan berterusan untuk rakyat dan negara membersihkan diri dari tahi yang jijik . Setelah 50 tahun berkubang dalam loji tahi yang besar ini , satu gerakan pendidikan Tak Nak Judi mesti digerakkan secara serius dan berkesan .


Malaysia mempunyai sekurang - kurang 11 Loji [ baca kubang ] Tahi yang besar .


a] Perjudian Cyber

b] Perjudian Atas Kapal [ Malaysia 2 buah kapal kasino mewah 6 tingkat ]

c] Kasino di Pekan Danok Bukit Kayu Hitam

d] Perjudian bergerak [ menggunakan van - van besar ]

e] Perjudian di Kedai - kedai kopi

f] Sindiket Judi

g] Casino de Genting

h] Judi Nombor Ekor

i] Lumba Kuda dan Perlawanan bola sepak [ judi sukan ]

j] Mesin Permainan Video

k] Judi kanak - kanak [ tikam - tikam , mesin slot dan pertaruhan turap

Sumber : Industri Judi di Malaysia

Teras pengupayaan Melayu

Industri Judi satu penindasan , yang kaya raya ialah tauke judi [ baca Tauke Tahi ] sementara pemain judi [ baca Pemain Tahi ] akan terus menderita papa kedana . Syarikat judi [ baca Syarikat Tahi ] akan terus mengaut keuntungan jutaan ringgit . Lihat sahaja rekod yang ada .

Biarpun rekod lama , tetapi menunjukkan keuntungan yang mereka kaut . Sekurang - kurangnya negara kita mempunyai 7 syarikat besar yang memiliki "Kubang Tahi" ini :


a] Genting Berhad [ th 99' : untung bersih : RM 1, 101, 101,000 ]

b] Resort World Berhad [ th 99' : untung bersih : RM 645, 800, 000 ]

c] Magnum Corporation Bhd [ th 99' : untung bersih : RM 519, 304, 000 ]

d] Metroplex [ th 99' : untung bersih : RM 88, 980, 000 ]

e] Leisure Managment [ th 99' : untung bersih : 78, 958, 000 ]

f ] Berjaya Sport Toto Bhd [ th 2000 : untung bersih : RM 254, 474, 000 ]

g] Tanjung Public Limited Company [ th 99' : untung bersih : RM 185, 517, 000 ]

Sumber : Industri Judi di Malaysia

Teras Pengupayaan Melayu

Mungkin kita tidak bermain judi [ baca main tahi ] secara langsung , tetapi sebahagian ummat Islam dalam negara kita mahu tidak mahu terperangkap dalam menerima dan mengambil manafaat dari hasil judi negara [ baca hasil tahi negara ] . Ini berlaku melalui tindakan kerajaan yang melabur dalam syarikat - syarikat tahi yang besar ini . Sebagai contoh , merujuk kepada Laman Bursa Saham Kuala Lumpur [ KLSE - RIIAM Information System ] dicatat badan - badan yang mewakili kerajaan Malaysia menanam saham [ baca saham tahi ] dalam syarikat - syarikat judi

.

a] KWSP : Jumlah saham : RM 7, 894, 800 [labur di Genting Highland & Resort World Bhd]

b] Lembaga Tabung Angkatan Tentera : RM 45, 162, 668 [ Resort World Berhad ]

c] Amanah Raya Berhad : RM 8, 828, 400 [ Metroplex ]

d] Kementerian Kewangan M'sia : RM 327,000 [ Metroplex ] & RM 20,000 [Berjaya Group]


Rakyat dipaksa makan hasil tahi . Lebih malang , syarikat - syarikat judi ini turut dimiliki atau dikuasai oleh orang - orang Islam yang pastinya memalukan nama baik Islam dan ummatnya. Namun ini realiti negara kita : [ rekod lama yang kita miliki dan sebahagiannya kekal sehingga sekarang ]


a] Genting Berhad : Tun Hanif Omar : Bekas Ketua Polis Negara sbg Deputy Chairman

b] Magnum Corp Bhd : Tan Sri Dato' Khir Johari : Bekas Menteri : Vice Chairman

c] Resort World Bhd : Tun Hanif Omar : Bekas Ketua Polis : Deputy Chairman

d] Berjaya Group : Dato' Sulaiman Mohd Noor : Director

e] Berjaya Sport Toto : Tan Sri Dato' Jaafar Abdul : Director

f] Leisure Managment Bhd : Tan Sri Dato' Khir Johari : Bekas Menteri : Director


Kerajaan didesak supaya ambil langkah berkesan dan bijak untuk membebaskan negara ini dari Industri Tahi agar kelak orang tidak panggil negara kita Negara Tahi ! Seperti negara memerangi dadah yang disebut sebagai najis [ tahi ] malah diisytihar sebagai musuh no 1 negara. Jua sebagaimana kerajaan menangani rokok yang dilihat sebagai merbahaya kepada kesihatan . Kenapa judi tidak dilihat merbahaya kepada kesejahteraan negara dan rakyat . Judilah yang menyuburkan budaya gengster , Along , mafia dan akhirnya menelurkan pelbagai bentuk jenayah .


Sekurang - kurang kerajaan mempunyai plan berkesan untuk mengurangkan judi yang kian berleluasa di negara kita . Saya tertarik dengan gesaan yang pernah dibuat oleh Yb. Leong Ngah - Ngah Adun Triang dari DAP supaya kerajaan tidak lagi menyiarkan keputusan nombor ekor di dalam surat khabar berbahasa melayu sebagai salah satu usaha membendung pembelian nombor ekor dikalangan orang Islam .


Semua pihak mesti serius . Bermula dengan Kerajaan Persekutuan [ pusat ] , Kerajaan Negeri - negeri [ terutama negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat ] , Badan - badan politik , Ngo - Ngo dan orang perseorangan mestilah gigih berusaha untuk mengurangkan operasi judi yang berlesen atau tidak , justeru kesemuanya membawa kesan yang serupa .


Kita sasarkan 50 tahun akan datang , negara kita menjadi negara yang sifar judi . Meskipun tempoh ini panjang , namun usaha terancang dan berkesan termasuk menggunakan kuasa yang dimiliki serta kempen berterusan mestilah digerakkan . Sekurang - kurangnya negara kita beransur aman kerana kita juga memahami bahawa sukar untuk menghapuskan judi secara serentak setelah indusri ini dibina sejak 50 tahun yang lalu . Ianya telah mengakar dalam negara kita .


Selamatkanlah anak bangsa kita , generasi muda yang bakal memimpin negara dan seluruh rakyat yang tidak bersalah agar mereka tidak dipaksa menanggung akibat perbuatan manusia yang telah hilang kewarasan dan kewibaan kerana berada di bawah pengaruh ketagihan judi yang parah .


Insyaallah , sedikit masa lagi saya cadangkan agar GMJ menganjurkan Konvoi Tak Nak Judi ke Genting Highland sambil mengedar risalah mendidik rakyat supaya meninggalkan aktiviti yang tidak baik malah keji ini .Kami mewakili seluruh rakyat prihatin menegaskan bahawa :
kami Tak Nak Judi ! walau apa jenis judi tersebut .


Ya Allah ! Selamatkan kami , negara kami , generasi kami bahkan seluruh rakyat dalam negara ini daripada terjebak dalam kancah perjudian . Ya Allah ! selamatkan kami dari kemurkaanMu dan kami berlepas diri dari perbuatan manusia - manusia fujur [ jahat ] yang telah mencetus kemurkaanMu Ya Allah ! Ya Allah ! Berikan kekuatan kepada kami untuk terus berjuang , menggerakkan kempen atau dakwah murni , mengajak manusia menghindarkan diri dari maksiat besar ini .


Ya Allah ! berilah petunjuk dan keredhaanMu kepada kami dan semua rakyat agar insaf dan sedar betapa judi dan maksiat - maksiat yang lain adalah suatu yang wajar dimansukh atau dibenteras dalam negara kita .


Ameen Ya Rabbal A'lamin .

Dicopy dari: http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.