Sabtu, 31 Januari 2009

Monumen Sepatu Untuk Bush

Sebagai penghargaan dari warga Iraq untuk wartawan, Muntazar Al-Zaidi yang melempar sepatu (kasut) ke muka Bush 15 Dis 2008 yang lalu dalam kunjungannya ke Iraq, Laith Al-Amiri seorang warga setempat telah membina sebuah monumen sepatu di Bandar Tikrit, Iraq. Tikrit adalah Bandar kelahiran Saddam Husein.


Ia didirikan sebagai penghormatan kepada Muntazar yang sanggup membela maruah warga Iraq dengan lemparan sambil menyebut “ini ciuman perpisahan dari warga Iraq, anjing !”. Kini beliau merengkok dalam penjara Iraq, dibantai teruk oleh pihak keselamatan Iraq.


Monumen seberat 1 tan setengah, tingginya mencapai 2 meter ini diberi nama ‘Monumen Kejayaan dan Kedermawan’ dan dirasmikan pada Khamis (29 Januari 2009) baru-baru ini. Bahagian dalam sepatu ini dihiasi tanaman rimbunan yang dibuat dari plastic. Menurut seorang warga Iraq, “monument ini merupakan ekpresi terkecil atas apresiasi kami untuk Muntazar kerana hati warga Iraq dihibur dengan lemparan (sepatu)nya”.


Gambar dan maklumat diambil dari: http://foto.detik.com/readfoto/2009/01/30/110557/1076667/157/1/monumen-sepatu-untuk-muntazar

Jumaat, 30 Januari 2009

Mereka Masih Bersama Israel Ketika Ghazzah Dibantai !


Dipetik dari: Sabili, Januari 2009


Majalah Sabili menyifatkan beberapa individu ini adalah Zionis Melayu yang secara diam-diam menjadikan Israel sebagai kawan. Antaranya adalah:


1) Abdul Rahman Wahid (Gusdur), mantan Pres.Republik Indonesia –

a) Mei 2008, beliau ke Amerika untuk memenuhi undangan Shimon Wiesenthal Center (SWC) untuk menerima penghargaan The Jewish Medal of Valor. Dalam majlis tersebut, beliau turut menyatakan ikut serta merayakan Hari Kemerdekaan Israel, sebuah hari dimana bangsa Palestin dibantai secara membabi buta dan diusir dari tanah air. Anugerah medal diterima kerana beliau dilihat sebagai sahabat paling setia dan berani terang-terangan menjadi pelindung Zionis-Yahudi dunia disebuah Negara majority Muslim terbesar seperti Indonesia.

b) 12 Jun 2007, dalam sebuah konferensi bertema Holocaust di Bali pada hari Selasa, Gusdur juga membela Holocaust. Beliau menyebut, Indonesia seharusnya mengakui Negara Israel.


2) Goenawan Mohamad, pendokong Aliansi Kebangsaan dan Kebebasan Beragama dan Berkeyakinan (AKKBB) - (Islam Liberal) -

a) 2006, beliau menerima penghargaan ‘Dan David Prize’ dan wang langsung bernilai US250.000 di Tel Aviv.

b) Beberapa tokoh AKKBB adalah mereka yang termasuk orang-orang yang merelakan diri menjadi pengikut kepentingan Zionisme Internasional.


3) Delegasi Perdamaian Indonesia – dari Yayasan Lab for All, sebuah yayasan swasta berasal dari AS yang bertujuan untuk memerangi kelompok Islam yang menurut mereka ‘garis keras’.

a) 08 Dis 2007, lima orang anggota delegasi ini menemui Shimon Peres (ketika itu Pres.Israel) berpusat di Jerusalem. Yayasan Lab for All mempromosikan Islam yang bersekutu dengan Zionis Israel dan Gusdur pelindungnya. Pertemuan ini dilakukan salah satunya bertujuan dalam rangka memperingati 60 tahun berdirinya Israel di bumi Palestin.

C.Holland Taylor, pimpinan Yayasan Lab for All mengatakan, Gusdur pernah mengeluarkan sikap yang menolak dan menentang HAMAS dalam isu Palestin.

b) Paling menyedihkan, aktivis Muhammadiyyah, Syafiq Mughni menyatakan kepada Shimon Peres, “ kita berharap suatu waktu Muslim Indonesia boleh bersikap lebih toleran dan mengutamakan demokrasi. Hal ini boleh dilakukan antara lain melalui jalur pendidikan untuk mengubah mental Muslim Indonesia agar lebih bersikap terbuka”. Maksudnya agar Muslim Indonesia boleh menerima Israel sebagai sekutu.


4) Aktivis Muhammadiyyah

a) Media Israel mendedahkan bahawa Prof.Aryono Pusponegoro dan Dr.Sudibyo Markus sebagai wakil pertubuhan Muhammadiyyah turut menandatangani kerjasama dan persetujuan dengan organisasi Kesihatan Israel, Magen David Adom (MDA).


5) Pejabat Tinggi Pemerintah Negara

a) Ketua Kadin (Perdagangan) Pusat, secara rasmi melakukan hubungan bisnes dengan pejabat Kadin Israel.

b) Tentera Nasional Indonesia (TNI), diisyaratkan pernah melakukan pembelian sejumlah senjata api jenis senapang sniper seperti Galil-Galatz produk Israeli Military Industries (IMI) beberapa tahun lalu.

c) Tenaga-tenaga medis Indonesia dikirim ke Israel dalam rangka pelatihan Intersive Care Unit (ICU). Bahkan, banyak peralatan ICU yang ada dirumah sakit di Indonesia dibeli dari Israel – didedahkan oleh seorang doctor bedah Indonesia.


6) Ulil Abshar Abdalla, coordinator Jaringan Islam Liberal (JIL)

a) Beliau menganggap aksi-aksi demonstrasi membantah Israel di Indonesia hanya diikuti oleh sebahagian kecil dari umat Islam di Indonesia. Bahkan mereka yang tidak ikut serta dalam aksi ini tidak boleh menggambarkan seluruh keseragaman umat Islam yang ada di Jakarta. “ Ini menggambarkan bahawa mereka yang bersemangat mengangkat isu Palestin itu bukan dari kelompok Islam arus utama seperti Nahdhatul Ulama (NU), Muhammadiyyah, Al-Irsyad, Al-Washiliyyah, Persis dan lain-lain. Ada kecenderungan bahawa isu Palestin menjadi semacam identity yang membezakan antara kelompok dengan kelompok lain dalam umat Islam”.


Catatan: Teori Ulil Abshar terbantah kerana hari ini bukan sahaja kelompok Islam yang melakukan aksi solidarity Palestin, tapi seluruh elemen bahkan seluruh dunia melintasi agama.


7) Mohammad Gontor Ramli, tokoh JIL dan pendokong AKKBB

a) Dalam tulisannya beliau menyebut sama seperti ucapan Menteri Luar AS, Condoleeza Rice yang menuduh HAMAS punca penyerbuan Israel ke Ghazzah.

“ Kita juga menjumpai adanya kemunduran pada posisi HAMAS yang menguasai jalur Gaza saat ini, yang beberapa tahun sebelum ini menjanjikan harapan dan perubahan bagi dunia internasional dengan mengikuti pilihanraya dan meninggalkan pendekatan senjata dalam menyelesaikan konflik dengan Israel. Namun, kerana perpecahan dalaman di Palestin khususnya HAMAS dan FATAH, HAMAS seolah-olah kembali ke habitatnya (angkat senjata). Masa depan, Hamas perlu kembali kepada jalur jihad diplomasi dan perundingan untuk meraih dukungan dunia internasional”. - Harian Ibu Kota, terbitan Jakarta 31 Dis 08.


8) Siti Musdah Mulia, tokoh JIL

a) 2009, ketika Front Pembela Islam (FPI) membuka pendaftaran untuk jihad ke Palestin, beliau memperli FPI dengan menyebut “salah satu bentuk sikap sinis kita kepada kelompok Islam yang ingin mengirimkan relawan jihadnya ke Palestin adalah menderma darah untuk Palestin”. – ucapan di Taman Menteng, Jakarta, program Mimbar 1000 Harapan: Doa Untuk Munir dan Korban Perang di Gaza.


9) Luthfi Assyaukanie, tokoh JIL

a) Beliau mengunjungi Israel dan melaporkan dalam facebook:

“ saya baru sahaja melakukan perjalanan ke Israel. Banyak hal berkesan yang saya peroleh dari negeri itu, dari soal kota tua yang kecil namun penuh memori konflik dan darah, Tel Aviv yang cantik dan eksotis, hingga keramahan orang-orang Israel. Saya kira siapa pun yang menjalani pengalaman seperti saya, akan mengubah pandangannya terhadap Israel dan orang-orangnya”.


“ Kecerdasan orang-orang Israel diatas rata-rata manusia. Ini bukan sekadar mitos yang biasa kita dengar. Setiap 2 orang Israel yang saya jumpai, ada 3 yang cerdas. Mungkin ini yang menjelaskan kenapa bangsa Arab yang berlipat jumlahnya itu tidak pernah boleh menandingi Israel”.


“ Orang-orang Israel akan membela setiap jengkal tanah mereka yang bangunkan dari bumi yang tandus menjadi sepotong syurga. Bahawa mereka punya alasan sejarah untuk melakukan itu, itu adalah hal lain. Pembangunan bangsa seperti kata Benedict Anderson, tidak banyak terkait dengan masa silam, ia lebih banyak terkait dengan kesedaran untuk menyatukan sebuah komunitas. Bangsa Yahudi melalui doktrin Zionisme telah melakukan itu dengan baik”.


Catatan: Masih banyak catatan dari beliau seperti pengakuannya masuk secara bebas ke sinagog (tempat sembahan Yahudi) untuk merayu kepada tuhan ditembok ratapan dan keluar masuk gereja, memuji-muji Israel yang orang-orangnya cenderung bersahabat.


Makluman: Nama-nama tokoh JIL ini anda boleh rujuk pada arkib blog ini dalam bulan Disember tentang JIL untuk mengetahui sedikit biografi dan latarbelakang pengajian mereka – penulis. Website http://islamlib.com/id/


Isu Ghazzah : Peranan & Nasib Ulama’.


Hari ini sudah lebih 1 bulan Israel membantai Ghazzah. Dilakukan genjatan senjata dan HAMAS menerimanya kerana memikirkan maslahah umat Islam (orang awam yang tidak bersenjata) sehingga hari ini, Israel mengkhianati lagi dengan melakukan lagi penyerangan tidak bertamadun.


Ketika 27 Dis 08 yang lalu, hari demi hari umat Islam seluruh dunia menunggu kenyataan-kenyataan dan dukungan para ulama’ terhadap Palestin. Alhamdulillah, sekian banyak ulama’ semakin berani bersuara setelah lebih 1000 orang gugur bersimbah darah dan ratusan cedera parah. Al-Qardhawi sejak dahulu serius mendukung Palestin walaupun dihentam oleh pelbagai pihak yang berkepentingan dengan Israel.


Namun, disebalik isu Ghazzah, umat Islam tidak akan lupa satu tragedy besar yang menimpa seorang ulama Islam di Arab Saudi, Sheikh ‘Awad Al-Qarni. Beliau ditangkap oleh penguasa Arab Saudi semata-mata mengeluarkan fatwa agar kaum muslimin di Arab Saudi membela Palestin. Polis Arab Saudi menangkapnya tanpa sedikit penjelasan pun.


Dalam masa yang sama, seorang ulama Saudi, Sheikh Shalih Al-Luhaidan, pemimpin tertinggi Majlis Al-Qadha, Arab Saudi mencetus kontroversi dengan mengeluarkan fatwa yang sangat menyakitkan umat Islam. “ Bahawa demonstrasi mendukung Palestin adalah perbuatan fasad fil ‘ard (kerosakan diatas muka bumi)”. Subhanallah. Allahu Akbar ! Apa yang sedang terjadi ini? Ketika puluhan ulama’ memfatwa boikot Amerika & Israel, teruskan demonstrasi mengkritik Israel dan sebagainya, tiba-tiba kenyataan ini terkeluar.


Ketika Imam Samudera menulis buku ‘Aku Melawan Teroris’ dan mengkritik segelintir ulama’-ulama Saudi yang diam apabila umat Islam ditindas dan mengeluarkan fatwa-fatwa menghukum teroris kepada aksi-aksi mujahidin, Al-Qaeda dan sebagainya, menghentam Saudi yang memenjarakan para mujahidin yang terlibat dengan Al-Qaeda, muncullah ustaz-ustaz di Indonesia yang mengaku golongan Salafi ‘asli’ yang menghentam Imam Samudera dengan menyebut “ini hanya kedengkian beliau kepada ulama’-ulama’ Saudi dan pemerintah Saudi yang ikhlas menjaga Daulah Islam Saudi yang bermanhaj Ahlus Sunnah Wal Jama’ah”.


Bahkan Sheikh Shalih sendiri menyebut, “yang mengatakan bahawa Saudi bersama Yahudi dan Amerika, tidak lain hal itu diucapkan oleh orang-orang yang dihatinya ada kedengkian terhadap akidah ini (ASWJ) dan para pemikul serta pembelanya. Kedengkian itu hanya akan menjerumuskan para pemiliknya kepada pelbagai kehinaan dan keburukan”.


Ketika Ghazzah diserang, pemimpin Arab Saudi yang dianggap golongan ‘paling kuat’ Ahlussunnah dan penegak Daulah Islam Saudi entah hilang kemana. Yang pasti, setiap kali bertemu pemimpin Amerika, pelukan erat dan senyum tidak bersalah sering dipaparkan saat Ghazzah dibom dahsyat. Selepas selesai sebentar peperangan, maka keluarlah kenyataan, “kita akan hantar bantuan segera, kewangan dan ubat-ubatan”. Anggapannya, wang yang jutaan itu mampu mengganti nyawa yang sudah terkorban 1300 orang ! Ketika serangan, diam membisu !


Catatan: Isu Ghazzah – Peranan & Nasib Ulama’ bukan dari artikel Sabili, hanya olahan penulis. Terima kasih.

Khamis, 29 Januari 2009

Terjaminkah Masa Depan Institusi Mufti Dalam Negara ?

Sampai sekarang saya tertanya-tanya, untuk apa institusi Mufti diwujudkan dalam Negara? Siapa yang mencetus idea untuk mewujudkannya? Desakan dari rakyat sebelum kelahiran sayakah atau naluri pemerintah yang merasai keperluan adanya mufti? Atau mereka ini benar-benar diperlukan disaat-saat genting untuk membicarakan hukum celup jari dengan dakwat dalam Pilihanraya semata-mata? Ataupun untuk membicarakan tentang tips keluarga bahagia? Wallahua’lam.


Namun, jika benar dari kehendak pemerintah yang ikhlas mahukan Negara sentiasa dibimbingi oleh para ulama’ yang tugasnya menjadi penasihat pemerintah, bukan mengampu pemerintah, ya silakan diikuti. Adapun jika sekadar untuk dijadikan lipstick bagi menunjukkan betapa Islaminya pihak pemerintah, anda membohongi Islam.


Sejurus menerima makluman dari seorang Ustaz yang telah beberapa tahun berkhidmat di Negeri Sembilan pagi tadi, saya semakin tertanya-tanya, akan berakhirkah institusi mufti di Malaysia selepas ini. “ Negeri Sembilan paling panas sekarang. Sejak Sheikh Murtadza disingkir dari jawatan mufti, hujan langsung tidak turun sampai sekarang. Menteri Besar (Muhamad Hasan) ambil kesempatan di atas kemangkatan Tuanku (Jaafar) untuk singkir. Selama ini Tuanku Jaafar yang duk defend. Surat singkir itu ditulis ‘khidmat anda tidak diperlukan lagi di Negeri Sembilan’ “. Dalam banyak hal, Sheikh Murtadza antara yang terkehadapan sehingga dilihat ‘menggangu’ pemerintah N.Sembilan.


Rasanya keyakinan saya dan kalian juga semakin berasas. Penghinaan kepada mufti dengan tekanan dan ugutan sehingga pemecatan bukan perkara baru. Bermula dari Sheikh Said Ibrahim (Mufti Sabah) lagi yang sempat berada dibawah pemerintahan Dr.Mahathir. Diikuti Dato’ Ishak Baharum yang meletup dengan isu Ratu Cantik’. Berikutnya, Dato’ Harussani Zakaria (Perak) yang mencetuskan isu Sure Heboh dan Murtad. Tekanan dari MB Perak (Tajol Rosli) kepadanya dihadapi dengan tabah sehingga tumbangnya keangkuhan Tajul Rosli dalam PRU 2008 yang lalu. Keberanian Dr.Asri (Perlis) juga mengundang pelbagai respon negatif dari pemerintah. Kini, giliran mufti Negeri Sembilan pula.


Sayang sekali ! Hukum Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sampai sekarang tidak dirujuk Mufti, tetapi tentang dakwat pilihnraya riuh rendah satu Malaysia dibesar-besarkan untuk menunjukkan prihatinnya pemerintah terhadap pandangan mufti.


Paling malang ! Mufti pun berlagak jadi tukang kempen UMNO. Carilah sampai jumpa kalau mahu berkenalan. Akhiran, Islam mesti diberi kesempatan untuk memerintah bukan diperintah agar peranan mufti dapat dipertahankan. Maklumkah, Malaysia mempunyai Mufti paling banyak didunia, ada disetiap negeri.


Catatan : Kepada pembaca yang mempunyai maklumat-maklumat berkaitan isu ini untuk dikongsi, boleh sampaikan pada ruangan komentar dibawah. Terima kasih.