Rabu, 30 Disember 2009

Daftar ajaran dan aliran sesat di Indonesia

Berikut adalah fahaman dan aliran sesat di Indonesia yang sebahagian besarnya telah difatwakan oleh Majlis Ulama’ Indonesia (MUI) :


1) Ingkar Sunnah ( Anti Hadis ) – muncul di Indonesia sekitar tahun 1980-an dengan nama Kelompok Qur’ani ( pengikut Qur’an ). Fatwa MUI tentang ajaran yang menolak hadith dikeluarkan pada tahun 1983.


2) Ajaran sesat Isa Bugis – beliau berasal dari Kota Bhakti, Aceh Pidie.


3) Darul Arqam – asal Malaysia dan pernah diharamkan pada tahun 15 Ogos 1994.


4) Gerakan Lembaga Kerasulan – dipimpin oleh Aceng Syaifudin dengan misi mendirikan negara Islam Indonesia versi mereka dan mengakui Rasul tetap diutus sampai Qiamat.


5) Negara Islam Indonesia Komandan Wilayah IX dan Ma’ahad Al-Zaytun – banyak kerosakan aqidah dilakukan oleh mereka dan penyimpangan dalam bidang syariah. Antara pimpinan di Ma’ahad Al-Zaytun adalah Abu Toto As-Sheikh AS Panji Gumilang.


6) Gerakan Ahmadiyyah – didirikan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiyani di India yang mengaku sebagai Nabi. Masuk ke Indonesia pada tahun 1935.


7) Baha’i atau Baha’iyah – ajaran yang menggabung semua agama iaitu Yahudi, Kristian, Islam dan lain-lain. Asal dari Syi’ah Itsna ‘Asyariyah ( Syi’ah Imamiyah yang berkembang di Iran ). Pendirinya adalah Mirza Ali Muhammad As-Syirazi.


8) Lembaga Dakwah Islam Indonesia ( LDII ) – ditubuhkan oleh Mendiang Nurhasan Ubaidah Lubis yang dahulunya bernama Darul Hadith ( 1951 ). Kemudian ditukar menjadi Islam Jama’ah. Bagi mereka, orang diluar kelompok mereka adalah kafir dan najis.


9) Gerakan Syi’ah – dukungan kuat dari Kedutaan Besar Iran di Jakarta.


10) Lia Aminuddin dan Agama Salamullah – wanita bernama Lia Aminudin, 51 tahun ini mengaku Jibril selalu turun menemuinya dan menyampaikan wahyu. Agamanya adalah Salamullah.


11) Jaringan Islam Liberal ( JIL ) – sekarang dipimpin oleh Ulil Abshar Abdalla. Pemikiran aneh-aneh dari orang seperti Nurcholis Majid dan Harun Nasution dijadikan bahan kokurikulum di hampir semua IAIN dan UIN Indonesia hari ini.


Sekadar pengenalan ringkas untuk pembaca yang penulis kutip dari buku Aliran dan Paham Sesat di Indonesia karya Ust Hartono Ahmad Jaiz ( penulis buku: Ada Pemurtadan di IAIN ).

Jumaat, 25 Disember 2009

Memahami Kisah Hud-Hud Dalam Konteks Gerakan Islam

[ Hasil perbincanganku bersama teman-teman dalam usrah mingguan ]


Berpedomankan Surah An-Naml dari ayat 20 sehingga 44, marilah sama-sama kita memahaminya guna menjadikan perjuangan Islam yang kita intima’kan diri ke dalamnya ini bertambah gagah melangkah mendepani mehnah dan tribulasi yang pelbagai serta berjaya mencapai hadaf dan ghayahnya disebalik latar belakang pendokong dan simpatisan yang pelbagai rupa dan warna.


Umumnya sudah mengetahui jalan cerita kisah menarik antara Hud-Hud dan Nabi Allah Sulaiman a.s yang sangat mengasyikkan dan menyimpan seribu ibrah tersebut. Kelewatannya tiba dalam himpunan bersama haiwan-haiwan lain di hadapan Nabi Sulaiman dan penemuan menarik Hud-Hud kepada sebuah kerajaan yang rakyatnya menyembah matahari di bawah pemerintahan Ratu Balqis sudah di hadam sebaik mungkin oleh semua pencinta Sirah Anbiya’. Sekarang kita bicarakan pula peristiwa shohih yang terdapat dalam Al-Qur’an ini dari sisi pergerakan Islam.


Pertama: Nabi Allah Sulaiman umpama seorang Murabbi atau Qo’id atau Naqib dalam peristiwa ini. Pertemuan ini boleh diibaratkan seperti ijtima’ penting antara seorang Murabbi dan anggotanya. Ini tergambar dalam sikap dan tindakan Nabi Sulaiman yang hadir dan memeriksa seluruh burung-burung tersebut dengan penuh tertib.


Kedua: Murabbi, Qo’id atau Naqib seharusnya dan sewajibnya menjadi orang yang peka terhadap pengikut walaupun kedapatan seseorang pengikut atau anggotanya yang tercicir dan tidak hadir dalam sebarang pertemuan yang ditetapkan. Tiadanya Hud-Hud menjadi sebuah kebimbangan besar kepada Nabi Sulaiman. Logiknya, apalah sangat dengan seorang pengikut atau anggota yang tidak muncul dan bersama dalam pertemuan tersebut. Masih banyak pengikut yang lain yang bersama. Namun, dalam proses dakwah dan perjuangan Islam, ketiadaan seorang anggota ada hal yang besar. Kesimpulannya, dalam memacu gerak kerja Islam, sesuatu yang kebiasaan dianggap remeh dan kecil, jangan diamalkan. Inilah tanggungjawab seorang Pembina.


Ketiga: Ijtima’ para burung ini terlihat tinggi tahapnya. Seolah-olah ijtima’ antara seorang komandan dengan para prajurit persis di markaz tentera. Lihatlah bagaimana ‘iqab (hukuman) yang bakal diberikan oleh Nabi Sulaiman kepada Hud-Hud iaitu hukuman yang berat atau disembelih. Gayanya, burung-burung ini adalah pasukan yang hebat, tinggi dan penting sehingga begitu berat hukuman yang bakal dihadapi oleh Hud-Hud jika gagal datang dengan membawa alasan yang kukuh dan meyakinkan. Di sini jelas terpancar bagaimana sikap seorang ketua terhadap pengikut atau anggotanya. ‘Iqab dan ketegasan sangat perlu khasnya kepada para pejuang yang telah melalui proses tarbiyyah yang panjang. Adapun, kepada para mujahid-mujahid baru atau mad’u yang masih baru, kesederhanaan dan kelembutan mestilah diutamakan. Jangan menghukum anggota yang belum cukup tahap kefahamannya terhadap perjuangan Islam. Maka, pertanyaan seorang pimpinan kepada anggota dibawahnya yang gagal menghadirkan diri adalah sebuah hak yang perlu dilaksanakan.


Keempat: Seorang pengikut yang baik tidak seharusnya mencipta alasan yang terlalu banyak kecuali ketidakhadiran dengan alasan yang sangat kuat dan meyakinkan. Lihatlah Hud-Hud tiba dihadapan Nabi Sulaiman dengan membawa alasan yang sangat meyakinkan iaitu keterlewatanku adalah kerana mendapatkan sebuah informasi yang besar dalam misi dakwah. Bukan keterlewatan atau ketidakhadiran dengan alasan-alasan yang sengaja dibuat yang hakikatnya memang tidak mahu sertai dan bersama. Perbicaraan Hud-Hud dimulai dengan gaya bahasa yang boleh menjadi perhatian penting kepada burung-burung lain bahkan Nabi Sulaiman sendiri. Katanya “aku melihat seorang perempuan yang memerintah dengan singgahsana yang besar dan aku dapati kaumnya menyembah matahari”. Perbicaraannya sudah tentu menjadi tumpuan apabila dimulai dengan khabar tentang seorang perempuan.


Kelima: Kelewatan Hud-Hud hanyalah kerana sebuah misi dakwah. Bukan kesengajaan yang dicipta. Gambaran jelas bahawa Hud-Hud hidup dalam situasi memikirkan peranan terhadap gerak kerja Islam yang akhirnya informasi inilah yang menjadi titik tolak kepada Islamnya Balqis dan seluruh kaumnya yang sebelum ini mensyirikkan Allah. Inilah sumbangan besar Hud-Hud iaitu sebagai pembawa informasi.


Keenam: Dalam perjuangan Islam jangan amalkan budaya memandang remeh dan kecil terhadap sesuatu perkara. Boleh jadi, dengannya mendatangkan mudarat yang besar dan boleh jadi dengannya menjadi manfaat yang besar. Lihatlah keprihatinan Nabi Sulaiman tersebut.


Gambar: Wajah-wajah para mujahidah Palestin yang gugur syahid dalam Amaliyyah Al-Istisyhadiyyah (operasi untuk mendapatkan syahid: pengebom berani mati (istilah kuffar dan pengikutnya)

Jumaat, 18 Disember 2009

22 Tahun HAMAS : 1987-2009

Tanggal 14 Disember 2009 bersamaan 27 Zulhijjah 1430 yang lalu, Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah: HAMAS ( Gerakan Kebangkitan Islam ) menyambut ulang tahun ke-22 penubuhan HAMAS di bumi Palestin. HAMAS adalah gerakan jihad dalam menghadapi pencerobohan bangsa Yahudi ke atas tanah umat Islam Palestin. Mereka juga adalah ‘pengawal-pengawal’ Al-Aqsa disaat rumah Allah yang menjadi kiblat pertama umat Islam ini dikotori oleh tentera-tentera Zionis Laknatullah.

HAMAS juga adalah sebuah gerakan Islam yang melibatkan diri sebagai parti politik Islam di Palestin bagi menghadapi gerakan parti politik secular dan kebangsaan Palestin dalam misi menegakkan kerajaan Islam Palestin. Pengkhianatan gerakan secular dan kebangsaan (nasional) Palestin ke atas perjuangan Islam dan ke atas bumi Palestin tidak boleh disembunyikan lagi. Disaat bumi Palestin dibantai oleh Israel dengan dukungan Amerika dan Negara-negara kuffar lain, mereka inilah yang sanggup duduk bergelak ketawa bersama para penjajah ini dalam rangka menjalinkan kerjasama memusnahkan HAMAS semata-mata kerana HAMAS mahukan Palestin yang hidup dengan dasar Islam dan perlawanan ke atas Yahudi di atas nama jihad.

Kedengkian gerakan secular dan kebangsaan Palestin seperti Gerakan Fatah ( pimpinan Presiden Palestin: Mahmud Abbas ) ke atas HAMAS jelas terlihat ketika bumi Ghazzah dibantai teruk akhir 2008 yang lalu. Dahulunya FATAH dikenal sebagai PLO pimpinan Yaser Arafat. Mereka inilah yang sanggup membantu Israel menangkap pejuang-pejuang HAMAS dan siapa sahaja rakyat yang menjadi simpatisan kepada HAMAS. Bahkan, Negara-negara Arab seperti Mesir juga bertindak jahat kepada saudara seaqidah sendiri di Palestin dengan menutup jalan masuk Mesir – Palestin agar bantuan umat Islam tidak bisa sampai kepada rakyat Palestin. Semuanya ini dilakukan bagi mengambil hati Israel dan Amerika yang menjadi tuan kepada mereka.

Kini, umur HAMAS telah mencecah 22 tahun setelah ditubuhkan pada tahun 1987 yang lalu dibawah pimpinan As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin ( 1987-2004 ). Beliau syahid dibedil peluru berpandu dari helicopter Apache milik Israel. Penggantinya, As-Syahid Dr.Abdul Aziz Ar-Rantisi pula hanya sempat memimpin beberapa bulan sahaja, lalu peluru Apache menerjah dadanya pula. Kini, Qa’id HAMAS tidak diisytiharkan secara umum lagi kerana bakal menjadi sasaran baru Israel. Namun, tokoh-tokoh utama mereka seperti Ust Ismail Hanieyah ( PM Palestin ), Khalid Mash’al dan lain-lain ditonjolkan.

Teruskan perjuangan kalian…dengan iringan doa dari saudara kalian yang prihatin di seluruh dunia. Fajar kemenangan pasti tiba. Imman nasr wa immas syahadah wa ‘isy kariman au mut syahidan.

Gambar dari website Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam (sayap ketenteraan HAMAS) http://www.alqassam.ps/arabic/


Hiduplah dengan matlamat dan prinsip

Sekitar dua tiga minggu ini, beberapa sahabat-sahabat seperjuangan dan sepengajian dari bumi Malaysia yang menjejakkan kaki di bumi Aceh tanggal 25 Ogos 2008 telah berjaya menempuhi proses persidangan skripsi di hadapan beberapa orang penguji yang terdiri dari 4 orang dosen ( pensyarah ) di sini. Skripsi bermaksud karangan ilmiah yang wajib ditulis oleh mahasiswa sebagai bagian dari persyaratan akhir pendidikan akademiknya. Ia adalah dari kalimah bahasa Inggeris iaitu script. Sebelum wisuda (konvokesyen), maka setiap mahasiswa akan melalui proses persidangan skripsi. Di Malaysia, skripsi adalah tesis. Saya berbangga dengan kalian.

Sesi sidang skripsi disaksikan oleh teman-teman sepengajian yang lain. Saat itu, keberanian perlu meneggelamkan ketakutan, keyakinan perlu menghapus keraguan, ketenangan membungkus kebimbangan. Semuanya itu adalah ubat dan bekal mahal bagi mempertahankan karya ilmiah yang telah disiapkan dalam tempoh waktu berbulan-bulan lamanya beserta penat lelah yang tuan empunya badan sahaja merasainya. Mempertahankan hasil yang dibuat dihadapan penguji-penguji yang mempunyai pelbagai wajah bukanlah hal yang mudah. Pokoknya, sesi ini bukan sesi menyerah diri dihadapan mereka yang bertalu-talu melempar pertanyaan tersebut. Ini adalah ruang menyatakan pembelaan secara terbuka atas hasil usaha sendiri.

Menyerah bermakna membuang keyakinan terhadap hasil kerja yang sudah dilakukan semaksima mungkin. Jika mempertahankan hal ini perlukan kekuatan dan keberanian, begitulah dalam hal mempertahankan prinsip kehidupan. Apatah lagi prinsip itu benar dan kena dengan yang dikehendaki Al-Qur’an.

Prinsip dan matlamat adalah 2 hal yang berbeza. Prinsip adalah alat untuk mencapai matlamat. Matlamat boleh dibahagikan kepada 2 iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Anda boleh mencipta matlamat jangka pendek dalam kehidupan anda apa sahaja yang anda ingin capai. Namun, perlu diingati bahawa matlamat jangka masa panjang adalah tujuan yang sampai ke akhirat. Ianya adalah Mardhotillah.

Kalimah bahasa Arab sangatlah kaya dan unik. Hadaf adalah matlamat dan Ghayah juga adalah matlamat. Namun, ghayah khas untuk Islam atau untuk Allah. Maka, kalimah Allah digabung menjadi Allahu Ghayatuna.

Jika anda meletakkan matlamat hidup adalah bahagia dunia dan akhirat, maka anda perlu membayarnya dengan harga yang mahal. Akhirat tidak dapat percuma dan bahagia disana bukan dapat dengan anda duduk bersila dan menadah tangan sahaja. Maka untuk mencapai matlamat, anda perlukan alat. Alat itulah namanya prinsip. Contoh prinsip adalah ‘laksanakan perintah Allah dalam keadaan susah atau senang’. Ini namanya prinsip. Jika anda mahu bahagian dunia dan akhirat, lalu takut melaksanakan kerja Islam dan penakut yang teramat sangat untuk menyatakan kebenaran, apa anda ingat matlamat bahagia di akhirat boleh anda dapat ?

Maka, hiduplah dengan prinsip yang baik dan jelas. Orang yang tidak ada prinsip adalah orang bermasalah. Orang yang ada prinsip, lalu melawan prinsip sendiri lebih lagi bermasalah. Jika anda berprinsip, nyatakan sikap yang jelas apabila berlaku perlecehan atau perlawanan terhadap Islam. Jangan kerana ingin menjaga hubungan, anda diamkan kesalahan orang dikiri dan kanan anda. Jika anda seorang sahabat yang baik dan mahukan orang dikiri kanan anda juga baik, anda berbicara. Jika tidak, diamlah anda untuk selama-lamanya kerana anda sedang mencari redhonya.

( Tahniah untuk sahabat-sahabatku yang telah selesai menempuh tugasan-tugasan ini dan bakal menerima ijazah tidak lama lagi. Mudah-mudahan usaha kalian diberkati Allah dan ilmu yang dipelajari bermanfaat pada diri dan umat ini )

Ahad, 6 Disember 2009

Mudah-mudahan kalian bahagia di bawah redho Allah

Ucapan selamat mengakhiri zaman bujang, selamat membina Bait Muslim, selamat melaksanakan Sunnah Rasulullah ku tujukan khas buat kekanda yang disayangi, Ust Dzul Khairi bin Mohd Noor, mantan Pres.GAMIS 07/08 dan 08/09 yang telah melangsungkan perkahwinannya 29 Nov 2009 yang lalu.

Mudahan-mudahan isteri tercinta, rakyat Tapah, Perak Darul Ridzuan, Ukhti Raihana menjadi pembantu di sisi dalam memacu perjuangan gerak kerja dakwah dan tarbiah di bumi Malaysia, InsyaAllah. Semoga dibahagiakan Allah sehingga akhir hayat dan lahir darinya zuriat yang sholeh dan sholehah pembantu agama Allah.

Gambar dari: http://penjagaagama.blogspot.com/ blog Muhammad Haafizuddin Abi Rerah, mantan Pres.PMIUM 08/09.



Isnin, 30 November 2009

Carilah..nescaya Allah pertemukan, InsyaAllah.

Para Mujahidah

Kata’ib As-Syahid Izzuddin Al-Qassam

( Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam )

sayap ketenteraan

Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah ( HAMAS ),

Anda ( lelaki ) mungkin sukar mendapatkan wanita seperti mereka di atas yang menggalas senjata di bahu, mengikuti latihan tempur, mempelajari pemasangan bom dan pelancaran roket demi mempertahankan Islam dan tanah air yang dijajah oleh anak-anak kera Yahudi. Namun, anda masih mampu mendapatkan Muslimat yang mempunyai sifat dan sikap seperti mereka.

Mereka adalah wanita yang hidup memikirkan tanggungjawab dan peranan terhadap agama, mereka wanita yang kuat istiqamah dan pegangan prinsip yang jitu, mereka wanita yang menjaga dari sebarang perhubungan yang haram sebelum pernikahan, mereka wanita yang tidak sembarangan bertegur sapa dan bergelak ketawa dengan kaum lelaki tanpa apa-apa keperluan, mereka menjaga urusan ibadah dan hubungan dengan Allah, Al-Qur’an jadi penghibur mereka, mereka bukan wanita yang diam saat mungkar bermaharajalela, mereka wanita yang sedia dipimpin dan siap untuk memimpin, mereka wanita yang berhati-hati dalam menjaga lidah, mereka wanita pencari ilmu untuk beramal dan menyampaikan, mereka wanita yang tidak malu melaksanakan arahan Allah dan berani menzahirkan kebenaran….

Lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan sebaliknya..Carilah, usahalah, mohonlah pada Allah…Allah akan pertemukan, InsyaAllah.Ikuti aturan Islam. Jangan atur Islam ikut aturan sendiri.