Jumaat, 30 April 2010

Jangan Bising di Kampus?

Setelah menyaksikan beberapa orang aktivis mahasiswa yang lesu, tidak bermaya dan terus hilang entah ke mana saat berada di tengah masyarakat serta sunyi sepi tanpa khabar, akhirnya muncullah sebuah statement “jangan bersemangat sangat di kampus..nanti keluar tak terlibat dengan perjuangan…jangan aktif sangat di kampus, nanti pulang tak senyap pula” dan lain-lain yang seumpamanya. Berkali-kali saya memikirkan kebenaran statement yang sering saya dan anda dengar ini. Izinkan saya menanggapi kenyataan ini:


Pertama: Benarkah ramai aktivis mahasiswa yang aktif dan bersemangat di kampus, akhirnya pulang hilang entah kemana baik disibukkan dengan pekerjaan masing-masing atau sengaja menyibukkan diri dengan urusan lain sampai tidak terlibat lagi dengan gerakan Islam? Jika dikatakan ada segelintir yang terjadi sedemikian, saya masih bersetuju. Jika digambarkan seolah-olah tersangat ramai, saya masih perlu mengkajinya. Soalnya, berapa ramai aktivis mahasiswa yang benar-benar aktif dan bekerja keras di kampus dalam urusan dakwah, akhirnya pulang dan terus memberikan komitmen yang sangat baik,mengapa tidak dibicarakan?


Kedua: Sesuatu hal yang sangat wajar bagi seorang yang aktif dan bersemangat dikampus kerana kampus adalah dunia mahasiswa yang jauh berbeza dengan di luar kampus yang dipenuhi pelbagai latarbelakang masyarakat. Sekurang-kurangnya, mereka yang sentiasa aktif, bersemangat, bersuara lantang dan bekerja keras di kampus, akan sentiasa berada dalam situasi berhati-hati, sedar diri dan sering berdoa agar Allah tidak menggelincirkan atau menjauhkan diri mereka dari perjuangan Islam apabila keluar dari kampus. Ia akan sentiasa berada dalam ‘zon’ kebimbangan setiap waktu dan berusaha mempertahankan kata-kata serta amalnya di kampus.


Sudah pasti berbeza dengan mereka yang mengambil sikap berdiam diri dikampus. Golongan ini merasakan seolah-olah tidak ada ujian kepada mereka saat keluar nanti. Bagi mereka, orang yang ‘cakap banyak’ dalam kampus, ini yang banyak diuji oleh Allah. Akhirnya mereka terus terlena dalam zon yang dirasakan aman tanpa pernah berdoa kepada Allah agar mereka akan bersama perjuangan Islam saat keluar kampus.


Ketiga: Bayangkan bagi mereka yang mengambil pendekatan ‘wait and see’ di dalam kampus, hanya menjadi ‘pengamat mahasiswa’, ke hulu ke hilir di dalam kampus, menghabiskan masa di kafe dan disibukkan dengan urusan lain tanpa mempedulikan langsung kewajipan berperanan terhadap gerak kerja dakwah di kampus, kerana bimbang aktif di kampus, keluar nanti tidak terlibat pula, apakah individu sebegini boleh memberi jaminan bahawa dirinya akan pasti terlibat dengan perjuangan saat keluar nanti? Baik, anda fikirkan betapa ramai individu yang anda katakan bersemangat di kampus, akhirnya keluar hilang entah ke mana itu, jika mereka yang aktif itu pun teruji dengan sedemikian, apa anda boleh menjamin anda yang langsung tidak berperanan di kampus, bahkan tidak tahu menahu langsung tentang keorganisasian, pulang nanti akan bersama organisasi Islam?


Keempat: Fikirkan sejenak, mereka yang aktif dan berperanan baik di kampus, lalu pulang dan teruji dengan hal-hal sedemikian (hilang entah ke mana), bagi mereka telah ada ‘saham’ untuk Islam dalam tempoh beberapa tahun berada di kampus. Bagaimana pula dengan diri anda yang penuh di kepala 1001 alasan untuk tidak berperanan di kampus, akhirnya keluar nanti diuji pula oleh Allah dengan tidak terlibat soal perjuangan, lalu mati dalam keadaan tidak ada ‘saham’ yang telah anda berikan untuk Islam?


Kesimpulannya, elakkan memberikan idea bengong agar tidak aktif di kampus kerana bimbang diuji nanti saat keluar kampus. Yang benar adalah terus berperanan dengan baik dalam gerak kerja Islam di kampus dan dalam masa yang sama terus berdoa kepada Allah agar dipelihara iman dan istiqamah serta ditetapkan hati dan pendirian sehingga menghadap Allah. Yakin akan istiqamah itu satu kemuliaan, namun keyakinan tanpa pergantungan dengan Allah, itu sebuah kejahilan. Yang pasti, tiada siapa yang mengetahui hal yang berlaku di esok hari. Maka bergantunglah dengan Allah saat memikul amanah perjuangan. Wallahua’lam.


Foto 1: Dari kanan – Ust Ilias Ahmad (Peg.Pembangunan & Kegiatan Pelajar Kias), Al-Akh Azzar Ismail (YDP PKPMI-CA), saya, Al-Akh Mujiburrahman Saleh (mahasiswa Kias asal Aceh-kini di Jordan) dan duduk adalah Teungku Muhibbuddin Waly (ulama’ Aceh – baru tiba di Aceh dari Sabah) Ogos 2009.


Foto 2: Rombongan mahasiswa Kias kali ke-2 yang tiba di Aceh pada bulan Ogos 2009 diiringi oleh Ust Ilias Ahmad. Kali pertama pada 25 Ogos 2008.Turut serta mahasiswa dari Marsah, Johor.

Rabu, 28 April 2010

Pembunuhan Adik Aminulrasyid: Pendirian GAMIS

KUALA LUMPUR, 28 April: Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memandang serius kes Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati ditembak anggota polis, pagi kelmarin.


Presidennya, Mohd Idris Mohd Yussoff berkata, pihaknya berharap satu jawatankuasa khas ditubuhkan dengan segera serta menyiasat kes itu seadil-adilnya. “Kita sedih dengan beberapa kes sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama dalam penyiasatan bahkan masih ada yang belum diselesaikan.


“Dalam kes allahyarham Adik Aminulrasyid, siasatan adil dan segera sangat diharapkan kerana telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, pagi ini. Menurutnya, keadilan haruslah diberikan kepada mereka yang berhak serta tindakan susulan harus diambil sekiranya ingin membersihkan imej keselamatan negara Malaysia. Berikut ialah kenyataan penuh Gamis:



Pendahuluan



Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian allahyarham adik Aminulrasyid,
15 tahun, pelajar Sekolah Menegah Seksyen 7, Shah Alam yang telah ditembak di kepala oleh pihak polis. Beberapa media melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun namun dinafikan oleh keluarga Allahyarham. Polis mendakwa kereta yang dipandu oleh allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda dan polis bertindak melepaskan tembakan yang membunuh Aminulrasyid.


Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrasyid yang ada bersama allahyarham dalam kereta semasa kejadian. Dalam laporan polis yang telah dibuat, kawan yang sebaya dengan allahyarham menegaskan Aminulrasyid dalam ketakutan apabila terlanggar kenderaan lain dan memintas kereta peronda berkenaan. Setelah dipintas, anggota peronda terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran. Aminulrasyid rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya. Saksi ini melaporkan beliau kemudian dipukul oleh anggota polis sebelum sempat melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.


Menurut Monaliza Mokhtar, Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7, beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai satu fitnah. Pelbagai persoalan timbul di kalangan masyarakat berkaitan kes ini. Kes ini dilihat boleh mencalarkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan awam.


Pendirian Gamis:


Justeru, dalam kes ini, Gamis berpendirian:


1. Pihak polis tidak sepatutnya cuai dalam hal ini. Ada prosedur tertentu yang perlu dilalui oleh pihak polis sebelum menembak walau apapun kesalahan seseorang. Gamis berpandangan, kes tembakan ini adalah tindakan keterlaluan tambahan pula, kalaupun allahyarham Adik Aminulrasyid bersalah sekalipun, dia tetap juvana kerana masih di bawah umur. Pihak polis sangat teliti dalam beberapa kes yang lain seperti penangkapan mahasiswa yang terlibat dalam pilihan raya tetapi seolah-olah terburu-buru dalam kes seperti ini sedangkan ianya melibatkan keselamatan awam. Kemungkinan ianya turut menyebabkan rakyat Malaysia berasa tidak selamat walaupun mereka tidak melakukan kesalahan.


2. Gamis ingin mengingatkan kepada pengamal media agar berhati-hati dalam kenyataan media sama ada media cetak atau media elektronik. Hal demikian kerana, sikap terburu-buru media dalam menerbitkan isu mungkin boleh menyinggung perasaan keluarga dan orang lain. Dalam isu ini, pelbagai versi berita yang dihidangkan kepada masyarakat sehinggakan mereka keliru tentang kesahihan berita di samping telah menimbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada mangsa dan keluarga. Janganlah hanya kerana inginkan publisiti dan berita panas sehinggakan menimbulkan perkara yang tidak baik dalam masyarakat.


3. Gamis juga ingin berpesan kepada rakyat Malaysia khususnya agar tidak menerima sesuatu berita dengan mudah. Gamis amat sedih apabila timbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada allahyarham dan keluarga sehinggakan dijadikan perbincangan termasuklah di internet sama ada melalui forum-forum maya, blog, facebook dan sebagainya. Ada yang menambah-nambah cerita, mengutuk dan menghina Allahyarham dan keluarga. Gamis berharap perkara tidak baik seperti ini dihentikan. Sedangkan Rasulullah s.a.w. juga berpesan agar kita kita membangkitkan cerita-cerita tidak baik berkaitan seseorang setelah dia meninggal dunia walaupun dia bukan Muslim, apatah lagi kalau ada tokok tambah cerita dan fitnah yang dilemparkan.


4. Gamis berharap agar Perdana Menteri serta Menteri Keselamatan Dalam Negeri memandang serius kes ini. Gamis berharap satu jawatankuasa khas ditubuhkan dengan segera serta menyiasat kes ini seadil-adilnya. Kita sedih dengan beberapa kes sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama dalam penyiasatan bahkan masih ada yang belum diselesaikan. Dalam kes allahyarham Adik Aminulrasyid, siasatan adil dan segera sangat diharapkan kerana telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat. Keadilan haruslah diberikan kepada mereka yang berhak serta tindakan susulan harus diambil sekiranya ingin membersihkan imej keselamatan negara Malaysia.


Penutup


Gamis turut bersedih dalam isu ini serta ingin mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham atas kehilangan insan tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan beserta orang yang soleh. Gamis juga menyeru kepada semua pihak termasuklah pihak kerajaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), media dan masyarakat agar memandang serius dalam kes-kes seperti ini. Diharapkan kes-kes seperti ini tidak lagi berulang. Semoga keadilan dapat ditegakkan serta keselamatan negara lebih terjamin pada masa akan datang.


Dari: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26289:tembak-najib-hishammuddin-mesti-pandang-serius&catid=1:utama&Itemid=50 Pendirian Gamis ini turut dimuatkan di blog Presidennya http://tintaduat.blogspot.com/

Dari Al-Azhar: Belum habis lagikah pelajar agama dizalimi?

Kezaliman dan kesulitan apa lagikah yang bakal dan sedang dilalui oleh mahasiswa Malaysia di Universiti Al-Azhar, Mesir? Aturan tahun demi tahun diubah untuk menyukarkan mahasiswa Malaysia ke Mesir, MoU antara kolej-kolej Islam di Malaysia di batal…kini pelbagai hal lagi menimpa mereka gara-gara tangan jahat saudara seagama mereka yang muncul dengan pelbagai nama dan wajah.


Ikuti mehnah dan tribulasi terkini yang berlaku kepada mahasiswa Malaysia di Al-Azhar,Mesir disini http://www.pmram.org/ dan http://edpmt.org/v03/ dan http://www.ibnuirfadzil.blogspot.com/


Bersatu Menghadapi Kezaliman !!! Selamat Berjuang Sahabat-Sahabatku di Bumi Anbiya’…

Selasa, 27 April 2010

Kemalangan Ngeri Selepas Bercampur Baur Lelaki-Perempuan

[ Pada 08 Jun 2009 yang lalu, saya ada menyampaikan berita mengenai kejadian ngeri yang berlaku ke atas 9 mahasiswa ( 4 lelaki dan 5 perempuan ) dari beberapa university di Malang, Jawa Timur yang terlibat dengan kecelakaan jalanraya ketika pulang dari sebuah pesta. Ia berlaku pada 15 April 2009 dan berita mengenainya disiarkan oleh pelbagai akhbar, website dan juga majalah. Antaranya majalah Qiblati edisi 09. Saya paparkan sekali lagi petikan dari majalah Qiblati ini mengenai kejadian tersebut agar ada manfaat bagi kita semua ]


“…….kejadian ini baru sahaja terjadi beberapa hari lalu, tepatnya pada Hari Rabu malam Khamis tanggal 15 April 2009 di Kota Batu Jawa Timur. Lokasi kejadian ini hanya berjarak lebih 14 km dari kantor Majalah Qiblati dan Kinan.


Hari Rabu malam, sejumlah mahasiswa dan mahasiswi dari berbagai universitas di Malang, bahkan juga dari kampus-kampus yang berlabel Islam, bermaksud mengadakan pesta disebuah vila di Songgoriti, Kota Batu. Tempat ini adalah tempat yang indah, berupa sebuah lembah yang dingin, sejuk dan menyenangkan. Lembah ini terletak di antara 2 gunung yang besar di kota tersebut.


Mereka yang datang pada malam itu berjumlah 17 orang. Kedatangan mereka pada pukul 22.00 bukanlah untuk mensyukuri dan mentadaburi keindahan alam tersebut, akan tetapi justeru menggelar pest aria disana. Mereka berpesta pora dengan iringan muzik yang sangat keras, bahkan sampai ditegur oleh penjaga vila kerana mengganggu penghuni vila yang lain. Satu jam kemudian ,9 orang dari mereka terdiri dari 4 mahasiswa dan 5 mahasiswi dengan menaiki sebuah mobil Daihatsu Taruna meninggalkan vila menuju paying, sebuah tempat wisata yang berada dilereng gunung diatas lembah Songgoriti dan pada pukul 00.10 ,Khamis dinihari mereka turun dan kembali ke Kota Batu.


Saat memasuki jalan Panglima Sudirman yang merupakan jalan utama yang menurun dikota itu, mereka memacu mobil begitu kencang, sampai hanya terlihat seperti kilatan bayangan – kata sebahagian saksi – dan entah kerana apa tiba-tiba mobil yang mereka tumpangi menerjang trotoar dan menabrak (merempuh) sebuah pohon di pinggir jalan tersebut. Suara keras akibat tabrakan ini membangunkan warga sekitar untuk segera memberikan pertolongan. Mereka mendapati sebuah pemandangan yang begitu memilukan.


Sebuah mobil terbelah sampai setengahnya oleh pohon dan 9 penumpang ditemukan tewas dalam kondisi yang sangat mengenaskan. 2 wanita yang duduk dibangku depan terpental keluar mobil dan tergeletak disamping pohon yang masih tetap kokoh berdiri, tidak goyah sedikitpun dan hanya kulitnya sahaja yang menggelupas seakan-akan tidak ada sesuatu pun yang menghantamnya. Lahaula wala quwwata illa billah. Salah satu diantara kedua korban wanita tersebut sudah terpotong kaki kirinya kerana terjepit didalam mobil. Dari dalam mobil tersebut juga didapatkan aroma minuman keras yang kuat walaupun tidak ditemukan satu botolpun minuman keras disana.


Dan yang lebih memilukan lagi, korban kecelakaan tersebut ditemukan dengan pakaian yang sangat tidak pantas, bahkan salah seorang korban wanitanya ditemukan dalam keadaan telanjang ( hanya memakai cd dan bh – pakaian dalam ). Na’uzubillah min zalik….”

http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/06/ambil-iktibar-dari-kejadian-dahsyat-ini.html anda juga boleh membacanya di sini http://www.google.com/search?ie=UTF-8&oe=UTF-8&sourceid=navclient&gfns=1&q=mahasiswa+mahasiswa+kota+malang+korban+pulang+dari+pesta


Foto-foto ngeri dan menginsafkan berkaitan kejadian, boleh dilihat disini http://jaylangkung.com/?p=594&cpage=2 dan disini http://www.kaskus.us/showthread.php?t=2028448 Mohon maaf, saya tidak sanggup memasukkan foto-foto tersebut di blog ini.


MUDAH-MUDAHAN TRAGEDI INI BERMANFAAT BAGI MEREKA YANG MASIH BERAKAL. WALLAHUA’LAM.