Rabu, 31 Mac 2010

Sekitar Sambutan Maulid Nabi di Aceh

Di Aceh, suasana mereka menyambut hari-hari kebesaran Islam memang sedikit berbeza dengan Malaysia. Jika tiba hari kebesaran Islam seperti Tahun Baru Hijrah (awal Muharram) atau Maulid Nabi dan lain-lain, sambutannya di Malaysia hanya 1 hari atau paling lama 1 minggu. Di Aceh, umat Islam menyambutnya sehingga 1 bulan. Pelbagai aktiviti mereka laksanakan, bermula dengan majlis-majlis ceramah, perarakan, bersolawat, jamuan dan lain-lain. Paling menarik, penglibatan anak-anak mudanya dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan sebegini sangatlah memberangsangkan, bahkan merekalah antara panitia pelaksana program-program tersebut.


Di bawah ini adalah gambar-gambar yang saya foto dalam majlis Tabligh Akbar (pidato2 keislaman) sempena memperingati Maulid Nabi yang diadakan di halaman Masjid Blang Krueng, Kecamatan Baitussalam, Kabupaten Aceh Besar, Nanggroe Aceh Darussalam selepas solat Isya’ hari ini (Rabu). Blang Krueng adalah desa tempat kami anak-anak Malaysia menyewa rumah serta hidup bersama masyarakatnya. Ada yang bekerja sebagai pegawai negeri sipil (pegawai kerajaan: guru dll), sawah padi, berniaga dan lain-lain.


Acara ini dianjurkan dan digerakkan oleh remaja masjid (persatuan yang ada hampir disetiap masjid di Aceh). Majlis dimulai dengan bacaan ayat suci Al-Qur’an, solawat bersama, ucapan pengarah program dan diteruskan dengan ceramah oleh Teungku Yasir Putih, seorang penceramah terkenal berasal dari Aceh Utara yang merupakan antara tokoh utama di pesantren (pondok). Teungku adalah ustaz. Di Aceh jarang digunakan perkataan ‘ustaz’.

Teungku Yasir Putih sedang menyampaikan ceramahSeorang anak tempatan memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Qur'an dan membimbing solawat.
Kaum ibu bersama anak-anak memenuhi ruangan dihadapan sekolah rendah yang berhadapan dengan masjid.

Warga berdiri dan bersolawat bersama
Anak-anak muda penuh dibahagian belakang
anak-anak Aceh
pilih2...mana yg paling smart:)..
sedapnyeee jagung..anak sapa lah ni..:)

Sabtu, 27 Mac 2010

Atas Nama Hak Asasi, Kongres Gay dan Lesbian Dibuat di Surabaya, Indonesia

Forum Umat Islam (FUI) Indonesia semalam (Jumaat) melakukan aksi penyerbuan ke Hotel Oval di Jalan Diponegoro, Surabaya. Aksi tersebut dilakukan dalam rangka mengarahkan para peserta kongres Gay dan Lesbian yang diberi nama konferensi International Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender dan Intersex Association (ILGA) ke-4 tingkat Asia agar keluar dari hotel berkenaan. Kongres atau konferensi ini dijadualkan berlangsung bermula 26 sehingga 28 Mac (esok) dan disertai oleh 20 buah negara-negara di Asia yang terdiri sekitar 135 orang.


Konferensi ini dilakukan dengan tujuan membahas isu krusial bagi perjuangan penegakan hak asasi manusia (HAM) bagi kaum lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT) seluruh Indonesia maupun dunia, yang telah lama dimarginalkan dan penuh stigma serta diskriminasi.

Menurut Widodo Budi Darmo, Program Manager Arus Pelangi, “Kita akan saling berbagi pengalaman, pengetahuan dan semangat kerja. Serta perkembangan-perkembangan terkini mengenai perjuangan kelompok-kelompok LGBT di Asia menjadi sorotan utama dalam konferensi ini.”


Widodo menjelaskan bahawa, ILGA mewakili 560 organisasi LGBT yang berada di 90 buah negara termasuk Indonesia. Menurut Widodo, Indonesia seharusnya memberi perlindungan kepada kelompok ini (lesbian dan gay dll) kerana tidak ada undang-undang di Indonesia yang melarang percintaan sesama jenis. Walaupun Indonesia negara umat Islam terbesar, namun ia bukan negara Islam.


Berikutan perencanaan acara tersebut, FUI Indonesia, Majlis Ulama Indonesia (MUI) Jawa Timur (diwakili oleh K.H Abdussomad Bukhori), Front Pembela Islam (FPI), Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) mengeluarkan kenyataan membantah konferensi berkenaan. Pada awalnya, pihak penganjur nekad untuk meneruskan acara dengan menyembunyikan tempat acara berlangsung. Namun, akhirnya diketahui mereka mengadakannya di hotel berkenaan dengan acara ditukar kepada bentuk gathering. Semalam (Jumaat) sekitar jam 2 sehingga 3 petang, Forum Umat Islam (FUI) terus menuju ke hotel berkenaan dan berlakulah aksi dorong mendorong antara mereka dan peserta konferensi gay dan lesbian tersebut sehinggalah akhirnya dileraikan oleh pihak pengamanan hotel dan polis.


Pada hari yang sama, Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) melakukan demonstrasi di hadapan pejabat Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Kota Surabaya mengecam liberalisasi dan konferensi ILGA ini. Sekitar 500 anggota HTI terlibat dalam demonstrasi tersebut.

Front Pembela Islam (FPI) pula meminta kerjasama mereka agar meninggalkan hotel dengan baik sebelum massa yang lebih ramai mendatangi hotel berkenaan dan terjadi perkara yang tidak diingini. FPI memberi jaminan bahawa mereka akan menjaga keamanan para peserta dari luar negara untuk menuju ke bandara (airport). Bagi peserta dari Indonesia, FPI meminta pulang segera ke rumah dan tunggu untuk dibina (ditarbiyyah) dan jika tidak mahu dibina, keluar sahaja dari Surabaya ini, tegas FPI.

Perkembangan terkini, dikatakan acara berkenaan dihentikan.


Gambar dari: website ar-rahmah.com dan hizbut tahrir Indonesia.

Jumaat, 26 Mac 2010

Islam dan ummatnya dibantai kita diam???

[ Petikan dari buku tulisan Imam Samudra (As-Syahid, InsyaAllah) yang berjudul ‘Jika Masih Ada Yang Mempertanyakan Jihadku’ terbitan Kafilah Syuhada, Indonesia 2009. Di dalamnya sarat dengan nash-nash dari Al-Qur’an, Hadith, fatwa-fatwa para ulama seputar permasalahan jihad dan hukum-hukumnya. Buku ini ditulis sebagai bantahan terhadap buku karya Nasir Abbas iaitu salah seorang ‘alumni mujahidin’ yang sudah menyerah diri dan akhirnya dipergunakan, yang berjudul ‘Melawan Pemikiran Aksi Bom Imam Samudra & Noordin M.Top’ terbitan Grafindo, Indonesia]


“Jika ada sekelompok mujahidin yang menyatakan bertanggungjawab atas serangan-serangan terhadap Amerika dan sekutunya, maka para pengaku ahlul ilmi, Islam Moderan dan sejenis mereka yang tidak setuju dengan aksi mujahidin tersebut pun berteriak-teriak bahawa pelaku serangan tersebut hanya mengatas namakan Islam. Cepat-cepat mereka berlepas diri dari semua itu dan menganggapnya sebagai aib yang memalukan, yang mencemarkan Islam dan kaum Muslimin. Tidak hanya itu, mereka pun lantas meratap-ratap bersamaan dengan tercampaknya nyawa-nyawa kaum kafirin yang penuh dosa dan pasti bersalah itu (tidak ada orang kafir yang tidak berdosa dan tidak bersalah, kerana kekafiran atau kesyirikan itu sendiri adalah dosa terbesar).


Tidak cukup sampai di situ, mereka pun segera merengek-rengek agar Amerika dan sekutunya secepat mungkin menangkap para pelakunya, mengadilinya dan menghukum seberat-beratnya.


Lebih dari itu, mereka juga rajin mengenang dan memperingati hari terjadinya mala petaka yang menimpa bangkai-bangkai kafir itu, misalnya pada setiap 11 Sept (tragedy WTC-pen), 12 Okt (tragedy Bali 2002-pen) dan lain sebagainya. Padahal ketika ratusan ribu – kalau tidak mau dibilang jutaan – kaum Muslimin dibantai para penjajah itu, mereka malah asyik nonton Piala Dunia atau asyik menikmati pesta Olimpiade dan lain sebagainya.


Ada pula sebahagian kelompok yang ketika kaum Muslimin disembelih, ditembaki dan dibombardir orang-orang kafir, para Muslimah direnggut kehormatannya, rumah dan tempat tinggal mereka dihancurkan, kebun ladang dan sumber penghidupan mereka dimusnahkan, kelompok yang merasa paling benar sendiri tersebut memfatwakan dan memerintahkan kaum Muslimin lainnya agar bersabar dan menahan diri (sabar menurut kelompok itu: tidak usah bereaksi membalasa kekejaman para penjajah tersebut). Lalu ketika terdapat sekumpulan mujahidin maju menyerbu penjajah dan antek-anteknya (pembantu-pembantu-Pen), segelah Mujahidin itu dicap sebagai orang yang tidak sabar, emosional, menyalahi syariat, bodoh, mati konyol (sia-sia) dan berbagai cap buruk lainnya.


Anehnya, jika yang mengalami penderitaan tersebut adalah kalangan kafir Amerika dan sekutunya, maka kelompok-kelompok di atas tidak menyuruh kafir-kafir itu bersabar. Tidak menganggap pembumihangusan mereka terhadap tanah air kaum Muslimin sebagai perbuatan emosional dan memalukan. Mereka menganggap serangan Amerika ke atas Afghanistan dan Irqa, misalnya, hanyalah reaksi terhadap serangan mujahidin yang mereka sebut sebagai teroris!!”


[ Petikan puisi Imam Samudra ketika berada dalam tahanan di Bali menjelang hukuman tembak ke atasnya bersama Amrozi dan Ali Ghufron@Mukhlas pada 09 Nov 2008. Puisi ini dicatatkan dibukunya yang berjudul ‘Aku Melawan Teroris’ terbitan Jazeera, Solo ]


“tangismu wahai bayi-bayi tanpa kepala,

Dibentur ditembok-tembok Palestina,

Jeritmu wahai bayi-bayi Afghanistan,

Yang memanggil-manggil tanpa lengan,

Dieksekusi bom-bom jahanam milik setan Amerika dan sekutu…

Saat ayah bundamu menjalani Ramadhan! (tahun 2001:pen)

Ini aku, saudaramu…!

Ini aku, datang dengan secuil bombing!

Kan kubalaskan sakit hatimu…

Kan kubalas darah-darahmu…

Darah dengan darah…nyawa dengan nyawa…QISHAS!!!”

Ahad, 21 Mac 2010

Akad Nikah Jarak Jauh Guna Komputer: Tahniah Akhi Zahid

Mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (PMKIAS), Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim bagi sesi 2006/2007 mengakhiri zaman bujangnya dengan mendirikan rumah tangga tanggal 20 Mac kelmarin. Beliau iaitu Mohd Zahid bin Abu Bakar, 29 telah memilih saudari Yasidah bt Abu Bakar, 27 sebagai pasangan hidupnya.


Majlis pernikahan mereka mencipta sebuah sejarah yang sangat berharga apabila pernikahan dilangsungkan dari jarak jauh. Mohd Zahid yang berasal dari Bota, Perak Darul Ridzuan saat ini masih berada di Universiti Al-Azhar, Mesir dan akad nikah mereka hanya menggunakan sidang video sahaja. Isterinya, Yasidah yang berasal dari Parit 13, Titi Gantung, Bota mengucapkan syukur pada Allah kerana dipermudahkan urusan pernikahan ini walaupun hanya melalui video. Yasidah memaklumkan, suaminya, Zahid bertekad tidak mahu pulang ke Malaysia sebelum berjaya menyelesaikan pengajiannya di Al-Azhar di Fakulti Ushuluddin. Yasidah juga akan melanjutkan pengajian ke Al-Azhar dalam bidang Syariah.


Mohd Zahid telah mewakilkan kepada abangnya sahaja untuk majlis akad nikah pernikahannya itu. Bapanya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Dalam kaedah Islam, akad nikah menggunakan kaedah ini hukumnya sah.


Catatan: gambar scan dari akhbar Metro ini saya terima dari kawan-kawan yang menghantarnya ke Facebook. Terima kasih. Mudah-mudahan Allah S.W.T rahmati kedua-dua insan ini sehingga ke akhir hayat. Sape2 yg duk ngaji luar negara, boleh lah kalau nak akad nikah jarak jauh…:)