Dalam artikel bertajuk ‘jadikan Islam sebagai prinsip sebelum anda tersesat’ , saya ada menulis beberapa masalah dan pembahagian golongan yang pelik-pelik dalam pemikiran mereka. Saya juga sangat bersetuju dengan seorang pengomentar yang menggunakan nama ‘hamba’. Katanya “pemikiran liberal ini tidak hanya dapat secara terus dengan guru ttp ia dapat diperolehi dari buku2 yg kita beli..maka, utk membeli buku perlu tgok penulisnya”.
Mungkin kalau pembaca masih ingat, pada bulan Okt, Nov, Dis 2008 sehinggalah Jan 2009, pelbagai artikel mengenai ancaman Islam Liberal dan sejenisnya saya muatkan dibeberapa buah artikel pelbagai tajuk termasuk senarai nama tokoh-tokoh Islam Liberal di Indonesia. Pembaca bisa merujuknya semula. Yang saya maksudkan adalah, banyak buku-buku yang mengusung pemikiran-pemikiran sesat ini dikarang oleh mereka-mereka ini, bahkan hasil tulisan mereka juga memenuhi perpustakaan-perpustakaan di pusat pengajian tinggi di Indonesia termasuklah tempat penulis. Manakan tidak, mereka ini juga adalah pensyarah-pensyarah sehinggalah yang bertaraf rector.
Namun, elok juga kalau saya tambah sedikit lagi senarai nama ‘cendekiawan Muslim’ dunia Islam yang dikagumi oleh golongan-golongan ini. Mereka diangkat sebagai intelektual Islam disaat para ulama’ yang jelas fikrah dan kefahaman Islam menolak pemikiran-pemikiran mereka. Antaranya adalah :
1) Mirza Ghulam Ahmad ( Nabi palsu yang menyebar fahaman sesat Ahmadiyyah ).
2) Sayyid Ahmad Khan – pelopor utama pemikiran modernisme yang menganggap poligami bertentangan dengan Islam, jihad diharamkan, hukum Qur’an hanya untuk masyarakat primitive ( sederhana ) yang belum mengenal penjara, Isra’ Mi’raj hanya mimpi dan lain-lain.
3) Sayyid Ameer Ali – pengarang buku The Spirit Of Islam yang menyesatkan muallaf yang baru masuk Islam di Amerika dan Eropah kerana beliau memperlihatkan kononnya Islam adalah agama paling liberal dan rasional sebagaimana yang difahami oleh golongan moden hari ini. Poligami, jilbab, dan jihad bertentangan dengan semangat sejati dari Islam, katanya. Al-Qur’an bukan wahyu Allah , tapi hasil pemikiran manusia dan lain-lain.
4) Maulana Abdul Kalam Azad – pelopor Persatuan Kaum Hindu dan Muslim atas dasar nasionalisme moden dan sekularisme. Beliau mengarang kitab “ Tafsir Al-Qur’an “ berbahasa Urdu dengan isinya yang menyatakan semua agama adalah sama, benar dan hanya para penganutnya sahaja yang tersesat dalam kesesatan.
5) Sheikh Ali Abdur Raziq – menulis satu tulisan menolak khalifah dan mendorong umat Islam mengambil fahaman nasionalisme dan sekularisme sebagai pedoman hidup.
6) Thaha Husein – seorang yang dianggap cendekiawan Mesir yang pernah menulis buku “ Syair di Masa Sebelum Islam “ bertujuan untuk menimbulkan keraguan pada autoriti Al-Qur’an dan Hadith. Buku lain beliau adalah “ The Future of Culture in Egypt”.
7) Dr.Nasr Hamid Abu Zayd – tokoh pengusung penafsiran Al-Qur’an menggunakan kaedah Hermeneutika ( metode tafsir Bible ) dan beliau telah dihukum Murtad oleh Mahkamah Agung Mesir 1996. Beliau mengaggan Al-Qur’an adalah produk budaya.
Catatan : Untuk mengetahui pemikiran-pemikiran sesat mereka yang bercanggah dengan Islam, teman-teman pembaca bisa merujuknya dari mana-mana buku atau website Islam yang membincangkan masalah ini. Maaf, saya tidak berkesempatan untuk menulis semua pemikiran mereka, namun sekadar pendedahan sahaja dan bisa dicari lagi info tentang mereka. Mudah-mudahan kita selamat dari pemikiran-pemikiran mereka yang sudah mula merebak melalui pelbagai buku-buku baik di Indonesia mahupun Malaysia hasil tangan ‘anak-anak’ didik mereka yang sehaluan.
Saya sangat mengalu-alukan perkongsian info dari teman-teman untuk setiap artikel yang saya sampaikan. Bisa dimasukkan diruangan komentar dibawah. Mudah-mudahan kekurangan itu bisa kita tampungi bersama untuk maslahah Islam dan ummahnya. Terima kasih.
4 ulasan:
Salam Tuan Rumah,
Di benua India-Pakistan ini penuh dengan pelbagai cabang mazhab dan pemikiran yang pelik-pelik.Sebab tu kebanyakan yang membawa ajaran-ajaran pelik ke Malaysia ini datangnya dari benua Pakistan-India.Ada banyak lagi seperti fahaman Ismaili,Brelvi dan tarikat2 serong yang lari dari Islam.
AURAT ANTARA WANITA ISLAM DGN WANITA KAFIR : Setelah ana mrjuk bbrpa org ust dn ustzh, sbnrnya mmg ada khilaf ttg prmslhn ini. Antaranya:
1) wajib wanita Islam mnjg auratnya dihdpn wanita kafir sprti dia mjg aurat dihdpn lelaki.
2) aurat wanita Islam dgn wanita kafir sama dgn auratnya ssama wanita Islam.
Maka, dalam kondisi ukhti yg tgl diasrama satu bilik dgn wanita non-Muslim, mgkin pdgn kdua ukhti bisa gunakan iaitu sama shj sprti aurat wnita Islam sama wanita Islam.
Namun, perlu diingat ! pastikan bhwa wanita kafir itu adlh org2 yg baik akhlaknya. Mksudnya, dia tidak akn mnddhkn keaiban2 yg dilihat pd anggota tbuh ukhti sbgi seorg wanita Islam. Jika tidak, maka yg trbaiknya usaha agar lbh trjaga dr had sesama wanita Islam.itu lbh baik.sila rjuk smula ust2 dn ustzh yg faqih dlm bidg ini.wallahua'lam.
Kitab yg baik utk dirujuk prmslhn ini adlah :
1) Fiqhul Mar'ah ( Fiqh Wanita ) - Dr.Abdul Karim Zaidan.
2) Fiqh Islami wa Adillatuh – Dr.Wahbah Az-Zuhaili.
Ok..syukran ya akhi. Em btulla mcm yang akhi katakan, ambil salah satu, tp kmudian bila ingin lebih pasti bertanyalah pd ust dan ust hanya cakap tak boleh. nak rujuk pd ust ustzh lain kbykn tak ambil shortsem, ssb tu trus btanya disni. ok syukran ya ats ptolongannya. alhamdulillah setakat yang dapat diteliti, rumate ana ni ok orangnya. ok akhi,jazakallahu khairan jaza'.
Catat Ulasan