“ InsyaAllah , kita akan bertemu lagi nanti” begitulah lebih kurang pesan singkat Y.A.B Nizar dengan penuh keyakinan ketika berpelukan dengan pegawai-pegawai di pejabat MB sewaktu dihalau keluar awal Februari lalu. Air mata mereka mengalir disaat Nizar melangkah gagah meninggalkan pejabatnya menyusun langkah perjuangan.
Alhamdulillah, doa dan air mata rakyat Perak khasnya serta rakyat Malaysia amnya benar-benar didengari oleh Allah ditambah dengan doa mereka yang disepak terajang ketika hari pelantikan MB haram dan Sidang dun 7 Mei lalu oleh kuda tunggangan UMNO, iaitu pasukan pembuat huru-hara FRU dan samseng upahan. Jangan anggap Sivakumar yang diheret keluar umpama binatang tidak dipedulikan oleh Allah kerana dia bukan seorang Muslim.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 4.00 petang tadi mengumumkan Nizar MB Perak yang sah.
Dengan segala hormatnya diminta kepada MB haram dari Pangkor untuk tinggalkan segera kerusi empuk yang anda rampas dengan cara yang begitu jahat dengan membelakangi undang-undang negeri Perak. Selamat tinggal Mamak Samseng !!!
“ apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan….maka bertasbihlah memuji Tuhanmu dan pohonlah ampun kepadaNya”
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar ! walillahil Hamd.
Tahniah kepada Y.A.B Nizar, seluruh pimpinan Pakatan Rakyat dan pendokong perjuangan Islam yang sabar menghadapi ujian selama ini.
Daripada: Saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan