Jumaat, 31 Julai 2009

Bom Hotel : Berjayanya sebuah permainan kuffar

Jika di Palestin atau di Iraq atau di Afghanistan dan beberapa Negara umat Islam lain yang berada dalam kondisi peperangan, apabila ada mana-mana tempat atau kepentingan kuffar atau pihak mereka yang berjaya dibunuh oleh mujahidin melalui ledakan bom, tembakan dan sebagainya, maka tidak sampai tempoh sehari sudah beredar di media seperti internet akan kenyataan bertanggungjawab dari pelakunya iaitu mujahidin. Inilah yang sering dilakukan oleh Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam di Palestin apabila mereka berjaya meledakkan mana-mana kepentingan Israel atau berjaya membunuh tenteranya melalui aksi Amaliyyah Al-Istisyhadiyyah. Mereka akan mengeluarkan klip video rakaman ucapan dari pelaku aksi syahid ini seperti wasiat kepada ibu bapa dan keluarga serta para pejuang lain dan juga amaran kepada bangsa Yahudi. Inilah yang menggerunkan pihak musuh.


Namun, dalam kes letupan bom di Hotel J.W.Marriot dan Ritz Carlton yang dikatakan milik syarikat Amerika itu, tempoh pengakuan pertanggungjawaban terhadap peledakan bom ini sangatlah lama tempohnya. Pengeboman yang mematikan 9 orang dan mencederakan 55 yang lain itu berlaku tanggal 17 Julai 2009, tetapi klip video pengakuan dari individu yang kononnya adalah Noordin M.Top baru sahaja tersebar di internet sekitar tarikh 29 Julai 2009. Bermakna jaraknya adalah sekitar 12 hari lamanya. Mengapa tidak disiarkan terus selepas hari pengeboman atau beberapa hari kemudian sebagaimana yang dilakukan oleh gerakan jihad ditempat lain ? atau klip video ini baru dimunculkan setelah melihat pelbagai ‘plan’ mereka (kuffar) mula terdedah dan berjaya dihidu oleh umat Islam yang berakal ?


Inilah berita yang disiarkan oleh akhbar Serambi Indonesia tanggal 30 Julai semalam, kononnya telah tersiar di internet pada 29 Julai, kenyataan dari individu yang menggunakan nama Abu Mu’awwidz Nur Din bin Muhammad Top Hafizahullah yang berstatus Amir Tanzim Al-Qoidah, Indonesia. Kenyataan dari individu tersebut terpisah kepada dua bahagian iaitu penyataan mengenai bom hotel J.W.Marriot dan kenyataan mengenai bom Hotel Ritz Cartlton. Antara isinya yang bercampur antara bahasa Arab dan Inggeris adalah “ Allah anugerahkan kepada kami jalan untuk menyerang hotel termegah yang dimilki oleh Amerika di ibu kota Indonesia di Jakarta iaitu Ritz Carlton”.


Yang anehnya, disaat pihak keselamatan Indonesia bertubi-tubi bergandingan bahu bersama Amerika dan Australia serta beberapa buah Negara kuffar lain menghalakan tuduhan kepada Noordin M.Top, akhbar Indonesia ini pula menulis “belum jelas adakah benar kenyataannya (di video tersebut )”. Setakat ini polisi Indonesia bergerak ke seluruh daerah khasnya di Denpasar, Bali, menemui anak-anak di sekolah serta orang awam untuk mengedarkan foto individu yang disebut teroris iaitu Noordin M.Top yang berasal dari Malaysia. Diawalnya dahulu, disaat siasatan masih belum selesai, tuduhan-tuduhan telah dihalakan kepada individu yang bernama Nur Said dan Ibrahim. Kononnya mereka ini adalah ‘anak buah’ Noordin M.Top. Namun akhbar kelmarin menulis pula “pelaku bom bunuh diri dipastikan bukan Nur Said mahupun Ibrahim”.

Klip video letupan di kedua hotel ini yang dirakam oleh CCTV juga saban hari disiar dimedia yang menunjukkan seorang individu membawa beg masuk ke hotel dan akhirnya meletup. Di J.W Marriot, pelakunya dikatakan berumur lingkungan 16-17 tahun dan di Ritz Carlton sekitar umur 40 tahun.

Selasa, 28 Julai 2009

Kurasai hidup mereka...

Secara rasminya, hari ini hari ke 5 kami diletakkan di Kec.Montasik di bawah Mukim Bukit Baro. Di Montasik ada 3 mukim. Di mukim Bukit Baro ada 14 buah desa dan mahasiswa Malaysia Fak.Ushuluddin IAIN Ar-Raniry diletakkan di 9 buah desa seramai 4-5 orang ( Muslimin & Muslimat ). Saya tinggal di rumah Bapak Kepala Desa ( Pak Keuchik ). Namanya Bapak Dermawan. Desa ini namanya Warabo. Kata seorang bapak “wa maksudnya ‘tua’ dan rabo adalah nama sebatang pokok.

Saya berhak menyatakan rasa syukur kepada Allah sebanyak-banyaknya. Di sini saya dan teman-teman mengenal masyarakat Aceh yang ‘original’. Maksdunya mereka adalah orang asal di desa ini. Tidak sebagaimana tempat kami tinggal di sekitar kampus. Kebanyakan orang-orang dari pelbagai daerah yang sudah bercampur setelah Tsunami. Desa kami berKPM adalah desa-desa yang pernah mengalami konflik GAM-TNI ( Pemerintah Indonesia ). Hampir setiap malam rumah mereka akan ‘diziarahi’ oleh orang-orang GAM. Jika menyokong pemerintah Indonesia, mereka terpaksa berhadapan dengan GAM. Jika bersama GAM, mereka berhadapan dengan TNI (Tentera Nasional Indonesia). Ketika berbual dengan seorang Bapak (saya simpan namanya) di desa ini, katanya : “orang-orang yang yang mudah terkesan untuk bersama GAM adalah mereka yang tinggal di kampong-kampung dan kurang tingkat pendidikan mereka. Biasanya yang cerdik-cerdik tidak…yang mati anak-anak kecil dan orang perempuan..perjuangan GAM hanya kerana tuntutan ekonomi yang dinafikan oleh pemerintah Indonesia. Dahulu hasil bumi Aceh yang begitu banyak dikaut ke Jakarta begitu banyak dan mereka tinggalkan pada Aceh hanya 20% sahaja. Bahkan 20% itu pun entah ke mana hilangnya…sekarang sejak zaman SBY, agak berubah..70 % lebih ekonomi Aceh untuk Aceh..dan selebihnya ke Pusat”.

Setiap hari saya dan teman-teman merasai suasana mandi di sumur (perigi). Airnya sejuk dan jernih. Di sinilah kami melihat masyarakat desanya yang masih memasak air menggunakan kayu api. Di kawasan rumah ada yang menternak ayam, itik dan kambing. Rata-rata mereka adalah pesawah padi. Di waktu malam, suasana kampong sunyi dan cahaya lampu pun sangat suram. Power lampu memang menyedihkan. Awal Maghrib semua rumah pasti suram lampunya kerana ramai yang menggunakan elektrik. Jam 10 ke atas barulah rumah-rumah cerah sedikit sebab sudah ramai yang tutup lampu dirumah mereka.

Malam semalam dan sebelumnya, rata-rata kami berta’aruf di desa masing-masing. Di desa di Aceh, jika ada apa-apa acara, Pak Keuchik atau Teungku Imam akan membuat pengumuman selepas solat Maghrib bahawa malam ini selepas Isya’ semua penduduk mesti berkumpul di meunasah (surau) kerana ada acara. Maka, hadirlah bapak-bapak dan ibu-ibu sambil membawa anak kecil. Ibu-ibu biasanya hanya duduk di beranda meunasah sahaja. Jadi, adalah beberapa teman-teman yang menghafaz bahasa Aceh untuk memperkenalkan diri..:) Contohnya “nan lon Muhammad Fadhlullah…lon tinggal di Desa Warabo”. Maksudnya ‘nama saya Muhammad Fadhlullah..saya tinggal di Desa Warabo’. Ada satu perkataan yang saya hafaz dan memang tidak lupa sampai hari ini iaitu ‘peujebu’ . Maksudnya ‘makan’ …:)

Orang Aceh ada juga yang tidak bisa berbahasa Indonesia khasnya datuk atau nenek yang agak tua lingkungan 70-an dan anak-anak kecil di sekolah rendah dan tadika yang umur dibawah 8 tahun. Ini kerana anak-anak ini di sekolah diajar bahasa Aceh. Maka, agak sulit untuk kami beraktivitas dengan mereka. Tapi, mereka seronok bersama dengan kami , orang asing. Setiap petang, kami (ketua-ketua setiap desa) akan berkumpul disebuah meunasah dan menyampaikan laporang kumpulan masing-masing serta perkongsian idea apa-apa program yang dijalankan didesa masing-masing.

Dalam program KPM selama 45 hari ini, kami diberikan garis panduan oleh panitia dari IAIN mengenai apa program yang bisa kami lakukan dalam tempoh ini. Antaranya adalah acara-acara atau aktiviti yang menjurus kepada pembinaan kebersihan tempat tinggal dan lingkungan, memakmurkan masjid atau meunasah, membina Taman Pengajian Al-Qur’an (TPA) – jika belum ada, meningkatkan kreativitas remaja, mengajar anak-anak desa bahasa asing (B.A dll), dan apa sahaja yang bisa mendatangkan manfaat. Disebabkan kedudukan antara desa-desa hanya bersebelahan, maka kami juga menganjurkan acara yang berbentuk kerjasama dengan teman-teman didesa lain. Di desa yang saya tinggal ini ada sekitar 40 buah rumah sahaja dan lebih kurang 300 penduduknya.

Kami turun ke desa-desa bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi juga menerima ilmu dari kehidupan masyarakat, bukan turun mengajar sahaja, tetapi juga belajar, bukan turun berkongsi pengalaman, tetapi juga menerima pengalaman orang-orang di desa ini. Maka, apa sahaja aktivitas masyarakat desa, kami juga perlu sertai. Sekarang, padi tinggal 2 bulan lagi untuk masak. Jadi rata-rata ibu-ibu tidak turun ke sawah. Pagi-pagi suasana ‘kekampungan’ itu jelas kelihatan. Ada yang menyapu sampah, yang pergi membasuh kain di telaga dan ada yang menumbuk beras untuk dibuat tepung. Mereka tidak lagi membeli tepung di kedai. Jadi, kami pun turut serta menumbuk beras. Kadangkala mengikut Pak Keuchik ke kebunnya.

Melihat ibu-ibu di desa ini, cara berpakaiannya..teringat kepada ibu-ibu di Pattani, Thailand. Sangat persis samanya. Bertudung labuh, berkain batik..anak-anak kecil diajar berjilbab.

Pagi tadi, kami berempat di minta oleh Bapak Ulil Amri untuk bertemu anak-anak disekolahnya. Beliau adalah kepala sekolah (Pengetua) di sebuah sekolah menengah. Kami berkenal-kenalan dengan

anak-anak OSIS (organisasi siswa inter sekolah). Di Malaysia, di panggil Badan Pengawas. Kami berkongsi pelbagai perkara tentang Malaysia bersama mereka. Ada satu kebanggaan yang saya tidak boleh sembunyikan dari pujian orang Indonesia pada orang Malaysia .Malaysia tahap kebersihannya baik disekolah, kota atau dijalan sangat bersih”. Bab ini orang Malaysia boleh berbangga. Sampai satu tahap, mereka bertanya kami apa metode yang diterapkan di sekolah atau dikota Malaysia bagi menjaga kebersihan. Bab lain, minta maaf. Amat memalukan kerana rata-rata pengajian sekolah di Indonesia adalah percuma yurannya berbanding Malaysia yang kaya.

Pada waktu malam, saya berdua akan mengajar anak-anak mengaji IQRA’ dan 2 muslimat akan mengajar pada waktu sore (petang). Desa kami tinggal ‘mesra’ Tabligh. Imamnya, bilalnya, beberapa ketua-ketua di kampong ini juga orang jama’ah Tabligh. Bahkan sering ke Malaysia, di Sri Petaling. Hubungan kami baik sesama mereka semua.

Ada beberapa perkara yang saya seronok dengan orang Aceh dan kita perlu tahu :

1) Jika naik motor, bertemu orang Aceh, jangan angkat tangan kiri. Angkat tangan kanan. Kalau mahu kena marah, angkatlah tangan kiri.

2) Jika masuk ke kampong, tidak tahu jalan, terus bertanya. Jangan pusing dua tiga kali dalam kampong itu dan baru bertemu dengan orang ditepi jalan yang sudah ditemui tadi dan bertanya. Silap hari bulan, simpang ke kiri akan ditunjukkan ke kanan nanti. Mereka sangat hormat tetamu.

3) Di desa-desa, anak-anak muda sangat hormat pada orang tua. Senyum, angkat tangan, bunyikan hon jika naik motor, itu kemestian bagi mereka.

Baiklah, ketemu lagi. Lon mahu pulang ke desa semula…ini ‘menyelinap’ sebentar ke kampus :) Assalamualaikum w.b.t.

Sabtu, 25 Julai 2009

Hari pertama dilapangan...

Pagi Jumaat kami mahasiswa Malaysia di Fakultas Ushuluddin Jurusan Tafsir & Hadith seramai 14 Muslimin dan 25 Muslimat berangkat ke Kecamatan Montasik untuk memulai program Kuliah Pengabdian Masyarakat (KPM) yang bermula tanggal 24 Julai – 9 Sept 2009. Sekitar 40 minit, kami tiba di kantor (pejabat) Camat Kecamatan Montasik. Disitulah kami diberi sedikit taklimat dan majlis penyerahan secara rasmi kepada Bapak Kepala Desa.


Untuk memahami struktur masyarakat Aceh atau Indonesia secara umumnya, istilah ini perlu diketahui maknanya iaitu Provinsi ( Negeri ), Kabupaten ( Daerah ), Kecamatan ( Kawasan – bawah dari Kabupaten) dan Desa ( Kampung ). Di setiap provinsi ada seorang Gubernor ( di Malaysia adalah MB ). Di setiap Kabupaten ada seorang Bupati ( wakil rakyat / anggota legislative ) dari mana-mana partai yang menang pilihan raya di Kabupaten tersebut. Di setiap Kecamatan pula, ada Bapak Camat dan yang terakhir adalah Bapak Kepala Desa disetiap Desa. Yang ‘menjaga’ semua kepala desa di bawah kecamatan tersebut adalah Bapak Camat. Kemudian di dalam sebuah desa ada pula beberapa kawasan kecil lagi. Kalau di Felda di Malaysia disebut ‘blok’. Jadi setiap desa di Aceh atau Indonesia adanya ketua blok-blok yang disebut Bapak Kepala Lorong. Di setiap desa juga ada Ibu Kepala Desa dan ketua Belia. Semua mereka ini berada didalam struktur sesebuah desa termasuk Teugku Imam (Imam).


Jika berlaku tangkapan atau masalah jenayah yang berkaitan dengan hukuman Islam seperti berjudi, berzina atau khalwat atau minum arak, maka pihak yang menangkapnya iaitu Wilayatul Hisbah (WH) akan berbincang dengan Bapak Kepala Desa terlebih dahulu samada ingin menyerahkan penyelesaian diperingkat desa sahaja atau diserahkan sepenuhnya kepada WH.


Sampai di kantor Camat Kecamatan Montasik, kami mendengar ucapan dari Bapak Camat dan juga Bapak Dekan Fakultas Ushuluddin IAIN Ar-Raniry, Dr.Hj Shamsul Rijal, M.Ag. Kemudian kami dibawa oleh Bapak Kepala Desa ke desa masing-masing.


Di Montasik ada sekitar 39 buah desa yang terletak dibawah 3 mukim. Kami seramai 39 orang dipecahkan kepada 9 buah desa sahaja. Alhamdulillah, 9 desa ini berada di bawah satu mukim yang sama dan agak berdekatan. Di sebuah mukim ada sekitar 2-3 masjid sahaja, tetapi di setiap desa semuanya ada meunasah ( musholla ).


Hari ini kami solat Jumaat di masjid yang sama di Montasik yang merupakan pusat jama’ah tabligh di Aceh Darussalam. Rata-rata masjid di sini akan diadakan apa-apa pengajian kitab atau tazkirah terlebih dahulu sebelum azan Jumaat dilaungkan. Biasanya disetiap desa, selepas solat Juma’at akan diadakan pula kelas-kelas pengajian (kuliah) untuk kaum ibu. Kami dimaklumkan setiap kali Ramadhan, masjid ini akan dipenuhi oleh jamaah tabligh dari Malaysia, Thailand, Pakistan dan beberapa buah Negara lain. Bahkan saat ini, lebih dari 10,000 orang sedang berijtima’ tabligh di Jakarta untuk seluruh Indonesia.

9 buah desa tempat kami ‘bertugas’ adalah Desa Bak Cirih, Weubada, Warabo, Teubang Phui Baro, Teubang Phui Mesjid, Lamme Garot, Bira Lhok, Bira Cot dan Reudeup. Saya dihantar ke Desa Warabo.


Selepas solat Asar, kami pulang semula ke kampus kerana pada malamnya ada pertemuan mahasiswa Malaysia di IAIN Ar-Raniry yang jumlahnya melebihi 150 orang sekarang bersama Dato’ Ahmad Ya’akob, Tim.MB Kelantan, Dato’ Mohd Daud Iraqi ( Pengerusi KIAS), Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah ( Exco Pendidikan Kelantan ), Pengarah Yayasan Kelantan Darul Naim (Yakin) dan beberapa orang yang lain.


InsyaAllah, pagi ini (Sabtu) , kami akan ke Kecamatan Montasik semula dan terus menetap disana. Dalam tempoh 3-4 hari ini, kami lebih kepada program ta’aruf sesama masyarakat desa masing-masing dan tokoh-tokoh di desa tersebut serta melakukan penelitian terlebih dahulu mengenai kondisi desa tersebut sebelum merencanakan apa-apa aktivitas. Masyarakat Aceh rata-rata bagus layanannya kepada tetamu apatah lagi jika mengetahui kita orang asing.


Rasanya, agak sulit untuk mengupdate blog di kawasan ini…:) InsyaAllah, saya usahakan.

Khamis, 23 Julai 2009

Bom Hotel, pemain MU, penyokong MU dan kejayaan kuffar…

Malam tadi saya berbual dengan seorang teman yang merupakan peminat bola sepak. Saya tidak tahu siapa yang diminatinya samada MU, Arsenal atau apa. Katanya, bayangkan di Indonesia sahaja ada sebanyak 28 juta peminat MU ( lebih lagi ) yang menanti kehadiran mereka ke Indonesia. Namun, gara-gara pengeboman hotel di Jakarta yang salah satu dari hotel itu adalah tempat mereka bakal menginap, akhirnya mereka mengambil keputusan membatalkan kehadiran mereka kerana kebimbangan soal keselamatan mereka yang mungkin tidak terjamin.


Ribuan yang telah membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan ini baik di Jakarta ataupun melalui skrin-skrin besar yang akan dipasang di seluruh tempat di Indonesia. Bayangkan jika 28 juta orang membeli baju T-Shirt MU, berapa keuntungan yang akan didapati oleh pemain MU hasil komisyen antara pembuat baju (penganjur) tersebut. Bahkan terdapat peminat yang membeli tiket untuk makan malam bersama pemain MU yang bernilai 30 – 40 juta rupiah.


Lebih sebulan di kaca TV, iklan-iklan kehadiran pemain MU ke Indonesia dipaparkan. Setiap hari lebih dari 10 kali iklan. Semua iklan itu sampai menggunakan pemain MU sebagai modelnya iaitu Wayna Rooney, Rio Ferdinand, Berbatov, Ryan Giggs dan beberapa orang yang lain. Iklan yang ditaja oleh syarikat telefon M3 ( macam Maxis lah kalau di Malaysia ) ini dikatakan dibuat diluar Negara. Sangat menarik, mereka muncul di dalam iklan tersebut dengan berbicara dalam bahasa Indonesia yang berbentuk kempen mencintai bola sepak dan mengajak menyaksikan perlawanan tanggal 20 Julai lalu.


Sekarang apa yang terjadi ?


Setelah hotel di bom tanggal 17 Julai lalu, pemain MU tidak mahu datang kerana jaminan terhadap keselamatan mereka diragui walaupun berkali-kali pihak penaja iaitu M3 membuat rayuan agar selepas mereka berada di Malaysia, diharap dapat juga datang ke Indonesia. Namun, mereka tetap tidak mahu datang.


Kini, syarikat M3 terpaksa membayar kepada pemain MU sebanyak 19 milliar ( billion ) rupiah atas iklan yang menggunakan pemain MU sebagai modelnya. Mereka juga perlu membayar komisyen baju MU yang telah dijual kepada para pemain ini. Cuba anggarkan jika sehelai baju berharga RM12.00 dan RM 10.00 perlu diberikan kepada pemain MU, kira-kira berapa kos yang perlu ditanggung oleh syarikat penaja ini ?


Kejayaan Kuffar dengan pengeboman hotel ?


1) Mereka boleh ‘masuk campur’ atas nama kerjasama memerangi teroris di Indonesia yang akhirnya nanti para aktivis jihad dan gerakan Islam akan ditangkap di Negara sendiri. (setakat ini Susilo masih tidak mahu ada campur tangan asing dalam menyelesaikan kes ini ).


2) Mereka boleh masuk campur untuk ‘mengganggu’ hubungan baik Susilo dengan partai-partai Islam di Indonesia dan membantutkan kontrak politik yang menguntungkan Islam antara SBY dengan partai-partai ini khasnya dalam perjanjian SBY perlu mendukung Palestin. Ini menakutkan Amerika kerana Indonesia adalah Negara yang mempunyai paling ramai umat Islam.


3) Musuh Islam berjaya menimbulkan kemarahan yang sangat menggila kepada peminat fanatic MU yang sangat kecewa dengan pembatalan perlawanan ini. Maka secara tidak langsung TV yang setiap detik memprovokasi nama Jama’ah Islamiyyah, Al-Qaeda, mujahidin dan sebagainya telah menambahkan kebencian kepada peminat-peminat MU ini sehingga mereka nantinya tidak segan-segan memaki hamun JI dan para mujahidin membabi buta sebagaimana media yang jahat ini.


Catatan : RM 1.00 bersamaan RP 2,800. Kiralah berapa jumlah 19 billion RP dalam jumlah RM dan kiralah berapa nilai keuntungan kuffar memprovokasi para peminat MU yang jumlahnya melebihi 28 juta orang di Indonesia.

Rabu, 22 Julai 2009

Kami Akan Keluar 40 Hari..

Jam 4 petang tadi, kami semua baru selesai mengikuti program yang dikenali sebagai Latihan Pembekalan / Coaching Mahasiswa Peserta KPM IAIN Ar-Raniry Dari Malaysia Semester Genap Tahun Akademik 2008 / 2009. Program yang bermula tanggal 21 sehingga 22 Julai 2009 ini adalah berupa taklimat, persediaan, soal jawab dan sebagainya antara kami dengan pihak panitia pelaksana Kuliah Pengabdian Masyarakat (KPM).


KPM sebelum tahun 2000 dikenali sebagai KKN iaitu Kuliah Kerja Nyata. Ianya berupa program yang wajib diikuti oleh mahasiswa tahun akhir di sini dan mempunyai penilaian tertentu bagi memastikan kami berjaya menghabiskan pengajian di sini dengan mengikuti Wisuda (Konvokesyen). Kebiasaannya, KPM dibuat dengan beberapa kali gelombang. Gelombang pertama akan dihantar ke mana-mana desa di bawah mana-mana kecamatan. Selesai gelombang pertama, diikuti pula dengan gelombang kedua yang dihantar pula ke mana-mana tempat lain dan seterusnya.


Alhamdulillah, atas pertimbangan pihak IAIN, kami mahasiswa Malaysia di Fakultas Ushuluddin yang kesemuanya berada di Jurusan Tafsir & Hadith, seramai 39 orang iaitu 14 Muslimin dan 25 Muslimat diberi peluang mengikuti KPM khas untuk mahasiswa Malaysia sahaja. Disebabkan jadual KPM kami ini berada diluar jadual asal, maka perbelanjaan ke program ini menggunakan biaya sendiri sepenuhnya. Jika tidak, ia akan dibantu oleh pemerintah Aceh kerana KPM ini juga adalah kerjasama antara IAIN dan pihak pemerintah dalam rangka melakukan pemberdayaan kepada masyarakat. InsyaAllah, KPM kami akan bermula tanggal 24 Julai sehingga 7 Sept 2009 iaitu 45 hari dan sempat berada di bulan Ramadhan selama 16 hari.


Untuk kali ini, kami akan dihantar ke 9 buah desa yang terletak di Kecamatan Montasik, Aceh Besar, Nanggroe Aceh Darussalam. Jarak dari tempat kami tinggal iaitu Kec. Darussalam, Aceh Besar ke Kecamatan Montasik sekitar 30 minit sahaja. Setiap kumpulan bagi sebuah desa akan dipecahkan sekitar 4 – 5 orang iaitu 2 Muslimin dan 3 Muslimat.


Kami tidak turun ke desa-desa ini dengan membawa wang, tetapi membawa ilmu-ilmu dan bakti yang boleh dicurahkan kepada masyarakat di Aceh Darussalam. Antaranya dengan menganjurkan kelas-kelas pengajian anak-anak, kuliah untuk ibu bapa di masjid, menjadi imam, berkhutbah Jumaat, menggerakkan aktiviti-aktiviti anak muda, berkongsi kepakaran dalam sesuatu bidang seperti bersukan, membuat makanan dari Malaysia, hasil tangan dan sebagainya. Selain dari pemergian kami dalam rangka mengajar dan mendidik ummah, kami juga turun untuk menjadi pelajar kepada masyarakat. Bermakna, kami akan mengenal kehidupan rakyat Aceh, budaya mereka, aktivitas harian mereka dan sebagainya.


Sesampainya disana tanggal 24 Julai ini, kami akan diserahkan kepada Pak Kechik ( Tok Penghulu ) untuk diletakkan dimana-mana tempat samada di masjid atau rumah keluarga angkat khasnya mahasiswi. Kami juga didalam program 2 hari yang berakhir petang tadi di maklumkan mengenai kondisi masyarakat di Montasik, pekerjaan penduduknya, tahap kemajuaannya dan lain-lain. Difahamkan, Kecamatan Montasik adalah central (pusat) kepada Jama’ah Tabligh di Nanggroe Aceh Darussalam. Setiap tahun di kecamatan ini, masjidnya akan dipenuhi oleh Jama’ah Tabligh dari Malaysia, Sri Lanka, Thailand dan lain-lain.


Dalam tempoh ini, kami perlu merencanakan dan membincangkan dengan beberapa individu penting di desa-desa tersebut seperti Pak Kechik, Teungku Imam (Imam) dan sebagainya apa yang bisa kami bantu dan laksanakan di desa tersebut. Setiap aktivitas harian kami perlu dicatat dan pulangnya nanti perlu dibuat dalam bentu laporan bertulis yang akan dilihat oleh pihak IAIN.


InsyaAllah, mudah-mudahan ini menjadi medan latihan yang terbaik bagi kami yang turun dengan identitas mahasiswa bahkan lebih dari itu sebagai da’ie dan duta penyelamat ummah. Tema ‘Dari Kampus ke Lapangan Ummah’ mudahan-mudahan dapat direalisasikan dalam tempoh ini.

Selasa, 21 Julai 2009

Bom Hotel Jakarta : Sebuah Analisa Kaitannya Dengan SBY

Saya menerima sebuah keratan akhbar Serambi Indonesia dari seorang teman. Tarikh akhbar ini antara 19 atau 20 Julai 2009. Berita ini bertajuk ‘Bom Merupakan Operasi Untuk Diskreditkan Islam’. Ianya adalah sebuah kenyataan berbentuk kajian dan sanggahan oleh Direktor Lembaga Kajian Syariat Islam, Ust Fauzan Al-Ansori terhadap kes pengeboman hotel J.W Marriot dan Ritz Carlton.


Berikut saya catatkan isi-isinya dari awal sehingga akhir :


Direktor Lembaga Kajian Syariat Islam, Fauzan Al-Anshori menduga aksi bom yang terjadi di Hotel Ritz Carlton dan JW Marriot sebagai operasi untuk mendeskreditkan kelompok Islam. “Saya kira ini operasi untuk mendeskreditkan Islam. Asumsi (sangkaan) ini didukung modusnya yang menggunakan fakta palsu dengan meninggalkan bom yang siap (belum) meledak dikamar (bilik) 1808 di JW Marriot, “kata mantan jurubicara Majlis Mujahidin Indonesia (MMI) itu di Jakarta, Sabtu (18/7).


Menurut dia, tidak masuk akal ada orang yang masuk ke hotel yang dijaga super ketat dan meninggalkan bom yang masih aktif dikamarnya. “Ini tidak mungkin sebagai kecerobohan, tapi sebagai bukti palsu. Bukti ini nantinya akan ditujukan kepada kelompok Islam, Jama’ah Islamiyyah (JI), “kata Fauzan. Ia mengaku tak habis fikir pada 15 Juli 2009 ada tamu Hotel JW Marriot yang membawa detonater dalam tas (beg) laptop. “Pertanyaannya kenapa tidak terdeteksi (terkesan) X-Ray. Ini merupakan keahlian (kepakaran) dari orang tertentu yang spesialis bom dan tidak mungkin dilakukan kelompok JI, “ujarnya.


Bom di kedua hotel itu ketika diperiksa bahannya dinyatakan sama dengan bom yang digunakan pada pengeboman di JW Marriot tahun 2003 dan bom Bali. Dengan modus seperti itu, katanya, kelompok JI kembali dituding sebagai pelaku sehingga buntutnya (hujungnya) akan ada penangkapan terhadap aktivis-aktivis Islam. Menurut Fauzan, kejanggalan lain terlihat ketika Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dengan keberaniannya menduga aksi bom ada kaitan dengan proses politik yang sedang berlangsung, CNN dan media Australia justeru menunding kelompok JI. “Padahal SBY tidak pernah menyebut-nyebut kelompok JI. Pertanyaannya, kalau statement Presiden mengarah (kaitan bom kepada) proses politik yang sedang berlangsung, kenapa kemudian (pihak CNN dan media Australia) diarahkan kepada JI?”katanya.


Ia juga mempertanyakan keterlibatan Nurdin Mat Top dan kelompoknya yang dinilainya tidak mungkin bisa masuk ke hotel JW Marriot dan membawa bahan peledak seperti itu. Fauzan mempertanyakan keberadaan (kewujudan) Nurdin yang ditegarainya antara benar-benar ada atau sengaja ‘dipelihara’ mengingat (melihat kembali) pasukan keamanan tidak bisa menangkapnya. “Ketika mengejar Imam Samudra dan Mukhlas bisa cepat, namun kenapa menangkap Nurdin Mat Top bisa lama sekali. Ini pertanyaan-pertanyaan yang perlu dijawab sebelum menuduh JI, “katanya.


Ia memperkirakan, setelah JI dituduh terlibat, tuduhan selanjutnya akan diarahkan (dihalakan) pada Ust Abu Bakar Ba’asyir. Fauzan berharap pemerintah tidak cepat-cepat mengeluarkan stereotype kepada kelompok Islam kerana dari indikasinya, kasus (kes) bom ini merupakan operasi untuk menjatuhkan Islam.


“Kalau Islam di Indonesia sudah distereotipekan sebagai teroris, pihak asing kemudian buru-buru menawarkan bantuan untuk memerangi teroris. Setelah itu akan ada ‘bargainning’ dan ancaman bagi SBY untuk menjauhi partai Islam yang berkoalisi (bergabung) dengan partai pendukungnya, “kata Fauzan.


Mungkinkan ini permainan inteligen Negara-negara kuffar kerana ‘kurang senang’ dengan tindakan SBY yang menerima koalisi dengan partai-partai Islam dalam Pemilu Presiden lalu? Perlu diketahui, antara ‘kontrak politik’ beberapa partai Islam dengan SBY adalah, SBY mesti mendukung Palestin (perjuangannya). Inilah antara yang disalurkan oleh PKS dan diterima baik oleh SBY dan banyak lagi perkara-perkara yang dipersetujui oleh SBY mengenai Islam. Mungkin ‘kelembutan’ SBY dengan kelompok-kelompok atau partai-partai Islam ini sedang dibimbang oleh Amerika dan sekutunya?


Tidak hairan jika permainan inteligen ini begitu senang ketika pasca pemerintahan Megawati dulu kerana Mega memang benar-benar ‘lembut’ dengan Amerika.


Sahabat-sahabat pembaca boleh fikirkan sendiri….


Catatan: Kalimah-kalimah yang berbahasa Indonesia saya tukarkan kepada bahasa Malaysia didalam setiap kurungan-kurungan (…..) agar mudah difahami.