Sabtu, 9 Mei 2009

Bertemu penulis buku 'Mereka Adalah Teroris'..

Alhamdulillah, keinginan saya selama ini untuk bertemu dan menatap wajah Al-Fadhil Ust Muhammad Luqman Ba’abduh akhirnya tercapai. Walaupun tidak bertemu dan berbicara, cukuplah saya dapat mendengar perbicaraannya sahaja melalui sebuah program kajian Ilmu yang sering dilakukan di Masjid Al-Makmur, Banda Aceh atau lebih mesra dengan panggilan Masjid Oman kerana dibina dengan dana kerajaan Oman yang disampaikan pada pasca Tsunami.


Ust Luqman diundang dari Jakarta untuk menyampaikan pengisian mengenai problematika ummah dan sejauhmana Islam dijadikan jalan penyelesaiannya. Beliau hadir berdua, bersama temannya yang juga salah seorang yang diamanahkan untuk menyampaikan pengisian. Program yang bermula pagi tadi akan disambung pula selepas Asar, Maghrib dan Isya’. Jama’ah yang hadir lebih kurang seribu orang termasuk beberapa muslimat dan anak-anak kecil.


Sangat menarik penampilan mereka. Hampir semuanya berkopiah putih, berjubah putih separas betis dan berseluar atau kain sarung juga separas betis. Wajah-wajah kelihatan gah dengan janggut dan berjambang kemas dan rapi. Kata sahabat saya “ akhi, inilah orang-orang Salafi di Indonesia”. Jika mahu mengenal ‘geng-geng jihad’ , lain pula penampilannya. Seluar dan jubah mereka begitu juga, tetapi topi Afghan yang sering dipakai oleh Sheikh Abdullah Azzam sering diatas kepala dengan rambut yang agak panjang yang disisir rapi. Biasanya, mereka ini orang-orang Majlis Mujahidin Indonesia ( MMI ). Begitulah pula dengan ‘firqah-firqah’ lain di Indonesia. Bagaimana hubungan sesame mereka, wallahua’lam. Yang pasti, sering bentrok ( berbalah ).


Saya agak enak mendengar pengisian dari Al-Fadhil Ust kali ini. Manakan tidak, penampilannya sahaja sudah menarik perhatian dan minat saya. Berjubah putih separas lutut, berkopiah dan berjambang kemas persis Sheikh Abdurrahman As-Sudais. Bahasanya sangat lembut, benar-benar memikat hati pendengar tidak sebagaimana dalam tulisan-tulisan beliau dibuku yang bertebar diseluruh Indonesia.


Dahulu, ketika Imam Samudra ( As-Syahid, InsyaAllah ) berada dibalik jeruji besi di Nusakambangan, beliau mengarang sebuah buku bertajuk ‘Aku Melawan Teroris’ guna untuk menjawab tuduhan-tuduhan berat yang dilemparkan oleh kuffar serta umat Islam yang kurang jelas mengenai pendiriannya terhadap Bom Bali. Kurang dari setahun, bukunya itu dibantah keras oleh Al-Fadhil Ust Luqman Ba’abduh ini dengan mengeluarkan buku bertajuk ‘Mereka Adalah Teroris’ yang isinya penuh dengan krtikan, cacian dan dakwaan-dakwaan yang sangat dahsyat kepada Imam Samudra serta 2 saudaranya, Amrozi dan Mukhlas ( Ali Ghufran ). Sangat menyedihkan..Sheikh Usamah bin Laden, Aiman Al-Zawahiri, Sheikh Ahmad Yasin, Rantisi, Hasan Al-Banna, Syed Quthb, Muhammad Quthb, Sheikh Safar Hawali, Aidh Al-Qarni, Dr.Salman Audah, Abdullah Azzam, Ikhwan Muslimin dan pelbagai gerakan Islam dibantai oleh beliau dalam tulisannya itu.


Semua tokoh-tokoh jihad ini, dilabelnya sebagai teroris, khawarij dan neo-khawarij, bughah ( penderhaka kerajaan Islam ), tersesat dari manhaj Ahlus Sunnah, anjing-anjing neraka dan…Na’uzubillah. Pembaca bisa merujuk artikel saya terdahulu di http://arruhuljadid86.blogspot.com/2008/11/berikut-adalah-kenyataan-dan-dakwaan.html


Impaknya, muncul pula Al-Fadhil Ust Abduh Zulfidar Akaha membantah bukunya dengan menerbitkan pula buku berjudul Siapa Teroris Siapa Khawarij? . Walaupun beliau bukanlah ‘firqah Imam Samudra’ , namun atas penulisan yang sangat keras dari Ust Luqman, beliau bangkit juga untuk menjawabnya. Bukunya dibedah melalui program anjuran Majlis Mujahidin Indonesia yang dibuat di Masjid Al-Istiqlal, Jakarta sebelum Imam Samudra dihukum mati.


Di Indonesia, golongan Salafi seperti Ust Luqman Ba’abduh ini dikenali dengan gelaran ‘Salafi Yamani’ kerana Masyayikh mereka adalah Sheikh Muqbil yang tinggal di Yaman. Namun, saya yakin Sheikh Muqbil sendiri tidak sekeras itu untuk menulis buku menghukum para mujahid ini sebagai teroris dan khawarij. Maka, tidak hairanlah sikap mereka ini ditegur sekali lagi oleh Ust Abduh Zulfidar Akaha dengan menulis buku bertajuk ‘Belajar Akhlak Ustaz Salafi’ yang isinya sarat dengan teguran-teguran terhadap golongan mereka ini.


Hari ini, saya benar-benar terpegun dengan kelembutannya. Subhanallah. Selesai sesi pertama pagi tadi, para hadirin berebut-rebut bersalam dengannya. Antara yang saya masih ingat , kata Ust Luqman tadi “ kita wajib bersabar dibawah pemerintah yang zalim kerana jika kita bangkit memberontak, maka mudaratnya lebih besar..lihatlah apa yang berlaku di Somalia apabila umat Islam kurang kesabarannya..mereka tumbangkan pemerintah..akhirnya naik yang lain..dalam tempoh itu jumlah korban lebih besar dari zaman pemerintah sebelumnya..puncanya..tidak sabar…dahulu ditempat kita ( Indonesia ) juga begitu..turunkan pemerintah yang dianggap zalim ( Suharto )..akhirnya naik yang lain…kezaliman lebih besar….”


Saya seakan-akan boleh menerima kenyataan ini. Namun, apabila membuat perbandingan wajib mentaati pemerintah yang zalim sekalipun dan bersabar dengan kezalimannya kerana memikirkan maslahah yang lebih besar, dibandingkan dengan kondisi umat Islam dizaman khalifah-khalifah dahulu, saya agak kurang senang menerimanya. Manakan tidak, pemerintah dizaman kekuasaan Islam dahulu, rakyat bersabar dengan kezaliman mereka seperti Hajjaj bin Yusuf As-Saqafi dan lain-lain, tetapi dalam keadaan mereka melaksanakan syariat Allah. Namun, pemerintah hari ini tidak melaksanakan syariat Allah…Ya, saya juga masih kekurangan ilmu..tetapi, saya akan terus mempelajarinya..insyaAllah.


Selain itu, Ust Luqman juga mengkritik sikap aktivis-aktivis yang katanya menggunakan masjid dan minbar-minbar untuk mengkrtik pemerintah. “ Ini akan menambakan mudarat yang lebih besar apabila krtikan dan provokasi begitu disampaikan dihadapan orang awam yang tidak mengetahui kaedah-kaedah kepimpinan ini..maka, bersabarlah dan berdoalah agar pemerintah-pemerintah ini diberi hidayah oleh Allah..yang penting laksanakan syariat Islam dalam diri kita, keluarga kita dahulu sebelum kita mahu bicara soal syariat dalam Negara…” katanya.


Sesi selepas Asar, Maghrib dan Isya’ tidak sempat saya sertai..

2 ulasan:

aza ni berkata...

agak lain juga pandangan beliau.saya tak ingin menolak atau menerima kerana ilmu yang ada pun terlalu rendah untuk menghukum orang lain atas pendiriannya.mungkin dia berasaskan dari guru guru,tapi kadangkala maksud guru tak tercapai olehnya itu yang pandangan nya berbeza.

Muhibbul_syaheed berkata...

assalamualaikum...

ana belum pernah jumpa dengan beliau (walupun dah 3 tahun di sini), malah bukunya saja ana belum baca. golongan salafi meniadakan "jihad" (baca:qitol) sedangkan jihad berlangsung hingga akhir zaman. sampai kapan kita mahu bersabar dengan pemerintah yang zhalim? sampai semuanya mati kelaparan atau semua ulama di masukin ke penjara? wallahua'lam...

tapi ana tidak menyalahkan beliau dengan pemikiranya. beliau dgn ilmunya..tafadhol, namun jika sampai mengkafirkan para mujahidin dan memberi gelaran yang enggak2 itu yang ana tidak bisa terima. apalagi sampai memberi gelaran "anjing2 neraka!" wa iyyadzu billah!.

kebanyakkan dari ulama salafi memang mempunyai cara penyampaian yang khas..mereka begitu berhemah dalam meyampaikan dakwah.. mungkin itu yang harus di contohi dr mereka utk mendakwahi org awam dan non muslim, namun jika hendak menaikkan semangat jihad juga di sampaikan dengan cara lemah-lembut.. ana tak tahu kapan semngat jihad para ikhwah semua akan bagun lagi.

semoga kebenaran akan terkuak. tidak lama lagi. insha Allah..

ana juga orang yang banyak kekurangan dan dangkal ilmu, cuma ingin berkongsi dgn sahabat semua. wallahua'lam..