Ahad, 10 Mei 2009

Perkara yang dibahaskan oleh golongan Islam Liberal.

Dalam pemerhatian saya melalui pelbagai sumber, ada beberapa perkara atau bab-bab penting didalam Islam yang sering menjadi pertikaian dan perbahasan hangat dikalangan golongan Islam Liberal baik namanya Jaringan Islam Liberal ( JIL ) atau Sisters In Islam ( SIS ) atau kelompok feminisme atau pejuang hak asasi wanita yang terkenal dengan perjuangan gendernya dan lain-lain yang bergerak secara zahir atau berselindung dibalik apa-apa pertubuhan kebajikan, NGO-NGO dan sebagainya.


Antaranya adalah :


1) Poligami – isu yang dibangkitkan adalah :


a) Islam tidak adil kerana lelaki diberi hak berkahwin sehingga 4 , namun wanita tidak.

b) Mereka mengkritik beberapa kes yang berlaku yang melibatkan ketidakadilan dalam rumahtangga, penganiayaan dan seumpamanya yang berlaku kepada pengamal poligami.


Komen saya :


i) sekiranya perjuangan mereka untuk meletakkan semua hak antara lelaki dan wanita adalah sama, maka jika wanita diberi kahwin 4 juga, agak-agak apabila mendapat anak, kepada bapa yang manakah ingin di ‘bin’ kan?


ii) mengapa kes rumahtangga yang melibatkan ketidakadilan dan penganiayaan yang dilakukan oleh pengamal poligami hanya dilihat dari satu sudut sahaja? Kenapa tidak dikaji sejauhmana mereka itu berpoligami mengikut ketetapan Islam yang telah diajar oleh Rasulullah? Rata-rata yang berlaku adalah , orang yang mengamalkannya tidak mengikut kehendak Islam. Maka jangan menyerang syariat Islam, salahkan mereka yang tidak mengikut aturan poligami itu dengan baik.


2) Hak untuk melakukan perceraian.


3) Hak penjagaan anak ( bila berlaku perceraian ).


4) Pembahagian harta pusaka ( Fara’id ) – isu yang dibangkitkan adalah : mengapa lelaki memperolehi 2 bahagian tetapi wanita hanya 1 bahagian.


5) Hak menjadi ketua – isu yang dibangkitkan adalah :

a) mengapa wanita tidak boleh menjadi imam kepada lelaki, membaca khutbah, menjadi ketua Negara, membuat persembahan dikhalayak ramai dan sebagainya.


6) Hak bebas memilih agama bagi anak-anak umat Islam.


7) Di Indonesia : hak bebas berkahwin lelaki sama lelaki dan perempuan sama perempuan diperjuangkan oleh pengikut JIL.


8) Hak berkahwin berlainan agama.


9) Mengapa aurat wanita Islam lebih banyak daripada aurat lelaki Islam.


10) Soal pemerintahan Negara dan sebagainya.


Apabila banyak perkara-perkara dalam Islam yang bagi mereka terlalu melebihkan kaum lelaki, akhirnya timbullah sebuah teori “adakah Allah itu lelaki?”. Inilah bahayanya apabila isi kandungan Islam dirasionalkan menggunakan akal semata-mata tanpa melihat soal fitrah manusia, pengetahuan Allah, kelemahan akal kita dan sebagainya.


Walaupun kebanyakan isu-isu yang dibangkitkan ini sebahagian besarnya berkaitan bidang Syariah, namun dalam kondisi hari ini, tugas memahami perkara-perkara ini dan memperbetulkan salah faham terhadapnya bukan lagi menjadi tanggungjawan orang-orang di bidang Syariah Islam sahaja, bahkan tugas semua mereka yang berada dalam pengajian Islam khasnya dan umat Islam yang lain amnya. Ini kerana, hari ini perjuangan memperbetulkan masalah ini bukan lagi dengan kritikan kepada kelompok Islam Liberal ini sahaja, namun ianya memerlukan hujjah-hujjah berdasarkan ilmu yang merangkumi gabungan dalil Naqli ( Al-Qur’an & Sunnah ) juga sedikit dalil Aqli ( akal / rasional ) bagi menghadapi mereka.


Setidak-tidaknya, bab-bab inilah yang perlu diberi penekanan oleh para pensyarah-pensyarah pengajian Islam dikampus, mahasiswa Islam, ustaz-ustaz yang sering menyampaikan pengajian-pengajian di masjid dan seumpamanya. Cukuplah menjadikan masalah-masalah khilafiah atau furu’ sebagai bahan perbahasan dalam keadaan aulawiyah ( keutamaan ) yang lebih besar berada dihadapan kita. Wallahua’lam.


Maka, sewajarnya kita berusaha mendalami ilmu-ilmu ini, memahami mengapa pensyariatan ini dibenarkan, apa yang diragui oleh golongan ini dan apa hujjah bagi menghadapi mereka yang sering mewar-warkan sebagai pejuang hak asasi manusia atau hak asasi wanita seolah-olah kedatangan Islam menyekat hak-hak manusia khasnya wanita. Lupakah mereka bagaimana keadaan wanita sebelum kedatangan Islam? Ayuh ! terus melangkah..jangan sampai Islam dirosakkan oleh golongan rasionalis ini. Selamatkan Ummah dan Selamatkan Mereka.


Foto orang-orang utama SIS : Kanan – Anis Tun Husein Onn, Marina Mahathir, Nori Abdullah dan Zainah Anwar ( belakang ).

2 ulasan:

Muhibbul_syaheed berkata...

afwan.. ngoceh lg di sini.. :)

kl di UIN syarif hidayatullah jakarta, sempat gegak gempita dengan "fatwa" antek JIL no wahid iaitu Musdah Mulia (afwan ana nyebutin nama, krn ikhwah semua harus tahu dan kenal dengan dia ne)

baca: http://musliminsuffer.wordpress.com/2008/04/06/siti-musdah-mulia-mengakui-lesbian-dan-homoseksual/

juga baca:
http://gizhel.wordpress.com/2008/09/10/musdah-mulia-lesbian-mujtahidah/

orng non-muslim aja tak berani macam2 dgn agama mrk, org yg satu ne siap keluar "fatwa" homoseksual dan lesbian tu HALAL....

Alhamdulillah, malaysia belum smpai tahap ne. SIS ne kira2 adik beradil JIL lain mak satu bapak la. bapak nya Amerika.

kerjanya merosakkan pemikiran umat Islam. boleh baca artikel di

baca: http://quds-aqilah.blogspot.com/2009/05/dokumen-rand-corporation-niat-amerika.html

gara-gara ini semua, banyak umat islam dah tak percaya lagi dgn institusi pengajian tinggi di Indonesia...

walaupun masyarakat ne awam, tapi hati mereka masih bersih.. boleh membezakan yang haq, dan tidak mahu lari dari fitrah...

baca: http://arrahmah.com/index.php/news/read/4162/karena-paham-liberal-minat-studi-islam-di-iain-menurun

menyedihkan bukan??

mtoha berkata...

quds-aqilah.blogspot.com/2009/05/dokumen-rand-corporation-niat-amerika.html --> link mati....
Bisa kirim email saya alamat quds-aqilah.blogspot.com/ yang baru?????