Jumaat, 30 Oktober 2009

Kenyataan Rasmi PMRAM Isu Niqab / Purdah

1. Permasalahan pemakaian niqab/purdah bagi wanita adalah merupakan perselisihan dalam perkara cabang (furu') di dalam perbahasan hukum. Berikut adalah kesimpulan pandangan para fuqaha terhadap masalah pemakaian niqab/purdah:

Mazhab Hanafi : Wajah dan pergelangan tangan bukanlah aurat tetapi diharamkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatnya apabila disertai dengan syahwat.


Mazhab Maliki : Wajib bagi seorang wanita untuk menutup muka dan pergelangan tangan apabila berada bersama lelaki ajnabi.


Mazhab Syafi`e : Tidak wajib menutup muka dan pergelangan tangan. Namun pandangan muktamad di sisi Mazhab Syafi`e adalah wajib menutup muka dan pergelangan tangan.


Mazhab Hambali: Wajib menutup muka dan pergelangan tangan.


2. Kenyataan Imam al-Akbar Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi yang telah disiarkan oleh media tempatan dan luar adalah tidak tepat dengan situasi sebenar bahkan telah diputarbelitkan.

3. Majlis Tertinggi al-Azhar al-Syarif yang bersidang pada 8/10/2009 telah membuat beberapa keputusan berkenaan isu pemakaian purdah seperti berikut:

1) Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

2) Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar.

3) Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan.

4) Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.

5) Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.

4. Setelah meneliti dan mengkaji perkara di atas, Markaz Pengumpulan Kajian dan Hasilan Penyelidikan ( MANHAL ) PMRAM menegaskan beberapa perkara untuk diambil perhatian:

1. Memahami bahawa masalah khilaf tidak sepatutnya menjadi pertikaian dan perselisihan berdasarkan kaedah yang berbunyi:

" لاَ يُنْكَرُ الْمُخْتَلَفُ فِيْهِ ، وَإِنَّمَا يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عَلَيْهِ "

Yang bermaksud:

"Perkara yang berlaku khilaf tidak perlu untuk dipertikaikan sebaliknya perkara yang perlu untuk dipertikaikan adalah apabila perkara tersebut merupakan perkara yang disepakati oleh para ulama secara Ijmak."

Oleh itu, umat Islam dibolehkan untuk mengambil mana-mana pandangan para fuqaha.

2. Menghormati al-Azhar al-Syarif sebagai satu institusi keilmuan Islam yang diiktiraf sejak dulu hingga sekarang kerana bermanhaj dengan manhaj ilmu yang sederhana (wasatiah).

3. Bersangka baik dengan para ulama sekiranya timbul usaha untuk melaga-lagakan antara mereka dalam sesuatu isu serta merujuk terus kepada sumber yang boleh dipercayai.

4. Tidak melupakan isu utama yang disepakati oleh ulama iaitu wajib menutup aurat disebabkan terlalu membesarkan masalah furu'.

5. Semua pihak perlu menghormati ketetapan yang diluluskan oleh al-Azhar al-Syarif dan membenarkan pemakaian niqab/purdah di premis-premis dan rumah-rumah negeri.

Kenyataan ini telah disepakati melalui perbincangan pihak felo MANHAL PMRAM seperti berikut:

1. Mohd Juzaili b. Juhan
2. Mohd Khairi b. Abdullah
3. Hairul Nizam b.Mat Husain
4. Mohd Fakerei b. Mahyudin

Copy dari : http://www.pmram.org/

Khamis, 29 Oktober 2009

Gubernor Aceh Tolak Syariat Islam ?

Dalam Lintas Aceh, TV Aceh hari ini, sekali lagi Irwandi Yusuf, Gubernor Aceh menzahirkan sikapnya yang jelas mula berdolak-dalik dalam isu pelaksanaan hukum rejam kepada penzina di Aceh.

Antara lain, beliau mengatakan bahawa pelaksanaan ini perlu dikaji terlebih dahulu kerana sangat sulit untuk kita mendapatkan 4 orang saksi dalam kes zina. Maka, jika tidak cukup 4 saksi, ini adalah peluang untuk penzina berjaya meloloskan (melepaskan) diri. Adapun, bagi orang yang membuat laporan kes zina, akan dikenakan pula hukuman (qazaf) kerana tidak dapat membawa 4 saksi. Dan Aceh juga masih belum mempunyai hakim yang berkelayakan dalam mengurus hal ini. Kenyataan ini jelas menggambarkan kejahilan beliau dalam memahami kaedah pelaksanaan hukum rejam, kaedah dan aturan dalam soal saksi dan sekitarnya.

Terdahulu, dalam akhbar Serambi Indonesia tanggal 24 Okt 2009, tertera satu tajuk besar dihalaman pertamanya iaitu ‘Gubernor Aceh Tolah Teken (Tanda Tangan) Qanun Jinayat’. Dalam kenyataan ketika berada di Jakarta pada 22 Okt 2009, beliau menyebut bahawa “ pemerintah Aceh menolak Qanun Jinayat dari awal kerana tidak sesuai dari draf yang kami ajukan. Tidak tahulah bagaimana qanun itu nanti. Pemerintah tetap menolak hukuman rejam kerana itu bertentangan dengan hukum nasional dan hukum internasional”. Tambahnya lagi, “qanun itu juga harus sesuai dengan kondisi masyarakat setempat”.

Entah mengapa sekali lagi hari ini beliau mengulas hal qanun rejam ini di TV Aceh setelah beberapa hari lalu beliau berada di Jakarta dalam satu pertemuan dengan sebahagian daripada Menteri-Menteri Luar beberapa buah Negara yang terlibat dalam penyaluran dana ke Aceh dan juga Negara-negara yang banyak membantu penyelesaian konflik di Aceh seperti Kanada dan lain-lain.Apakah beliau ditekan, wallahua’lam.

Yang jelas, penolakan ini adalah darinya sendiri yang merupakan Gubernor dari Partai Aceh (PA) atau dahulunya dikenal dengan sebuatan Gerakan Aceh Merdeka (GAM). Dalam pilihanraya di Aceh lalu, calon-calon dari partai mereka jugalah yang kebanyakan gagal dalam ujian membaca Al-Qur’an yang telah menjadi syarat untuk setiap calon-calon pilihanraya di Aceh. Sehinggalah muncul cadangan dari mereka agar peraturan test Al-Qur’an ini dihapuskan. Namun, mereka jugalah yang menuju ke segenap desa memaklumkan kepada rakyat bahawa perjuangan mereka adalah untuk menegakkan syariat Islam yang akhirnya kerajaan Pusat memberikan status autonomi khusus kepada Aceh untuk bebas melaksanakan pemerintahan dan undang-undang sendiri. Namun, malang sekali apabila hak autonomi ini disia-siakan dari melaksanakan syariat Islam secara sepenuhnya dengan pelbagai alasan.

Di sisi lain, muncul juga tanggapan dari beberapa pihak yang bimbang jika syariat Islam dilaksanakan di Aceh, nanti mereka akan dianggap teroris dan melanggar hak asasi manusia. Pejuang-pejuang ‘hak asasi manusia’ dan ‘gerakan wanita’ di Indonesia saat ini sudah mula melakukan serangan terhadap pelaksanaan syariat Islam di Aceh atas alasan melanggar hak asasi manusia. Paling menyedihkan, baru-baru ini pemenang ratu cantik Indonesia adalah wanita yang berasal dari Aceh. Media sengaja mendedahkan wanita ini dari Aceh, padahal beliau hanya lahir di Aceh, bukannya tinggal di Aceh pun. Sengaja dilakukan oleh media bagi memberi gambaran buruk terhadap pelaksanaan Syariat Islam di Aceh.

Bebarapa ulama di Aceh mula mengkritik sikap Irwandi Yusuf sehingga ada yang mencadangkan beliau meletak sahaja jawatannya sebagai Gubernor.

Ketika ini di Aceh masih berkuatkuasa peraturan kepada pesalah minum arak, judi, khalwat dan beberapa hukum ta’zir yang lain seperti mendedahkan aurat dan sebagainya walaupun ianya sudah kelihatan agak longgar saat ini khasnya pendedahan aurat yang sudah tidak terkawal lagi. Alhamdulillah, di Aceh tidak ada kelab malam, kedai arak, tempat perjudian, konsert-konsert mungkar dan seumpamanya yang disediakan pemerintah.

Jelas ! Yang bersusah payah mahukan syariat Islam di Aceh dilaksanakan secara sepenuhnya bukanlah pihak pemerintah Aceh, tetapi adalah golongan ulama’. Jika ada masalah sekalipun mengenai kaedah pelaksanaan dan syarat-syarat lain dalam hal hukum rejam, ianya adalah masalah teknikal yang boleh diteruskan perbincangannya. Namun, kini jelas, Gubernor sendiri menzahirkan diri untuk tidak menerima langsung pelaksanaan undang-undang ini. Apakah nasib undang-undang Islam di Aceh yang masih ada, wallahua’lam.

Ahad, 25 Oktober 2009

Gambar-Gambar pi tengok lembu di Sibreh..

Ni lah gambar-gambar saat kami beberapa orang menemani Pengarah Program Qurban di Aceh, Al-Akh Ikram pi tengok-tengok lembu dan harganya..memang mahal betul lembu di Aceh nih…duit pun tak cukup lagi nih..sape2 nak sumbang,jumpa ana segera ye..pi hari Rabu baru nih..di pasar besar di Sibreh, Aceh Besar..sekitar 30 minit dari Banda Aceh. Di pasar ini bukan hanya jual ikan dan sayur dan keperluan-keperluan dapur yang lain, tapi juga lembu dijual begitu banyak..kambing..kerbau..tuan lembu ,kambing dan kerbau membawa haiwan masing-masing yang diternak dan jual di pasar beramai-ramai…saya tak pasti di Malaysia ada tak pasar orang jual lembu, kambing dan kerbau macam nih…Akh Ikram, Pengarah Program..

Yang pasti..ni bukan tuan kambing tu...
Ini kerbau..bukan gajah walaupun besar cam gajah je...:)
Ini tempat orang jual kerbau..
Ini kawasan orang jual Baqarah..
Ini tempat kambing mengembek..

Sabtu, 24 Oktober 2009

QURBAN BERSAMA MASYARAKAT NANGGROE ACEH DARUSSALAM

Dengan tema ‘ Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul’ Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia Cawangan Aceh ( PKPMI-CA ) 2009 / 2010 telah merangka sebuah program ibadah Qurban di bumi Aceh Darussalam. Maklumat mengenai program tersebut adalah seperti berikut :

Tarikh : 27 Nov 2009 / 10 Zulhijjah 1430.

Anjuran : Panitia pelaksana dan seluruh ahli PKPMI-CA.

Sasaran : Mangsa Tsunami (26 Dis 2004) dan konflik, masyarakat sekitar Darussalam ( sekitar kampus IAIN Ar-Raniry dan mahasiswa Malaysia di IAIN Ar-Raniry.

Jumlah : Sekitar 1200 orang.

Objektif :

a) Berkongsi rasa dan kedukaan bersama mangsa korban Tsunami dan konflik.

b) Berkongsi kegembiraan dan kasih dengan saudara seiman di Aceh

c) Membantu penyaluran haiwan Qurban dari kaum Muslimin.

d) Merapatkan silaturrahim dengan seluruh mahasiswa Malaysia di perantauan.

Maklumat mengenai haiwan korban dan kos-kosnya adalah seperti berikut :

a) Keperluan haiwan Qurban adalah 2 ekor lembu dan 4 ekor kambing dengan perkiraan anggaran dana sebanyak :

No

Perkara

Per / Bahagian

Kuantiti Haiwan

Jumlah

1

Lembu

Satu bahagian =

RM 514.28 x 7 bahagian

RM 3600 x 2 ekor lembu = RM 7200

RM 7200.00

2

Kambing

1 ekor kambing RM 540.

RM 540 x 4 ekor kambing = RM 2160

RM 2160.00


JUMLAH



RM 9360.00

b) Keperluan Dana Jamuan

No

Perkara

Kuantiti

Jumlah

1

Beras

RM 30.00 x 10 kampit

RM 300

2

Sayur-sayuran

RM 200

RM 200

3

Rempah Ratus

RM 100

RM 100

4

Ikan Kering

RM 100

RM 100

5

Perlengkapan

RM 200

RM 200

6

Awasan

RM 200

RM 200

7

JUMLAH


RM 1100

Dana yang diperlukan : RM 10, 460.00.

Catatan : Kadar tukaran wang terkini RM 1.00 = Rp 2750.

Sumbangan anda boleh disalurkan ke : 033 – 133711 – 025 ( HSBC ) atas nama Mohamad Azzar bin Ismail.

Jika ada yang ingin menyertai bahagian dari korban ini, sila hubungi YDP PKPMI-CA, Mohamad Azzar ( +6287890305903 ) atau Pengarah Program, Ikram ( +6281919792886 ) atau wakil kami di Malaysia : Anuar ( +60139694922 ).

Bagi sahabat-sahabat Mahasiswa Malaysia di IAIN Ar-Raniry yang ingin menyalurkan sumbangan, boleh disampaikan kepada Al-Akh Muhammad Fadhlullah ( KD Sumbangan dan Infaq ) bagi Muslimin atau Al-Ukht Aisyah bt Nordin ( Tim.KD Sumbangan dan Infaq ) bagi Muslimat atau terus kepada Al-Akh Mohd Ikram bin Ramli ( Pengarah ) atau Al-Ukht Roslina bt Mohamad ( Tim.Pengarah ).

Khamis, 22 Oktober 2009

SBY Umum Senarai Menteri Kabinet Indonesia 2009 – 2014

Berikut adalah senarai nama Menteri-Menteri dalam Kabinet Indonesia Bersatu bagi periode 2009 – 2014 yang telah diumumkan oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono semalam setelah pelantikan beliau sebagai Presiden secara rasmi beberapa hari kelmarin yang dihadiri oleh pemimpin dari pelbagai Negara termasuk PM Malaysia :

MENTERI KOORDINATOR

1) Menko Politik Hukum dan Keamanan : Marsekal ( Purn ) Djoko Suyanto

2) Menko Perekonomian : Hatta Rajasa

3) Menko Kesra : R Agung Laksono

4) Sekretaris Negara : Sudi Silalahi

MENTERI DEPARTEMEN

1) Menteri Dalam Negeri : Gamawan Fauzi

2) Menteri Luar Negeri : Marty Natalegawa

3) Menteri Pertahanan : Purnomo Yusgiantoro

4) Menteri Hukum dan HAM : Patrialis Akbar

5) Menteri Kewangan : Sri Mulyani

6) Menteri ESDM : Darwin Saleh

7) Menteri Perindustrian : MS Hidayat

8) Menteri Perdagangan : Mari E.Pangestu

9) Menteri Pertanian : Suswono

10) Menteri Kehutanan : Zulkifli Hasan

11) Menteri Perhubungan : Freddy Numberi

12) Menteri Kelautan dan Perikanan : Fadel Muhammad

13) Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi : Muhaimin Iskandar

14) Menteri Pekerjaan Umum : Djoko Kirmanto

15) Menteri Kesihatan : Endang Rahayu Sedyaningsih

16) Menteri Pendidikan Nasional : Muhammad Nuh

17) Menteri Sosial : Salim Segaf Al-Jufri

18) Menteri Agama : Suryadharma Ali

19) Menteri Kebudayaan dan Pariwisata : Jero Wacik

20) Menteri Komunikasi dan Informatika : Tifatul Sembiring

MENTERI NEGARA

1) Menteri Riset dan Teknologi : Suharna Suryapranata

2) Menteri Koperasi dan UKM : Syarifudin Hasan

3) Menteri Lingkungan Hidup : Gusti Muhammad Hatta

4) Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak : Linda Amalia Sari Gumelar

5) Menteri Pendayagunaan Aparatur Negara : E.E. Mangindaan

6) Menteri Negara Pembangunan Daerah Tertinggal : Ahmad Helmy Faishal Zaini

7) Menteri Perencanaan Pembangunan Nasional / Kepala Bappenas : Armida Alisjahbana

8) Menteri BUMN : Musthafa Abu Bakar

9) Menteri Pemuda dan Olahraga : Andi Alfian Mallarangeng

10) Menteri Perumahan Rakyat : Suharso Manoarfa

PEJABAT SETINGKAT MENTERI

1) Kepala Badan Intelijen Negara (BIN) : Jenderal (Purn) Sutanto

2) Kepala BKPM : Gita Wirjawan

3) Ketua Unit Kerja Presiden, Pengawasan dan Pengendalian Pembangunan : Kuntoro Mangkusubroto

Semua jawatan-jawatan Menteri ini adalah dari pelbagai partai politik di Indonesia khasnya partai-partai yang berkoalisi (berpakat) dengan pasangan calon Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan Boediono dalam Pemilihan Umum Presiden ( PILPRES) tanggal 08 Julai 2009 setelah Pemilihan Umum ( PEMILU ) pada 09 April 2009 http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/05/08-julai-2009-pemilihan-umum-presiden.html Namun, kader-kader dari partai yang tidak berkoalisi dengan SBY-Boedino juga ada yang dipilih.

Dalam PILPRES lalu, SBY ( Partai Demokrat ) bersama pasangannya untuk jawatan wakil Presiden, Boedino ( non-partai ) berjaya mengalahkan pasangan Megawati ( PDI-P ) dan Prabowo Subianto ( Gerindra ) dan pasangan Jusuf Kalla ( Golkar ) dan Wiranto ( Partai Hanura ) dengan kemenangan yang besar.

Catatan : Tifatul Sembiring ( Menteri Komunikasi dan Informatika ) adalah Presiden Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Salim Segaf Al-Jufri ( Menteri Sosial ) adalah Anggota Majlis Syuro PKS, Suswono (Menteri Pertanian) dan Suharna Suryapranata ( Menteri Riset dan Teknologi ) adalah pimpinan PKS.

Selasa, 20 Oktober 2009

Ulasan Buku 2 : Konspirasi Di Balik Bom Bali

Konspirasi Di Balik Bom BaliSkenario Membungkam Gerakan Islam

Dedi Junaedi

Buku setebal 293 halaman hasil karya Ir.Dedi Junaedi yang diterbitkan pada Januari 2003 oleh Bina Wawasan Press, Jakarta ini telah diberi kata pengantar oleh Bapak Suripto, S.H. Beliau dahulunya adalah orang penting yang berada ditempat yang agak tinggi didalam Badan Intelijen Indonesia (BIN). Kini beliau bersama partai Islam di Indonesia. Jika anda menonton filem Sang Murabbi yang menceritakan mengenai sosok tubuh Ust Hj Rahmat Abdullah, maka anda akan melihat pihak polis yang selalu mengintip kegiatan Ust Rahmat. Itulah tugas Suripto dahulunya dizaman regim Suharto.

Bahkan, tidak dapat disembunyikan lagi jasa besar Bapak Suripto sekitar tahun 1996 lalu. Disaat berkecamuknya perang di Bosnia, beliaulah antara yang bersusah payah dan memberanikan diri menyeludup senjata ke markaz Mujahidin Bosnia di Zagreb yang diusahakan mendapatkannya dari pasaran gelap dalam tempoh 2 bulan penuh dengan menggunakan jalan darat. Kesungguhannya disedari oleh CIA dan sekutu mereka sehingga ke mana sahaja, beliau akan diikuti.

Didalam buku hasil karya Sdr. Dedi Junaedi ini, beliau mendedahkan beberapa hal yang sangat mengejutkan di balik tragedy Bom Bali 12 Okt 2002. Fakta yang didedahkannya sekian banyak, tidak didedahkan oleh media apatah lagi media yang dikuasai oleh para penjajah bumi umat Islam.

Perlu difahami, bahawa dalam kes pengeboman pusat peranginan Bali pada tahun 2002 tersebut, secara jelas dan tidak berselindung lagi, 3 anak muda yang merupakan alumni bumi jihad, Afghanistan, Filipina, Ambon dan Maluku iaitu Imam Samudra, Amrozi dan Ust Mukhlas @ Ali Ghufron mengakui letupan di Bali adalah tindakan mereka. Pengakuan mereka jelas samada di mahkamah atau melalui penulisan-penulisan mereka seperti Aku Melawan Teroris dan Jika Masih Ada Yang Mempertanyakan Jihadku karya Imam Samudra. Kita tidak akan berbicara soal hukum operasi yang mereka lakukan tersebut kerana mereka telah menjelaskan hujjah-hujjah mereka melalui pelbagai penulisan dan juga dalam sesi wawancara dengan pihak media.

Namun, disatu sisi, ada sekian banyak hal yang masih menjadi keraguan dan tanda tanya kepada pelbagai lapisan masyarakat sebagaimana pendedahan dari Ir. Dedi Junaedi didalam buku ini. Antaranya:

Ø benarkah Amrozi ( tugas : sediakan bom ) mampu menyediakan bom yang begitu dahsyat sehingga boleh mengorbankan 202 nyawa ( 88 daripada Australia ), mencederakan 350 orang yang lain, memusnahkan 47 buah bangunan, puluhan kenderaan terbakar dan jalan raya rosak begitu parah ? bahkan mereka bertiga sendiri terkejut dengan hasil pengeboman tersebut.

Ø Mengapa jenis bom yang meledakkan 202 orang itu mengambil masa yang begitu lama untuk didedahkan kepada public mengenai jenisnya samada karbit (karbat), TNT, C-4 atau Mikro Nukelar. Jika jenis Mikro Nuklear, maka hanya 2 negara yang mampu menyediakannya iaitu Amerika dan Israel.

Ø Mengapa seorang wanita yang menjadi tercedera dalam kejadian tersebut dibawa sehingga ke hospital di Negara Australia dan akhirnya hanya abu yang dihantar pulang ? mengapa beliau dibakar disana ? adakah kerana ingin menutup persaksian dari wanita tersebut yang sebelumnya mengaku melihat seseorang meletakkan bom di kawasan tersebut ?

Ø Mengapa seorang tentera Australia yang berada dikawasan tersebut dan menyaksikan langsung letupan tersebut tidak dipanggil untuk disiasat dan memberi keterangan langsung ? maklumat apa yang ingin disembunyikan ?

Ø Untuk apa Bapak Suripto sampai dipanggil menghadap oleh pihak polis Indonesia pasca letupan Bom Bali ? adakah kerana sikap dan tindakan beliau yang banyak mengeluarkan kenyataan bahawa ada pihak asing dibelakang tragedy ini ?

Ø Pres. Megawati ( waktu itu ) telah dimaklumkan terlebih dahulu oleh pihak Amerika bahawa Indonesia akan diserang oleh pengganas.

Ø Puluhan juta dolar Amerika disalur ke Indonesia untuk memerangi pengganas atas nama kerjasama memerangi terorisme.

Pelbagai perkara lagi didedahkan oleh Ir. Dedi Junaedi. Amat sulit untuk anda dan saya memahami isu ini. Seolah-olah apa yang dilakukan oleh Imam Samudra dan teman-temannya sudah berjaya dihidu oleh pihak intelijen sehingga mereka menyediakan bom yang lebih dahsyat atau aksi mereka ini adalah provokasi dari pihak intelijen yang berada didalam pergerakan mereka sendiri – wallahua’lam.

Nantikan ulasan berikutnya mengenai operasi intelijen yang pastinya kita akan terkejut apabila nantinya kita akan mengetahui adanya individu yang kita sangkakan mujahidin atau pimpinan Maujahidin, namun sebenarnya mereka adalah intelijen yang berjaya masuk sehingga berada di peringkat tertinggi dalam gerakan jihad, gerakan dakwah, partai Islam dan sebagainya sebagai provokator. Hal ini termasuklah isu pengeboman Ritz Carlton dan J.W Marriot, Jakarta Julai lalu – wallahua’lam.

Isnin, 19 Oktober 2009

Ulasan Buku: Jika Masih Ada Yang Mempertanyakan Jihadku

Jika Masih Ada Yang Mempertanyakan Jihadku

Imam Samudra


Buku setebal 160 halaman ini adalah sebuah catatan terakhir Imam Samudra saat mendekam di Penjara Nusakambangan, Cilacap, Jawa Tengah beberapa waktu sebelum beliau bertiga ( Imam Samudra, Amrozi dan Ust Ali Ghufron @ Mukhlas ) dijatuhkan hukuman mati tahun 2008 lalu. Tulisan beliau ini adalah sebagai bantahan terhadap buku ‘Melawan Pemikiran Aksi Bom Imam Samudra & Noordin M.Top’ yang ditulis oleh Nasir Abbas sebagai menjawab juga terhadap buku Imam Samudra yang terdahulu iaitu Aku Melawan Teroris. Nasir Abbas adalah abang kepada Ustazah Faridah Abbas iaitu isteri kepada Ust Ali Ghufron @ Mukhlas.


Antara lain, dalam tulisannya, Nasir Abbas mengganggap bahawa aksi bom bunuh diri ( baca: bom syahid / amaliyyah al-istisyhadiyyah ) yang dilakukan oleh aktivis Islam pada hari ini adalah kerana mereka berlebihan dalam memahami ayat Surah Az-Zariyat : 56 – dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada ku. Maka para aktivis Islam melaungkan slogan ‘ Hidup Adalah Ibadah’. Akhirnya ada yang berlebihan dalam memahaminya sehingga menjadi frustasi untuk hidup didunia, tidak memiliki harapan ibadah lain sehingga rela melakukan bunuh diri dengan harapan dapat segera hidup diakhirat yang diyakini lebih baik dari hidup didunia. Beliau juga menggunakan istilah ‘aktivis radikal’ dan ‘khawarij’ kepada para Mujahid ini.


Dalam beberapa halaman dari buku tersebut, Nasir Abbas cuba membentuk minda pembaca agar menerima kenyataan bahawa peperangan yang diisytiharkan oleh para Mujahid ini adalah kerana kebencian kepada kaum kafir yang berlebihan hasil dari pemahaman yang keliru terhadap ayat Al-Qur’an. Bahkan tulisan beliau juga penuh dengan kritikan terhadap para mujahid-mujahid ini dan dalam masa yang sama membela pemerintah Indonesia. Beliau turut mengulas mengenai pengeboman pusat peranginan, Bali dan kematian Dr.Azhari.


Maka, buku ‘Jika Masih Ada Yang Mempertanyakan Jihadku karya Imam Samudra dibalik jeriji besi ini adalah sebagai menjawab buku karya Nasir Abbas tersebut. Didalamnya, Imam Samudra menggunakan istilah ‘ polisi Nasir’ , ‘boneka’ , ‘bekas Mujahid’ dan sebagainya kepada beliau. Imam Samudra mengkritik tindakan beliau yang sanggup bersama Densus 88 (pasukan anti teroris Indonesia) memburu para Mujahid dengan mendedahkan tempat mereka dan sebagainya.


Ketika membicarakan mengenai abang iparnya ( Nasir Abbas ) ini, Ust Ali Ghufron @ Mukhlas pernah menyatakan dihadapan anak-anaknya, “ Ami (pakcik) ini sedang didalam fitnah (terkena ujian)”. Dikatakan bahawa, dahulunya Nasir juga adalah ‘bersama’ mereka.


Antara kandungan buku Imam Samudra ini adalah : Penjelasan mengenai Darul Islam dan Darul Harbi, Hukum Terhadap Pemerintah Indonesia yang tidak melaksanakan Syariat Islam, pengkafiran terhadap Muslim yang kufur kepada Allah, penjelasan mengenai Thoghut, pemahaman tentang Qishas ( sebagaimana yang beliau dan teman-temannya lakukan terhadap kafir di Bali ), jenis-jenis kafir, kafir yang boleh diperangi, aturan peperangan dalam Islam serta At-Tatarrus ( orang Islam dijadikan benteng bagi orang kafir untuk mereka (orang kafir) menyelamatkan diri ), apakah orang Islam terpaksa dikorbankan atau tidak dan lain-lain. Tulisan beliau sarat dengan dalil-dalil dari Al-Qur’an, Hadith Nabi, fatwa para ulama, dalil-dalil dari Sirah para sahabat dan fatwa para ulama yang terjun ke medan jihad seperti As-Syahid Dr.Abdullah Azzam dan sebagainya. – Wallahua’lam.