Setelah lebih 8 bulan saya berada disini bersama 116 teman-teman lain dari kolej yang sama, Alhamdulillah, saya diberikan ilmu oleh Allah mengenal beberapa kelompok manusia dalam soal pemikiran.
Dalam artikel-artikel beberapa bulan yang lalu, saya ada mendedahkan permasalahan berat yang berlaku di pusat pengajian tinggi di Indonesia samada UIN, IAIN dan sebagainya iaitu tersebarnya aliran pemikiran Islam Liberal yang kononnya membawa pendekatan Islam yang bersifat lebih terbuka sehingga menafsirkan Al-Qur’an dan Hadith dengan membelakangi para ulama’-ulama’ muktabar. Apabila Al-Qur’an dan Hadith dilihat bertentangan dengan akal, maka kesimpulannya ayat Al-Qur’an dan Hadith tersebut perlu ditafsir semula mengikut kesesuain zaman atau lebih dahsyat ditolak sahaja ayat-ayat itu.
Al-Fadhil Ust Riduan Mohd Nor ketika menulis buku mengenai bahaya Islam Liberal yang saya lupa tajuknya, katanya “ kebiasaannya orang-orang Islam Liberal menganut pemikiran Pluralisme Agama iaitu meletakkan semua agama sama sahaja, semuanya baik, mengajar benda baik, semuanya akan ke syurga dan semua orang perlu bertoleransi dengan agama lain. Natijah dari pemikiran bahawa semua agama adalah samalah yang menyebabkan kini perkahwinan berlainan agama seperti mahasiswa Islam dan Kristian, artis Islam dan Kristian di Indonesia menjadi barah yang sangat parah dan sangat sukar lagi untuk diubat.
Ketika memerhatikan isu ini, secara peribadi saya membuat kesimpulan bahawa pemikiran yang pelik-pelik di pusat pengajian tinggi di Indonesia ini termasuk di tempat saya atau di Malaysia juga, terbahagi kepada 2 jenis :
a) Orang-orang Islam Liberal atau mereka yang terkesan dengan pemikiran Islam Liberal baik di Indonesia yang bernama Jaringan Islam Liberal atau diluar Indonesia yang entah apa lagi namanya.
b) Orang-orang yang mengambil pengajian dalam bidang Falsafah.
Pertama, saya tidak mengatakan bahawa semua orang-orang Islam Liberal ini merupakan lulusan di bidang Falsafah kerana ada juga bahkan ramai juga dikalangan mereka ini yang merupakan pengajian dibidang Syariah, Ushuluddin, Tamadun Islam dan sebagainya. Namun, jika ditelusuri dengan baik, kita akan dapati mereka ini kebiasaannya belajar agama dan kemudian tempat mereka mengambil M.A, PhD dan seterusnya biasanya dinegara-negara Eropah. Anda bayangkan seorang yang pengajian Islam lalu menyambung pengajiannya di Eropah untuk memahami Syariah dan Ushuluddin di Universiti-Universiti terbuka disana ( Open University ). Maka, tidak hairanlah jika yang mengajar Islam disana itu golongan Missionary dan Orientalis.
Kedua, saya juga tidak mengtakan bahawa semua orang-orang pengajian Falsafah adalah mereka yang terkesan dengan pemikiran Islam Liberal walaupun ramai juga yang terkesan. Tetapi, biasanya mereka ini adalah orang-orang yang terkesan dengan pemikiran-pemikiran ahli Falsafah Barat dan Yunani ( Greek ) seperti kekaguman terhadap pemikiran Aristotle, Pluto, Socrates dan yang sebaris dengan mereka.
Maaf kalau saya katakan bahawa, Ibnu Sina, Al-Farabi dan Al-Kindi itu dikenali sebagai ahli Falsafah Islam, namun bukan bererti semua pemikiran mereka anda boleh ambil sepenuhnya. Saya bukanlah menolak ilmu Falsafah, kerana ianya masih dalam bingkai kepelbagaian pandangan ulama’. Ada yang mengharuskan belajar dan ada yang menolaknya langsung. Masing-masing mereka mempunyai hujjah yang baik dan boleh diambil. Bahkan Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali r.h.m juga dilihat sebagai salah seorang ahli Falsafah Islam yang baik.
Maka, bagi saya ianya terletak pada diri anda sendiri. Namun, bagaimana kita mampu menerima aliran pemikiran orang itu dan orang ini, jika pemikiran dan Aqidah Islam sendiri masih gagal kita baluti pada diri. Jika asas Islam ini yang berkait soal Iman dan Aqidah pun dipandang acuh tidak acuh, lalu dibentangkan dihadapan kita pula pemikiran yang entah dari mana sumbernya, bagaimanakah kita mahu menjadi penilai atau pembanding yang baik. Jangan sampai pemikiran-pemikiran itu hanya menjadi hidangan bangkai yang bakal merosakkan pemikiran kita sahaja dalam keadaan Islam sendiri pun masih tidak gagah kita pertahankan sebagai benteng akal.
Saya kadangkala berbangga dengan teman-teman yang mengenal buku itu dan buku ini, pemikiran orang itu dan pemikiran orang ini, namun pada masa yang lain terselit perasaan bimbang dalam diri saya melihat fenomena yang menyeramkan itu. Manakan tidak, Islam sendiri gagal kita jadikan prinsip asas sebagai garis pertahanan dalam pemikiran kita, lalu kita berbangga dengan pemikiran yang pelik-pelik ini.
Hari ini saya benar-benar melihat jarum-jarum halus itu mula berlegar. Muncullah kenyataan, “ jubah, janggut, serban adalah budaya Arab, bukan sunnah Nabi..jilbab ( tudung ) dan niqob adalah budaya Arab, bukan Syariat Islam..masalah agama ini hanya ijtihad dan pandangan ulama’ itu dan ulama’ ini sahaja..maka, anda bisa menerima dan bisa menolaknya..itukan hanya hasil penelitian ulama’ itu.. ( maaf, saya benar-benar takut apabila ucapan ini diulang-ulang berkali-kali. Akhirnya nanti, timbullah ucapan “ ooo..kalau begitu kita bisa tolak sahaja pandangan ulama’ ini..natijahnya nanti, akan muncullah idea agar penafsiran qur’an dan hadith siapa-siapa sahaja bisa menafsirkannya ) ini pandangan ulama’ itu, tapi ini pula pandangan saya..wah hebatnya ! ..muncul perlecehan-perlecehan kepada akhawat yang memakai niqob..muncul kenyataan mengkritik Hamas di Palestin dan sebagainya…
Cukuplah sekadar saya menyebutnya sedikit sebanyak. Saya tidak bertujuan ingin menakutkan-nakutkan teman-teman yang ingin kesini, Alhamdulillah kami masih belum tersesat kerana disebalik tersebarnya kebatilan, kebaikan itu sangat banyak dan masih banyak. Pensyarah yang baik dan menepati criteria seorang ahlul Ilmi masih banyak. Jika anda hadir dengan asas yang kukuh, Islam yang diamalkan..insyaAllah, anda juga bakal menjadi penilai yang baik dalam dunia keilmuan. Maka, hadirlah dengan Islam yang difahami dan dijadikan prinsip hidup, bukan Islam yang hanya mampu dibanggai kerana berjaya ditulis diatas kertas peperiksaan. Jika itu yang berlaku, bersiaplah anda untuk menjadi sesat. Wallahua’lam.
Mungkin artikel Ust Nik Abduh ini baik untuk kita. Bacalah : http://nikabduh.wordpress.com/2009/03/02/di-sebalik-banyak-buku-yang-dibaca/
BELAJARLAH KERANA ALLAH, UNTUK IBADAH, UNTUK ILMU, UNTUK ALIM & FAQIH, UNTUK DIAMAL, UNTUK DISAMPAIKAN KEPADA UMMAH, INSYAALLAH SIJIL DAN PANGKAT AKAN MENGIRINGI ANDA. NAMUN, JIKA ANDA MELANGKAH PENUH KESUSAHAN KE PUSAT PENGAJIAN UNTUK SIJIL, UNTUK PENUHKAN KEHADIRAN, UNTUK PASTIKAN MUDAH MENDAPAT PEKERJAAN, JANGAN BERMIMPI UNTUK PENGAJIAN ANDA MENJADI IBADAH KEPADA ALLAH, BAHKAN BELUM TENTU ANDA DIMUDAHKAN MENDAPAT KERJA. JIKA ITU MATLAMAT ANDA, BERSIAPLAH UNTUK BINASA DALAM PULUHAN KITAB-KITAB DAN BUKU-BUKU YANG ANDA TEMUI.
YA ALLAH, LURUSKANLAH NIATKU DAN TEMAN-TEMANKU..
MUDAHKANLAH KAMI YA ALLAH.
5 ulasan:
saya setuju , terlalu banyak cabaran untuk menjadi Muslim yang sebenar.Akhir zaman ramai yang bukan ahlinya menjadi pakar,akibatnya muncullah fahaman baru yang merasakan mereka lebih utama dari mujtahid yang muktabar.
Salam Tuan Rumah,
Salam perkenalan dan ukhwah.Mesti seronok tuan di Acheh.Saya pernah sampai ke Acheh sewaktu selepas Tsunami dulu.Rasa di hati ingin kembali ke Acheh lagi.
Dokumen Rand Corporation; Niat Amerika Hancurkan Islam
Selepas keruntuhan Uni Sovyet, Amerika mengalihkan perhatiannya kepada dunia Islam. Salah satu rencana As menghancurkan dunia Islam ini tertulis dalan dokumen Rand Corporation, sebuah lembaga yang dibiayai rumah putih (White House). Paling tidak ada tiga perkara yang di perhatikan iaitu penanganan konflik Timur Tengah dan Radikalisme islam, serta penanganan fundamentalisme Islam. Intinya Amerika tidak ingin Islam tampil sebagai sebuah kuasa yang kuat dalam sesebuah Negara.
Khas untuk menangiani fundamentalisme dalam islam, Rand Corp, pada tahun 2007 mengeluarkan sebuah laporan setebal 217 halaman yang bertajuk Building Moderate Muslim Network. Dalam laporan yang mengandungi 10 bab tersebut, Rand Corp mengungkapkan latar belakang mengenai kajian ini, di mana terjadi ketidakseimbangan kekuatan diantara kalangan radidal-fundamental dengan modern-liberal dalam Islam.
Menurut Rand Corp, ketidakseimbangan yang di alami oleh para radikal dan modern ini memiliki kesan bagi “perang pemikiran” di dunia Islam. Sehingga AS dan Negara-negara Barat diharapkan dapat sedikit mempengaruhi hasil dari “perang pemikirn” ini dengan memanfaatkan kalangan Muslim sendiri-untuk mengecam kesalah fahaman ke atas pihak yang mereka gelar ekstrim Islam yang ingin menegakkan islam secara Kaffah.
Secara terang-terangan Rand Corp mengungkapakn peta jalan (Road map) cara untuk membina jarinagn Muslim modern yang pada awalnya di beri kekutaman bantuan kepada pihak-pihak yang dinilai paling cepat menyebarkan kesan para perang pemikiran antara Muslim ini, diantara mereka adalah, 1) Para Akademisi dan intelektual Muslim yang liberal dan sekuler. 2) Mahasiswa muda yang religious dan modern. 3) Komuniti aktivis. 4) Organisasi-organisasi yang melakukan kampen persamaan gender dan %0 para wartawan dan penulis modern. Pemerintah AS harus memastikan bahawa kalangan-kalangan tersebut ikut serta dalam kunjungan kongresional (dialog), dan membuat mereka rekenal sebagai orang yang membuat kebajikan.
Rand Corp juga melakukan perincian terhadap Muslim-modern yang akan mejadi andalan kepada AS iaitu; 1. Mendukung demokrasi 2. Menganal hak-hak manusia termasuk persamaan dender dan kebebasan berkeyakinan 3. Menghargai keberagaman 4. Menerima sumber hukum yang non sectarian 5. Menentang terorisme dan bentuk-bentuk kekerasan illegal lainnya.
Progam-progran yang dijalankan kepada mereka selanjutnya adalah;
a. Democratic education (pendidikan demoratis) Khasnya kepada program-program yang menggunakan teks-teks Islam dan system pengajaran tradsional yang mendukung nilai-nilai demokratis dan pluralis.
b. Media. Dukungan bagi media yang modern sangat penting untuk menyerang media-media yang anti demokratis dan elemen-elemen Muslom konservertif.
c. Gender equality (persamaan gender) isu hak-hak perempuan merupakan hal mendasar yang diangkat dalam perang pemikiran dalam Islam. Promosi persamaan gender merupakan kompenan kritis unruk meperkuat Muslim modern.
d. Policy Advocacy (Pembelaan/ dukungan kebijakan) kalangan Islamik memiliki sejumlah agenda dan kalangan modern sangat memerlukan penasihat kebijakan untuk membentuk lingkungan yang legal dan berkerjasama dengan mereka di dunia Islam.
Kejian teknikal yang di keluarkan Rand Corp. pada tahun 2003 yang berjudul Civil Democratic Islam secara terbuka telah membagikan umat Islam ke dalam beberapa kelokpok iaitu: Fundamentalis, Tradisonalis, Modernis, dan Sekuleris.
Kelompok Fundamentalis diidentikan debagai kalangan yang menolak demokrasi dan busaya barat, menginginkan sebuag nrara otoriter yang menerapkan hokum Islam serta memakai penemuan dan teknologi modern untuk mencapai tujuan mereka mencipta sebuah Negara tanpa mengunakan titik bengek demokrasi.
Kelompok Tradisionalis pula di identikkan sebagai sebuah masyarakat yang konservertif, mencurigai modernisasi, inivasi dan perubahan. Adapun kelompok Modernis menginginkan dunia Islam menjadi bagian dari modernitas global. Mereka ingin memodernkan dan mereformasi Islam dan menyesuaikannya dengan zaman. Sedangkan kelompok sekularis identik sebagai golongan yang menginginkan dunia Islam dapat menerima pemisahan agama dan Negara seperti yang di lakukan Negara-negara demokrasi industry barat, dengan membatasi agama hanya pada lingkup pribadi.
Rand Corp. selanjutnya menrincikan langkah-langkah yang dapat di tempuh untuk menggempur kalangan yang mereka kelompokkan sebagai fundamentalis dengan cara mendukung kelompok medernis, mendukung kaum tradisonal dalam menentang fundamentalis, serta menetang kaum fundamentalis dengan mendukuna kaum sekularis secara selektif
Dokumen itu menunjukkan, politik adu domba sebagai jalan untuk mrlrmahkan Islam. Politik pecah belah dilaksanakan oleh media massa yang punya link dengan Amerika baik secara langsung maupun tidak. Di sinilah jahatnya media!
assalamualaikum....
ana dah dengar perkataan "jubah hitam, tudung, jilbab, purdah ne pakaian arab" dari ana sem 1...
geram, sakit hati semua ada... tak kurang juga banyak dah sahabat2 malaysia di sini (UIN JAKARTA) yg dah hanyut dengan permainan sekularisme dan liberalisme di sini...
yang dulu dtg pakai tudung labuh, jubah, kopiah, semua nya dah bertukar... yang lelaki mcm dah tak de adab, merokok kat kampus, tiru bulat2 budaya ntah apa2 ne...
sedih dengan apa yang dah jadi... kesian kepada yang belum sedar... jadi apa yang kita harus buat? kita nak angkat suara lebih2 nnt kena halau... (mcm dah pengalaman je ye.. :)
so mcm mana nak kukuh kan jati diri?
jadi lah seperti ikan di air tawar... yang tidak masin walaupun persekitarannya masin...
harus pintar memilih teman dan tahu biah yang kita tempati...
kita lah yang harus membimbing teman-teman bukan kita yang di tarik seperti lembu untuk mengikuti mereka..
seperti hadis Rasulullah... sll ada umat ku pada akhir x\zaman kelak yg menjadi sbuah kelompok yang menegakkan kebenaran.. (sepertinya salah ne.. minta ust betulkan kalau salah)
terima kasih atas kmntr2, info dn pdgn dr sdr azani, pg2u dan ukhti sakinah..truskn mmbri pndgn2..salam pjugn.
Catat Ulasan