Berikut adalah kenyataan dan dakwaan penulis buku Mereka Adalah Teroris kepada individu dan organisasi berikut:
Imam Samudera:
1) Beliau salah satu korban dari kesesatan pemikiran global masa kini (neo-khawarij) yang telah menghidupkan kembali pemikiran sesat generasi awal khawarij.
2) Beliau tidak dapat terima kebenaran kerana kebenciannya pada ulama Ahlussunnah (baca: Sa’udi,Yaman dll).
3) Beliau seorang teroris berdarah dingin.
4) Beliau faham makna ulama Mujahid dengan fahaman yang sempit dan tanpa ilmu.
5) Beliau jahil dan benci ulama’ Ahlus Sunnah.
6) Beliau benci dan sentimen berat pada Daulah Tauhid Sa’udi.
7) Beliau ahlul batil dan ahlul bid’ah.
Sheikh Abdullah Azzam:
1) Beliau tokoh teras teroris.
2) Beliau penganut aqidah khawarij dan menghalalkan darah kaum Muslimin.
3) Beliau antara orang yang jahil urusan agama dan waqi’ ummat dan tidak boleh diambil fatwa dan dijadikan rujukan problem umat Islam.
4) Beliau antara golongan Ruwaibidhah dan Ashaghir (orang bodoh yang kecil dan tidak berilmu lalu berbicara masalah orang ummah).
5) Beliau bukan ulama’ Mujahid, tetapi politikus.
6) Beliau antara mereka yang bukan membela Din dari kerosakan dan penyimpangan, tetapi termasuk deretan penyeleweng agama dan penyimpang dengan pelbagai fatwa dan pemahaman sesat.
7) Jihad mereka adalah aksi teroris dan kekacauan yang merugikan kaum Muslimin.
8) Mereka tidak termasuk dalam Ahlussunnah Wal Jama’ah.
9) Beliau antara teroris pewaris manhaj khawarij.
10) Beliau antara golongan khawarij, mu’tazilah, penganut Takfiri, Asya’ari Maturidiyyah bahkan sufi serta firqah-firqah sesat yang lainnya.
11) Beliau tokoh sesat, takfir kerana kafirkan negeri-negeri Muslimin secara mutlak.
Sheikh Usamah bin Laden:
1) Beliau antara tokoh teras neo-khawarij tulen abad ini yang jahil agama.
2) Beliau adalah golongan Ruwaibidhah dan Ashaghir.
3) Beliau antara yang belum cukup kriteri seorang ulama’, sekadar ahli pidato, orang-orang berpikiran khawarij.
4) Beliau menghalalkan darah kaum Muslimin.
5) Beliau menghidupkan sunnah khawarij dengan menggerakkan pemuda-pemuda untuk melawan pemerintah Islam dengan aksi-aksi teroris dan peledakan atas nama jihad.
6) Beliau bukan ulama’ Mujahid, tetapi politikus.
7) Beliau antara mereka yang bukan membela Din dari kerosakan dan penyimpangan, tetapi termasuk deretan penyeleweng agama dan penyimpang dengan pelbagai fatwa dan pemahaman sesat.
8) Jihad mereka adalah aksi teroris dan kekacauan yang merugikan kaum Muslimin.
9) Anak-anak Muslimin menjadi yatim piatu, wanita Muslimah menjadi janda akibat fatwa-fatwa Usamah yang brutal dan tindakan brutal pengikut Usamah.
10) Usamah hanya lari dari satu gua ke satu gua, gunung ke satu gunung untuk sembunyi dan selamatkan diri dengan menjadikan rakyat Afghanistan sebagai korban.
11) Usamah sendiri dengan sembunyi-sembunyi tampil dilayar kaca Al-Jazeera.
12) Usamah dan kroni-kroninya tidak ubah sebagai para pengecut, yang berani berkata dan berbuat tetapi tidak mahu bertanggungjawab.
13) Jangan tertipu dengan serban ataupun janggut Usamah walaupun itu sunnah tetapi sayangnya para teroris itu banyak yang menjadikan sunnah sebagai tameng (mengelabui mata).
14) Musibah dan malapetaka besar menimpa kebanyakan pemuda yang tertipu dengan sosok Usamah. Dengan gerakan terorisnya untuk lawan kerajaan Arab Saudi dan lainnya atas nama jihad.
15) Beliau budak hingusan.
16) Beliau tidak lebih dari seorang teroris yang hidup dinegeri khayal dan angan-angan.
17) Jihad beliau hakikatnya adalah sebuah gerakan terorisme yang sengaja ia programkan dalam rangka memerangi negeri-negeri Islam khasnya Arab Saudi.
Sheikh Salman ‘Audah dan Dr.Safar Al-Hawali ( Arab Sa’udi ) :
1) Mereka adalah tokoh teras neo-khawarij dan teroris.
2) Mereka adalah golongan Ruwaibidhah dan Ashaghir ditengah-tengah ummat ini
3) Antara tokoh-tokoh Quthbiyyah ( pemikiran Syed Quthb ) dan budak-budak hingusan.
4) Mereka penganut Takfiri yang kafirkan pemerintah-pemerintah Islam (sekarang).
5) Beliau adalah jaringan gerakan bid’ah, pemikiran sesat dan pewaris gerakan Quthbiyyah.
6) Mereka belum cukup kriteria seorang ulama’, sekadar ahli pidato dan orang-orang berpikiran khawarij.
7) Mereka bukan ulama’ Mujahid, tetapi politikus.
8) Mereka jahil dalam masalah jihad.
9) Mereka orang-orang yang jahil urusan agama dan waqi’ umat Islam yang tidak boleh diambil fatwa dan dijadikan rujukan problem umat Islam.
10) Fatwa mereka bikin kacau dan terterornya umat Islam
11) Mereka bukan membela Din dari kerosakan dan penyimpangan, tetapi termasuk deretan penyeleweng agama dan penyimpang dengan pelbagai fatwa dan pemahaman sesat mereka.
12) Jihad mereka adalah aksi teroris dan kekacauan yang merugikan kaum Muslimin.
13) Mereka tidak termasuk dalam Ahlussunnah Wal Jama’ah.
14) Mereka mu’tazilah dan Asya’ari Maturidiyyah bahkan sufi serta firqah-firqah sesat yang lainnya.
15) Mereka ini kebiasaan berkhinat atas nama ulama’ dan menipu ummat atas nama ulama’.
16) Mereka ini membelot setelah dapat nikmat dan fasilitas dari Saudi dengan memprovokasi pemuda untuk bangkit lawan pemerintah dan hai’ah kibaril ulama’.
17) Mereka yang ajar pemuda Islam lawan pemerintah, hina ulama sunnah, setelah belajar dari Al-Banna, Syed Quthb, Muhammad Quthb dan lain-lain.
Sheikh Hasan Al-Banna:
1) Beliau adalah penggerak pemikiran sesat khawarij.
2) Beliau adalah penganut aliran sesat Tareqat Hushafiyyah-tareqat Tasawuf.
3) Beliau tokoh kebanggaan para teroris abad ini merupakan pimpinan besar kelompok sempelan Ikhwan Muslimin.
4) Buku-buku beliau penuh dengan pemikiran khawarij dan terorisme.
Syed Quthb dan Muhammad Quthb:
1) Beliau adalah pengusung pemikiran Takfir (mengkafirkan orang Islam) masa kini.
2) Beliau adalah penggerak pemikiran sesat khawarij.
3) Beliau tokoh ekstrem dan radikal.
4) Buku-buku beliau penuh dengan pemikiran khawarij dan terorisme.
Sheikh Abul A’la Al-Maududi:
1) Beliau adalah penggerak pemikiran sesat khawarij.
2) Beliau ekstrem dan radikal.
3) Beliau adalah jaringan gerakan bid’ah dan pewaris gerakan Quthbiyyah.
Sheikh Said Hawwa:
1) Beliau adalah penggerak pemikiran sesat khawarij.
2) Beliau antara penganut pemikiran dan Aqidah yang sesat.
3) Buku-buku beliau penuh dengan pemikiran khawarij dan terorisme.
Sheikh Umar Tilmisani dan Sheikh Mustafa As-Siba’ie:
1) Beliau penganut aliran sesat.
Dr.Yusuf Al-Qardhawi:
1) Beliau antara penganut pemikiran dan Aqidah yang sesat.
2) Beliau tokoh Ikhwan Muslimin yang beraqidah sesat dan menyesatkan.
3) Beliau mengkampen seruan penyatuan berbagai macam agama, dan sering menghadiri muktamar-muktamarnya di berbagai belahan dunia dan bangga dengan itu semua.
Hizbut Tahrir (HT):
1) HT adalah khawarij.
2) HT yang diasaskan oleh Sheikh Taqiyuddin An-Nabhani di Jordan adalah pewaris pemikiran Takfir.
Ikhwan Muslimin (IM) Indonesia:
1) IM adalah aliran sesat ‘produk Mesir’.
Ikhwan Muslimin (IM) Mesir:
1) IM menjadi tapak subur hidupnya aliran sesat yang berselindung sebalik prinsip“saling hormat menghormati dalam hal yang kita berbeza pendapat dengannya’.
2) IM praktik cara khawarij dengan melakukan aksi-aksi teroris dan kekerasan melawan pemerintah Mesir yang sah.
3) IM dakwa pemerintah Mesir kafir.
4) IM pewaris pemikiran Takfir.
5) Aktivis-aktivis Ikhwan Muslimin, kelompok sesat yang berlumuran dengan aqidah tasawuf yang penuh dengan bid’ah dan kesyirikan.
Front Islamic Salvation (FIS) Algeria:
1) FIS dua kali berkunjung ke Vatikan, Itali dan berkumpul disana yang dipromotori oleh pihak Kristian.
Jama’ah Islmaiyyah (JI) Mesir:
1) JI pimpinan Sheikh Omar Abdul Rahman pewaris pemikiran Takfir.
Jama’ah Jihad, Yaman:
1) Pewaris pemikiran Takfir yang dipimpin oleh Usamah bin Laden kemudian bertukar menjadi Al-Qaeda.
Gerakan Darul Islam (DI) Indonesia:
1) DI adalah gerakan pemberontak (khawarij) kerana lawan pemerintah Indonesia.
Sheikh Abbas Madani & Ali Benhaj (FIS,Algeria) :
1) Mereka sangat benci kedua sheikh ini ( Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Muhammad bin Salih Al-Utsaimin).
Abu Muhammad Al-Maqdisi:
1) Beliau tokoh teroris kerana mendakwa Sa’udi Arabia adalah Daulah Kafir kerana pemerintahnya bekerjasama dengan Amerika dan negara kafir lainnya.
Mujahidin Afghanistan:
1) Mujahidin Afghanistan bunuh Sheikh Jamilurrahman seorang ulama’ Sunni kerana beliau beraliran Salafiyyun yang tidak sama dengan Mujahidin yang berfahaman Ikhwan Muslimin.
2) Mujahidin Afghanistan yang penuh didalamnya golongan Syi’ah, Sufiyyah, Komunis dan lain-lain menghentan Imarah Islamiyyah (kepimpinan Islam ) di Kunar yang dipimpin oleh Sheikh Jamilurrahman.
3) Veteran perang Afghanistan keluar dari medan dengan menyebarkan pemikiran takfir (kafirkan orang Islam) di negerinya.
Jihad Afghanistan & Palestin:
1) Yang pimpin jihad di Afghanistan dan Palestin sekarang adalah orang-orang yang menyimpang aqidahnya seperti quburiyyun (ziarah kubur), fanatik mazhab dan berbagai macam aliran bid’ah.
2) Dipimpin oleh barisan komando yang tidak tegakkan amar ma’aruf nahi mungkar bahkan memiliki kebencian yang besar pada Ahlussunnah dan ulama’nya.
Kerajaan Toliban-Afghanistan :
1) Pemerintah Toliban adalah beraqidah Asya’irah Maturidiyah.
Mereka tidak termasuk Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.
‘Abdullah Sungkar@Ust Abdul Halim:
1) Beliau adalah adalah tokoh khawarij Indonesia.
Ust Abu Bakar Ba’asyir:
1) Beliau adalah adalah tokoh khawarij Indonesia.
Antara tokoh-tokoh khawarij, Ruwaibidhah, Ashaghir, ekstrem, teroris, sesat, jahil agama, jahil masalah jihad, bukan ulama’ , fatwa sesat,tidak boleh ambil fatwa mereka, penganut Takfiri, sufi dan bid’ah sesat, menyimpang dari agama, budak-budak hingusan, khianat atas nama ulama’, provoke pemuda Islam untuk lawan Ha’iah Kibaril Ulama’ (Sa’udi ) :
1) Dr.Aidh Al-Qarni.
2) Muhammad Al-Ghazali
3) Sheikh Hasan Turabi ( Sudan )
4) Abdul Qadir Abdul Aziz
5) Sheikh Sulaiman Abu Ghaits
6) Nashir Al-Umar
7) Muhammad Surur Zainal Abidin
8) Sheikh Mullah Umar ( Afghanistan )
9) Jeneral Khattab (syahid – Chechnya )
10) Ust Abu Sayyaf ( amir Mujahidin Filipina )
11) Abdul Aziz Rantisi ( syahid – Palestin )
12) Sheikh Aiman Al-Zawahiri ( Afghanistan )
13) Sheikh Ahmad Yasin. (syahid – Palestin )
14) Muhammad Al-Mis’ari
15) Abdurrahman bin Abdul Khaliq
Lain-lain:
1) Bom Syahid ‘versi teroris’ (baca:Mujahidin) ini adalah bunuh diri.
2) Jihad yang tidak didukung oleh ulama’ AhlusSunnah (Sa’udi dll) adalah jihad yang tidak syar’ie, hanya propaganda neo-khawarij.
3) Ulama’ Mujahid yang versi Imam Samudera adalah mereka yang hanya tahu selok belok medan tempur, bom, tank dan senapang.
4) Penerbit Jazera, Indonesia salah satu penerbit yang menjadi corong terorisme di Indonesia.
5) Penjara Sa’udi dipenuhi bukan Mujahid,tapi teroris semacam Salman Audah ,Dr.Safar dan seumpamanya yang merupakan provokator, takfiri dan layak disumbat ke penjara.
6) Memperlekeh Aqidah Asya’irah Maturidiyah dan membandingkannya dengan golongan Salafiyyun.
7) Golongan khawarij ini kuat menghentam Arab Saudi yang beliau sifatkan sebagai pendukung dan pengibar Tauhid.
8) Sandaran kuat beliau selain Sheikh bin Baz ialah Sheikh Albani dan Sheikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’I ( Yaman ).
9) Orasi, statemen dan fatwa khawarij ini lebih kepada provokasi terhadap umat yang membawa bala’ dan petaka bagi ummat ini.
10) Usamah,Safar dan Salman adalah orang yang akan terus memprovokasi pemuda-pemuda jahil@bodoh seperti kamu (Imam Samudera) untuk lakukan aksi teror, sehingga pemuda bodoh semacam kamu ini mengiranya jihad.
Cukup dulu setakat ini. Saya sudah tidak mampu lagi untuk mengutip kenyataan-kenyataan beliau yang cukup menyakitkan kepada para ulama dan Mujahid ini yang dilihat tidak sealiran dengannya. Kononnya mereka ini ‘fikrah’ Ikhwan Muslimin, bukan Salafiyyun sepertinya dan ulama’ lain. Di Indonesia mereka ini dikenal sebagai golongan Salafi Yamani yang agak keras sedikit. Tidak terlibat bersama mana-mana partai Islam, tetapi bila partai Islam menentang sesuatu dasar pemerintah, mereka pula yang menjadi pendokong pemerintah !
Selesai sudah kita membaca ‘sebahagian’ isi kandungan buku bantahan diatas. Maka dalam penjelasan yang seterusnya, kita perlu mengetahui bahawa terbitnya buku-buku bantahan ini mengundang pula aksi ‘pembalasan’ oleh pihak kedua yang mempertahankan Imam Samudera dan teman-teman atau mereka yang tidak bersetuju dengan sebahagian isi kandungan buku ‘Mereka Adalah Teroris’ kerana disaat Ust Luqman mengecam Imam Samudera, beliau juga bersikap terburu-buru dengan menyerang individu-individu lain termasuk beberapa ulama’ dan organisasi-organisasi Islam yang dilihat tidak sealiran dengannya.
Antaranya ialah :
a) Ust Abu Zulfidar Akaka (Pustaka Al-Kautsar) mengeluarkan buku bertajuk ‘Siapa Teroris – Siapa Khawarij ?
b) Ust Abu Zulfidar Akaka menganjurkan debat terbuka dan mengajak penulis buku Mereka Adalah Teroris-Ust Luqman untuk bersemuka. Beliau menghantar surat menjemput.
c) Majlis Mujahidin Indonesia (MMI) mengajak Ust Luqman untuk berdebat isu teroris dan khawarij. Antaranya di Jogja dan Jakarta. Tetapi lebih dari 2 kali, beliau tidak hadir.
d) Majlis Mujahidin Indonesia (MMI) mengecam keras buku Mereka Adalah Teroris dalam seminar yang dianjurkan bagi mendiskusikan isi kandungan buku tersebut yang dilihat sangat keras membantai siapa sahaja.
e) VCD mengenai Diskusi Membantah Buku Mereka Adalah Teroris diterbitkan.
e) Majlis Mujahidin Indonesia (MMI) sampai mengeluarkan kenyataan “ jika anda tidak mampu hadir untuk muzakarah , anda boleh jemput Sheikh-Sheikh anda untuk datang bertemu kami”.
f) Beberapa buah buku diterbitkan untuk membantah Ust Luqman bin Muhammad Ba’abduh dan penulis-penulis lain yang melabel teroris dan khawarij kepada Imam Samudera dan beberapa orang ulama’ gerakan Islam.
Kesimpulannya, polemik ini tidak akan berakhir selagi wujud aliran pemahaman yang berbeza dalam mempraktikkan Islam. Ada yang mengaku Salafi, ada yang mengaku Salafiyyah, Ahlus Sunnah dan berbagai lagi dengan tujuan meyakinkan semua pihak bahawa mereka berada diatas jalan dan landasan yang benar, sohih dan rojih. Bagi kita yang suka saya kategorikan sebagai orang awam-kerana kekurangan ilmu kita, ketidakmampuan kita untuk berijtihad, hanya sekadar mengikut pandangan mana-mana ulama’ dan kurang maklumat mengenai kondisi sebenar isu ini, maka dibawah ini saya lontarkan beberapa saranan atau cadangan yang mungkin dangkal atau kurang kekuatannya, tapi saya yakin dapat meminimakan kemarahan atau sokongan ‘ekstrem’ kita kepada mana-mana pihak sebagai penutup tirai dalam perbahasan isu ini :
1) Mereka telah kembali kepada Allah – jika mereka benar dalam tindakan tersebut, doakan agar mereka syahid dan jika tersalah, pohon keampunan Allah untuk mereka.
2) Elakkan terlalu cepat kita mengeluarkan hukuman khas kepada para Mujahidin apabila mereka melakukan sebarang aksi-aksi – kerana mereka juga manusia yang cintakan agama, mahukan Islam dipandang mulia.
3) Berhati-hati dengan media – kerana amat sukar untuk kita mencari media yang dikuasai oleh umat Islam. Maka jika berita tentang perjuangan umat Islam dilabelkan ekstrem, ganas, fanatik dan sebagainya, tidak pelik kerana dibelakang sana penuh dengan musuh-musuh Allah yang memegang kendalinya.
4) Apabila kita menyukai seseorang, maka janganlah melampau-lampau dan apabila membenci jangan juga melampau-lampau kerana mereka manusia yang tidak mungkin ma’sum dari kesalahan.
5) Hormatilah para ulama’ walaupun kita berbeza pandangan atau aliran pemikiran dengannya dan jangan hukum mereka kerana As-Syahid Abdullah Azzam ketika ada orang yang lebih-lebih bertanya mengenai masalah masih adanya para Mujahidin yang masih merokok dan sebagainya dalam jihad di Afghanistan dulu, beliau menjawab dengan Hadith Nabi: Apabila air melebihi 2 kolah, maka dia tidak menjadi najis.” Maka andai ada mereka yang melakukan kesalahan atau kesilapan, kebaikannya yang banyak dapat menampung kesilapannya.
Wallahualam.
Catatan : Penjelasan ini menjadi penutup tirai kepada buku Aku Melawan Teroris. Mohon kemaafan sebanyaknya kerana saya tidak akan menyambung lagi isi kandungan buku tersebut kerana agak panjang dan sudah cukup dengan penjelasan diatas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan