Foto Jenazah Imam Samudera dalam keadaan berkafan mula tersebar dibeberapa buah laman web dan blog-blog di Indonesia dan Malaysia. Foto tersebut dikeluarkan oleh arrahmah.com sebuah website yang banyak memaparkan kisah-kisah jihad umat Islam. Sehingga kini, pemilik foto yang menghantar gambar tersebut masih di cari. Bagi yang ingin melihat foto tersebut, anda boleh melayari blog http://tukulbesi.blogspot.com sekarang. Bagi yang ingin mengikuti kisah keajaiban yang berlaku ke atas jenazah 3 pemuda ini, anda juga tidak boleh membacanya lagi kerana kisah ini terdapat di website arrahmah.com dan sekarang dimatikan (tidak tahu sape yg matikan) berikutan bilangan pengunjung yang terlalu ramai.
Berkenaan kisah bau wangi yang dicium oleh mereka yang mengiringi jenazah Imam Samudera dan 3 ekor burung berputar-putar di udara menyaksikan jenazah Amrozi dan Ali Ghufron@Mukhlas tiba dikampungnya,ianya turut dibicarakan di blog tukulbesi. Namun, saya sendiri tidak dapat membacanya kerana link arrahmah.com tidak boleh dibuka lagi.
Subahanallah, saya baru teringat malam tadi saya menerima SMS dari Akh Taufiq, teman sepengajian dari Jakarta. Mesejnya berbunyi “ Akh, ana baru sahaja dapat khabar dari kawan ana yang berada di Majlis Mujahidin Indonesia (MMI). Dia menyaksikan langsung penghantaran dan penguburan Imam Samudera dan Amrozi bahawa dia mencium bau wewangian yang sangat wangi sekali di kediaman Imam Samudera dan di kediaman Amrozi (beserta Ali Ghufron), 3 burung berputar-putar dan awan menutupi matahari lalu berbentuk lafaz ‘Allah’ menyambut kedatangan jenazah Amrozi. Subahanallah. Mudah-mudahan ini petanda bahawa mereka adalah mujahid sehingga Allah menampakkan tanda-tanda kebesarannya, Allahuakbar. Wallahua’lam”.
Selesai membaca, saya teringat tatkala semua sahabat-sahabat nyenyak tidur, saya terjaga dan membuka televisyen malam semalam. Ketika itu jam 3.00 pagi waktu Acheh. Di Indonesia, mungkin jam 2.00 pagi. Keluarlah wajah Ust Chozin, abang Amrozi dan Mukhlas memaklumkan adiknya telah ditembak jam 12.15 waktu Indonesia. Apabila ditanya, bila jenazah akan dibawa pulang, lantas beliau menjawab “ semoga arwah saat ini sudah terbang bersama burung-burung hijau’. Ya Allah, kebetulankah ini ? Saya menyoal diri.Laungan takbir yang begitu kuat oleh pendokong yang bersama Ust Chozin menyebabkan mata saya bergelinang dengan air…Ya Allah, anugerahkanlah syahid kepada mereka,” bisik hati.
Hati masih tidak puas, jam 3.30 petang tadi, Akh Taufiq datang ke rumah. Terus saya bertanya, “akhi, benarkah SMS anta malam tadi ? Dia dengan tenang menjawab “akhi, ana pun dapat SMS ini dari sahabat rapat yang berada di MMI. Ana kenal dia. Namanya Anuar. Jadi kita kenal kethiqohan dia untuk menerima berita darinya. Namun, mungkin kalau ditanya pada semua orang yang hadir, boleh jadi tidak semua yang menyaksikan karamah ini. Perkara ini anugerah Allah. Mungkin Allah hanya memilih beberapa hambanya sahaja untuk menyaksikan peristiwa ini”. Saya menganggukkan kepala dan diam… Saya tahu, untuk menyampaikan perkara ini pada orang awam, memang agak sukar. Ramai yang akan sebut, 'arghh...ini rekaan saje untuk membela mereka." Tapi, saya tidak pelik, sebab beberapa tahun yang lalu, bila terbit buku Merintis Khilafah Yang Hilang karangan Ibnu Ismail yang menceritakan karamah As-Syahid Dr.Abdullah Azzam, berapa ramai yang dengan sinis memperlekehkan. Bagi mereka yang bersih aqidah, mungkin faham kondisi sebegini..
Beliau turut menambah, “ anta tahu, semalam ribuan menyambut ketibaan jenazah mereka. Orang ramai terpaksa bentrok (bertempur) dengan polisi. Manakan tidak, mereka menghalang umat Islam agar jangan terlalu ramai menyambut jenazah. Aduuss..tugas mereka telah selesai. Sekarang jenazah tiba, jadi ini tanggungjawab bersama meramaikan membantu mengurus jenazah ! ,” nadanya agak marah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan