Ahad, 16 November 2008

Aku Melawan Teroris VS Mereka Adalah Teroris.

Beberapa hari yang lalu, saya hampir-hampir putus asa untuk meneruskan berkongsi dengan pembaca mengenai isi kandungan buku Aku Melawan Teroris Imam Samudera. Puncanya apabila ada seorang sahabat di Malaysia ‘menziarahi’ inbox blog saya. Saya faham bahawa dia mungkin meminta saya melayari blognya. Terus saya meng’klik’ namanya di inbox itu untuk mencapai blog peribadinya yang penuh dengan program bedah buku.Alhamdulillah, dapat. Tapi, terbacalah saya satu artikelnya yang bertajuk ‘Aku Melawan Teroris’ VS ‘Mereka adalah teroris’.

Beliau berkongsi pengalaman membaca buku bertajuk ‘Bantahan Terhadap Buku Aku Melawan Teroris’ yang penuh sarat dengan dalil-dalil dari Ayat Al-Qur’an dan Hadith Nabi s.a.w. bagi membantah hujjah-hujjah Imam Samudera yang membolehkan membunuh orang kafir awam. Persoalannya, orang kafir awam yang bagaimanakah yang dimaksudkan oleh Imam Samudera ?

Di penghujung artikelnya, beliau menyebut kesemua tulisan yang termuat dalam buku ini menolak keras pengeboman di Bali ini dan rasanya patut dibaca oleh mereka yang menganggap tindakan Imam Samudra,Amrozi dan Mukhlas bertepatan dengan Islam dan matinya mereka tergolong dalam mati syahid.” Fuhhh..gerun saya. Ya lah, saya sendiri masih tidak membaca buku bantahan tersebut. Tetapi buku ‘Aku Melawan Teroris’ setebal 279 itu, Alhamdulillah saya telah khatamkan. Didalamnya juga termuat lebih 100 dalil daripada ayat Al-Qur’an dan Hadith Nabi. Imam Samudera salah faham terhadap ajaran Islamkah sehingga ada bantahan terhadap bukunya oleh ‘ustaz-ustaz’ di Indonesia ? Siapa ‘ustaz-ustaz’ ni ? Saya mengelamun..arghhh..sudah lah. “ Aku dah sokong benda tak betul ni”..Malas dah lah nak ulas isu kematian mereka ni..

………………………………………………………………………………………

Semalam sempat berbual dengan seorang teman dari Indonesia tentang isu ini. Lantas saya bertanya, “ akhi, anta tahu kan buku Aku Melawan Teroris ini ada bantahan ?”. Beliau tersenyum. “Ya, kenapa ? Sudah lama bantahan itu. Nanti ana pinjamkam pada anta buku bantahan itu. Tapi, buku Imam Samudera anta kena habiskan dulu. Kemudian baru baca buku itu. InsyaAllah, anta akan faham. Beliau tidak sesat. Cuma ada 'orang yang tak sefirqah’…itu aja sih, “ jelasnya.

InsyaAllah, dalam masa terdekat saya usahakan memberi penjelasan tentang buku-buku yang membantah Imam Samudera ini. Siapakah ‘ustaz-ustaz’ ini yang bersungguh membantah 3 Mujahid ini.Selain Imam Samudera, adakah lagi tokoh-tokoh jihad yang ‘dibantai’ oleh penulis buku ini ? Adakah buku bantahan tersebut dibantah pula ? Ya. Nantikan artikel selepas ini.Mudah-mudahan tidak ada lagi yang terlalu mudah ‘mengiyakan’ maklumat yang mereka terima lantas terus menghukum Mujahid-Mujahid ini tersesat, tersalah langkah..bla bla bla..Alhamdulillah, setelah menemui foto-foto terbaru mereka yang terkorban ini, saya amati wajah-wajah bersih mereka beberapa minit. “Ya, wajah kalian bukan wajah pengganas seperti dakwaan musuh-musuh kalian !!!”.

Tidak perlu bimbang jika kalian dinafikan syahid. Imam Hasan Al-Banna dinafikan syahid oleh pemerintah Mesir sampai sekarang. Namun seluruh dunia menggelarnya ‘As-Syahid’. Ust Ibrahim Libya dinafikan syahid oleh pemerintah Malaysia sampai sekarang. Bahkan pihak berkuasa agama pun ‘malu-malu’ mengiktiraf beliau syahid. Namun, pendokong gerakan Islam di Malaysia tetap memanggilnya ‘As-Syahid’. Tahniah Untuk Kalian ! InsyaAllah, kalian inspirasi kami.

Catatan : Penjelasan mengenai buku-buku bantahan terhadap Aku Melawan Teroris – Imam Samudera akan saya sampaikan dalam artikel selepas ini. InsyaAllah.

AKAN TERBIT InsyaAllah: Benarkah bom sedahsyat itu yang membunuh 202 nyawa dan 209 korban disediakan oleh Amrozy dan kawan-kawan ?

Tiada ulasan: