Ahad, 2 November 2008

Lawatan ke Komplek Makam Sultan Iskandar Muda, Banda Acheh

Petang 25 Okt lalu, saya bersama Al-Akh Taufiq seorang teman dari satu fakultas yang berasal dari Jakarta telah mengunjungi Komplek Makam Sultan Iskandar Muda di Banda Acheh. Di dalam kawasan komplek ini terdapat 2 lagi komplek iaitu Makam Kandang Meuh dan Makam Keluarga Kerajaan.

Dihadapan Makam Sultan Iskandar Muda terdapat sebuah batu yang tercatit dengan maklumat berikut : Seorang sultan Acheh yang sangat termasyhur yang memerintah pada tahun 1607-1636. Beliau sangat bijaksana dalam menjalankan pemerintahan sehingga sebahagian wilayah Sumatera dan Semenanjung Melayu menjadi bahagian kerajaan Acheh. Pada masa Sultan Iskandar Muda, Islam berkembang pesat di Acheh hingga pada saat itu Acheh menjadi Studi Islam.

Manakala dididing makamnya pula tercatat : Lahir 1590 Masihi dan meninggal dunia 27 Dis 1636 Masihi.

Di Komplek Makam Kandang Meuh terdapat sebanyak 11 buah makam. Antaranya ialah:

1) Putri Raja anak Raja Bangka Hulu.

2) Sultan Alauddin Mahmud Syah ( 1760-1764 )

3) Raja Perempuan Darussalam.

4) Tuanku Zainal Abidin

dan keluarga sultan lainnya.

Di Komplek Makam Keluarga Kerajaan terdapat sebanyak 8 buah makam. Antaranya ialah:

1) Pocut Rumoh Geudong / Meurah Limpah / Pocut Lam Seupeung / Isteri Nombor Tiga Ibu Nombor Lapan

2) Pocut Sri Banun Anak Nombor Tiga.

3) Sultan Alauddin Ibrahim Mansur Syah ( 1836-1870)

4) Sultan Alauddin Muhammad Syah ( 1781-1795 ) ( Meurhom Geudong ).

5) Sultan Husin Jauhar Al-Alam Syah ( 1795-1824 )

6) Putro Bineu Ibu Nombor Lima

7) Tuanku Husin Pangeran Anom Nombor Tiga (Wakil Kerajaan Acheh di Deli )

8) Tuanku Cut Zainal Abidin ayah dari Sultan Alauddin Muhammad Daud Syah II (1874-1903)

9) Teungku Chik Kakak Nombor Tiga


Sultan Alauddin Muhammad Daud Syah mangkat di Jakarta 6 Februari 1939 dalam internerling (pengasingan) oleh pemerintah Hindia Belanda.

Dipintu masuk kesebuah bangunan lama di dalam Komplek ini tertera perkataan “ Udep Saree Matee Sjahid ” yang bermaksud Hidup Mulia Mati Syahid. Kami dimaklumkan, di dalam bangunan juga terdapat beberapa makam lagi.

Jemputlah ke Acheh. Saya sedia jadi pemandu pelancung. Bayar 1juta sorang.:)

Tiada ulasan: