Sabtu, 8 November 2008

Pertahankan Jihad Siri 01 – Teroris, Syahidkah Mereka Ini ?

Isu hukuman ke atas 3 anak muda yang didakwa melakukan aksi pengeboman dua buah kelab malam di Bali tanggal 12 Okt 2002 yang lalu sedang hangat diperkatakan diseluruh media Indonesia hari ini. Hampir setiap jam, perkembangan-perkembangan terbaru disiarkan dari Pulau Nusakambangan, Jawa Tengah, tempat eksekusi mati ke atas mereka. Namun, saya tidak mengetahui sejauh mana berita ini diulas dan diolah di Malaysia. Seingat saya, kalau laporan dari media massa Malaysia, penggunaan kalimah ‘teroris’ kepada Mujahidin, memang menjadi ‘etika’ mereka. Ust Nik Adli dan tahanan ISA pasca 11 Sept 2001, sering menerima label sedemikian.

Sebentar tadi saya melayari portal Tranungkite.net (TKO). Beberapa artikel lama ,saya tatapi kembali. Akhirnya bertemulah dengan satu artikel bertajuk ‘ 3 Pengebom Berani Mati-Syahidkah Mereka ?’. Penulis yang menggunakan nickname C4 cuba menimbulkan persoalan antaranya : bolehkah membunuh orang kafir awam ( yang tidak terlibat dengan peperangan ). Artikel yang bertarikh 07 Nov itu diberi komentar lebih daripada 20 orang. Ada yang turut menghentam Imam Samudera dan rakan-rakan, ada yang menyokong tindakan mereka dan ada yang mengambil sikap berada di tengah-tengah ‘wait and see’. Bagi yang menghentam, mereka mempersoalkan bolehkah membunuh orang kafir awam ? Mengapa tidak dilakukan dinegara-negara seperti Amerika, Israel atau tempat-tempat peperangan seperti Ambon, Maluku dan sebagainya ? Tidak kurang yang melemparkan maki hamun, memuntahkan kemarahan atas alasan kononnya tindakan ini memburukkan imej Islam dan matlamat tidak menghalalkan cara. Ya , terlalu banyak.

Baik, kalian berhak untuk melakukan ‘serangan-serangan’ tersebut. Namun, suka saya menyoal ‘penghukum-penghukum’ ini beberapa perkara. Dari manakah sumber rujukan anda untuk mengulas isu ini ? Adilkah anda mengutip secebis maklumat ringkas dari media massa Malaysia, lantas anda mengolah beritanya seolah-olah itulah sumber paling sohih dan tepat ? Berapa banyak pendirian, pandangan, hujjah dan kenyataan pembelaan diri dari Imam Samudera dan teman-temannya yang anda baca, hayati dan membuat perbandingan ? Cukupkah dengan laporan akhbar yang sekadar memetik kenyataan pihak pemerintah Indonesia dan pemimpin tertinggi pasukan keselamatannya yang dijadikan sandaran maklumat anda ? Tahukan anda betapa banyaknya fakta-fakta tragedi ini yang tidak disampaikan secara adil kepada massa ? Cukupkah dalil dan hujjah anda untuk menafikan tindakan mereka dan syahid mereka ? Atau yang lebih baik, anda mendiamkan diri tanpa sebarang ulasan serta menyerahkan mereka kepada Allah untuk dinilai ? Bukankah berkali-kali Imam Samudera dan teman-teman menyatakan bahawa tindakan mereka ini berada dititik ikhtilaf – boleh jadi betul dan boleh jadi tersalah ? Last, bersediakah anda untuk bertanggungjawab dihadapan Allah apabila anda didakwa oleh mereka kelak kerana menimpakan hukuman, cercaan, makian, fitnah dan segala macam kepada mereka dengan tulisan serta komentar-komentar anda ? Sekiranya bersedia, teruskan memberi komentar tanpa berpijak kepada suluhan ilmu yang mencukupi. Wallahua’lam.

Bagi meleraikan kekusutan ini, saya cuba ingin berkongsi dengan kalian seluruhnya mengenai permasalah tragedi Bom Bali ini berkait langsung tentang fakta tragedi secara ringkas, dalil-dalil dan pendirian Imam Samudera, hukum bom syahid (amaliyyah al-istisyhadiah ), hukum berkaitan orang kafir awam yang dibunuh dan beberapa perkara penting yang lain. Semuanya ini, diambil dari buku ‘Aku Melawan Teroris’ yang merupakan catatan Imam Samudera ketika beliau menginap di asrama batu berjeriji besi sejak 2003 yang lalu. Pengantar kepada buku ini diketuai oleh Achmad Michdan (Pasukan Peguambela Muslim ) yang berjuang membela mereka bertiga.

InsyaAllah, saya akan memulakan dengan perbahasan yang pertama iaitu mengenai Amaliyyah Al-Istisyhadiah yang diterjemahkan oleh Kuffar sebagai ‘Bom Bunuh Diri’ dalam atikel selepas ini. Sebelum itu, saya memohon keampunan daripada Allah sekiranya pembelaan ke atas mereka menggunakan medium penulisan ini, berada pada wilayah kesalahan. Sekadar menaqalkan pendirian mereka, lalu terserah kepada kita untuk menerima atau menolak kerana mereka juga manusia yang tidak sunyi dari kekhilafan. Sekurang-kurangnya kita terselamat daripada dosa menghukum mereka tanpa landasan yang kemas kalaupun kita tidak mampu untuk mengi’tiraf kematian mereka sebagai Syahid. Wallahua’lam.

TERKINIUst Abu Bakar Bashir (mantan Amir Majlis Mujahidin Indonesia-MMI) yang pernah didakwa sebagai pemimpin gerakan teroris Jama’ah Islamiyyah (JI) oleh Amerika turut menziarahi ahli keluarga Amrozi dikampungnya dan berucap di hadapan penyokong-penyokong di Pesantren Al-Islam, Jawa Timur yang pernah didiami oleh Amrozi. Beliau menyebut bahawa jika hukuman ini diteruskan, ini adalah satu kezaliman kepada umat Islam yang menegakkan agama. Ust Abu Bakar turut meminta agar semua penyokong menjadikan mereka sebagai contoh dalam perjuangan.Ucapan selama 15 minit tengah hari tadi disambut dengan laungan takbir dari ratusan pelajar dan simpatisan. Kain-kain putih panjang dipasang ditepi-tepi jalan untuk memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin menurunkan tandatangan menyatakan sokongan kepada 3 Mujahid ini. Ribuan tanda tangan berjaya dikumpul oleh MMI. Bendera hitam Lailaha illallah kelihatan dimana-mana.Kain-kain bertulis ‘Kami Sokong 3 Mujahid’, 3 Mujahid Syahid-3000 akan mengganti, dipasang disekitar Pesantren Amrozi. Pemuda-pemuda berbaju gamis persis Imam Samudera dan rakan-rakan turut kelihatan.

Dimaklumkan, petang tadi sekitar 1500 orang anggota polisi ditambah termasuk unit pencegahan rusuhan.

Catatan : Di Indonesia, sokongan dan dokongan kuat agar pemerintah segera melaksanakan hukuman kepada Imam Samudera, Amrozi dan Ali Ghufron @ Mukhlas datangya dari ahli keluarga korban Bali dan warga Bali sendiri serta sebahagian masyarakat lain.Bagi warga Bali, kemarahan mereka antaranya kerana kesan tragedi tersebut, sumber ekonomi mereka terjejas akibat ketakutan pelancong untuk datang lagi ke Bali. Sebahagian sumber ekonomi warga Bali adalah hasil kedatangan para pelancong dalam dan luar negara yang menikmati kenikmatan berjudi, pelacuran, arak, muzik-muzik dan hiburan sampai lewat pagi. Bagi keluarga korban dikalangan umat Islam Indonesia, Imam Samudera telah mengemukakan permohonan maaf melalui Pasukan Peguambela Muslim. Beliau mengaku bahawa umat Islam yang turut terkorban dalam insiden ini BUKAN sasaran mereka. Ianya adalah kesalahan dalam peperangan. (ada penjelasannya dalam artikel nanti). Wallahua’lam.

Tiada ulasan: