“Wahai anak muda, banyak hadis Nabi s.a.w yang menyebut tentang anak muda dan kepentingan-kepentingan mereka. Antaranya hadis mengenai 7 golongan yang akan dinaungi Allah di Padang Mahsyar kelak, antaranya ialah anak muda. Soalnya, mengapa Nabi terlalu pentingkan anak muda? Sekiranya tidak ada kepentingan, mengapa Nabi sebut-sebut tentangnya? Allah dan Rasul banyak sekali menyebut tentang anak muda. Sampai satu tahap orang tua pun bercita-cita untuk menjadi muda semula jika boleh.
Ini kerana, anak muda adalah golongan yang mempunyai kekuatan yang sangat bernilai. Kalian anak muda yang bernilai lebih mahal dari emas. Dakwah ini meletakkan amanah besar kepada kalian. Dibahu kalian terletak amanah umat ini khasnya di Acheh Darussalam. Bukan sahaja Acheh menanti kalian, tetapi juga Jakarta dan Indonesia juga. Umat Islam dimana sahaja baik di Acheh, Jakarta, Indonesia atau Al-Quds menanti kalian untuk menghentikan kezaliman-kezaliman dan ketidakadilan.”
“Saya katakana tentang perkara ini (syarat kemenangan) kerana saya sangat takut Syaitan bermain diantara kalian yang akan menghancurkan kalian. Ada anak muda yang sangat kuat berjuang, lalu dia menjadi terkenal, maka disitulah Syaitan bermain dengan mengatakan – kamulah yang telah menyebabkan berlakunya kemenangan dalam perjuangan ini. Ingatlah, orang yang bekerja, berdakwah semata-mata untuk menjadi terkenal supaya seluruh telunjuk menunjuk ke arahnya, orang ini adalah orang yang tidak percaya kepada Allah. Padahal Allah menilai seluruh amalan hambanya walaupun sekecil mana pun tanpa perlu mengharapkan penilaian manusia. Allah telah menjelaskan di dalam Surah Az-Zalzalah bahawa amalan yang baik akan dinilai walau sebesar zarrah dan amalan buruk akan dinilai juga walau sebesar zarah ” beliau memberi penjelasan dengan panjang lebar dihadapan ratusan mahasiswa dengan bantuan terjemahan oleh seorang ustaz yang menjadi panitia program.
“ Wahai anak muda sekalian, jangan pentingkan nama atau apa-apa gelaran. Maka kita kena ikhlas. Jangan kata – saya yang paling alim, saya yang paling kuat bekerja, jadilah saya yang layak duduk diposisi itu dan ini. Dalam satu peperangan di zaman Nabi s.a.w, seorang anak muda ikut berperang dengan hebat dan gagah sehingga mengkucar-kacirkan pihak musuh. Selepas peperangan, Nabi s.a.w memberikan bahagiannya di dalam harta rampasan perang. Lalu beliau menyebut kepada Nabi – Ya Rasulullah, aku berjuang bukan kerana inginkan harta ini. Tetapi aku hanya mengharapkan keredhoan Allah dan aku sangat berharap agar salah satu dari anak panah musuh itu mengenai aku dan aku gugur syahid. Beliau lantas terus ke medan perang. Taqdir Allah satu dari anak panah musuh tepat mengenai lehernya yang merupakan tempat yang pernah dia tunjukkan dihadapan Nabi agar anak panah mengenai tempat itu. Apabila Nabi mengetahui, lalu Nabi bertanya, - inikah lelaki yang pernah bertemu dengan ku? Para sahabat menjawab – Betul Ya Rasulullah. Lalu Nabi bersabda : Beliau telah mendapat apa yang ia janjikan. Kisah inilah yang merupakan Asbab Nuzul bagi ayat : Minal mu’,minina rijalun sadaqu…(Al-Ahzab)”.
“Beginilah sepatutnya sikap seorang seorang Muslimin. Kita tidak mementingkan apa yang kita dapat, tapi kita hanya mahukan Allah redho dengan perjuangan kita . Maka janganlah kalian tengok apa yang orang lain dapat. Janganlah mudah terpengaruh ” ulas Sheikh Zulhairi lagi. Suasan menjadi gamat seketika apabila Sheikh menegur beberapa orang yang kelihatan tertidur . “Kalian yang tidur tidak bisa membangunkan umat Islam”.
“Wahai anak muda, aku tahu dunia ini sangat indah…Kamu semua selalu menonton filem. Ada watak penjahat dan baik. Kamu memuji kehebatan mereka dalam filem tersebut walaupun padahal bintang-bintang itu bukanlah hebat pun. Tetapi hakikatnya yang menjadikan bintang ini nampak hebat adalah kerana skrip yang dibuat oleh sutradara yang berada disebalik tabir. Begitulah dakwah..jadi kalian tidak menjadi bintang pun tidak mengapa” nasihat Sheikh pada kami.
“Aku sangat takut dan bimbang jama’ah Islam berpecah kerana dunia. Kerana adanya individu yang ada kepentingan peribadi. Pertamanya, kerana cemburu apabila ada dikalangan kita yang alim, lalu beliau mampu pula beramal dengan ilmunya. Ataupun ada dikalangan kita yang ada harta dan mampu memberi bantuan untuk dakwah. Aku tekah melihat banyak perpecahan sudah berlaku kepada gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia” luah Sheikh Zulhairi dengan nada sedikit kecewa dan bimbang.
Beliau juga turut menyentuh perkembangan di Palestin. “ Hari ini tentera Israel sangat takut dengan pejuang Palestin. Senjata disekat dari sampai kepada para pejuang. Akhirnya, mereka membuat senjata dari tangan mereka sendiri. Mereka mencipta roket ‘Sowarikh Al-Qassam yang jaraknya boleh sampai 12 km. Memang terlalu kecil berbanding Israel yang mampu mencapai antara benua. Namun, kejayaan kami menakutkan mereka. Umat Islam di negara-negara Arab memang ingin membantu kami, tetapi pemimpin merekalah yang menghalangnya. Bila pemuda dari Jordan melintasi sungai untuk masuk ke Palestin, tentera Jordanlah yang menembak para Mujahid ini.”
“Seluruh dunia terlibat membantu Israel untuk menghancurkan Palestin. Palestin bukan milik kami semata-mata, tetapi milik semua manusia yang mengucapkan kalimah La ila haillallah. Yang menyekat makanan, senjata, kewangan dan ubatan sampai ke Palestin, bukan Israel. Tetapi Mesir dan negara Arab bersebelahan dengan kami juga”.
Beliau turut menceritakan beberapa kejadian karamah yang berlaku di Palestin kepada para Mujahidin, antaranya :
a) Seorang pemuda diminta oleh ibunya untuk mengahwini seorang wanita di kampung tersebut. Sampai hari pernikahan, dia memohon untuk tidak pergi. Katanya “maafkan aku ibu, tentera Israel telah tiba dan menghadapi mereka saat ini lebih penting dari urusan pernikahan ini.” Lalu beliau terus pergi dan taqdir Allah, beliau ditembak. 3 hari jasadnya tidak dapat diambil kerana berada dalam lingkungan kawalan tentera Israel. Selepas itu barulah ditemui jasadnya oleh para pejuang. Subhanallah, jasadnya masih elok walaupun telah 3 hari syahid dan baunya sangat wangi. Berita itu diketahui oleh ibunya. Dia lantas memanggil jiran tetangga datang ke rumah. Katanya “hari ini aku akan membuat kenduri besar meraikan pernikahan anakku. Dia telah mengahwini 70 bidadari Syurga. Lantas, si ibu menatap muka anak ini dan berkata “wahai anakku, baru ibu tahu mengapa kamu tidak mahu pergi pernikahan yang lalu”. Taqdir Allah, pemuda ini tersenyum dan matanya pun tertutup rapat.
b) Seorang pemuda syahid dan ditangannya masih ada senapang yang tidak boleh dilepaskan. Sangat erat genggamannya kepada senapang itu. Sehingga para pejuang merasa bingung bagaimana ingin melepaskannya. Jika dikuburkan bersamanya, sedangkan para pejuang memerlukan senjata. Jika mahu diambil juga, tangannya terpaksa dipotong. Akhirnya datang Amir Mujahidin. Beliau menyebut “biarkanlah! Lalu mendekati jasad pemuda ini seraya berkata “ Ya Fulan, aku Amir kamu. Aku mohon agar kamu lepaskan senjata ini untuk kegunaan para pejuang. Subhanallah. Pemuda yang telah syahid ini akhirnya melepaskan senjata ditangannya.
Beberapa contoh keberanian Muslimah Palestin yang menjadikan badan mereka sebagai tempat memasang peluru bagi mengebom tentera Israel. Antaranya ialah Rim Riyasi yang memohon dari As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin untuk melakukan Amaliyyah Al-Istisyhadiah (bom syahid). Rim Riyasi bertemu dengan Sheikh Yasin dan menyebut “ Ya Sheikh, tolong izinkan aku melakukan Amaliyyah Istisyhadiyyah. Kata Sheikh , “ setakat ini masih belum ada pengebom syahid dikalangan Muslimat. Kami hanya meminta golongan Muslimat bertugas mendidik anak-anak Palestin. Rim terus berkeras, “Ya Sheikh, kalau kamu tidak mengizinkan aku, aku akan pergi ke Harakah lain bagi memastikan aku boleh melakukan aksi ini. Akhirnya, atas kesungguhannya, Sheikh Yasin membenarkan. Kemudian, bagaimana keberanian isteri kepada Menteri Luar Palestin, Sheikh Mahmud Zahar yang mengorbankan anak-anaknya untuk jihad. 2 orang anaknya telah syahid, 2 orang merengkok di penjara Israel dan bakinya seorang lagi.
Ketika sesi soal jawab, lebih sepuluh soalan dikemukakan kepada Sheikh. Antaranya mengenai pemilihan Presiden Amerika. Beliau menjawab .“ Obama la’natullah…sama sahaja samada beliau menang atau kalah. Palestin tidak akan dapat diselamatkan juga. Presiden Amerika sudah 20 orang, semuanya tidak menguntungkan Palestin sedikit pun. Jangan kalian letakkan harapan kepada mereka.Selagimana mereka berada dalam sistem yang tidak betul Mengenai Mahmud Abbas dari PLO/Fatah yang dilihat menjadi alat Israel, beliau menjawab “ mereka ini golongan sekular Palestin. Merekalah yang memaklumkan kepada Israel dimana tempat-tempat persembunyian pejuang Hamas. Mahmud Abbas bukan Islam ! Beliau menganut fahaman Baha’iyah. Sekadar lakonan sahaja. Fatah telah membuat perjanjian untuk memberikan Masjid Al-Aqsa kepada Israel. Adakah kalian semua setuju ??? soal Sheikh dengan nada marah.
Alhamdulillah, 3 jam bersama Sheikh Zulhairi bermula jam 9malam dan berakhir jam 12 malam tadi. Banyak maklumat dan suntikan semangat baru diperoleh darinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan