Rabu, 26 November 2008

Penjelasan Buku Membantah Imam Samudera

Hari ini sudah masuk hari yang ke 18 Abdul Aziz @ Imam Samudera, Ali Ghufron @ Mukhlas dan Amrozi kembali kepada Allah. Mudahan-mudahan Allah terima mereka sebagai syuhada’ walaupun dunia menafikannya dan andai mereka tersalah, keampunan Allah kita harapkan kepada mereka.

Sebelum ini saya pernah berjanji untuk memberi penerangan atau penjelasan secara ringkas mengenai buku-buku yang diterbitkan oleh beberapa pihak yang membantah keras buku Aku Melawan Teroris-Imam Samudera. InsyaAllah, dalam ruangan kali ini kita akan berkongsi maklumat. Untuk itu, terlebih dahulu saya ingin menyatakan matlamat daripada penerangan ini :

1) Kita dapat mengetahui pro dan kontra mengenai isu pengeboman ini, pandangan dari pelbagai pihak dan sikap mereka dalam menghadapi tindakan penuh kontroversi yang disebut oleh Imam Samudera ‘berada dititik ikhtilaf’.

2) Kita dapat memahami dan membuat penilaian kepada mereka yang membantah dan menyerang keras ke atas tubuh 3 syuhada’ ini.

3) Kita dapat gambaran secara umum sebahagian daripada isi kandungan buku Aku Melawan Teroris-karangan Imam Samudera berupa pandangan dan pendiriannya dalam soal jihad dan lain-lain.

Maklumat yang perlu diketahui :

Selepas terbitnya buku Aku Melawan Teroris-Imam Samudera yang dikarang didalam penjara dan diurus terbitnya oleh Penerbit Jazera di Solo pada Sept 2004, buku ini diulang cetak kali ke-2 pada Oktober 2004 dan kali ke-3 pada Nov 2004 atas permintaan yang sangat tinggi. Ironisnya, bagi pihak yang menentang mereka juga tidak terlepas dari melakukan tindak balas dengan mengeluarkan buku berbentuk bantahan. Antaranya ialah :

a) Mereka Adalah Teroris – Ustadz Luqman bin Muhammad Ba’abduh, 2005, Pustaka Qaulan Sadida, Malang.

b) Mereka Adalah Teroris-Sebuah Tinjauan Syariat – Ustadz Luqman bin Muhammad Ba’abduh, 2005, Pustaka Qaulan Sadida, Malang.

c) Sebuah Kedustaan Atas Nama Ahlus Sunnah Wal Jama’ah – Ustadz Abu Hamzah Yusuf Al-Atsary, Center For Moderate Muslim.

Buku Mereka Adalah Teroris yang kedua sempat saya baca. Dua buah lagi tidak berkesempatan kerana saya tidak ketemu. Jadi, penerangan saya hanya pada buku-buku karangan Ust Luqman bin Muhammad Ba’abduh sahaja.

Gambaran umum isi kandungan buku ‘Mereka Adalah Teroris-Ustadz Luqman :

Beliau mengemukakan dalil-dalil dan pandangan ulama’ yang pelbagai bagi ‘membetulkan’ buku Imam Samudera, menilai Imam Samudera kurang kefahaman tentang Islam dan pemahaman Bahasa Arab, menolak segala macam dakwaan-dakwaan Imam Samudera dan lain-lain. Bukunya dibahagikan kepada beberap 3 Bab besar : Samudra dan Faham KeIslaman, Imam Samudra Melawan Teroris dan Kemuliaan dan Ketinggian Jihad Fi Sabilillah VS Kehinaan dan Kerendahan Aksi Terorisme.

Beliau juga menerangkan ta’arif ulama’, menerangkan tentang karakter beberapa orang ulama’ yang dijadikan sandaran oleh Imam Samudera, menjelaskan apa itu jihad dan teroris, kewajipan mentaati pemerintah dan sebagainya. Semuanya adalah bagi membantah hujjah dan pendirian Imam Samudera yang disifatkan tersasar dari kebenaran dan ‘Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.

Secara peribadi, saya bersetuju dengan sebahagian ‘teguran’ beliau kepada Imam Samudera. Antaranya beliau membetulkan beberapa kesalahan dalam pemahaman ayat Al-Qur’an dan penggunaan Hadith yang digunakan oleh Imam Samudera dan sebagainya. Beliau juga mempertahankan kerajaan Sa’udi yang disifatkan oleh Imam Samudera sebagai pembantu Amerika dan sangat ‘melonjakkan’ ulama’-ulama’ Arab Sa’udi yang dinilai sebagai Ahlus Sunnah yang sebenar. Antaranya Sheikh Albani, Sheikh bin Baz dan ramai lagi ulama’ Sa’udi termasuk Sheikh Muqbil (Yaman). Beliau menyebut bahawa mereka ini adalah ulama' Salafiyyah yang ditentang oleh Imam Samudera dan tokoh-tokoh jihad sekarang.

Gambaran umum tentang pendirian Imam Samudera yang diambil dari buku Aku Melawan Teroris :

a) Bom Bali

1) Beliau menyebutnya sebagai jihad Fi Sabilillah kerana ia adalah Qisas yang setimpal atas jenayah, kekejaman melampau, kezaliman Amerika, Israel dan sekutunya.

2) Beliau tidak menerima bahawa pengunjung kelab malam itu diistilahkan sebagai ‘orang awam’ kerana sebelum kejadian, Amerika sendiri telah beberapa kali memberi amarana kepada warganya terhadap ancaman pengganas (mujahidin) Indonesia.

3) Tidak mungkin orang awam berani datang ke tempat yang boleh mengancam keselamatan nyawa mereka kecuali golongan kafir yang datang dengan misi dan visi tertentu.

4) Bagi umat Islam yang terkorban, Imam Samudera memohon keampunan daripada Allah kerana mereka bukan sasaran dan Ali Ghufron ketika ditanya, beliau menjawab “kami berdoa kepada Allah agar umat Islam itu dianugerahkan pahala sebagai mati syahid”.

5) Beliau mengaku sebelum operasi dilakukan, mereka telah ‘survey’ kawasan dan waktu kelab-kelab ini biasa dikunjungi oleh bangsa penjajah ini. Waktunya ialah antara jam 09.00 – 12.00 malam. Maka umat Islam yang terkorban benar-benar diluar kehendak mereka.

b) Pegangan dan dalil

1) Beliau mengaku dalam bab jihad wajib mendapatkan pandangan dari ulama’ yang benar-benar berada dimedan jihad kerana mereka lebih memahami kondisi peperangan, merasai derita berjuang, hubungan dengan Allah erat, badan kotor dan berdebu dari medan perang.

2) Dalam bab lain seperti hiburan, berpakaian dan sebagainya, beliau mengaku menagmbil pandangan dari pelabagai ulama’ termasuk dikalangan ulama’ Arab Sa’udi.

3) Beliau mengecam keras sikap segelintir ulama’ yang sangat pantas mengeluarkan kenyataan melabel mujahidin sebagai teroris apabila ada aksi pengeboman pusat-pusat penting Amerika dan sekutunya, tetapi ketika Amerika dan sekutunya membedil dan membantai jutaan umat Islam, mereka diam membisu tanpa fatwa sedikitpun.

c) Kerajaan Umat Islam

1) Beliau mengecam keras sikap kerajaan Arab Saudi yang sangat lembut dan berbaik dengan Amerika sehingga membenarkan pengkalan Amerika diArab Saudi.

2) Beliau kecewa dan tertekan melihat nasib umat Islam dibawah kerajaan-kerajaan Sekular, Nasionalisme dan Sosialisme.

3) Beliau mengecam tindakan-tindakan kerajaan negara Arab yang menangkap para Mujahidin dan menyerahkan kepada Amerika, memenjarakan Mujahidin kerana tunduk pada Amerika dan sekutunya.

4) Beliau memuji kepimpinan Sheikh Mullah Umar ketika mana Toliban berkuasa di Afghnasitan yang mampu menghapuskan kegiatan pelacuran, judi, arak dan sebagainya sebelum dijatuhkan oleh Amerika menggunakan bonekanya, Hamid Karzai.

d) Hukuman Mati

1) Beliau bersedia dihukum, namun beliau dan teman-teman tidak pernah memintanya.

2) Beliau dan teman-teman yakin jika dibunuh, mereka akan syahid kerana mereka adalah ‘wakil’ umat Islam dalam melakukan pembalasan atas kekejaman Yahudi dan Nasrani disaat umat Islam lain enggan membantu Mujahidin.

Setelah kita memahami gambaran umum mengenai kedua-dua watak yang dianggap kontroversi ini ( Imam Samudera dan Ust Luqman), maka saya kira kita boleh lanjutkan sedikit perbicaraan kepada isi kandungan buku ‘Mereka Adalah Teroris’ sebagai isi tambahan yang saya tidak sampaikan pada gambaran umum diatas. Selepas membacanya, saya serahkan kepada saudara sekalian untuk menilai dan membuat keputusan.

Nantikan sambungannya yang terakhir mengenai dakwaan-dakwaan beliau kepada Imam Samudera, Abdullah Azzam, Usamah dan tokoh-tokoh jihad lain serta siapa yang bertindak membantah Ust Luqman.

Jangan terkejut jika dakwaan-dakwaan Ust Luqman ini kepada beberapa tokoh diluar jangkaan kita !

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

...untuk menjawab cercaan golongan salafi garis keras ini-i.e salafi yamani (i.e, kumpulan uztaz Ba abduh), uztaz boleh membaca buku "Siapa Teroris , Siapa Khawarij" oleh ustaz Abduh Zulfikar -Pustaka Kautsar. Buku ini cukup ilmiah dan membantah segala tuduhan Ba'abduh. Lagi kalau ustaz mahu kenal lagi akhlaq kumpulan salafi yamani yang suka menghajar mereka yang dari luar kolompok mereka dengan khawarij , ahlul bid'ah dss-nya saya syorkan ustaz baca buku "Belajar dari akhlaq ustaz salafi- juga ditulis oleh Ustaz abduh - pustaka Kautsar.
Lagi saya syorkan ustaz juga membaca buku "Dakwah salafiyah dakwah bijak - Menjawab tuduhan buku 1 dan 2 , di tulis oleh Ab rahman talibi - Hujah press. Disini kita dapat mengenal watak watak kumpulan salafi garis keras dari Indonesia (i.e salafi Yamani). Dakwah salafiyah adalah dakwah yang unggul, tapi sayang dicemarkan oleh kumpulan salafi garis keras.

dari ;
Puterasunnah...menjejaki Salafus
soleh,
Jengka , Malaysia.

arruhuljadid berkata...

syukran akhi atas maklumat yg diberi.terus terang ana katakan,mmg ana kurang tahu mslh salafi atau salafiyyah ni.tapi,mmbaca buku Ust Luqman Ba'abduh ini cukup utk mnaikkan kmrhn ats dkwaan yg sgt keras pd Usamah,Sheikh Azzam termasuk Hasan Banna,Syed Quthb,Umar Tilmisani dan Qardhawi.smua mrk ini khawarij dan tokoh teroris-kata beliau.

arruhuljadid berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
arruhuljadid berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
arruhuljadid berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

.. sila ustaz buka e-mail ustaz. ana ada hantar satu artikel yang berkaitan.

Puterasunnah