Rabu, 19 November 2008

Isu Pembatalan MOU Al-Azhar : TAHNIAH DEWAN PEMUDA PAS PUSAT.

Laman web www.harakahdaily.net hari ini ( Rabu ) melaporkan bahawa Dewan Pemuda Pas Pusat (DPP) akan mengambil sikap tegas bertemu dengan Perdana Menteri, Abdullah Badawi bagi menghantar memorandum meminta pihak kerajaan campurtangan dalam isu pembatalan Mou diantara Al-Azhar dengan 18 buah IPTS di Malaysia.

Sebelum ini, mahasiswa di 18 buah IPTS ini telah mengambil inisiatif berani dengan menubuhkan satu pakatan yang dikenali dengan nama Gabungan Mahasiwa 18 Ipts Membantah Pembatalan Mou Al-Azhar (BANTAH) bagi memperjuangkan isu ini.Antara front mahasiswa yang terkehadapan terlibat secara langsung memberikan dokongan kepada mahasiwa di 18 Ipts ini ialah Gabungan Mahasiwa Islam SeMalaysia (GAMIS) dibawah kepimpinan Sdr Dzulkhairi. Himpunan mahasiswa bersama GAMIS dan BANTAH diadakan dihadapan Pejabat Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya pada 08-08-2008 yang lalu.

Pelbagai alasan diberi oleh pihak kerajaan bagi meredakan kemarahan mahasiswa dalam isu ini. Namun, tidak semudah itu untuk mereka menelannya. Pembatalan ini cukup membimbangkan dan menakutkan mahasiwa untuk menyambung pengajian di IPTS-IPTS berkenaan. Yang tenang, menjadi takut. Yang takut menjadi bertambah penakut seolah-olah UMNO lah 'malaikat penjaga rezeki dan pemberi kerja'.

Artikle-artikel mengenai isu pembatalan Mou ini, anda boleh baca di blog sahabat saya, Pengerusi BANTAH di http://misteraim.blogspot.com/

Petikan dari harakahdaily.net :

Kempen Hapus ISA, Pemuda PAS akan himpunkan 100 ribu

Anis Nazri
Wed | Nov 19, 08 | 7:36:24 am MYT

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Hrkh) - Pemuda PAS akan menggerakkan kempen secara besar-besaran bersama-sama GMI bagi mendesak kerajaan menghapuskan akta kejam ISA, pada 23 November ini.

Kempen yang akan diadakan di Dataran MPAJ itu dijangka bagi menghimpun kira-kira 100,000 orang pada Mac depan, sebagai acara kemuncak kepada kempen berkenaan.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan, kempen tersebut sebagai usaha meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat, selain menunjukkan komitmen rakyat yang tidak mahukan kezaliman tersebut.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan dewan itu, di pejabat parti itu, di Jalan Raja Laut,baru-baru ini.

Dalam sidang media itu juga, mereka turut menyatakan bahawa himpunan tersebut akan melibatkan NGO-NGO dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Pemuda PAS akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pembatalan MoU antara kolej-kolej agama negeri dengan Universiti al-Azhar.

"Pembatalan MoU ini menyebabkan lebih daripada 18 kolej dan pusat pengajian tidak dapat menghantar pelajar untuk menyambung pelajaran mereka ke sana.

Sehubungan itu, Pemuda PAS akan menghantar memorandum kepada Abdullah supaya campurtangan dalam isu pembatalan MoU tersebut pada 20 November ini. - mks.

Catatan : Untuk sahabat-sahabat yang berada di Malaysia khasnya sekitar Lembah Klang yang ingin turut serta dalam penghantaran memorandum bersama DPP Pusat pada 20 Nov (Khamis) diharap dapat merujuk kepada mana-mana pimpinan GAMIS terlebih dahulu untuk kepastian.

Tiada ulasan: