Sabtu, 8 November 2008

Bila Kami Akan Syahid ?

Sengaja saya meletakkan tajuk ‘Bila Kami Akan Syahid’ kerana melihat kepada proses eksekusi ke atas Imam Samudera, Amrozi dan Ali Ghufron @ Mukhlas yang penuh dengan misteri. Manakan tidak, sampai pagi ini tidak ada sesiapa yang mengetahui tarikh dan waktu sebenar mereka akan dijatuhkan hukuman kecuali beberapa individu tertentu sahaja. Maklumat hampir tertutup rapat. Ketika ditanya pada mereka, “bersediakah untuk mati ?” , lantas mereka menjawab, “kami bersedia untuk mati syahid bila-bila masa sahaja. Namun kami tetap tidak akan menerima kaedah hukuman mati yang tidak mengikut Syariat Islam”. Yang pasti, kematian mereka akan disambut dengan senyuman oleh pemimpin-pemimpin ‘anti teroris’ (baca-anti Mujahidin) dari Australia, Britain, Amerika dan sebagainya.

Spekulasi-spekulasi yang mengatakan mereka telah dihukum pada pagi Jumaat semalam didapati tidak benar. Semuanya gara-gara 3 anak muda ini tidak kelihatan ketika Solat Jumaat semalam. Maklumat yang diterima memaklumkan mereka telah dibawa ke tempat yang benar-benar ‘kebal’ agar maklumat tidak lagi bocor ke luar seperti malam Rabu yang lalu apabila beberapa pihak mengakui mendengar laungan takbir menjelang malam di tempat ‘simpanan’ 3 pejuang ini, Nusakambangan, Cilacap, Jawa Tengah. Handphone para petugas keamanan dijaga agar tidak ada yang menyampaikan maklumat kepada orang awam atau pihak media.

Disisi lain, Majlis Mujahidin Indonesia (MMI) melalui wakilnya, Abu Jibril mendesak agar pihak pemerintah membatalkan keputusan untuk membunuh mereka. “Hentikan segera rekaan-rekaan ini, kata Abu Jibril ketika menziarahi ibu Imam Samudera di kampungnya, Banten, Jawa Barat semalam. Ucapannya disambut dengan laungan takbir oleh anggota MMI. Maklumannya juga menyatakan pihak keluarga para pemuda ini akan diberi kesempatan untuk menyaksikan eksekusi ini, memandi, kafan dan menyolatkan jenazah meraka. Semuanya dilakukan di Nusakambangan. Beberapa helikopter disiapkan untuk membawa jenazah mereka terus untuk dimakamkan.

Pagi ini, wakil keluarga Amrozi, Imam Samudera dan Mukhlas akan berangkat ke Nusakambangan. Di perkampungan Amrozi, beberapa malam kebelakangan ini, warga sanggup berjaga sehingga jam 3.00 pagi semata-mata ingin mengetahui perkembangan terbaru keatas mereka. Pagi tadi, sekitar jam 2.00 pagi ,Ali Fauzi yang menjadi perwakilan dari pihak keluarga Amrozi dan Mukhlas berangkat ke Nusakambangan.Ali adalah abang kepada Amrozi dan Mukhlas. Adapun, isteri Amrozi dan Mukhlas tidak mahu ikut serta ke Nusakambangan.

Sumber terakhir menyatakan, eksekusi mereka akan dijalankan pada malam ini atau selewat-lewatnya pagi esok. Dibeberap tempat seperti Nusakambangan, perkampungan Amrozi dan teman-teman, turut kelihatan para penyokong dikalangan anak muda yang membawa poster wajah-wajah mereka dan sepanduk-sepanduk yang tertera perkataan ‘Kafilah Syuhada’, ‘ 3 Mujahid Syahid, 3000 akan tumbuh semula dan lain-lain perkataan berbentuk sokongan moral. Saat ini juga, 3 pasukan penembak telah disediakan bagi menunggu arahan ‘memerangi pengganas’. Media massa Indonesia terus ligat mengeluarkan dokumentari tragedi Bom Bali berlatarbelakngkan ayat ‘ Menanti Hukuman Mati ke Atas Sang Teroris’.

Saat Imam Samudera terkurung di dalam jeriji besi pada tahun 2003 yang lalu, beliau sempat menulis luahan-luahan hatinya beserta beberapa rangkap puisi yang dimuatkan didalam buku ‘Aku Melawan Teroris’ terbitan 2004. Antaranya beliau menyebut ‘ tidakkah kita melihat darah kaum Muslimin di Palestin, tidak pedulikah pada bayi-bayi, anak-anak, wanita lemah dan orang tua yang ditumpahkan oleh Dracula Israel ? Tidakkah kita melihat 1.6 juta bayi di Iraq mati dibunuh oleh Monster Amerika menggunakan tangan PBB ? Tidakkah kita melihat darah 200,000 muslim-muslimah di Afghanistan yang jadi main-mainan pasukan Crusade War Amerika dan sekutu-sekutunya ?

Menggunakan Ramos dan kini Arroyo, Amerika membunuh kaum Muslimin di Moro, Filipina hanya dengan alasan tolol ‘pemberontakan’ . Tidak kurang 200 pelajar pesantren Wali Songo di Poso, Indonesia telah dibunuh dan dibantai secara sadis dan biadab oleh kaum Salibis dengan bonekanya bernama Tibo. Di Ambon, saat menjelang ‘Idulfitri 1999, ratusan kaum Muslimin dan muslimah digranat, ditembak, dibelah perutnya, dicincang, dibakar oleh kaum Salibis dengan boneka bernama RMS.

Di Bosnia, sebuah kawasan kecil di tengah Eropah akhirnya dijadikan killing zone oleh Katholik Artodoks. Wanita mengandung dibelah perutnya dan diganti dengan kucing yang masih hidup.Lalu dijahit kembali. Imam Masjid dipecahkan kepalanya dengan beberapa butir peluru lalu diseret ditengah jalan dibawah tatapan anak-anaknya yang masih kecil dan isterinya. Hal sama terjadi di Kosovo. Masih kurang ???

Lihatlah Chechnya, lihatlah Burma dan lihatlah Ughuristan (sekarang Xin-Jiang, China). Kuburan nyaris tidak mampu menumpang lagi jasad-jasad kaum Muslimin. Bayi-bayi ,anak-anak kaum Muslimin tidak lagi menangis. Air mata mereka telah kering. ..

.................................................................................

Para ulama’ ada yang sanggup mengeluarkan fatwa menghentam tindakan-tindakan para Mujahidin. Kami dikritik keras, dicaci maki. Semuanya gara-gara ingin menjaga hati Amerika. Dalam soal ini, aku mengambil pandangan daripada Sufian bin Uyainah ketika dia berkata kepada Abdullah ibn Mubarak, “kalau anda melihat manusia telah saling berselisih, maka ikutilah Mujahidin dan Ahluts Tsughur kerana Allah berfirman : Lanahdiyannahum Subulana – sesungguhnya Kami akan tunjuki mereka jalan-jalan Kami .( Al-Qurthubi, Al-Jami’ Li Ahkamil Qur’an : XIII / 365 ).

Siapakah yang dimaksudkan Ahluts Tsughur ? Mereka inilah para ulama’ yang bukan sekadar alim tetapi benar-benar turun ke medan jihad. Mereka lebih memahami permasalah ummah. Antara mereka ini ialah Sheikh Abdullah Azzam, Sheikh Mullah Umar, Sheikh Usamah bin Laden, Sheikh Yasin dan sebagainya. Inilah jawapan dan pendirian Imam Samudera apabila mereka berhadapan dengan tohmahan dan label yang sangat berat samada dari pihak Kuffar atau golongan Murtaddin.

‘Aku semakin yakin sahaja, bahawa jalan yang ku tempuh ini adalah benar. Jalan ini adalah jihad Fi Sabilillah, li i’lai kalimatillah. Peristiwa demi peristiwa yang Allah kurniakan kepadaku tidak lain adalah sebagai basya’ir (khabar gembira) agar aku tidak berduka cita disaat kaum kafirin dan pengikut-pengikut mereka dari kalangan Murtaddin, Munafiqin, dan Fasiqin berusaha mencemarkan, menghina dan mendeskriditkan Mujahidin ” tegas beliau setelah menemui pelbagai perkara menakjubkan (karamah) ketika berada di dalam tahanan.

...............................................................................

“ Tangismu wahai bayi-bayi tanpa kepala...dibentur di tembok-tembok Palestin...jeritmu wahai bayi-bayi Afghanistan...yang memanggil-manggilku tanpa lengan...dieksekusi bom-bom jahannam...milik syaitan Amerika dan sekutu....saat ayah bundamu menjalani Ramadhan...

Ini aku, saudaramu...ini aku, datang dengan sedikit bombing...kan kubalaskan sakit hatimu...kan kubalaskan darah-darahmu...darah dengan darah...nyawa dengan nyawa...QISOS !!! – Imam Samudera.

Catatan : Tulisan ini adalah luahan hati dan penyataan pendirian Imam Samudera di dalam bukunya – Aku Melawan Teroris. BUKANLAH pandangan peribadi penulis blog. Buatlah penilaian sendiri. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dikalangan individu yang menjatuhkan hukuman dosa ke atas Mujahidin atau lebih baik kita berdiam diri dan serahkan mereka pada ALLAH untuk dinilai. Jangan terperangkap dengan permainan golongan kuffar yang mencipta pelbagai istilah untuk menyerang para Mujahid!

Tiada ulasan: