Amerika mesti menghapuskan Harakah Islam dengan menggunakan pemerintah-pemerintah umat Islam yang Sekular. Berikut cadangan-cadangan mereka:
Cadangan Golongan Cendekiawan Amerika Pada Pemerintah Islam
1) Pemerintah-pemerintah Arab perlu melakukan 3 perkara yang mempunyai timbal balik jika mereka ingin membasmi meluasnya pengaruh ‘Fundamentalis’ dan mengurangkan ketegangan :
a) mengadakan reformasi menyeluruh
b) menciptakan stabilitas sosial
c) jangan berlebihan dalam menggunakan kekuatan negara untuk menghadapi para penentang.
2) Pemerintah sekular perlu mewarnai unsur-Unsur Islam atau celupan Islam secara zahir. (mungkin Islam Hadhari boleh dimasukkan juga-Penulis blog). Biasakan menggunakan ucapan-ucapan atau kata-kata Islam yang dipakai oleh jama’ah Islam supaya boleh mendapatkan sokongan.
3) Jika perlu laksanakan syariat Islam , lakukan. Tapi undang-undang Barat terus pertahankan. Maka rakyat akan pening dan bercelaru dengan pelbagai istilah perundangan.
4) Adakan dialog-dialog atau forum diantara wakil pemerintah dengan gerakan Islam bagi menjinakkan gerakan Islam agar lebih lembut.
Cadangan-cadangan yang biasa dilakukan antara Amerika dengan pemerintah Islam :
1) Kaji strategi bagaimana untuk menimbulkan perpecahan di antara-antara jama’ah Islam.
2) Berhati-hati dalam menumpas Harakah Islamiyyah secara langsung (oleh Amerika) atau secara tidak langsung oleh pemerintah-pemerintah Sekular. Jangan sampai gerakan Islam berjaya merakyatkan perjuangkan mereka.
3) Pemerintah-pemerintah sekular jangan memasukkan ‘kaum fanatik’ ini ke dalam jabatan-jabatan pemerintahan. Jika dimasukkan, akan berlaku perpecahan dan kacau bilau.
4) Amerika jangan terlalu menampakkan hubungan rapat antara mereka dengan pemerintah-pemerintah sekular di negara-negara yang ada golongan ‘fundamentalis’ ini. Bagi mengelabui mata gerakan Islam apabila berlaku sebarang masalah, mereka tidak dapat mengaitkannya dengan Amerika. Namun bantuan kepada golongan sekular mesti terus disampaikan secara rahsia.
Dokumen Penting yang ditulis oleh Richard Michael (agen CIA):
Kepada pemerintah-pemerintah Islam –
1) Hentika penumpasan gerakan Islam secara setengah-setengah. Jika tidak dilakukan penumpasan secara menyeluruh, cukuplah dengan menghabisi pimpinannya sahaja.
2) Kepada pemimpin-pemimpin gerakan Islam yang diputuskan untuk dihabisi, kami cadangkan lakukan langkah-langkah berikut :
a) Bagi sesiapa sahaja yang mampu dipujuk rayu, berikan mereka itu jabatan-jabatan mewah yang terkenal yang menyebabkan dial alai dengan tugasan projek-projek yang tidak berarti itu. Puaskan dia dengan material, berikan kemudahan-kemudahan yang istimewa kepada keluarganya.
b) Usaha berikan mereka kesempatan dengan kontrak-kontrak yang menghsilkan gaji-gaji besar khas di Negara Arab penghasil minyak supaya mereka tersingkir dari kegiatan Islam. ( Usamah bin Laden pernah ditawarkan gaji lumayan bagi projek membesarkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sebagai perangkap pemerintan Arab Saudi agar Usamah tidak lantang mengkritik mereka. Namun mereka gagal memerangkap Usamah-penulis Blog).
3) Untuk para pemuda-pemuda Islam :
a) Para pemuda yang berkobar-kobar perjuangannya, harus diusahakan agar mereka menetap didalam rumah ibadat sahaja bersama pemimpin rumah ibadat bagi membolehkan mereka melakukan ibadat ritual sahaja. Akhirnya mereka terus didalam masjid tersebut dan tidak berjuang diluar.
b) Jadikan masalah-masalah furu’ dan khilaf sebagai bahan perbahasan sehingga mereka sanggup memikirkannya sebagai sesuatu yang sangat penting berbanding tugas lain.
c) Dorong mereka agar berani menentang Sunnah Muhammad dan jadikan mereka ragu terhadap sumber-sumber Islam.
d) Pecah belahkan jama’ah –jama’ah Islam dan berbagai-bagai organisasinya dan sebarkan perselisihan antara mereka.
e) Halangi anak muda khasnya perempuan ketika mereka mula ingin mempraktikkan agama seperti memakai tudung, busana Muslimah dengan cara menggunakan media massa dan seni budaya fesyen-fesyen baru.
f) Biarkan kelangsungan institusi pendidikan berbagai peringkat hanya berada dalam batas lingkungan jama’ah-jama’ah Islam sahaja, persempit dan kurangan kegiatan mereka.
Mudah-mudahan kita sedar, berhati-hati dan membuat persiapan yang sewajarnya bagi mengahadapi perancangan Amerika dan sekutunya. Wallahua’lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan