Kesan Negatif Dari Kegagalan Membina Kesatuan Antara Kelompok-Kelompok Perjuangan
Hasilnya amat
Maka, ini menjadi peluang kepada pihak tentera untuk melakukan lagi aksi-aksi kekerasan dengan menangkap dan menembak siapa sahaja yang mereka curigai sebagai anggota mana-mana gerakan perjuangan ini. Akhirnya, orang-orang awam yang tidak bersenjata terus menjadi mangsa. Inilah yang dibimbangi oleh ustaz-ustaz dan para ulama’ disana yang sangat mengharapakan agar kelompok-kelompok perlawanan ini mampu berada dibawah satu wadah perjuangan. Ini lebih memudahkan dan meringankan beban berat perjuangan ini. Namun, ianya tidak mungkin berlaku selagi mana wujudnya pelbagai ideology perjuangan yang berbeza seperti perjuangan Nasionalisme (Kebangsaan) dan perjuangan Islam.
Walaubagaimanapun, para pejuang Pattani telah bersumpah jika pemerintah Thailand tetap mempertahankan 5 wilayah ini daripada dapat semula kepada bangsa Melayu Muslim, maka mereka tidak akan meletakkan senjata sehingga mendapat kemerdekaan. Perjuangan melawan
Orang-orang Melayu Muslim hanya mahukan sejarah masa lalunya yang ‘hilang’ sebagai negeri Islam dikembalikan semula.
Mata-Mata (
Agak menyedihkan, ketika ada umat Islam yang bangkit berjuang menuntut kemerdekaan Pattani bahkan seluruh Selatan
Maka, tidak hairanlah jika orang-orang sebegini yang menjadi sasaran penembakan para pejuang di Selatan
Fakta Sejarah Perjuangan Umat Islam Selatan
Selatan
Jumlah bangsa Melayu Muslim di wilayah-wilayah ini adalah seperti berikut :
Bil | Wilayah | Keluasan (km persegi) | Jumlah Muslim (Tahun 2000) | Peratus Muslim |
1 | Pattani | 812 | 596,000 | 80.7 |
2 | Yala | 1,799 | 415,500 | 68.9 |
3 | Narathiwat | 1,821 | 662,400 | 82 |
4 | Setun | 1,076 | 247,900 | 67.8 |
Menurut Pejabat Statistik Nasional Thailand pada tahun 2000, jumlah penduduk di 5 wilayah ini adalah 6326,732 orang. Majoriti Muslim terdapat di 4 wilayah iaitu Pattani, Yala, Narathiwat dan Setun iaitu sekitar 71 % di kawasan kota dan 86% di desa. Sedangkan di Songkhla, Muslim seramai 19% dan Buddha 76.6%. Namun, hampi semua bangsa Melayu disana mengatakan bahawa persen mereka mencapai 90% berbanding
“ Kami mendominasi wilayah Selatan
Selatan
Antara punca pemerintah Thai meneruskan penjajahan ke atas Selatan
Penghapusan Bahasa dan Budaya Melayu Muslim
1) Jika mereka menjadi pemimpin tertinggi pejabat di 3 wilayah besar ini, mereka membawa orang-orang
2) Umat Islam dipaksa berbicara bahasa
3) Mata pelajaran Sejarah Pattani dan Muslim Pattani tidak dibenarkan diajar disekolah-sekolah kebangsaan milik pemerintah, bahkan juga sekolah-sekolah swasta. Ia bertujuan agar anak-anak ini tidak tahu sejarah sebenar Pattani yang bagi pemerintah Pattani bukan negeri Melayu, tetapi keturunan dari
4) Bahasa Melayu tidak dibenarkan menjadi bahasa pengantar disekolah-sekolah sehinggakan nama-nama tempat pun diubah. Contohnya : Menara menjadi Narathiwat, Tebing menjadi Taling Can dan langgar menjadi ruk.
Suasana pemaksaan menggunakan bahasa
[ Namun, umat Islam Pattani tetap berusaha menyediakan alternative penyelamat kepada permasalahan ini. Agar identity Melayu dan Islam terus terpelihara, akhirnya mereka membuka Taman Dididikan Kanak-Kanak (Tadika) seperti madrasah setiap hari Sabtu dan Ahad dimana anak-anak usia sekolah rendah diminta untuk belajar agama menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar dimasjid-masjid dan dikampung-kampung. Bagi pemerintah Thai, mereka juga berusaha menghapuskan sekolah-sekolah ‘gantian’ ini dengan cara menyediakan juga sedikit pengajian agama disekolah kebangsaan,tetapi dengan sangat minima dan tenaga pengajarnya orang-orang yang rendah lulusan agamanya. Ini hanya taktik pemerintah Thai sahaja.
Bahkan, anak-anak Pattani yang pulang dari Timur Tengah mempelajari agama termasuk
[ Air mata umat Islam di
Tragedi Berdarah Masjid Al-Furqan
Jam 8.50 malam waktu
Serban dan sejadah diambil, lalu satu persatu tubuh yang terkujur kaku itu ditutup perlahan. Umat Islam dicengkam suasana ketakutan. Lidah kelu tidak berani untuk berkata dan bertanya berlebih-lebihan, bimbang mereka pula menjadi mangsa berikutnya oleh manusia-manusia berhati binatang yang bernafsu buas ini. Entah berapa orang lagi yang lain yang tercedera, tidak pasti jumlahnya. Maklumat yang diterima mengatakan seramai 13 orang yang mengalami kecederaan. Sungguh biadab dan kurang ajar ! Mereka dibantai begitu dahsyat dengan bedilan peluru disaat mereka berdiri menghadap Allah dalam solat Isya’ secara berjama’ah pada malam tersebut di Masjid Al-Furqan. Tepatnya pada hari Selasa, 9 Jun lalu.
Jika ditanya kepada anak-anak kecil disana yang berumur bawah dari 10 tahun yang masih disekolah rendah tentang siapakah pelaku pembunuhan yang sanggup melakukan aksi kejam ini, pasti mereka yang kecil ini sudah mampu menjawab “
[ Beberapa hari berikutnya, laman web http://harampatah.blogspot.com/ menyiarkan sebuah
Salam Revolusi, Salam Merdeka
Kepada bapak-bapak,ibu-ibu,adik-adik ,pemuda pemudi yang berjiwa nasionalisme sekalian
Lihatlah darah-darah yang mengalir di rumah Allah kenapa itu ? Kenapa? Apa yang terjadi di rumah Allah itu? Apa yang terjadi sebenarnya di Kampung Ai-Payae ini begitu banyaknya sakit dan mati. Adapun 10 orang meninggal dan yang sakit parah lebih kurang 13 orang, yang meninggal di rumah sakit 1 orang, Teganya apakah ini pembuatan sesama manusia.Tentu bukan manusia yang membuatnya, walaupun ia dinamakan manusia. Ini pasti manusia yang tidak mempunyai hati yang nurani teganya mereka melakukan hal-hal kejam di dalam rumah Allah begini.
Kepada Bapak-bapak, Ibu-ibu, adik-adik, pemuda, pemudi yang berjiwa nasionalisme sekalian
Lihatlah darah-darah itu. Kenapa ini terjadi? Apakah punca penyebabnya?
Kalau kita kenangkan masa yang lampau “ Tragedi yang di timpa Tuan Haji Sulung atau yang dikenal dengan Ayah Long ”.Meninggalnya tidak bernisan hanya tinggal isu jasadnya dibuang di laut. Inikah nasib pejuang demi kebenaran untuk umat Islam.
Pada hari ini lihatlah mayat-mayat yang berserakan itu. Apakah salah untuk beribadah dalam masjid untuk mencari kebenaran yang hakiki. Tetapi teganya mereka siram dengan menggunakan biji timah terhadap mereka yang tidak bersalah itu. Apakah kekuasaan yang dimilikinya bisa melakukan sesuka hatinya saja. Binatang sayang sama sejenisnya tetapi bisakah bilang orang–orang yang melakukan ini “sebagai binatang ” Tentu itu pantas.
5 tahun lalu masih di ingatan iaitu Tragedi Masjid sejarah Kresek dan pembantaian umat Islam pada Bulan Mulia Ramadhon di Ta-ba (Takbai). Apakah kita bisa terdiam hanya melihat kejadian-kejadian itu berlalu begitu saja, tega melihat rumah kita dipijak-pijak begitu saja. Mahukah dibilang sebagai pengecut dirumah kita sendiri.
Kini….sudah saatnya, bukan waktunya hanya terdiam lena dan tesenyum manis dengan berjuta rayuan dan tipuan orang-orang yang lain pegangannya, lain yang kita sembah lain pula yang dia sembah. Sedarlah ! Sedarlah!!
Kejadian di Masjid Ai-Payae hari ini kalau kita bertanya kepada anak-anak berumur bawahan 10 tahun siapa yang melakukan di Masjid Ai-Payae? Anak-anak itu akan menjawab “
Rasa ini bukanlah dendam yang harus disimpan tetapi ia harus terbalas dan segera dibalas atas perbuatan jahanam ini. Jangan biarkan darah Melayu mengalir begitu saja darah melayu tidak boleh dijual beli seenak-enaknya.Ya…Allah Tambahkanlah mereka yang ditimpa musibah pada hari ini, berikanlah kekuatan, kebenaran dan keadilan kepada mereka Ya Allah…Amin…Amin ya Robball-alamin.
Pemuda Fathoni
10 / 06 / 2009
Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Mohd Azmi bin Abdul Hamid yang sering mengikuti misi-misi kemanusiaan ke beberapa kawasan umat Islam yang mengalami konflik seperti di Moro dan Mindanao, Selatan Filipina, Kemboja dan sebagainya sebaik sahaja pulang dari misi kemanusiaan ke Kg.Air Tempayan, Sg.Golok 14 Jun baru-baru ini, beliau menceritakan pengalamannya bersama rombongan dari Malaysia yang pergi ke sana.
Menurut beliau, dalam kejadian tersebut, 11 orang ini ditembak mati dengan kejam oleh 6 orang lelaki yang bersenjatakan rifel dan tidak berpuas hati dan masuk ke dalam (masjid) sebelum melepaskan beberapa das tembakan bagi memastikan semua jama’ah terbabit benar-benar mati.
Dalam kunjungan ke sana, Mohd Azmi yang mesra dengan panggilan Cikgu Azmi mengakui perjalanan mereka ke kampung tersebut terpaksa dengan iringan lebih 30 anggota tentera dan polis Thailand serta seorang Jenderal dari Bangkok. Hampir 15 ‘checkpoint’ terpaksa mereka tempuhi dan dari Pattani ke Narathiwat pula, lebih 10 ‘cehckpoint’ lagi. Sangat ketat kawalan mereka untuk mengawasi pertemuan mereka dengan penduduk setempat.
Dalam pertemuan tersebut, rombongan dari
2004: Kemuncak Tahun Kekerasan
Penulis sengaja menamakan tahun 2004 sebagai kemuncak ‘Tahun Kekerasan’. Buktinya sangat jelas. Antara kekerasan yang pasti tidak akan dilupakan oleh bangsa Melayu Muslim di Selatan Thailand adalah kekerasan dan kekejaman regim tentera Thailand dibawah Perdana Menteri ketika itu iaitu Thaksin Shinawatra dalam kes serangan ke atas Masjid Krisek ( Krue Se ) pada bulan April 2004. Selanjutnya diikuti dengan serangan ke atas umat Islam dalam sebuah demonstrasi yang terkenal dengan tragedy Tak Bai tanggal 24 Okt pada tahun yang sama iaitu di dalam Bulan Ramadhan sehinggalah kepada serangan ke atas masjid Al-Furqan pada tahun 2009 yang menyaksikan 11 orang ahli jama’ah yang sedang solat Isya’ gugur (syahid, InsyaAllah).
Di bawah ini, penulis paparkan ringkasan mengenai tragedy berdarah Masjid Krisek dan Tak Bai untuk perhatian para pembaca sekalian agar isu ini difahami dengan baik dan menyedarkan kita terhadap penyerangan demi penyerangan yang sangat tidak bertamadun oleh pihak kuffar Buddha, Siam (Thai).
a) Tragedi Berdarah Masjid Krisek
Tanggal 28 April 2004, lebih dari 100 anggota tentera dan juga polis
Dalam kejadian tersebut, pihak tentera yang bukan sahaja menggunakan serangan darat, tetapi juga serangan udara menggunakan helicopter melakukan tembakan yang menggila kearah masjid ini sehingga hancur begitu parah. Manakan tidak hancur, tembakan helicopter bermula sejak jam 05.00 sehinggalah jam 14.10. Tembakan demi tembakan yang dilepaskan kearah masjid yang menjadi tempat perlindungan para remaja dan pemuda Muslim ini akhirnya telah mengorbankan seramai 34 orang lagi yang lain termasuk mereka yang sedang menunaikan ibadah. Darah merah mengalir membasahi lantai masjid tua yang berukuran 20 x 25 meter ini.
Disaat yang sama, kenderaan-kenderaan kalis peluru seperti kereta perisai dan tank-tank besar digunakan untuk menutup rapat seluruh jalan masuk dan keluar ke kampung berkenaan. Mungkinkah mereka lakukannya agar maklumat mengenai jenayah mereka ini tidak berjaya tembus keluar ? Amat menyedihkan ! Yang masih tersisa hidup disumbat ke dalam trak-trak yang siap menunggu. Tiada beza lagi antara pasar dan rumah ibadah bagi mereka. Jika umat Islam melawan kezaliman kuffar, mereka pasti digelar ‘pemberontak, ekstrem, pelampau agama, pengganas dan sebagainya. Namun, jika kuffar yang menzalimi umat Islam, mereka akan mewar-warkan bahawa itu bertujuan menjaga keselamatan Negara !
b) Tragedi Berdarah Tak Bai
Belum reda kemarahan umat Islam dan belum kering air mata mereka menangisi ahli keluarga yang terkorban dalam tragedy Masjid Krisek, sekitar 6 bulan sahaja selepas kejadian tersebut, mereka terpaksa berhadapan pula dengan pembunuhan kejam ke atas umat Islam dalam Tragedi Berdarah Tak Bai yang berlaku tanggal 24 Okt pada tahun itu.
Di bawah terik panas cahaya matahari, lebih 2000 orang penduduk Muslim melakukan aksi demonstrasi di hadapan pejabat polis setempat iaitu di Tak Bai. Puncanya adalah kerana mereka ingin menuntut agar 6 orang rakan mereka iaitu penjaga kampong ( pertahanan awam/relawan ) yang ditahan oleh pihak berkuasa dibebaskan segera. Mereka telah dituduh mencuri senjata dari gudang senjata tentera. Puncanya apabila senjata-senjata yang diberikan oleh pihak kerajaan
Dalam himpunan tengah hari tersebut, pihak polis dan tentera berusaha membubarkan para demonstran. Ternyata tindakan mereka gagal. Menjelang petang hari tersebut, jumlah demonstran bukannya berkurangan, malah semakin bertambah. Akhirnya, selepas gagal menghalau umat Islam yang berhimpun bersurai, pihak polis dan tentera yang siap sedia menerima arahan terus memuntahkan peluru-peluru hidup kearah peserta demonstrasi termasuk menggunakan gas pemedih mata. Puluhan gugur dalam serangan tersebut. Yang masih hidup dipaksa merangkak diatas jalan dengan baju ditanggalkan. Badan dan kepala mereka disepak terajang tanpa belas kasihan. Darah merah mengalir membasahi tubuh mangsa yang sudah tidak bernyawa dan yang tercedera. Tidak ketinggalan, ibu-ibu dan anak-anak yang turut serta dalam himpunan tersebut ditangkap dan dihimpunkan beramai-ramai didalam pejabat polis Tak Bai.
Amat menyedihkan ! Mereka dibelasah begitu teruk disaat perut mereka menahan lapar di Bulan Ramadhan. Mayat-mayat dan mereka yang masih hidup dicampak ke dalam 6 buah trak yang sedang menunggu untuk dibawa ke Kem Tentera Ingkayuth Bayiharn, Pattani ( markaz Komando Tentera IV Wilayah Selatan ). Sebelum dicampak ke dalam trak, para demonstran dibantai secukupnya diatas jalan, dipukul dengan cotar dan buntut senapang. Akhirnya, 6 buah trak ini penuh dengan 1300 orang para demonstran yang disusun terbaring secara berlapis-lapis dengan tangan semuanya terikat di belakang. Fikirkanlah bagaimana mereka mahu bernafas ketika dilapis-lapis begitu. Bayangkanlah disaat perut mereka menahan kelaparan ketika berpuasa, lalu tidak boleh bernafas.
Perjalanan ke Kem Tentera yang sepatutnya hanya mengambil masa 2 jam berubah menjadi 4-5 jam. Entah mengapa sebabnya, tidak diketahui. Sungguh dahsyat ! Disaat mereka dilapis-lapis begitu, jasad mereka dipijak-pijak dan disepak lagi dalam keadaan tangan terus terikat. Kesesakan untuk benafas akhirnya menyebabkan seorang demi seorang menemui ajal mereka di atas trak tersebut sebelum tiba lagi ke kem tentera.
Laporan rasmi dari pemerintah
Kini, sebuah monument dibina oleh umat Islam berdekatan makam syuhada’ Tak Bai. Namun, penduduk amat bimbang untuk meletakkan kalimah ‘makam syuhada Tak Bai’ dimonumen tersebut, bimbang mereka dituduh oleh pemerintah Thai sengaja menaikkan semangat Melayu Muslim sehingga monument itu dibiarkan kosong sahaja tanpa apa-apa nama. Letaknya di wilayah Narathiwat ,tidak jauh dari Masjid bersejarah Wadi Al-Husein yang berusia 300 tahun. Di monument ini, 23 syuhada’ dikebumikan.
Di Teluk Nangka, penduduk memaklumkan bahawa 22 jasad peserta himpunan dikubur oleh pihak tentera di desa itu. Ada juga maklumat yang mengatakan bahawa 38 orang yang tercedera dilempar ke sungai Nara, sungai yang penting bagi lalu lintas perahu yang menghubungkan Tak Bai dengan Kelantan.
Selatan
Dibalik jeruji besi penjara Narathiwat, sekitar 100 tahanan mendekam disana. Pelbagai sebab mereka ditahan pemerintah Thai , antaranya atas tuduhan pembunuhan, percubaan membunuh, menyimpan bahan peledak, melakukan peledakan, penyerbuan balai polis, dan markaz tentera, memprovokasi rakyat dan lain-lain.
Sekitar penghujung tahun 2004 iaitu selepas tragedy berdarah Tak Bai ( 24 Okt 2004 ), pihak regim
bersambung…..
Sumber rujukan :
1) Majalah Islam Sabili ,
2) http://harampatah.blogspot.com/
3) http://berita-utama.netfirms.com/B.utama.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan