Hanya beberapa hari sahaja lagi, Manohara akan tampil melalui sebuah filem yang beliau sendiri menjadi watak utamanya. Filem tersebut menggambarkan bagaimana Manohara yang tinggal di sebuah rumah besar, lalu dihalang untuk bertemu sang ibu. Beliau akhirnya disiksa oleh suaminya, ditarik rambut dan sebagainya dalam keadaan menangis teresak-esak. Gambaran derita yang kononnya dirasai beliau digambarkan melalui filem tersebut yang kini hampir separuh siap dalam proses pembikinan.
Dari seorang model, kini beliau dikenal sebagai selebriti. Benar juga kata Bapak dosen (pensyarah) kami dibilik kuliah. Katanya, satu pepatah Arab berbunyi: "Kalau kamu mahu orang mengenal kamu, kamu kencinglah dalam telaga zam-zam. Pasti kamu akan dikenali”.
Ya, benar. Untungnya Manohara. Pihak syarikat perfileman ini sanggup membayar kepadanya jutaan rupiah. Siapa lagi untung? Tentulah syarikat ini. Manohara terus dengan gaya penampilannya yang sentiasa ceria dan tersenyum-senyum dihadapan media. Disisi, pasti ibu akan turut serta menjadi 'peguam' dan jurucakapnya yang setia. Orang di Indonesia pun sudah muak dengan isunya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan