[ Saya kira ini adalah sambungan isu Selatan Thailand Vol 3 dan juga terakhir yang dapat saya kongsi i dengan pembaca dari sumber-sumber yang telah saya nyatakan dalam artikel-artikel sebelumnya. Sehubungan itu, para pembaca dibenarkan dan digalakkan untuk mengcopy artikel ini dan boleh dimasukkan diblog masing-masing atau manfaatkan info-info ini sebagai bahan sebaran kepada seluruh umat Islam. Mudah-mudahan usaha kecil kita ini diredhoi oleh Allah. InsyaAllah ]
Usaha Melenyapkan Sejarah Pattani
Menyimpan apa sahaja buku-buku berkaitan sejarah Pattani pasti akan diambil tindakan oleh pihak pemerintah
Maka tidak hairanlah jika diantara banyak-banyak buku sejarah Pattani yang berbahasa Arab atau Thai atau jawi Melayu ini, ada sebuah buku yang sengaja dibungkus dengan cover 3 wanita Bangkok yang berparas cantik ,tetapi isinya penuh dengan sejarah Muslim Pattani yang ditulis dengan tulisan Jawi Melayu tanpa judul.
Ini dilakukan bagi mengelabui mata pihak tentera yang menggeledah masuk mana-mana rumah Muslim Pattani. Inilah beberapa cara yang sangat sistematik dari pihak pemerintah Thai bagi menguburkan sejarah Muslim Pattani.
Kesan Penjajahan
1) Setelah terpaksa menggunakan bahasa Thai dalam perbualan harian dan pelbagai pemaksaan budaya mereka ke atas umat Islam Selatan
Penggunaan bahasa Melayu menurut statistic Nasional Thailand, diakui sangat kuat di 3 wilayah : Narathiwat, Yala dan Pattani ( atas 7%) dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Selatan
2) Generasi muda Pattani banyak belajar di Timur Tengah seperti Mesir, Syria, Baghdad, Sudan serta Malaysia dan Indonesia, namun mereka bukanlah mendapat sokongan dan bantuan dari pemerintah, bahkan ketika pulang, mereka tidak dibenarkan berkhidmat di pejabat-pejabat kerajaan.
Kondisi di Selatan
Pelbagai keganasan, pembunuhan dan pengeboman masih terjadi khasnya di wilayah Narathiwat, Yala dan Pattani. Namun, sangat aneh kerana belum ditemukan kelompok manakah dikalangan para pejuang ini yang melakukannya. Apabila berlaku serangan atau pembunuhan pihak tentera, polis atau masyarakat Buddha, yang dituduhnya adalah Muslim. Jika ada tetamu atau mana-mana ‘orang luar’ yang Muslim datang ke Pattani dan sekitarnya, umat Islam sangat bimbang untuk menumpangkan mereka tidur dirumah kerana dibimbangi dituduh ada apa-apa ‘pakatan’ atau bantuan yang mereka terima untuk melakukan serangan-serangan.
Suasana sangat mencekam dan tidak aman amat terasa apabila melalui jalan-jalan di Narathiwat, Yala dan Pattani. Pos-pos kawalan dan palang besi penuh disetiap tempat yang menakutkan para pemnadu kenderaan. Kiri kanan jalan penuh dengan tentera bersenjata dengan kawalan yang sangat ketat. Dengan jarak 400-500 meter sahaja telah ada pos-pos kawalan yang diletakkan tentera bagi mengintai orang-orang asing yang dicurigai. Dari Yala sehingga ke Narathiwat sahaja sekitar 18-20 penghadang kedapatan. Jumlah tentera yang ditugaskan sebagai tambahan terkini seramai 70,000 orang.
Kenderaan-kenderaan yang lalu ditahan, dicheck, digeledah passport dan beg siapa sahaja yang dicurigai. Bukan sahaja warga asing yang ketakutan dengan kondisi ini, namun ketakutan turut dirasai oleh warga setempat sendiri. Keluar pagi untuk bekerja, tidak menjamin mereka akan pulang semula kerumah petang nanti. Setiap hari dipasar-pasar dan dijalanan penuh dengan pasukan tentera yang berkelompok sekitar 4-5 orang yang bersenjata, berjalan kaki atau bermotor. Begitulah suasana Pattani siang dan malam.
Jika berjaya memasuki perbatasan
Setiap hari, sekitar 2-3 orang Muslim akan terbunuh disana. Apabila pemerintah menuduh tindakan-tindakan ini adalah tindakan para pemberontak (baca: pejuang Islam), umat Islam menafikannya kerana tidak mungkin ustaz dan orang Islam adalah sasaran para pejuang.
Siapa Yang Untung Dengan Keganasan di Selatan
1) Disatu sudut yang lain, keganasan yang berlaku di Selatan
2) Bagi pasukan keselamatan pula yang sekaligus mempunyai perusahaan di Selatan
Maka, tidak mustahil bahawa keganasan-keganasan yang berlaku di Selatan Thailand adalah plan dari ‘pihak-pihak’ yang berkepentingan ini juga dan berkemungkinan merekalah yang menjadi pelindung kepada mana-mana kelompok yang melakukan pelbagai kerusuhan di Selatan Thailand ini seperti membunuh para sami Buddha, membakar sekolah-sekolah, menembak orang awam, membunuh ustaz-ustaz dan sebagainya. Maka, jelas bahawa amatlah bodoh jika sekolah-sekolah dibakar dan ustaz-ustaz dibunuh oleh para pejuang Islam sendiri.
Sikap Umat Islam Pattani
Kebencian Muslim Selatan
Umat Islam disana sangat berhati-hati apabila bicara soal politik secara terbuka, apalagi tentang strategi perjuangan. Mereka tidak akan mengaku sebagai pejuang. Lebih enak mereka diam sahaja. Berbicara soal politik secara terbuka atau soal perjuangan bukan tidak mungkin akan ditembak dijarak yang dekat itu jika ada tentera yang melalui dan curiga dengan mereka. Jika ditanya kepada Muslim disana apa yang mereka inginkan, maka antara jawapannya : mahu autonomi khusus untuk menentukan nasib mereka sendiri, ingin merdeka dari belenggu penjajah
Taktik Gerilawan BRN dan lain-lain
Barisan Revolusi Nasional (BRN) mempunyai taktik perang gerila yang hebat. Mereka sangat cermat, penuh perhitungan, terorganisasi rapid an matang. Tentera jarang sekali berhasil menangkap pelaku-pelaku serangan. Ketika melakukan serangan, para gerila akan memastikan bila tentera akan melalui mana-mana tempat ,lalu melepaskan tembakan atau melempar bom dan melarikan diri. Senjata kemudian ditinggalkan dimana-mana tempat yang telah ditetapkan dan kemudian akan diambil oleh pejuang lain untuk disembunyikan.
Pelaku tembakan akan segera bersembunyi kea rah lain, kemudia yang muncul lascar berbeza pakaian sipil mendatangi tempat kejadian untuk mengelabui mata tentera. Ketika mengejar pelaku, tentera hanya menemui pejuang yang berpakain sipil (awam) yang lain. Mereka tidak mendapatkan apa-apa apabila dilakukan soal siasat. Akhirnya pihak tentera bertambah stress dan menderita paranoid kerana berperang dengan musuh yang tidak nampak.
Sangat mengkagumkan, taktik perang para pejuang ini diambil dari buku Bapak Haris ,seorang jenderal tentera
Didalam BRN terdapat bahagian militer, politik, ekonomi dan sebagainya. Divisi militer yang akan melakukan serangan gerila dan latihan perang. Divisi politik bertugas memobilasi
Diawalnya, para pejuang gerila ini yang bergerak secara underground ini bermarkaz dihutan-hutan Selatan
Mereka tidak mengenal penat lelah. Tiada istilah menyerah atau mundur. Target mereka ‘merdeka atau syahid’. Jika menang, itu adalah kejayaan dan jika mati, itu adalah syahid bagi mereka. Untuk bertemu mereka sangat sulit jika kita gagal meyakinkan dan mendapatkan kepercayaan mereka. Maksudnya harus ada tokoh agama atau tokoh masyarakat setempat yang kita kenal dan boleh menjamin kita orang yang boleh dipercayai. Namun, kadangkala memang orang yang ditemuramah oleh media-media adalah para pejuang, tetapi mereka tidak akan mengaku sedikitpun.
Beberapa Kes
Pertengahan Julai-Ogos 2008 kekerasan makin bergolak . Antaranya seperti berikut :
1) 21 Julai – 6 orang polis dan seorang warga setempat cedera di Yala akibat serangan bom dan dihari yang sama seorang kepala desa ditembak oleh orang yang tidak dikenal.
2) 22 Julai – seorang tentera terbunuh dan 5 cedera apabila kenderaan mereka diserang dalam perjalanan di Narathiwat.
3) 25 Julai – 4 orang umat Islam dan seorang ustaz maut. Ustaz ini adalah ustaz yang ke-100 maut dalam 4 tahun terakhir di ketiga negeri ini ketika menunggang motor.
4) 13 Ogos – sebuah bom meledak di sebuah bengkel motor di Pattani dan melukai 18 orang warga. Pemerintah menuduh bahawa kejadian itu didalangi oleh umat Islam yang bergabung dengan kelompok pemberontak. Akhirnya tentera melakukan serangan di 3 daerah ini. Di Narathiwat 2 orang Muslim tewas ditembak mereka. Tentera berjumlah 1000 orang dihantar dalam operasi itu bersama helikopter tempur yang melakukan serangan selama lebih dari 5 jam.
5) Seorang ustaz alumni Al-Azhar yang baru sahaja tiba dirumah, ditembak mati seminggu menjelang Ramadhan 1429 H di wilayah Bacho, Narathiwat ketika membuka pintu rumah yang diketuk orang. 4 tembakan segera menyambutnya dari 4 lelaki yang tidak dikenali.
6) Data dari pejabat pemerintah Thailand di Yala dan Narathiwat :
- mulai 1-31 Ogos 2008 : 88 kes pembunuhan, penculikan dan penembakan berlaku.
- Korban mati seramai 45 orang, cedera 136 orang.
- Kes terbanyak di Pattani : 33 kes.
- Narathiwat : 27 kes.
- Yala : 21 kes.
- Songkhla : 7 kes.
7) Sejak 4 Januari 2004 – 31 Ogos 2008 : 6942 kes berlaku.
- terbanyak di Narathiwat : 2427 kes.
- Pattani : 1968 kes.
- Yala : 1533 kes.
- Songkhla : 339 kes.
- Korban seramai 4346, meninggal 1773, cedera 2573 orang.
[ Ini data rasmi pemerintah Thai, adapun data dari umat Islam lebih tinggi dari itu iaitu lebih 3000 orang Islam mati sejak 2004 ].
Akhir
Perlu difahami secara baik bahawa perjuangan umat Islam di Selatan
Untuk kita pula, teruskan membantu mereka dengan doa yang berterusan, bantuan kewangan kepada mana-mana pertubuhan Islam yang jelas dasarnya, sebarkan semaksima mungkin maklumat perjuangan dan derita umat Islam disana kepada seluruh umat Islam lain dan usahakan apa sahaja kaedah untuk membantu mereka baik melalui tekanan kepada kerajaan Malaysia sebagai pengerusi OIC dan lain-lain yang boleh menyelamatkan mereka disana dengan kadar kemampuan kita agar kita selamat dihadapan Allah nanti di Akhirat dari pertanggungjawaban tentang kezaliman ke atas mereka ini.
1 ulasan:
salam ziarah.
syukran jazilan atas maklumatnya.
semoga doa dan harapan sentiasa dihulur dari anak-anak muda islam seperti nta dan semua.masa depan kesultanan islam pattani, insyaAllah akan tertegak semula.
salam taaruf.
Catat Ulasan