Rabu, 24 Jun 2009

Suara Dari Gunung

Semalam 23 Jun 2009, urusetia Musholla Az-Zhilal, Fakultas Ushuluddin IAIN Ar-Raniry telah menganjurkan sebuah program berbentuk rehlah. Program yang dinamai ‘Tafakur Alam & Penguatan Dakwah’ dengan kerjasama pihak Himpunan Mahasiswa Jurusan (HMJ) Fak.Ushuluddin ini disertai oleh 17 orang mahasiswa. Sebahagian besar mereka adalah kader-kader dakwah Musholla Az-Zilal. Menurut Al-Akh Taufiq, pengarah program, selain dari acara ini dilaksanakan bagi merehatkan sedikit minda setelah selesai pengkuliahan pada minggu ini dan akan menghadapi pula imtihan yang bermula tanggal 1 Julai nanti, ianya juga bertujuan bagi memberi sedikit pengisian khasnya kepada para aktivis dakwah di Fakultas ini sebagai persediaan menjadi ‘pekerja-pekerja’ dalam proses pembinaan mahasiswa baru yang telah mula mendaftar masuk ke IAIN sejak 2 minggu lalu sehinggalah Isnin kelmarin yang jumlahnya ribuan orang dari seluruh pelusuk Aceh dan luarnya. Kali ini, Ujung Pancu menjadi tempat pilihan pihak penganjur. Disitu terletaknya bukit bukau dan gunung ganang serta lautan yang indah mata memandang.


Jam 8.40 pagi setelah selesai pembacaan Al-Qur’an, taklimat ringkas dan bacaan doa, kami semua berangkat ke Ujung Pancu. Untuk sampai ke tempat ini, kami perlu melintasi Bandar Aceh Darussalam daripada IAIN yang terletak di Darussalam, Aceh Besar. Kami menggunakan kenderaan awam yang terkenal dengan nama ‘labi-labi’ ( bukan labu-labi atau kura-kura :) . Dipanggil labi-labi kerana ia bergerak dan berhenti-henti dalam jarak yang dekat sahaja untuk mengambil penumpang disepanjang perjalanan. Kenderaan ini boleh dinaiki seramai 12-13 orang dengan kerusi panjang yang disediakan dibahagian dalamnya dibahagian kiri dan kanan. Bermakna, kedudukannya secara saling berhadapan. Biasanya bas hanya digunakan untuk jarak-jarak yang jauh sahaja yang melebihi 2 jam ke atas. Tambang labi-labi murah sahaja iaitu Rp3,000 ( sekitar RM1.00 ) dari Darussalam ( kawasan kampus IAIN dan Universitas Syiah Kuala –Unsyiah) ke Banda Aceh yang mengambil masa sekitar 15 minit perjalanan.


Alhamdulillah, jam 9.30 kami sampai ke Ujung Pancu setelah melintasi jalan berhampiran pesisiran laut yang dipenuhi rumah-rumah bantuan Tsunami yang agak sederhana kecil dengan 2 bilik sahaja. Sepanjang perjalanan, sisa runtuhan bangunan dan tapak rumah yang tinggal masih kelihatan dan mula ditumbuhi semak samun. Jarak rumah-rumah ini dengan laut hanya 200 m sahaja. Maka, yang menghuni rumah-rumah baru ini adalah mereka yang masih ‘tersisa’ hidup ataupun orang-orang dari daerah lain atau orang dari luar Aceh. Sepertinya, kawasan-kawasan ini agak masih kurang terurus fasilitasnya. ‘Periuk api’ ditengah jalan terlalu banyak berwarna kehitam-hitaman yang sudah kering sehingga di sebuah papan tanda diconteng perkataan ‘kampung haiwan’.


Jam 9.40 kami memulai perjalanan mendaki bukit yang agak tinggi. Setiap peserta memegang kayu sebatang seorang untuk membantu pendakian dan beberapa orang memikul beban yang agak berat iaitu membawa nasi dan air minuman ke atas. Kami bergilir-gilir membawanya. Sekitar 45 minit berjalan, kami berehat sebentar disebuah kawasan yang agak lapang. Disitu, kami diberi pengisian oleh Al-Akh Abdullah Dagang, mantan wakil (timbalan) Pres. Mahasiswa IAIN sesi 08/09. Antara lain, beliau memperingatkan kami tentang komitmen terhadap dakwah di kampus khasnya di Fakultas. Isu-isu Islam Liberal dan kebebasan menggila yang diperjuangkan oleh sebahagian mahasiswa di beberapa IAIN dan UIN di Indonesia turut disentuh oleh beliau seperti perjuangan mahasiswa menuntut dibenarkan homoseksual, lesbian, kampus ‘area bebas tuhan’ dan lain-lain. Diawalnya, kami saling berta’aruf yang dikendalikan oleh beliau sendiri.


Selesai pengisian dan sesi diskusi, kami meneruskan perjalanan menuruni pula bukit tinggi ini ( biasanya bukit yang agak tinggi dipanggil gunung juga disini ) setelah tadinya agak kecapekan ( keletihan/kepenatan/kesibukan ) mendakinya dengan kawasan yang agak banyak batuan-batuan tajam dan licin. Di pertengahan jalan, kami mengikuti beberapa 2 modul iaitu ketangkasan dengan merangkak dibawah halangan. Sekitar jam 12.30, kami tiba ke lokasi sebenar iaitu kawasan laut berhampiran beberapa pulau. Kawasan ini hanya boleh sampai dengan bot atau terpaksa berjalan kaki melalui gunung ini kerana tiada jalan darat yang lain bisa sampai kesini. Sungguh indah, tenang dan damai menyaksikan kebeseran Allah ini. Airnya yang jernih kebiruan-biruan persis ‘gelombang biru’ memudahkan kami melihat ikan-ikan kecil dicelahan batu-batunya. Sebelum berehat, kami mengikuti 2 game lagi yang berunsur kekompakan ( kebersamaan ) dengan cara memasukkan pen yang diikat ditengah-tengah bulatan kami ke dalam botol tanpa melihatnya dan hanya menerima arahan ketua kumpulan masing-masing sahaja yang dibenarkan melihat. Game kedua, dari dalam air kami perlu mengusung seorang teman menggunakan tangan-tangan kami sehingga sampai ke garisan penamat tanpa memijak tanah. Arghh…berat betullah budak-budak nih..:) Setelah itu, peserta dibenarkan mandi dan selepasnya, kami menunaikan solat Zohor secara berjama’ah dan makan siang (makan tengah hari).


Jam 1.45, pihak urusetia mengumpulkan kami sekali lagi untuk acara seterusnya. Pada waktu ini, kami diminta menunjukkan ‘keterampilan’ masing-masing iaitu apa-apa sahaja kebolehan yang setiap peserta ada. Ada yang menunjukkan kebolehan menimbang bola, seni mempertahankan diri dan lain-lain. Semua ini bertujuan melatih para peserta menitik beratkan soal jasadiyyah sebagai para amilin. Selesai acara ini, kami diberi kebebasan menjalankan aktivitas masing-masing. Kerja saya macam biasa, cari raga buruk ditepi laut dan menangkap anak ikan yang hensem-hensem :) Bukan tidak pandai berenang, tapi kalau berenang pasti ada ‘pasukan penyelamat’ terpaksa memerhatikan saya…aduss..


Jam 2.50 setelah membersihkan lingkungan, kami mula bergerak untuk naik semula bukit tinggi ini dan turun semula ke bawah. Disebabkan tidak ada lagi pengisian dan game ditengah perjalanan, masa untuk sampai semula kebawah hanya 40 minit sahaja. Sementara menunggu labi-labi datang mengambil semula, kami sama-sama membaca doa wahdah. Kemudian terus ke tepi laut melihat masyarakat tempatan menangkap ikan menggunakan pukat yang sangat besar yang ditarik beramai-ramai. Pelbagai jenis ikan dan makhluk laut yang lainnya berjaya diangkat naik kedarat. Hanya ikan duyung sahaja gagal mereka dapatkan…


Jam 4.30 kami pun berangkat pulang dan singgah sebentar di masjid untuk solat Asar. Alhamdulillah, jam 5.30 sampai ke Darussalam…sekian.


( klik pada gambar untuk dibesarkan )

Tiada ulasan: