Isnin, 15 Jun 2009

SIS : Pas teruskan fungsi, GAMIS teruskan fungsi

Isu Sisters In Islam ( SIS ) mula dibangkitkan kembali setelah ianya seolah-olah menjadi suam beberapa waktu. SIS tidak dikenali pun oleh kebanyakan orang awam, tetapi terkenal apabila melonjaknya nama IFC iaitu Suruhanjaya Rundingan Antara Agama beberapa tahun lalu, diikuti dengan ‘pembelaan’ mereka kepada mana-mana individu untuk murtad dan pelbagai isu-isu hak asasi manusia.


Kali ini, nama SIS terbit kembali dari dewan Muktamar PAS Pusat. Usul perwakilan muktamar agar SIS disiasat dan diharamkan oleh Majlis Fatwa diterima sebulat suara tanpa bantahan. Semuanya menggambarkan tahap amarah perwakilan terhadap kecelaruan pemikiran sesat SIS sudah benar-benar sampai ketahapnya. Antara yang turut ‘mengambil bahagian’ membuat ulasan dan penyataan sikap terhadap kes ini adalah Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) melalui Presidennya, Ust Dzulkhairi Mohd Noor dan Ketua Majlis Lajnah Dakwah GAMIS, Sdr.Yusri Hafiz. Tahniah kerana kalian sentiasa bersuara dalam isu-isu melibatkan Islam dan ummahnya walaupun mungkin pendirian agak berbeza dengan perwakilan PAS tersebut.


Saya mengikuti sedikit pendirian Pres.GAMIS melalui artikel bertajuk ‘Usul PAS Agar SIS Diharamkan : Presiden GAMIS Kritik PAS dan Cabar MPMUM’ dan juga artikel ‘ Haramkan SIS : Serlah PAS Ketiadaan ‘Deedat’ Untuk Berhujjah Secara Bersemuka ( Ketua Dakwah Gamis ) ‘ serta artikel ‘Isu Pengharaman SIS : Dewan Ulama’ PAS Perak Sanggah Pandangan Presiden GAMIS’. http://dewanulamakpasperak.blogspot.com Semua artikel ini terdapat diblog : http://gamisdaily.com/v4/index.php?option=com_content&view=frontpage Untuk menegaskan lagi penyataan sikapnya, Pres.GAMIS memposting pula artikel terbaru diblognya http://dzulkhairi.blogspot.com/ yang bertajuk Tolong Jangan Hukum SIS’.


Saya juga cuba mencari mana-mana pihak yang berbeza pandangan dengan pendirian GAMIS. Bertemulah sebuah blog yang menyatakan sedikit kekecewaan terhadap pendirian ini iaitu http://rusli-islam.blogspot.com/ melalui artikel bertajuk ‘GAMIS Tak Setuju Sisters In Islam Haram ?’.


Secara peribadi, saya juga salah seorang yang agak ‘tidak senang’ dengan kenyataan dari Majlis Dakwah GAMIS yang menyebut ‘penyelesaian masalah Gerakan Islam Liberal yang tidak tepat, ‘tindakan yang kelihatan tergesa-gesa’ , menutu pintu perbincangan, dialog peradaban dan ruang diskusi hujjah yang ilmiah’ , ‘PAS seolah-olah merobohkan ikatan ‘engagement’ , ‘menyerlahkan PAS seolah-olah ketandusan ulama’ untuk berhujjah’ , dan pertanyaan ‘dimana Deedat ( Ahmad ) didalam PAS ?’ Bahkan sampai Pres.GAMIS menggelar PAS ‘berkuku besi’ , namun dineutralkan semula istilah itu diblognya.


Saya bukanlah ingin menambahkan kekeruhan dalam perbezaan pendapat. Memang GAMIS suka menampilkan pendiriaannya yang berbeza. Jika GAMIS boleh sahaja berbeza dan sering menunjukkan perbezaan dengan PAS, maka apatah lagi perbezaan pandangan antara anggota GAMIS bawahan dengan pimpinannya sendiri.


Sedikit sahaja ulasan saya :


1) Di dalam Islam kita sering mendengar istilah ‘mencegah lebih baik dari mengubat’ atau juga disebut ‘saddu’ zara’ie’ iaitu menutu pintu-pintu yang menjadi punca kepada sesuatu kerosakan. Maka dalam hal ini, tidak ada bezanya antara SIS dan Ayah Pin, tidak ada bezanya SIS dan Haji Qahar di Batu Caves. Semuanya berada dalam kategori penyelewengan aqidah dan kefahaman Islam. Mungkinkah kita mahu majlis-majlis dialog terus dilakukan dan dalam masa yang sama kesesatan mereka terus digerakkan dan makin bertambah kecelaruan dikalangan orang awam atau intelektual ?


2) PAS memang sedikit mengecewakan kerana tidak kelihatan mereka ke depan bertemu mata melalui majlis-majlis dialog atau forum terbuka dengan SIS sebagaimana yang disebut oleh GAMIS sedangkan ruang itu ada. ( Maaf, saya tidak tahu samada mungkin wujud pertemuan tertutup antara PAS dan SIS yang tidak dilaporkan oleh media ). Saya berkeyakinan jika orang-orang seperti Dr.Zulkifli, Dr.Mariah dan sebagainya yang pernah berpendidikan dinegara-negara Barat, namun tetap mempunyai kefahaman Islam, diundang untuk berhadapan dengan golongan SIS, mereka berani berhadapan. Mereka tahu tentang SIS yang berpendidikan juga di Barat. Kelemahan diperingkat PAS tetap perlu ditegur dan diperbaiki. Mungkin pimpinan PAS seperti Ust Dato’ Tuan Ibrahim yang memang seorang ulama’, professional dan aktivis juga mampu berhadapan dengan SIS ini. Jelas didalam PAS terlalu ramai ulama’ yang mampu berhujjah dengan ilmiah bagi menghadapi SIS tidak sebagaimana sangkaan atau pertanyaan sinis dari GAMIS tersebut.


3) Kenyataan bahawa PAS seolah-olah ketiadaan ‘Deedat (Ahmad)’ untuk berhujjah sehingga terus tergesa-gesa mencadangkan pengharaman SIS kurang saya setujui. Perlu diketahui bahawa Ahmad Deedat yang terkenal dengan majlis-majlis perdebatan berhadapan dengan golongan Kristian khasnya paderi-paderi mereka. Dia berketurunan India dan menetap di Afrika Selatan, menyampaikan ceramah keseluruh dunia sehingga banyak paderi yang memeluk Islam khasnya di Eropah dan meninggal dunia beberapa hari selepas pemergiaan Zainab Al-Ghazali (2005).


Dalam kondisi Deedat, ruang dialog dan forum terbuka antara beliau dan Kristian adalah pilihannya. Tidak mungkin Deedat akan mencadangkan gerakan Kristian mesti diharamkan. Adapun dalam konteks Malaysia, mengharamkan SIS satu kemudahan kerana kita dilingkungi majority umat Islam dan pemerintahnya Islam yang mampu melakukan tindakan pengharaman itu sesuai dengan tugasan mereka sebagai pemerintah Islam : melaksanakan amar ma’aruf dan nahi mungkar.


4) Jika melihat PAS seolah-olah tidak berperanan dengan baik (sebagaimana kenyataan GAMIS), maka sangat wajar jika yang menjadi penganjur adalah GAMIS samada melalui Majlis Dakwahnya dan sebagainya. Kemudian mereka yang menjemput wakil PAS dan SIS. Ini mungkin lebih menyenangkan pihak SIS atau PAS sendiri kerana kelompok mahasiswa yang menjadi penggeraknya berbanding jika PAS yang dilihat sebagai parti politik yang menganjur. Sudah tentu tidak dapat mengelak dari tanggapan bahawa anjuran PAS untuk keperluan dan kepentingan politik. Jadi GAMIS lah yang bertindak, bukan dengan cara hanya mengkritik. Keluarkanlah artikel-artikel, anjurlah dialog-dialog, forum-forum dan debat sekalipun.


5) Jika benar sekalipun PAS tidak pernah menganjurkan pertemuan dengan SIS, banyak pertubuhan lain berhadapan dengan mereka. Bermakna SIS tahu mereka sedang dihadapi. SIS tahu pemikiran mereka sedang dipertikaikan. Maka istilah ‘SIS juga ingin memahami Islam , tetapi salah cara pemahaman’ yang dinyatakan oleh Pres.GAMIS itu lah yang tidak tepat. Jangan anda berasa bahawa SIS bergerak seorang diri dan tidak ada golongan kuffar dibelakang mereka ! cukuplah anda melihat pada intro paparan website SIS yang tertera ayat "Saya tidak kata bahawa kita perlu menjadikan negara sekular untuk menjadi moden. Saya mengatakan bahawa kita perlu negara yang sekular untuk menjadi Muslim yang lebih baik." Dan bacalah kenyataan wakil SIS dalam dialog maya bersama siswi Al-Azhar tahun 2002 yang lalu : "Adakah SIS menentang hukum Allah?" Dia menjawab, "Kami tidak menentang hukum Allah, tapi mana yang tak sesuai dengan peredaran zaman, perlulah diubah."


Masih adakah ruang untuk berbaik sangka dengan pemikiran mereka ini? Atau mengambil kaedah pengharaman disaat pemerintah umat Islam mampu melakukannya ? atau biarkan mereka hidup dan teruskan dialog-dialog sehingga mereka benar-benar faham Islam dan akhirnya melebur sendiri dalam aqidah yang benar ?


Cukuplah dahulu setakat ini. Sekadar pandangan yang boleh diterima dan boleh ditolak. PAS teruskan berfungsi dengan baik dan GAMIS juga teruskan fungsi anda –


Baca tentang SIS disini : http://ibnu-ismail.blogspot.com/

1 ulasan:

نىك محمد حافظول berkata...

ustaz fadlullah. ana ingin mengmbil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima ksih pada ust krn begitu prihatin pada blog ana. utk makluman, Ana sudah tidak bekerja di akademi ar rasydin. Tetapi, tidak mengapa.. ana boleh bantu ustaz.

ana slow sikit menulis sekarang, tidak seperti dahulu.. and more thanks to u krn melalui blog ust. ana dpt info info terkini berkaitan isu isu semasa yg datangnya dari suara anak muda. Teruskan ustaz.

InsyaAllah, suatu hari nanti kita akn ketemu