Sebagai penghargaan dari warga Iraq untuk wartawan, Muntazar Al-Zaidi yang melempar sepatu (kasut) ke muka Bush 15 Dis 2008 yang lalu dalam kunjungannya ke Iraq, Laith Al-Amiri seorang warga setempat telah membina sebuah monumen sepatu di Bandar Tikrit, Iraq. Tikrit adalah Bandar kelahiran Saddam Husein.
Ia didirikan sebagai penghormatan kepada Muntazar yang sanggup membela maruah warga Iraq dengan lemparan sambil menyebut “ini ciuman perpisahan dari warga Iraq, anjing !”. Kini beliau merengkok dalam penjara Iraq, dibantai teruk oleh pihak keselamatan Iraq.
Monumen seberat 1 tan setengah, tingginya mencapai 2 meter ini diberi nama ‘Monumen Kejayaan dan Kedermawan’ dan dirasmikan pada Khamis (29 Januari 2009) baru-baru ini. Bahagian dalam sepatu ini dihiasi tanaman rimbunan yang dibuat dari plastic. Menurut seorang warga Iraq, “monument ini merupakan ekpresi terkecil atas apresiasi kami untuk Muntazar kerana hati warga Iraq dihibur dengan lemparan (sepatu)nya”.
Gambar dan maklumat diambil dari: http://foto.detik.com/readfoto/2009/01/30/110557/1076667/157/1/monumen-sepatu-untuk-muntazar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan