Sabtu, 17 Januari 2009

Kepala Babi di Harian Metro !

Dipetik dari http://www.hmetro.com.my/ tanggal 17 Jan 2009.


Dalang kepala babi belum dikenal pasti


KUALA LUMPUR: Polis masih belum mengenal pasti dalang di sebalik insiden kepala babi dipotong dua yang ditemui diletakkan di atas bendera parti pembangkang dalam satu kejadian di surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abd Bari Wan Abd Hamid, berkata motif sebenar kepala haiwan terbabit diletakkan di surau itu masih dalam siasatan.

“Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencemarkan kesucian rumah ibadat,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi semalam, warga UM gempar apabila menemui satu objek diletakkan berhampiran pintu masuk surau terbabit malah langsung tidak disedari beberapa pelajar yang berada di dalamnya sementara menunggu solat Subuh.

Tiada ulasan: