Selasa, 13 Januari 2009

KFC : Tiada Kaitan Dengan Israel ?


Mohon Penjelasan: Sebentar tadi, seorang teman di Malaysia mengirim SMS memaklumkan terdapat satu berita bertajuk 'JANGAN MELULU BOIKOT KFC' yang disiarkan dimuka hadapan akhbar Sinar Harian semalam (12 Jan) edisi Kelantan. Antaranya dimasukkan ucapan Pengerusi KFC Malaysia yang menyebut "saya tidak melihat ada bukti yang menunjukkan KFC ada kaitan, menyokong atau menggunakan sumber kewangannya untuk membantu Israel".

Saya sangat berharap agar sesiapa yang mengetahui adanya kaitan KFC dengan Amerika atau Israel atau mempunyai sumber-sumber rujukan yang boleh dilihat oleh umum, agar dapat memaklumkan pada ruangan komentar dibawah atau inbox blog ini.

Saya tidak berprasangka kepada syarikat KFC di Malaysia dalam isu ini. Walaubagaimanapun suka saya melontarkan persoalan untuk difikirkan bersama. Pertamanya, ketika umat Islam dibantai di Iraq, Afghanistan, Palestin dan lain-lain sebelum ini, usaha boikot KFC ini telah digerakkan diseluruh negara-negara Arab. Namun, terhenti sekerat jalan dan tidak ada maklumat yang menyatakan wujudnya syarikat yang bangkrup. Maka, saat itu tidak ada pun bunyi-bunyi bantahan dari pihak KFC atas usaha boikot itu. Tiba-tiba, ketika Ghazzah dibantai teruk, usaha boikot begitu dahsyat, maka dengan tiba-tiba kenyataan KFC tidak ada kaitan dengan Israel pun keluar.

Saat itu jugalah, munculnya kenyataan yang mempersoalkan bagaimana nasib pekerja-pekerja KFC yang beragama Islam. Bagaimana kerja mereka jika KFC lingkup nanti dan pelbagai jenis persoalan lain.

Terus terang saya katakan, saya masih memerlukan maklumat yang tepat. Namun, umum mengetahu bahawa KFC hanya ada kaitan dengan Amerika dan berapa banyak barangan yang disenaraikan pemboikotan ini adalah dari Amerika,bukan Israel. Isunya adalah, barang-barang ini adalah antara sumber ekonomi yang besar kepada Amerika dan Amerikalah yang mendanai Israel dalam memerangi umat Islam. Jadi, jika pihak KFC menyebut bahawa mereka tidak menyokong Israel, ya..memang benar begitu. Kita hanya mempersoalkan tentang barang-barang ini menjadi sumber ekonomi Amerika dan mendanai Israel.

Adapun, di Malaysia, saya juga kurang maklumat samada pemboikotan yang dilakukan kepada KFC kerana keterkaitannya dengan Amerika atau isu cara penyembelihan ayamnya yang masih diragui. Jika ada yang mempunyai maklumat, mohon dikongsi bersama. Wallahua'lam.

Untuk rujukan senarai barang-barang yang mempunyai kaitan dengan Amerika atau Yahudi setakat ini, anda boleh merujuk website Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Wallahua'lam.

28 ulasan:

ezza erisa berkata...

isu cara penyembelihan ayamnya yang masih diragui.

ayamnya diambil dari supply tempatan, AYAMAS. syarikat yang sama menjual ayam berempah beku dan restoren ayam 'RASAMAS'.

dan syarikat ini mendapat pengesahan halal JAKIM.

tang mana masih diragui?

sekadar bertanya,

Tanpa Nama berkata...

http://mujahidfillah.blogspot.com/

ana_jundullah berkata...

salam. sekadar apa yg saya tahu, lbh kurang yg saudara jelaskan. Pemboikotan KFC adalah perkaitannya dengan Amerika. Walaupun KFC di Malaysia dimiliki oleh syarikat Johor Holdings yg majoritinya adalah melayu Islam, namun,royalti utk penjenamaan masih perlu dibayar oleh syarikat tersebut kepada Amerika. Dan isu tentang ada pekerja KFC yang Islam, sanggupkah kita mempergadaikan nyawa umat Islam di Gaza hanya untuk menjaga periuk nasi kita di sini?
Wallahua'lam

haris ahmad berkata...

saya stuju dengan ana_jundullah.royalti tetap sampai ke Amerika.bukankah rempah ayam KFC tu dibawa terus dari sana?(kwn sy yg pernh kerja di KFC mngatakan rempah tersebut xdibuat di Malaysia).
Hanya untuk mnjaga periuk nasi sendiri,adakah anda sanggup mmbunuh saudara se-Islam kita?

Tanpa Nama berkata...

perlu diingaat..kfc ni bkan dicipta kat malaysia..org america yg cipta benda ni.walau macam mana sekalipun duit yang kfc dapat ..putar2, belit2,keliling2 msti ada nye yang sampai kat sane..mcm petronas laa,buka anak syarikat kat luar negara.. keuntungan tue..mesti sampai gak kat ibu dia laa...i mean petronas malaysia la.xyah dok gaduh2 laa pasal nk boikot ke xnak boikot..tanpa was2 boikot jer..yang korang nak risau pasal pekerja kfc tue wak ape....bahkan korang dah selamatkan diorang dari terus berkhidmat untuk anak syarikat dari negara yang bg dana kat israel tue..rezki kat luar byk lagi..TUHAN tue MAHA PEMURAH

Tinta Biru berkata...

Ayamnya memang diambil dari pembekal tempatan. Tetapi kebanyakan bahan kering seperti tepungnya (untuk ayam Original Recipe) diimport dari US. Bahan beku seperti Fries/WQedges dari US juga. Harga juga sedikit sebanyak berubah dengan US Dollar.

Untuk makluman semasa saya menguruskan KFC antara 1995-1999 sepanjang bulan Ramadan KFC menanggung penurunan jualan sehingga RM1juta. Ketika itu baru 150 cawangan. Sekarang dah lebih 350 cawangan. Cuba darab dan anggarkan jika kita boikot habis.
-tintabiru2@yahoo.com

Ibnu Ali berkata...

Tiada kaitan dengan Israel, tetapi ada kaitan dengan Amerika..

Amerika dan Israel 2x5

rujuk http://www.kate3.com/what/list_full.jsp

umuZa berkata...

tuntasnya,janganlah beli barangan import,sokonglah usahawan melayu!

Muhammad berkata...

Assalamu alaikum wrb.
ana rasa URL ini ada kaitan dengan KFC membantu Israel= http://www.jewishvirtuallibrary.org/jsource/states/KY.html

Muhammad berkata...

Assalamu alaikum wrb wahai ikhwah & akhawat:

KFC : Tiada Kaitan Dengan Israel ?

Berkaitan dengan KFC, Israel & Amerika saya ingin jelaskan seperti yang berikut:

BUKTI PERTAMA:

KFC ialah singkatan dari “Kentucky Fried Chicken” nama Kentucky diambil dari nama satu tempat di Amerika iaitu (The State of Kentucky) dimana KFC Corporation based. Maksud saya KFC punya pusat ada di situ.
URL berikut ini ialah berkenaan “Cooperation Between Israel
and the State of Kentucky”
http://www.jewishvirtuallibrary.org/jsource/states/KY.html
Selepas Ikhwah & Akhawat sudah baca URL tadi ternyata bahawa The State of Kentucky di Amerika ini membantu Israel maka termasuk la juga KFC Corporation (KFC PUSAT)

Di sini kita dapat tahu bahawa keuntungan KFC seluruh dunia akan disalurkan pada KFC PUSAT di The State of Kentucky Amerika, dan pengurus The State of Kentucky akan menyumbang Israel bukan hanya dari keuntungan KFC sahaja tetapi juga dari keseluruhan keuntungan syarikat-syarikat lain yang berada di The State of Kentucky itu.

Walaupun KFC di Malaysia dimiliki oleh syarikat Johor Holdings yang majoritinya adalah melayu Islam, namun, royalti 5% utuk penjenamaan masih perlu dibayar oleh syarikat tersebut kepada Amerika.

Muhammad berkata...

BUKTI KE DUA:

Pada tahun 1986 Syarikat yang jelas menyokong Israel “PepsiCo” telah beli KFC dengan harga $840 Billion US.

Sila lihat ini:

9/9/1890
Harland Sanders is born just outside Henryville, Indiana.
1900-1924
Harland Sanders holds a variety of jobs including: farm hand, streetcar conductor, army private in Cuba, blacksmith's helper, railyard fireman, insurance salesman, tire salesman and service station operator for Standard Oil.
1930
In the midst of the depression, Harland Sanders opens his first restaurant in the small front room of a gas station in Corbin, Kentucky. Sanders serves as station operator, chief cook and cashier and names the dining area "Sanders Court & Café."
1936
Kentucky Governor Ruby Laffoon makes Harland Sanders an honorary Kentucky Colonel in recognition of his contributions to the state's cuisine.
1937
The Sanders Court & Café adds a motel and expands the restaurant to 142 seats.
1939
The Sanders Court & Café is first listed in Duncan Hines' "Adventures in Good Eating."
Fire destroys The Sanders Court & Café, but it is rebuilt and reopened.
The pressure cooker is introduced. Soon thereafter Colonel Sanders begins using it to fry his chicken to give customers fresh chicken, faster.
1940
Birthdate of the Original Recipe
1949
Sanders marries Claudia Price.
1952
The Colonel begins actively franchising his chicken business by traveling from town to town and cooking batches of chicken for restaurant owners and employees.
The Colonel awards Pete Harman of Salt Lake City with the first KFC franchise. A handshake agreement stipulates a payment of a nickel to Sanders for each chicken sold.
1955
An interstate highway is built to bypass Corbin, Kentucky. Sanders sells the service station on the same day that he receives his first social security check for $105. After paying debts owed, he is virtually broke. He decides to go on the road to sell his Secret Recipe to restaurants.

Muhammad berkata...

1957
Kentucky Fried Chicken first sold in buckets
1960
The Colonel's hard work on the road begins to pay off and there are 190 KFC franchisees and 400 franchise units in the U.S. and Canada.
1964
Kentucky Fried Chicken has more than 600 franchised outlets in the United States, Canada and the first overseas outlet, in England.
Sanders sells his interest in the U.S. company for $2 million to a group of investors headed by John Y. Brown Jr., future governor of Kentucky. The Colonel remains a public spokesman for the company.
1965
Colonel Sanders receives the Horatio Alger Award from the American Schools and Colleges Association.
1966
The Kentucky Fried Chicken Corporation goes public.
1969
The Kentucky Fried Chicken Corporation is listed on the New York Stock Exchange.
1971
More than 3,500 franchised and company-owned restaurants are in worldwide operation when Heublein Inc. acquires KFC Corporation.
1976
An independent survey ranks the Colonel as the world's second most recognizable celebrity.
1977
Colonel Sanders speaks before a U.S. Congressional Committee on Aging.
1979
KFC cooks up 2.7 billion pieces of chicken. There are approximately 6,000 KFC restaurants worldwide with sales of more than $2 billion.
12/16/1980
Colonel Harland Sanders, who came to symbolize quality in the food industry, dies after being stricken with leukemia. Flags on all Kentucky state buildings fly at half-staff for four days.
1982
Kentucky Fried Chicken becomes a subsidiary of R.J. Reynolds Industries, Inc. (now RJR Nabisco, Inc.) when Heublein, Inc. is acquired by Reynolds.
1986
PepsiCo, Inc. acquires KFC from RJR Nabisco, Inc.
1997
PepsiCo, Inc. announces the spin-off of its quick service restaurants - KFC, Taco Bell and Pizza Hut - into Tricon Global Restaurants, Inc.
2002
Tricon Global Restaurants, Inc., the world's largest restaurant company, changes its corporate name to YUM! Brands, Inc. In addition to KFC, the company owns A&W® All-American Food® Restaurants, Long John Silvers®, Pizza Hut® and Taco Bell® restaurants.
2006
More than a billion of the Colonel's "finger lickin' good" chicken dinners are served annually in more than 80 countries and territories around the world.
2007
KFC proudly introduces a new recipe that keeps the Colonel's 11 herbs and spices and finger-lickin' flavor, but contains Zero Grams of Trans Fat per serving thanks to new cooking oil.
Rujuk= http://www.kfclist.com/about/history.asp

ALLAH MAHA MELIHAT DAN MAHA MENGETAHUI

Wassalam

Dari Kapten Liqo’ Tarbawi Network Akh Muhammad Kausar ( http://lt-network.ning.com )

Adhadi berkata...

Assalamualaikum.

Tiada fatwa ulama yang mengatakan kita haram memakan KFC.

Juga tiada fatwa ulama melarang berkerja dengan KFC.

Jadi yang orang yang berkerja dengan KFC rezekinya adalah halal. Bila dah dikatakan halal, maka ia satu hak kepada orang yang berkerja disitu.

Boikot adalah satu perbuatan bertujuan untuk mengkhianat, iaitu dengan hasrat agar jualan PERNIAGAAN YANG HALAL ini jatuh dan rugi.

Jadi, boikot ini sebenarnya mengkhianat orang islam yang kita semua setuju, bekerja secara halal.

Yang dengan ISRAEL itu Kabur. Bayarannya lesen itu kabur dan kita tidak nampak. Kita cuma tahu. Berapa jumlah pun kita tidak tahu.

Yang orang islam berkerja di KFC itu jelas. Sangat ramai.

Kerja di KFC itu halal itu jelas. Tiada fatwa yang mengatakannya haram.

Jadi mengapakah anda mahu bersungguh sungguh mengkhianat rezeki saudara anda sendiri?

Ada pahala apa dengan perbuatan khianat ni?

adhadi berkata...

Saya tidak ajak makan kfc pun, kita tidak perlu ajak orng lain makan kfc pun. tiada kewajiban pada kita.


Tapi kalau kita pun tak nampak depan mata, dengan research internet saja tidak cukup menjadi bukti. Kita perlu fatwa ulama. Tanpa fatwa ulama, samalah dengan anda tidak tahu.

Kita tidak perlu menjaga periuk nasi orang. tapi kita tidak boleh mengkhianat periuk nasi orang.

Kalau nak khianat, pi la khianat rumah pelacuran. itu lebih baik

suraya berkata...

BOIKOT bukan bermakna khianat.
Saya boikot KFC hampir 3 tahun.
Dalam situasi kehidupan kita pada masa kini memang susah untuk kita menidakkan pengaruh Amerika/Zionis. Tapi saya boikot kecil saya itu buat saya puas hati.Tak makan KFC tak merugikan saya apa pun. Cuba anda bagi masa sebulan tak jengok KFC..bandingkan kerugian atau keuntungan yang yang anda dapat(mengikut bidang pilihan masing-masing; kewangan? kesihatan? sosial? glamour?)

Tanpa Nama berkata...

Kite bukan khianat & tidak sesekali mengharamkan yg halal.cume kami hanya tidak mahu menambah sokongan ke Israel.pd sesiapa yg tidak mahu boikot terpulang cume cube berfikir sejenak.contoh 1meal rm10 & 5% dr nya(50sen) akan digunakan utk membantu membeli peluru utk membunuh org.sanggupkah kite menikmati ayam goreng yg sedap smbil menembak seseorang

Tanpa Nama berkata...

Assalam,

KFC memang berasal dari US.
Tapi pemilikan penuh milik syarikat tempatan, bermaksud. Jenamanya saja yg digunakan, tiada royalti di bayar ke Israel seperti KFC lain.
Bukti2 yg anda sediakan itu hanyalah KFC secara umum. Bukan KFC Malaysia amnya. Sy sgt bersetuju dgn pendapat Adhadi. Jika nak memboikot kerana asalnya idea/milik US & Israel. byk perkara yg idea nya dtg dr mereka.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama.

Bagaimana pula keuntungan yg diperolehi oleh US hasil pembelian pesawat 18 Hornet,FA 16. Kapal terbang Boeng dr kerajaan Malaysia.duit keuntungan us kita tahu nendanai israel dimana us dr dulu menyokong israel?

Tanpa Nama berkata...

I tertarik bila uols bercerita pasal periuk nasi pekerja. Bumi Allah ni luas. Jika kita berusaha kita pasti akan perolehi rezeki. Cuma nak dan tak nak je. Sebenarnya hal sebegini uols tak payah jadikan isu. Weols di kurniakan akal dan fikirankan? So buatlah pilihan bijak.

Tanpa Nama berkata...

mengapa ramai melayu kerja di KFC?.. sebab golongan ini malas nak sembelih ayam sendiri.. malas nak goreng ayam sendiri.. melayu kan malasss..:)

Tanpa Nama berkata...

kfc ni mmg bg duit kat israel melalui yuran penggunaan nama(setiap bulan/tahun)ke kfc di amerika direct kepada usa taxpayer terus ke zionist. oleh itu, kfc adalah haram.

Tanpa Nama berkata...

mohon sama sama kita boikot produk yang menyumbang dana secara langsung atau tidak langsung kepada Israel... dari peringkat negara kita sendiri juga, pemimpin perlu awal awal lagi sekat masuk produk dan lebihkan masuk produk yang tiada kaitan dgn israel di Malaysia ini, cuba cari alternatif lain untuk jana ekonomi negara.

Tanpa Nama berkata...

Sy baikot terus apa jua products dr luar.. memang apa jua anggapn kita org2 yahudi x berhenti memusnahkn org islam smaada secara halus @ kasar..dgn kepala otak kita yg dibekalkn oleh allah mmpu berfkir mna yg baik @ yg buruk..tk usahlh kita nafikan krn usaha org yahudi dh trtulis utk memusnahkn org islam.. utk tujuan itu jgn lh kita nk menolak yg mereka tk bersatu iaitu America & Israel..mna2 products dibwh America tk kira berapa peratus pun ia tetp menyalur kpd Israel. ...sy mengajak anda smua baikotlh.. kita tk mmpu menyumbg tenaga,masa, jiwa raga & harta benda kita utk saudara seislam kita disana, ckuplh dgn baikot dana yg menyumbg kpd musuh islam. Sy tk ada dalil @ hujah kuat utk menguatkn ucpn sy tp sy ada pengalaman 6 thun brkrja dgn salah 1 products America dan tiap2 bln sy terpaksa byar 25% peratus dr hasil jualan kpd mereka.. sy mngmbil kputusan sygi saudara2 seislam dgn cari rezeki lain..Alhamdulillah allah maha kaya dgn digntikn yg lbh baik... baikotlh...

Tanpa Nama berkata...

Boikot Israel Pembunuh Umat Islam... Jangan Jadi Barua Israel... Kalau kamu asyik nak jaga perut dan tekak sendiri.. Terpulanglah.. Kami x sanggup bersubahat dengan pembunuh saudara islam kami di Palestin.. kalau dah syarikat berangkai pastu pakai nama syarikat tu untuk berniaga.. takkan x ada profit dia dpt kot.. fikir fikirkan jangan sampai jadi barua sudah.

Tanpa Nama berkata...

saya buka kedai kasut.
saya ada pekerja ramai.
ramai org beli kasut saya.
keuntungan jualan sy salurkan pada israel.
kemudian anda nak boikot saya sbb saya jahat.
sedangkan ramai staff saya melayu islam.
sekian. utk tatapan dan fikirla!.
im with gaza.

Tanpa Nama berkata...

Boikot Israel laknat...jangan makan. KFC, makan PFC...penaga fried chicken ada kat penaga ni...milk melayu Islam

Tanpa Nama berkata...

Melayu tetap melayu...
Bila dh terbiasa guna produk Israel / USA, jadi takut/risau sgt2 kalu x digunakan dh lepas ni...
Kita di Malaysia x mati pun kalu boikot brg2 Israel/USA ni... Yg nyata di Gaza setiap saat ada ja yg menderita.... JADILAH MELAYU ISLAM bknnya MELAYU MELAYU...

Tanpa Nama berkata...

Jadi guna hand phone iphone/google android/microsoft tak menyumbang kat Yahudi jugak ker. Cuba tgk kat Wikipedia. Semua Company ni ada research center kat Israel.

http://en.m.wikipedia.org/wiki/Israel