1) Imej berserban Sultan Abdul Majid dan solat berjama’ah disenangi rakyat dan dibenci oleh Mustafa Kamal sehingga beliau melarang khalifah ini untuk keluar solat dan mengurangi hak-hak istimewanya.
2) Pada 03 Mac 1924, beliau memanggil semua anggota pendiri organisasi dan mengusulkan projek pembubaran khilafah dengan menyebut, ini adalah ‘bisul sejak abad pertengahan’.
3) Islam dibuang sebagai agama rasmi Negara.
4) 1924 : Menghapuskan Kementerian Waqaf Islam.
5) 1925 : Menutup masjid-masjid serta melarang dari solat berjama’ah dan membenteras semua aktiviti agama.
6) Menutup masjid utama di Istanbul, menukar Masjid Ayashopia kepada muzium, menukar masjid Muhammad Al-Fatih menjadi gudang dan ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
7) 1926 : Menukar hukum Syariah Islam kepada hukum sipil (awam) yang diadopsi dari hukum Swiss.
8) 1926 : Menghapus penggunaan calendar Islam ( Hijrah ) dan diganti dengan calendar Masihi.
9) 1928 : Menghapus teks undang-undang yang menyebut Turki sebagai pemerintahan Islam.
10) Teks sumpah yang biasa dilakukan oleh para pegawai pemerintah saat dilantik juga digantikan dengan hanya mengucapkan “ dengan kehormatan mereka ,mereka akan menunaikan kewajipan”. Sebelumnya mereka bersumpah dengan nama Allah.
11) 1929 : Menukar huruf Arab kepada huruf Latin dalam penulisan bahasa Turki termasuk media-media.
12) Menukar azan dari bahasa Arab kepada bahasa Turki dengan alasan rakyat lebih faham bahasa Turki dan akan datang solat berjama’ah apabila faham bahasa Turki.
13) Mengarahkan Al-Qur’an dicetak di dalam Bahasa Turki menggantikan bahasa Arab sehingga rosak maknanya dan cita rasa bahasanya.
14) Pengajaran dalam bahasa Arab dan Parsi dihapuskan di semua fakulti dan penulisan dengan menggunakan huruf Arab dilarang dalam karangan-karangan yang berbahasa Turki.
15) Buku-buku yang telah terlanjur dicetak ke dalam bahasa Arab diarahkan agar dieksport ke Mesir, Parsi dan India.
16) 1931 : Pemerintah Turki membataskan pendirian masjid hanya satu buah masjid disetiap daerah yang memiliki luas 500 meter.
17) Beliau terus mencerca masjid dan mengurangi jumlah khatib yang mendapat bayaran dari pemerintah sehingga tinggal 300 sahaja.
18) Khatib-khatib diarah berkhutbah sampai kepada masalah pertanian, industry dan memuji politik pemerintah.
19) 1933 : Meremehkan pendidikan agama disekolah-sekolah khusus sehingga kemudian dihapuskan secara rasmi.
20) 1933 : Fakulti Syariah di Universiti Istanbul mulai berkurangan pelajarnya dan akhirnya terpaksa ditutup.
21) 1935 : Mengubah hari cuti rasmi Jumaat dengan Minggu (Ahad) yang dimulai sejak Sabtu zohor hingga Isnin pagi.
22) Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan dalam ucapan-ucapannya seperti, “ruh Islam itu mengganggu kemajuan”.
23) Pengisytiharan rasmi bahawa Turki akan berkiblatkan Eropah dan memisahkan diri dari dunia Islam dan Arab.
24) Beliau menyebut bahawa minum minuman keras, judi, dan zina tidak lain sebagai gambaran dari ketinggian peradaban dan kemajuan.
25) Beliau menyampaikan ucapan secara terang-terangan dengan mengatakan, “agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan”. – Bandar Belikesir.
26) Beliau menegaskan bahawa, “Negara tidak akan maju sekiranya rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”.
27) Meniupkan fahaman Nasionalisme Turki dan beliau menyebut, “ sesungguhnya Turki adalah pemilik peradaban paling tua didunia. Sudah tiba masanya kini untuk diambil kembali dan menggantikan peradaban Islam”.
28) Menganggap dirinya sebagai Tuhan seperti Fir’aun. Buktinya, berlaku satu peristiwa ketika beliau bertanya kepada salah seorang tenteranya ‘siapa tuhan dan dimana dia tinggal?’. Oleh kerana takut, tentera itu menjawab, “Kamal Attaturk adalah tuhan”. Beliau lalu tersenyum mendengar jawapan yang diberikan tentera itu.
29) Beliau memegang Al-Qur’an dan menyebut, “ sesungguhnya kemajuan bangsa-bangsa tidak mungkin dilakukan dengan menerapkan hukum-hukum dan kaidah-kaidah yang telah berlalu beberapa abad lamanya”.
30) Media-media di Mesir seperti Al-Ahram, Siyasat dan Al-Muqaththom yang memusuhi Islam menyambut gembira apa yang dilakukan oleh Attaturk kerana media ini mendapat dukungan dari Yahudi Freemasonry dan Barat.
31) Media-media ini menyiarkan ucapan Attaturk. Antaranya, “Turki baru sama sekali tidak memiliki hubungan apa pun dengan agama”.
32) Menggubal undang-undang perkahwinan berdasarkan undang-undang Barat.
33) Membatalkan undang-undang waris dan faraid secara Islam.
34) Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat memakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak Barat).
35) Mengarahkan wanita-wanita memakai skirt dan menanggalkan jilbab (tudung) serta membiarkan wanita bebas sesuka hati kemana-mana tanpa jilbab.
36) Menghapuskan Qawamah (kepimpinan) kaum lelaki keatas kaum wanita atas laungan kemerdekaan dan persamaan taraf.
37) Mengarahkan agar diselenggarakan pesta-pesta tari dan drama yang menggabungkan wanita dan lelaki dikhalayak ramai. Bahkan beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara, Turki.
38) Ketika berkahwin dengan Lathifah Hanum, puteri seorang jutawan Izmir yang memiliki hubungan erat dengan Yahudi, acara perkahwinan dilakukan dengan cara-cara Barat. Mereka berdua mengelilingi kota sambil Lathifah memakai pakaian yang menimbulkan fitnah dan bergabung bersama lelaki dengan memakai pakaian yang yang melihatkan anggota tubuh secara terbuka.
39) Menggalakkan arak diminum secara terbuka dan beliau sendiri penagih arak.
40) Bahasa Turki diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi (Iran) diganti dengan bahasa Eropah dan Latin kuno.
41) Metode pengajian diubah dan dilakukan penulisan ulang sejarah dengan cara memunculkan semula sejarah-sejarah kejayaan dan nasionalisme masa lalu.
42) Mengambil arkitek-arkitek dari luar Negara untuk memodenkan Turki. Tetapi hakikatnya mereka diarahkan untuk membina patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh Bandar Turki.
43) Berkembangnya kesenian-kesenian yang menyanggahi Islam seperti seni gambar dan muzik sehingga rombongan seniman-seniman mengunjungi Turki yang kebanyakan mereka dari Perancis dan Austria.
44) Ulama’-ulama’ yang mengkritik pemerintahannya ditangkap dan dizalimi termasuk Sheikh Mustafa Sabri (Mufti Turki) dan Bediuzzaman Said An-Nursi.
45) Membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
46) Melarang rakyat Turki memakai topi Tarbus dan menggantikan dengan topi yang biasa dipakai oleh orang-orang Barat.
47) Kesan sekularisasi Turki disambut baik oleh golongan westernisasi (pembaratan) di wilayah-wilayah Islam yang pernah bernaung dibawah Turki seperti Afghanistan, Mesir, Iran, India dan Turkistan.
48) Perancis akhirnya melakukan operasi Kristianisasi di Afrika Utara dan beberapa Negara umat Islam kesan dari sikap Attaturk ke atas Islam.
Seangkuh mana sekalipun manusia, dia pasti akan kembali kepada Allah yang menciptanya. Kamal Attaturk juga pasti mati. Inilah kematian beliau. Na’uzubillah. Mudah-mudahan dijadikan iktibar bagi semua.
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :
a) Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
b) Sakit jantung.
c) Penyakit darah tinggi.
d) Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantuny a juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya . Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya) .
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi selama 15 tahun sehingga tahun 1953. Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Bahkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"
Wallahua’lam.
Catatan: Bagi anda yang berminat untuk mengkaji lebih terperinci tentang karakteristik Mustafa Kamal dan senarai panjang jenayahnya ke atas Islam, saya mencadangkan anda membaca buku tentang beliau yang diiklankan oleh http://harakahdaily.net
InsyaAllah…dalam artikel berikutnya, penulis akan memaparkan sedikit sebanyak kesan-kesan kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah dan kemunculan Gerakan Islam dipelbagai belahan dunia.
Rujukan: Sebahagiannya dipetik dari buku Sejarah Para Khalifah, Jakarta Timur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan