Khamis, 29 Januari 2009

Terjaminkah Masa Depan Institusi Mufti Dalam Negara ?

Sampai sekarang saya tertanya-tanya, untuk apa institusi Mufti diwujudkan dalam Negara? Siapa yang mencetus idea untuk mewujudkannya? Desakan dari rakyat sebelum kelahiran sayakah atau naluri pemerintah yang merasai keperluan adanya mufti? Atau mereka ini benar-benar diperlukan disaat-saat genting untuk membicarakan hukum celup jari dengan dakwat dalam Pilihanraya semata-mata? Ataupun untuk membicarakan tentang tips keluarga bahagia? Wallahua’lam.


Namun, jika benar dari kehendak pemerintah yang ikhlas mahukan Negara sentiasa dibimbingi oleh para ulama’ yang tugasnya menjadi penasihat pemerintah, bukan mengampu pemerintah, ya silakan diikuti. Adapun jika sekadar untuk dijadikan lipstick bagi menunjukkan betapa Islaminya pihak pemerintah, anda membohongi Islam.


Sejurus menerima makluman dari seorang Ustaz yang telah beberapa tahun berkhidmat di Negeri Sembilan pagi tadi, saya semakin tertanya-tanya, akan berakhirkah institusi mufti di Malaysia selepas ini. “ Negeri Sembilan paling panas sekarang. Sejak Sheikh Murtadza disingkir dari jawatan mufti, hujan langsung tidak turun sampai sekarang. Menteri Besar (Muhamad Hasan) ambil kesempatan di atas kemangkatan Tuanku (Jaafar) untuk singkir. Selama ini Tuanku Jaafar yang duk defend. Surat singkir itu ditulis ‘khidmat anda tidak diperlukan lagi di Negeri Sembilan’ “. Dalam banyak hal, Sheikh Murtadza antara yang terkehadapan sehingga dilihat ‘menggangu’ pemerintah N.Sembilan.


Rasanya keyakinan saya dan kalian juga semakin berasas. Penghinaan kepada mufti dengan tekanan dan ugutan sehingga pemecatan bukan perkara baru. Bermula dari Sheikh Said Ibrahim (Mufti Sabah) lagi yang sempat berada dibawah pemerintahan Dr.Mahathir. Diikuti Dato’ Ishak Baharum yang meletup dengan isu Ratu Cantik’. Berikutnya, Dato’ Harussani Zakaria (Perak) yang mencetuskan isu Sure Heboh dan Murtad. Tekanan dari MB Perak (Tajol Rosli) kepadanya dihadapi dengan tabah sehingga tumbangnya keangkuhan Tajul Rosli dalam PRU 2008 yang lalu. Keberanian Dr.Asri (Perlis) juga mengundang pelbagai respon negatif dari pemerintah. Kini, giliran mufti Negeri Sembilan pula.


Sayang sekali ! Hukum Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sampai sekarang tidak dirujuk Mufti, tetapi tentang dakwat pilihnraya riuh rendah satu Malaysia dibesar-besarkan untuk menunjukkan prihatinnya pemerintah terhadap pandangan mufti.


Paling malang ! Mufti pun berlagak jadi tukang kempen UMNO. Carilah sampai jumpa kalau mahu berkenalan. Akhiran, Islam mesti diberi kesempatan untuk memerintah bukan diperintah agar peranan mufti dapat dipertahankan. Maklumkah, Malaysia mempunyai Mufti paling banyak didunia, ada disetiap negeri.


Catatan : Kepada pembaca yang mempunyai maklumat-maklumat berkaitan isu ini untuk dikongsi, boleh sampaikan pada ruangan komentar dibawah. Terima kasih.

Tiada ulasan: