Beberapa hari yang lalu, saya ada memasukkan sebuah gambar yang bertajuk ‘The Traitors’ yang bermaksud Para Pengkhianat. Antaranya diletakkan gambar Husni Mubarak, Pervez Musharraf, Hamid Karzai, Raja Abdullah dan beberapa orang yang lain seperti dalam gambar dibawah ini. Ketika seorang sahabat menegur dan bertanya saya, barulah saya terperasan adanya gambar Recep Tayyib Erdogan iaitu Perdana Menteri Turki.
Beliau naik menjadi Perdana Menteri tanggal 28 Ogos 2007 setelah partinya iaitu AK Party yang ditubuhkan awal tahun 2000 menang besar dalam pilihan raya umum Turki sebelum itu. Bersamanya dari AK Party adalah Abdullah Gul yang kini menjawat jawatan sebagai Presiden Turki sekarang. Kedua-dua mereka ini menjadi perhatian dunia apabila muncul dikhalayak ramai dengan penampilan isteri yang bertudung yang sudah diharamkan di Negara Turki sejak pemerintahan Mustafa Kamal Attaturk (1924-1938) sampailah saat ini.
Recep Tayyib Erdogan dan Abdullah Gul dilihat oleh dunia Islam dan Barat sendiri sebagai watak-watak utama yang berjuang untuk mengembalikan nilai-nilai Islam di Negara Turki selepas dihentam badai sekularisasi yang sangat dahsyat. Partinya iaitu Partai Keadilan dan Pembangunan Turki (AK Party) juga sedang dilihat sebagai ancaman kepada gerakan Sekular Turki khasnya pihak tentera yang masih kuat berpegang kepada doktrin jahiliyyah tersebut. Tanpa menyebut tentang perjuangan Islam sedikitpun dan ucapan-ucapan untuk mengembalikan Islam di Turki, beliau berusaha sedikit sebanyak menerapkan nilai-nilai akhlak seperti kebenaran memakai tudung semula dan sebagainya. Tindakannay sesuai dengan kondisi Turki yang perlu digerakkan Islam sedikit-sedikit dan tidak terus drastic atau mendadak kerana tekanan dari pihak tertinggi tentera yang memusuhi Islam agak kuat.
Apabila melihat gambar ini, saya sedikit bingung untuk memberikan penjelasan soal pendirian Recep Tayyib Erdogan dalam isu yang melanda dunia Islam. Bagi saya, beliau adalah salah seorang pimpinan kepada gerakan Islam (AK Party) yang berusaha mengembalikan Islam. Namun, apabila gambarnya disenaraikan sebagai salah seorang pengkhianat, agak mengejutkan. Adakah kerana beliau dilihat pernah bersalaman dengan George Bush ? Kalau begitu, bukan beliau seorang dikalangan pemimpin Islam yang pernah bersalaman dengan Bush. Tetapi, bukan bermakna mereka mendokong Amerika dan Israel.
Atau memang benar kerajaan Turki dibawah kepimpinannya mempunyai ‘saham’ dalam membantu Amerika atau Israel membantai umat Islam samada dari sudut ketenteraan, kewangan, moral atau memutuskan sesuatu di dalam mesyuarat-mesyuarat bersama pemimpin Amerika yang merugikan Islam? Maaf, saya benar-benar tidak tahu dan tidak mempunyai maklumat yang jelas dan tepat.
Saya mohon agar mana-mana teman-teman dan saudara yang membaca artikel ini agar dapat memberikan penjelasan dan berkongsi maklumat agar tiada lagi keraguan tentang masalah ini dan tidak mengundang hentaman yang tersasar.Silakan menghantar maklumat atau komentar diruangan bawah ini. Gambar The Traitors disisi blog ini, saya buang dahulu. Terima kasih kepada yang sudi berkongsi maklumat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan