Selasa, 20 Januari 2009

Pro-Mahasiswa Tawan Universiti Malaya !

Jam 04.57 pagi tadi (waktu Malaysia) , handphone saya dimasuki sebuah SMS yang mengejutkan. Tenyata ianya datang dari seorang akhawat yang menghantar SMS isu kepala babi di surau APIUM baru-baru ini.


SMS berbunyi “ Alhamdulillah KEMENANGAN dipihak PRO Mahasiwa (Pro-M). Sekali lagi Universiti Malaya dibawa oleh Suara Mahasiswa…Allah telah tunjukkan kepada kita kekuatan dan kebesaranNya kepada kita, maka marilah sama2 kita bersyukur..TAKBIR!! Student Power”.


Berikutnya, Abg Dzulkahiri ,Pres.GAMIS pula mengirim SMS jam 06.48 pagi tadi (waktu Malaysia) memaklumkan angka kemenangan. “ Kemenangan besar UM. Pro M berjaya merampas 8 kerusi umum daripada 9 kerusi . Selepas itu semua Pro-M bersujud syukur dihadapan dataran DTC. Allahuakbar”.


Tahniah saya dan teman-teman seperjuangan ucapkan kepada ikhwah dan akhawat di bumi Malaysia atas khabar gembira kemenangan PRO-M yang didalamnya adalah para aktivis dakwah kampus yang siap melaksanakan amanah sebagai kepimpinan. ALLAHU AKBAR!!! Bersiap untuk ambil alih UIA dan kampus-kampus lain pula, InsyaAllah.


Pro-M Universiti Malaya menang tipis

Harakahdaily
Tue | Jan 20, 09 | 7:33:09 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Hrkh) - Kumpulan Pro-Mahasiswa menang dengan majoriti mudah satu kerusi menewaskan kumpulan Aspirasi dalam pilihan raya kampus Universiti Malaya, yang diumumkan jam empat pagi tadi, apabila menguasai 21 kerusi daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.


Daripada sembilan kerusi umum yang ditawarkan, kumpulan Pro-Mahasiswa menang lapan kerusi. Di peringkat fakulti mereka menang 13 kerusi, iaitu Akademi Pengajian Islam (2 kerusi), Akademi Pengajian Melayu (2), Undang-Undang (2), dan masing-masing satu di fakulti-fakulti Perubatan, Pendidikan, Sains, Linguistik, Perniagaan dan Pergigian


Pertandingan sengit itu menyaksikan pelbagai insiden menarik sepanjang kempen termasuk beberapa isu kontroversi yang menggemparkan.


Lain-lain berita selanjutnya, ikuti disini http://promahasiswaum.blogspot.com/

Tiada ulasan: