Jumaat, 2 Januari 2009

Bantah Kebiadaban Israel: Lebih 1000 Penuhi Banda Acheh

Demonstrasi dan bantahan besar-besaran umat Islam terhadap kezoliman Israel ke atas umat Islam di Ghazzah, Palestin diadakan hampir diseluruh dunia selepas Solat Jumaat tadi termasuk di Indonesia. Di Jakarta, puluhan ribu kader-kader dan simpatisan PKS menguasai kota Jakarta dengan massa yang memenuhi jalan lebih 3 km. Rujuk link: http://www.detiknews.com/read/2009/01/02/145254/1062172/10/massa-pks-kuasai-

thamrin-busway-lumpuh

Suasana seperti ditempat-tempat lain, berlaku juga di Nanggroe Acheh Darussalam pagi tadi.Himpunan ‘Acheh Peduli Palestin’ digerakkan oleh Partai Keadilan Sejahtera (PKS) wilayah Acheh bertempat dihadapan Masjid Raya Baiturrahman. Himpunan yang dipenuhi dengan pelbagai aksi-aksi unjuk rasa itu bermula sekitar jam 09.20 pagi dengan kehadiran lebih 1000 anggota PKS dan warga Acheh. Turut kelihatan, ratusan Muslimat yang sebahagian besarnya adalah mahasiswi yang turut bergabung mengambil bahagian.

Tidak seperti di Jakarta dan tempat-tempat lain, aksi-aksi mendukung Palestin dan menyatakan bantahan ke atas Israel di Acheh ini dibuat dengan berpusat dihadapan pintu utama Masjid Baiturrahman tanpa melakukan perarakan. Dengan iringan nasyid Shutul Harakah dan nasyid-nasyid jihad Palestin, massa kelihatan penuh bersemangat sambil tangan mengibarkan bendera Palestin, PKS dan Indonesia. Acara dimulai dengan aksi lakonan kekejaman Israel di Palestin. Kelihatan beberapa mahasiswa memegang watak pemuda-pemuda Palestin, diselangi bunyi-bunyi helicopter yang menggempa dan menembak mereka. Beberapa anak muda ini terbaring dengan darah merah dipakaian mereka. Seorang siswi pula memegang watak sebagai ibu Palestin dengan mendukung anak dengan aliran darah dipakaiannya. Laungan takbir mengiringi persembahan-persembahan ini yang dikendalikan oleh seorang siswa yang menyampaikan sebuah sajak tatkala lakonan ini berlangsung.

Selang beberapa minit, peserta himpunan mendengar ucapan-ucapan dari Ketua Dewan Perwakilan (Pesuruhjaya) PKS Acheh, Ust Ghufron, wakil Himpunan Ulama’ Dayah (pondok), Ust Faisal Ali dan anggota Dewan Perwakilan Rakyat Acheh dari PKS iaitu Ust Mahyar. Antara lain, Ust Mahyar memperingatkan massa akan pengorbanan rakyat Palestin yang sanggup mengumpul dana yang begitu banyak membantu Acheh saat Acheh dilanda musibah Tsunami tanggal 26 Disember 2004 yang lalu. Bahkan katanya, beliau sendiri menerima surat ucapan takziah dari Khalid Mish’al, pimpinan Hamas. Beliau juga mengungkapkan kembali bagaimana kezaliman Israel membunuh Sheikh Ahmad Yasin yang begitu lemah dan hampir lumpuh keseluruhan tubuhnya dengan bedilan peluru Apache.

Peserta yang hadir membawa pelbagai poster dan banner mendukung perjuangan umat Islam Ghazzah dan mengkritik Israel. Antaranya tertulis ‘Save Palestina’, Hancurkan Israel, Syurga Untukmu Palestin Neraka Untuk Kau Israel, Palestina Kami Bersamamu dan lain-lain. Ibu-ibu kelihatan cukup serius dengan mendukung anak-anak kecil untuk menyertai himpunan tersebut. Kanak-kanak yang berusia dibawah 12 tahun terlihat beraksi dengan senapang-senapang mainan untuk turut menyatakan sokongan. Beberapa petugas kelihatan mengedarkan risalah-risalah kesedaran isu Palestin yang dilihat bukan isu politik, tetapi merupakan peperangan antara agama Allah dan musuh Islam.

Para peserta melaungkan ‘Hancurkan’ apabila moderator melaungkan nama ‘Israel’ dan melaungkan ‘selamatkan’ apabila moderator melaungkan ‘Palestina’. Laungan ‘birruh biddam, nafdika ya filastin’ turut dilaungkan massa. Beberapa bendera Israel turut dibakar dan banner-banner Israel dilempar dengan kasut persis Presiden Amerika, Bush dilempar oleh wartawan Iraq sebelum ini. Bahkan puluhan wartawan turut serta dalam aksi berkenaan dan beberapa wakil media ini diberi kebenaran menyampaikan ucapan mendukung Palestin dan mengkritik kebiadaban bangsa kera dan khinzir ini.

Dalam masa yang sama, pihak penganjur melancarkan kutipan derma untuk Palestin dengan tema ‘One Man One Dollar’. Para petugas bergerak dengan membawa kotak-kotak yang tertulis ‘Munasharah Palestina’. Sangat menarik apabila hampir kesemua anggota polis yang berkawal menghulurkan sumbangan. Suasana anggota polis memberikan infaq ini turut disiarkan dikaca TV ketika demonstrasi di Jakarta beberapa hari kelmarin. (di Malaysia, setiap himpunan yang dianjurkan, pihak keselamatan sendiri begitu bimbang untuk mengangkat tangan berdoa bimbang dilihat oleh bos walaupun demonstrasi mengecam Israel).

Himpunan aman anjuran PKS ini berakhir dengan tenang dan tertib. Peserta membersihkan semula persekitaran tempat himpunan. Semuanya berjalan lancar tanpa gangguan dari mana-mana pihak ditambah dengan kawalan keselamatan dari anak-anak muda Kepanduan Keadilan (Pandu Keadilan) yang berbaju coklat dan kepala terikat lilitan kain berwarna oren. Aturcara tersebut berakhir hampir jam 11.00 pagi dengan diakhiri bacaan doa khusus untuk Palestin. Di Masjid Baiturrahman, solat Jumaat tadi disertai dengan bacaan Qunut Nazilah.

Hari keenam Israel menodai bumi Palestin, website infopalestina melaporkan jumlah korban mencapai angka 420 orang dan 2100 mengalami kecederaan.

Tiada ulasan: