Berikut adalah senarai Sultan-Sultan dan Khalifah Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah (1288 – 1924 ) dan sedikit catatan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di zaman pemerintahan mereka. Untuk makluman, nama Turki Uthmaniyyah disandarkan kepada nama Sultan pertama Turki iaitu Sultan Uthman I.
a) Pemerintah Yang Memakai Gelaran Sultan:
1) 1288-1326 : Sultan Uthman I
2) 1326-1359 : Sultan Urkhan I
3) 1359-1389 : Sultan Murad I
4) 1389-1403 : Sultan Bayazid I
5) 1403-1421 : Sultan Muhammad I
6) 1421-1451 : Sultan Murad II
7) 1451-1481 : Sultan Muhammad II
Catatan : Ketika menggali parit didalam Perang Ahzab @ Khandak, Rasulullah s.a.w bersabda : Kostantinople (ibu Negara Turki) akan dibuka oleh tentera Islam. Ketuanya adalah sebaik-baik ketua dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. (Hadis Riwayat Ahmad). Sultan Muhammad berjaya membuka Kota Kostantinople ketika berumur 21 tahun pada tanggal 22 April 1453 sekaligus membawa kehancuran keatas empayar Byzantine (Salib). Beliau digelar Muhammad Al-Fatih (Pembuka). Baca lagi disini: http://arruhuljadid86.blogspot.com/2008/11/kenali-tokoh-perjuangan-al-fatih.html
8) 1481-1512 : Sultan Bayazid II
b) Pemerintah Yang Memakai Gelaran Khalifah:
9) 1512-1520 : Khalifah Salim I
10) 1520-1556 : Khalifah Sulaiman I (Sulaiman Al-Qanuni)
11) 1556-1573 : Khalifah Salim II
12) 1573-1596 : Khalifah Murad III
13) 1596-1603 : Khalifah Muhammad III
14) 1603-1617 : Khalifah Ahmad I
15) 1617- : Khalifah Mustafa I
16) 1617-1623 : Khalifah Othman II
17) 1623-1640 : Khalifah Murad IV
18) 1640-1648 : Khalifah Ibrahim I
19) 1648-1687 : Khalifah Muhammad IV
20) 1687-1691 : Khalifah Sulaiman II
21) 1691-1695 : Khalifah Ahmad II
22) 1695-1703 : Khalifah Mustafa II
23) 1703-1730 : Khalifah Ahmad III
24) 1730-1754 : Khalifah Mahmud I
25) 1754-1757 : Khalifah Othman III
26) 1757-1773 : Khalifah Mustafa III
27) 1773-1788 : Khalifah Abdul Hamid I
28) 1788-1807 ; Khalifah Salim III
29) 1807-1808 ; Khalifah Mustafa IV
Era Pembaratan (Westernisasi) Turki
30) 1808-1839 ; Khalifah Mahmud II
Catatan: Di zaman pemerintahannya, unsur-unsur Barat mula diterima pakai. Beliau meminta pemakaian serban diganti dengan topi Romawi. Tentera Turki diarah diarah berseragam seperti tentera Eropah dan menjadikan itu sebagai pakaian rasmi tentera.
31) 1839-1861 ; Khalifah Abdul Majid I
Catatan : Zamannya adalah era kebangkitan gerakan Nasionalisme Turki. Freemasonry telah menubuhkan gerakan pembaratan ( Pemuda Turki ) pada 1860 dan sebelum baginda meninggal dunia, Pemuda Turki (secular) pula ditubuh.
32) 1861-1876 ; Khalifah Abdul Aziz
Catatan: Beliau menyokong gerakan pembaratan Turki dengan slogan ‘Pembaharuan & Pemodenan’ dan baginda telah memecat Ketua Menteri dan mufti yang menyokong khalifah.
33) 1876- : Khalifah Murad V
Catatan: Baginda adalah anggota Freemason yang baik dengan Raja Britain dan Pemuda Turki. Baginda sempat memerintah hanya 93 hari dan sempat melihat Khalifah Abdul Aziz dibunuh.
34) 1876-1909 : Khalifah AbdulHamid II
Catatan: 31 Ogos 1876 dilantik menjadi Khalifah dan pada tahun 1901, Theodore Hertzel telah memberi pelbagai tawaran kepada baginda jika membenarkan penubuhan sebuah syarikat Yahudi di Palestin. Beliau dipaksa menerima undang-undang Barat dan baginda menerima sebagai satu helah. Ketika memegang jawatan, baginda mula mendapatkan sokongan para ulama’. Baca lagi disini : http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/01/palestin-sejarah-yang-dilupakan-oleh.html
35) 1909-1918 : Khalifah Muhammad V
Catatan: Munculnya Mustafa Kamal Attaturk yang merupakan pahlawan boneka yang telah disiapkan oleh para intelijen Inggeris kononnya supaya menjadi penyelamat Sultan. Mustafa melaungkan jihad di Turki dan melawan Yunani. Beliau mencapai kemenangan yang banyak dalam siri-siri peperangan sehingga rakyat Turki menyambutnya dengan penuh kebanggan dan menggelarnya ‘Ghazi’ iaitu panglima perang yang gagah dan tiada tandingan. Para penyair memuji-muji Kamal Attaturk termasuk penyair Ahmad Syauqi yang terkenal. Mereka benar-benar terperangkap dengan perancangan Eropah yang menggunakan Kamal Attaturk.
36) 1918-1922 : Khalifah Muhammad VI
Catatan: Beliau menjadi Khalifah pada 04 Julai 1918. Ketika itu berlakunya Perang Dunia I dan Inggeris merampas Baghdad, Iraq dan Jerusalem, Palestin dari kekuasaan Turki dan beberapa Negara Islam dibahagikan sesama kuasa Eropah. Syria diberikan kepada Perancis, Palestin dan Mesir diberikan kepada Britain. Pada 10 Ogos 1920, perwakilan Khalifah Muhammad VI menandatangani Perajnjian Serves yang mengakui mandat penjajah Inggeris ke atas Negara-negara Islam tersebut. Pada April 1920, Mustafa Kamal menubuhkan Majlis Nasional Turki di Ankara. Beliau melantik Mustafa Kamal Attatuk sebagai Pemeriksa Umum Tentera Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada April 1919 dan diberi kepercayaan mentadbir tentera di Anadhol. Tahun 1920, Sheikh Mustafa Sabri Afendi dilantik menjadi mufti dan dibuang negeri pada tahun 1922 kerana melawan Mustafa Kamal Attaturk.
37) 1922-1924 : Khalifah Abdul Majid II
Catatan: Beliau dilantik sebagai Khalifah oleh Majlis Nasional Turki di Ankara pada 24 Nov 1922. Pada 03 Mac 1924 secara rasminya, jawatan Khalifah dan Islam dibuang dari pemerintahan Turki.
Makluman: Penulis membahagikan khalifah-khalifah ini kepada dua bahagian iaitu era kebangkitan Islam dan era proses pembaratan yang berakhir dengan kejatuhan system khilafah Islam. Jadi, anda boleh merujuk mana-mana buku berkaitan biografi khalifah Uthamniyyah, zaman keemasan dan zaman kejatuhan mereka. Penulis hanya meringkaskan penceritaan hanya kepada zaman kejatuhan sahaja.
Nantikan sambungan mengenai Gerakan Menentang Sekular pimpinan Sheikh Bediuzzaman Said An-Nursi yang berbangsa Kurdis, bangsa yang dibenci oleh Mustafa Kamal…insyaAllah.
Sumber rujukan:
1) Sejarah Para Khalifah, Hepi Andi Bastoni, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta Timur
2) Gerakan Freemasonry-Musuh Dalam Menghancurkan Islam, Hj Nik Azran Muhammad & Hj Mahadi Hj Isa, Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan