1,000 pelajar demontrasi kutuk kekejaman Yahudi
Mohd Nor Yahya
Thu | Jan 01, 09 | 8:47:38 pm MYT
KOTA BHARU, 1 Jan (Hrkh) - Kekejaman rejim haram Yahudi sehingga menyebabkan ramai penduduk Palestin menjadi korban turut mendapat kutukan hampir 1,000 pelajar yang berhimpun membantah tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut.
Pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya di kampus Nilam Puri mengadakan demontrasi aman di perkarangan Masjid Kampung Laut dekat sini petang tadi. Pelbagai sepanduk bantahan dipamerkan termasuk 'Boikot Barang Yahudi', 'Ya Allah Selamatkan Bumi Palestin' dan 'Yahudi Kaum Dikutuk'.
Mereka juga membakar replika patung Perdana Menteri Israel. Laungan takbir menyemarakkan lagi perhimpunan tersebut. Demontrasi yang diadakan hampir dua jam bermula selepas solat Zohor kemudian berakhir dengan bacaan doa semoga bumi Palestin diselamatkan dari kekejaman rejim Yahudi.
Presiden Persatuan Mahasiswa KIAS, Syed Mohd Ridhuan Syed Kamaruddin berkata, tujuan demontrasi itu diadakan bagi memberi sokongan moral kepada penduduk Islam di Palestin yang kini sedang ditindas rejim Yahudi.
"Kekejaman Yahudi terhadap rakyat Palestin bukan lagi isu tempatan sahaja, malah ia melibatkan ketuanan Islam di bumi Allah.
"Saya menyeru rakyat Malaysia sedar akan nasib saudara kita yang kini ditindas dan dibunuh. Marilah kita berpakat memboikot segala barangan dari negara yang menyokong rejim Yahudi," katanya kepada media selepas itu. Menurutnya mahasiswa perlu bersuara kerana ia melibatkan persaudaraan Islam dan kebisuan negara Islam akan menambahkan kekejaman Yahudi.
Kata beliau rakyat Kelantan sebelum ini tidak didedahkan dengan demontrasi terhadap satu-satu isu yang menyentuh mengenai nasib umat Islam di tempat lain.Demontrasi terbabit juga turut mendapat sokongan pihak pengurusan KIAS sehingga beberapa pensyarah turut memberi sokongan. - mj _
“Tahniah kami ucapkan ucapkan kepada adik-adik di bumi Nilam Puri, Kelantan daripada Persatuan Mahasiswa Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (PMKIAS) dan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) atas solidariti yang antum lakukan untuk menyatakan sokongan kepada saudara seAqidah di Bumi Palestin.”
Mahasiswa Bangkit Memimpin Ummah.
Allahu Akbar !!!
Daripada:
Ex-KIAS Di Seberang Laut.
Catatan: Lain-lain gambar dan berita layari blog PMKIAS pada link blog ini.
1 ulasan:
salam,
marilah kita sama-sama mengutuk peperangan...copy the URL poster in your blog
http://farm4.static.flickr.com/3108/3162321299_8c048f54e4_m.jpg
PAKLAN
http://papan9.blogspot.com/2009/01/stop-war.html
http://jalakmas.blogspot.com/2009/01/photo-stop-war.html
Catat Ulasan