Jam 10.30 pagi : Kami menziarahi makam ulama' terkenal Aceh iaitu Sheikh Abdul Rauf As-Singkeli. Sahabat-sahabat boleh membaca berkenaannya dan gambar-gambar makam ini pada artikel saya yang lalu di http://arruhuljadid86.blogspot.com/2008/12/kenali-nanggroe-acheh-darussalam-siri.html Jika sahabat-sahabat masih ingat dalam peristiwa Tsunami pernah dihebohkan akan makam seorang ulama yang terselamat di Aceh, padahal jaraknya dengan laut hanya berhadapan sekitar 300m sahaja. Inilah makamnya. Namun, cerita-cerita yang mengatakan bahawa makam ini terapung dipermukaan air adalah cerita-cerita yang berlebihan yang tidak perlu anda ‘imani’. Amat mengecewakan..di saat makam ini ada penjaga pun, botol-botol air mineral masih banyak terletak disekeliling makam ini…
Selepas itu kami bertolak ke sebuah kawasan yang terdapat 4 buah kota lama di zaman kesultanan Kerajaan Aceh. Kami hanya sempat pergi ke Benteng Indrapatra dan Benteng Sultan Iskandar Muda sahaja. 2 benteng lagi tidak sempat pergi iaitu Benteng Inong Balee (perempuan janda) dan Benteng Kuta Lubuk.
Gambar 3 : Benteng Sultan Iskandar Muda terletak di Desa Beurandeh, Kec.Masjid Raya, Kab.Aceh Besar. Semua benteng-benteng ini terletak menghadap ke laut. Dikatakan, ia digunakan sebagai mengawasi arus pelayaran, pertahanan dan pemukiman zaman itu. Selepas itu kami pulang semula ke kota Banda Aceh dan solat Zohor di situ.Semua benteng-benteng ini berada dipesisiran pantai Utara Aceh Besar.
Jika kita sampai ke Masjid Baiturrahman, Banda Aceh, dibahagian kiri masjid ini terdapat sebuah tugu peringatan yang tertulis kalimat berikut : “ Tanggal 14 April 1873 ditempat ini mayor (major) Jenderal J.H.R Kohler tewas dalam memimpin penyerangan terhadap Masjid Raya Baiturrahman”. Sejarah masjid Baiturrahman sangat banyak. 2 kali ia dibakar di zaman Belanda. Untuk tahu lebih panjang sejarah masjid ini, jemputlah datang ke sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan