Gunung Terbelah : Lihat dinding gunung yang berwarna putih yang terbelah (warna putih) akibat kedahsyatan Tsunami. Untuk membezakan antara bukit atau gunung yang sengaja ditarah (untuk pembangunan) dengan yang runtuh kerana Tsunami, lihat yang Tsunami runtuhannya lurus dan sama. Tempat ini terletak di Lhoknga, Banda Aceh.
Masjid Rahmatullah: Masjid yang mula dibuka pada tahun 19 Mac 1990 ini antara masjid yang terselamat sewaktu Tsunami disaat ribuan rumah disekitarnya musnah.Ia terletak di Lampuuk, Kecamatan Lhoknga, Aceh Besar. Kini diruang dalam bahagian belakangnya yang musnah sengaja dibiarkan untuk menjadi tatapan bagi kita. Beberapa gambar juga disediakan diruangan belakang masjid ini.
Anak-Anak Taman Pengajian Kanak-Kanak (TPK) : Anak-anak sedang mengaji Qur'an di masjid selepas Asar.
Kapal PLTD Apung 1: Kapal ini adalah kapal yang diletakkan ditengah laut untuk menjana elektrik tambahan ke seluruh Banda Aceh.Sebelum Tsunami ia terletak di Ulee Lheu atau sekitar 10 km dari tempat sekarang. Kini ia berada di tengah kawasan perumahan.
Dari atas kapal : Gambar ini adalah gambar dari atas kapal PLTD Apung 1.Dari atas kapal : Rumah bumbung berwarna merah dan biru adalah rumah bantuan Tsunami. Lihatlah kedudukan laut dari kapal ini.
Tuan Rumah: Bapak berbaju oren mengaku dibawah kapal inilah rumahnya yang asal. Kini dia menetap dirumah bantuan yang terletak sekitar kawasan itu. Semua keluarganya selamat kerana mereka dikampung itu keluar lebih awal ketika gempa dan sewaktu ombak Tsunami datang mereka telah berada di jalan besar.
Kapal Apung : Kapal nelayan ini telah 'menyelamatkan' seramai 59 orang yang sempat naik ke atasnya.
2 ulasan:
akhi... bestla tengok kapal terapung kat atas daratan..
paakcik tu sepatutnya jadikan kapal tu sebgai rumah gantian beliau pasca tsunami yg ditimpa. he he he (gurau ajer)
akhi, jaulah tu aper? takder offer ke kat student di malysia yg nak p ke sana?? teringin la jugak.... he he he
ahki...ana tengok terlalu banyak perubahan di Aceh berbanding dulu. Teringin nak ke sana kembali....tapi apakah pihak PKPMI-CA sudi menerima kedatangan alumni IAIN yang tak diundang ini?
Catat Ulasan