Sabtu, 11 Julai 2009

Kita Bersaudara Antara 2 Negara

Saya dan sahabat-sahabat tinggal di Naggroe Aceh Darussalam, Indonesia. Di Indonesia tidak ada istilah negeri. Jika disebut kepada sahabat-sahabat disini ‘negeri’ , mereka kurang faham. Makanya, sebut sahaja ‘Provinsi Pahang’ , Provinsi Kelantan dan lain-lain atau boleh juga disebut ‘negara bagian’. Contohnya ‘negara bagian Pahang, Negara bagian Kelantan dan lain-lain. Aceh dikenali dengan panggilan Provinsi Naggroe Aceh Darussalam. Istilah ‘nanggroe’ hanya digunakan di Aceh sahaja. Adapun ditempat-tempat lain seperti Jakarta, Medan, Palembang hanya disebut Provinisi.

Aceh terletak dihujung Indonesia didalam kepulauan Sumatera. Sebelumnya adalah Medan, Jambi dan lain-lain. Jarak dari Banda Aceh ke Medan menggunakan bas selama 10 jam lamanya. Jika mahu cepat sampai ke Medan, naiklah pesawat. Anda tidak akan pening-pening dan muntah-muntah. Datang sini kalau mahu tahu bagaimana keadaan jalan dari Aceh ke Medan:) Kalau tak salah saya,Aceh ini besar Kelantan dan Terengganu atau luas lagi.


Dari Aceh ke LCCT, Kuala Lumpur hanya mengambil masa selama 1 jam 30 minit menggunakan pesawat Air Asia dan dari Aceh ke Penang lebih cepat, tetapi menggunakan pesawat Firefly. Jika mahu lama lagi perjalanan antara 2 negara ini, mungkin berenang lebih enak..hehe..Jika dari Aceh ke Jakarta, anda kiralah sendiri berapa jam…Di Indonesia ada beribu-ribu pulau baik yang besar mahupun yang kecil, baik yang ada penghuni atau tidak, baik yang Bapak Susilo sudah sampai atau belum sampai:)


Sekitar Aceh juga banyak pulau-pulau. Antaranya Pulau Sabang dan Pulau Weh. 45 minit menggunakan bot laju boleh sampai ke Pulau Sabang. Bot biasa, 2jam baru sampai.


Di Aceh ada tempat sejuk macam Genting atau Cameron Highland iaitu Takengon.(klik untuk besarkan gambar).


Di Aceh, kami tinggal di kabupaten (daerah) Aceh Besar iaitu meliputi Banda Aceh yang pernah dihentam Tsunami 26 Dis 04 yang lalu. Jarak dari tempat tinggal kami ke Banda Aceh hanya sekitar 10 minit sahaja iaitu Desa Blang Krueng, Kecamatan Baitussalam, Kabupaten Aceh Besar, Naggroe Aceh Darussalam. (baca elok-elok, nanti tergeliat lidah..:) Catatan : Kecamatan = kawasan dan kabupaten = daerah. Baiklah itu sahaja yang mahu dikongsi dengan sahabat-sahabat sekalian. Mahu tahu lagi, tel aja sama saya atau kawan-kawan disini..Jemputlah datang sini. Saya tunggu di airport sama kawan-kawan ye..


(artikel ini ditulis ketika saya sedang pening-pening dan demam..so,maaflah..bercanda (bergurau) aja sih..kepala sedang berat nih..kok marah-marah?..nanti cepat tua..ya udah dehhh..ketemu lagi. Assalamualaikum dan salam perjuangan.

1 ulasan:

alumni IAIN / PKPMI-CA berkata...

Salam,semoga cepat sembuh dan selamat menduduki peperiksaan...