Pilihanraya untuk memilih Presiden
Ø Pilihanraya Presiden kali : 10
Ø Bilangan calon yang mendaftar : 475 orang.
Ø Bilangan calon wanita yang mendaftar : 42 orang (tetapi ditolak oleh Dewan Negara)
Ø Hasil pemilihan akhir : 4 calon yang layak menuju ke pilihanraya Presiden iaitu Ahmadinejad (dilihat konservatif), Mir Hussein Mousavi ( tokoh reformasi ), Mehdi Karroubi dan Mohsen Rezai.
Ø Saingan calon-calon sengit : Ahmadinejad dan Mousavi.
Ø Keputusan pilihanraya : Ahmadinejad ( 62.63 % ), Mir Husein Mousavi ( 33.75 % ), Mohsen Rezai ( 1.73 % ) dan Mehdi Karroubi ( 0.85 % ).
Saya tidak berhasrat untuk mengulas mengenai kemenangan atau kekalahan mana-mana pihak, namun sekadar ingin berkongsi satu isu penting berkaitan pilihanraya di Iran iaitu insiden demonstrasi dari pihak yang membantah kemenangan Ahmadinejad dan kematian seorang mahasiswi Iran, Neda Agha Soltan yang ditembak oleh pihak yang masih tidak dikenali.
Setelah hari Jumaat diadakan pilihanraya dan hari Sabtu keesokannya diumumkan jumlah pengiraan, hari tersebut jugalah demonstrasi dan protes besar-besaran dilakukan kebanyakannya oleh penyokong Mir Husein Mousavi. Puncanya kerana mereka mengatakan bahawa, kemenangan Ahmadinejad melalui proses yang wujud manipulasi atau penipuan kerana ada ‘orang belakang’ yang melakukan kecurangan dalam pengiraan kertas suara. Ahmadinejad membalas dengan mengatakan “tidak ada manipulasi dalam perhitungan suara. Wajar jika mereka kecewa kerana kerana sebelumnya mereka yakin boleh menang” sindirnya sebagaimana yang disiarkan oleh BBC.
Tindakan Pemerintah
Bagi menghentikan kekacauan yang berlaku, pihak pemerintah
Kematian Neda Agha Soltan Yang Misteri
Hari-hari berlakunya demonstrasi besar-besaran di Iran oleh penyokong pihak-pihak yang kalah, seorang mahasiswi Falsafah disebuah university ditembak mati dalam kejadian tersebut. Sangat menarik, sebaik sahaja wanita kelahiran 1982 ini ditembak mati oleh pihak yang masih tidak dikenali, beberapa hari kemudian demonstrasi-demonstrasi mengutuk Iran dan menyatakan simpati pada Neda berlaku dibeberapa buah Negara. Anehnya, disaat gambar-gambar Neda yang berdarah diangkat oleh para demonstran dinegara-negara Eropah, diatas gambarnya dimasukkan satu ayat “ This Is Islamic Democracy”. Wah ! Sangat menarik !
Tujuan apakah perkatan ‘ISLAM’ diangkat oleh para demonstran dibeberapa buah Negara-negara Eropah? Atau ada sesuatu disebalik kejadian pembunuhan Neda ? Mari lihat fakta-fakta kejadian ini :
[ Neda Agha Soltan ditembak mati pada tengah hari, hari Sabtu iaitu seminggu selepas keputusan pilihanraya Presiden
Kepanasan bumi
Apa yang berlaku selepas kematian Neda ?
1) Media-media internasional seperti mendapat suntikan baru dalam menyerang kredibiliti hasil pilihanraya
2) Tidak senang dengan pemberitaan media-media Barat, pemimpin
3) Pemerintah
4) Melihak kekerasan
Ahmadinejad membalas “saya harap anda (Obama) menghindari mencampuri urusan
Kontroversi Kematian Neda
Penyelidikan panjang terhadap kematian Neda menunjukkan bahawa ada beberapa kesangsian terhadap kematian Neda. Antaranya adalah :
a) Rakaman video kematian Neda yang dipublikasikan oleh media-media Barat menujukkan bahawa Neda sudah diperhatikan sejak lama. Sebab, rakaman video yang menayangkan Neda sebelum kematian adalah gambar 45 minit sebelum kejadian.
b) Tempat kejadian (penembakannya) jauh dari tempat demonstrasi yang saat itu berlaku di Jalan Azadi. ( Neda ditembak sekitar Jalan Salehi). Dia tidak mati ditembak ditempat demonstrasi.
c) Adanya minimal 2 handycam yang merakam kejadian menunjukkan scenario dibalik kejadian tersebut.
d) Milisi Basij dan polis sepatutnya ditempatkan di tempat demonstrasi ,bukan di wilayah yang jauh dari lokasi.
e) Hasil forensic menunjukkan peluru yang digunakan menembak Neda jenis caliber kecil dari sebuah pistol yang ditembak dari jarak dekat saat Neda berjalan kaki (setelah keluar dari keretanya).
f) Padahal polis dan milisi Basij tidak menggunakan pistol dalam menghadapi demonstran. “ suara tembakan mirip suara petasan ( mercun ) “kata guru muzik Neda yang menjadi saksi kejadian. Katanya lagi “ saat itu tidak ada konflik senjata dikawasan itu (penembakan Neda) kerana tidak ada pasukan keselamatn yang berkawal di kawasan tersebut”.
Siapa dalang pembunuhan Neda sehingga
Sumber rujukan :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan