Isnin, 20 Julai 2009

Jaulah ke Nanggroe Aceh Darussalam (vol 3)

Gambar-gambar lawatan selepas Zohor (Sabtu) :
Rumah Aceh : Salah satu dari bangunan yang terdapat didalam kawasan muzium Aceh. Ini adalah rumah tradisional Aceh, yang didalamnya terdapat gambar-gambar tokoh-tokoh pejuang Aceh, barang-barang lama seperti pedang, tembikar, piring, tempayan, alat-alat mengerjakan tanaman padi dan sebagainya. Rumah tradisional Aceh ini dibina oleh Gubernor Belanda, Van Swart pada tahun 1914.
Cakra Donya : Sebuah loceng besar berupa mahkota besi berbentuk stupa buatan China tahun 1409 Masihi, 125 cm tinggi dan 75 cm lebar. Ia terletak didalam kawasan muzium Aceh. Ia adalah hadiah dari Raja China yang dihantar oleh Laksamana Cheng Ho pada tahun 1414.
Komplek Makam Raja-Raja Dinasti Bugis : antaranya - Sultan Ala Iddin Ahmad Syah (1727-1735) , Sultan Ala Uddin Johan Syah (1735-1760) , Sultan Ala Uddin Mohd Daud Syah (1781-1795) dan Pocut (anak kesayangan) Muhammad. Makam ini juga letaknya didalam kawasan muzium Aceh.
Kerbau Kepala Dua : Antara pameran yang terdapat dalam muzium Aceh adalah anak kerbau berkepala 2 yang lahir pada tahun 1953 di Ulee Kareng, Aceh dan sempat hidup hanya 2 bulan 10 hari sahaja.
Potret-Potret di Muzium Aceh : Antara potret-potret lama yang terdapat di muzium Aceh.Hubungan Aceh dan kerajaan Turki Uthmaniyyah : Sebuah catatan yang tertulis "teks transliterasi Surat Sultan Aceh Alaaddin Syah Al-Kahhar untuk Sultan Sulaiman Agung (Turki) mengenai permohonan bantuan militer dan ahli kemiliteran dari kesultanan Uthmani untuk melawan bangsa Potugis. Bantuan Turki selanjutnya juga dilampirkan (3halaman). Bahasa: Turki. Tarikh : Jumadil Akhir 973 H / 7 Januari 1566 M.
Makam Sultan Iskandar Muda : Jika di makam Syiah Kuala (Sheikh Abdul Rauf) dipenuhi dengan botol air mineral disekelilingnya entah apa tujuan, sekarang di makam ini pula menjadi tempat solat...

Gambar-gambar dan penjelasan berkenaan Komplek Makam Sultan Iskandar Muda, boleh dilihat pada artikel saya yang lalu di http://arruhuljadid86.blogspot.com/2008/11/lawatan-ke-komplek-makam-sultan.html

Kuburan Tentera Belanda (Kristian) : Sekitar 2200 tentera Belanda yang mati dalam tempoh penyerangan Aceh, mati dikuburkan disini termasuk Major Jenderal Kohler yang tewas dalam penyerangan Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh. Di dinding pintu masuk kawasan kuburan ini ditulis nama-nama mereka dan tahun kematian. Setiap tahun masih tedapat waris-waris mereka dari Belanda yang datang menziarahi kuburan ini. Didalam ini juga terdapat puluhan orang-orang Indonesia (Jawa) sendiri yang dikuburkan disini. Mungkin mereka menjadi tentera dibawah Belanda.
Muzium Tsunami : Kuburan Belanda sekitar tahun 18 sehingga awal tahun 19 ini terletak dibelakang Muzium Tsunami yang hampir siap sepenuhnya pembinaan yang bermula pada tahun 2008.
Makam Meurah Pupok : Disitu tertulis " popular dengan sebutan Peutjut. Menurut sejarah Meurah Pupok adalah putera Sultan Iskandar Muda (abad ke-16). Kerana suatu 'kesalahan' " sultan menghukum sendiri puteranya ini. Sering disebut Pocut (anak kesayangan) kemudian berubah menjadi Peutjut. Pada saat Sultan akan menghukum puteranya inilah ,lahir ungkapan "Mate Aneuk Meupat Jirat - Gadoh Adat Pat Tamita."

Maksudnya adalah 'mati anak, boleh dicari kuburnya, tapi mati adat (adat yang Islami), dimana lagi mahu dicari'. Dikatakan Meurah Pupok melakukan zina. Anak Sultan Iskandar Muda yang perempuan adalah Ratu Safiatuddin yang pernah menjadi pemerintah Aceh. Makam Meurah Pupok terletak didalam kawasan petak. Akhirnya, pada abad ke-18, kawasan ini menjadi kuburan Belanda pula.
Kuburan Massal (ramai-ramai) : Didalam kawasan ini telah dikebumikan sekitar 14,264 syuhada' Tsunami. Tiada batu nisan disini. Hanya ada label kawasan kuburan kanak-kanak dan kawasan kuburan orang dewasa. Ia terletak di Ulee Lheue, Banda Aceh yang jaraknya dengan laut hanya 500 m ( asalnya bukan 500 m, tapi lebih 1 km, tapi kini sebahagian darat menjadi lautan ).
Masjid Baiturrahim : Ia terletak di Kecamatan Meuraxa, Ulee Lheu, Banda Aceh. Jaraknya dengan laut hanya 500 m seperti kuburan massal. Ini antara masjid yang terselamat disaat ribuan rumah musnah disekelilingnya. Ia hanya rosak sedikit sahaja.
Masjid Baiturrahim : Gambar pada 17 Jan 2005 ,beberapa hari selepas Tsunami. Didalam masjid ini dibahagian belakangnya disediakan sebuah ruang galeri foto-foto Tsunami yang tertulis 'In Memorial Photo - Peristiwa Bencana Gempa Tsunami Aceh 26 Dis 2004'. Antara gambar-gambarnya adalah gambar korban dan masjid-masjid yang hanya rosak sekitar 10% sahaja dan selebihnya selamat. Gambar-gambar dibawah ini juga terdapat di Masjid Baiturrahim.
Ketinggian air laut : Lihat betul-betul air berwarna hitam setinggi 3-4 kali pohon kelapa yang berada diatas untuk menghempap rumah2 dibawah.
Air laut sedang 'mengejar' penduduk Aceh.

Tiada ulasan: