Hotel J.Marriot dan Hotel Ritz Carlton, di Jakarta dibom sekitar jam 7.40 dan 7.55 pagi tadi. Setakat ini 4 orang korban dan 6 cedera, iaitu warga asing. Dikatakan salah satu hotel itu bakal diduduki oleh pemain Manchester United beberapa hari sahaja lagi. Hotel J.Marriot pernah dibom pada tahun 2002 dan saat itu , Imam Samudra dan kawan-kawan yang dituduh mengembomnya. Kini, siapa pula yang akan dituduh? Nantikan..berita terkini, rujuk di website detik Indonesia.
TERKINI: 10.12 pagi - 3 tempat di bom iaitu lobi dalam hotel J.Marriott, lobi luar J.Marriott dan restoran hotel Ritz Carlton. Daripada 29 yang cedera, dinyatakan 6 orang mati. termasuk beberapa warga asing dan pekerja.Kebanyakan yang cedera mengalami keadaan luka bakar. Pemain bola sepak M.U akan menduduki salah satu hotel ini sekitar 20 Julai ini selepas beraksi di Malaysia pada 18 Julai. Saat ini, tiada lagi pihak yang menjadi tersangka pengeboman.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan