Secara rasminya, hari ini hari ke 5 kami diletakkan di Kec.Montasik di bawah Mukim Bukit Baro. Di Montasik ada 3 mukim. Di mukim Bukit Baro ada 14 buah desa dan mahasiswa Malaysia Fak.Ushuluddin IAIN Ar-Raniry diletakkan di 9 buah desa seramai 4-5 orang ( Muslimin & Muslimat ). Saya tinggal di rumah Bapak Kepala Desa ( Pak Keuchik ). Namanya Bapak Dermawan. Desa ini namanya Warabo. Kata seorang bapak “wa maksudnya ‘tua’ dan rabo adalah nama sebatang pokok.
Saya berhak menyatakan rasa syukur kepada Allah sebanyak-banyaknya. Di sini saya dan teman-teman mengenal masyarakat Aceh yang ‘original’. Maksdunya mereka adalah orang asal di desa ini. Tidak sebagaimana tempat kami tinggal di sekitar kampus. Kebanyakan orang-orang dari pelbagai daerah yang sudah bercampur setelah Tsunami. Desa kami berKPM adalah desa-desa yang pernah mengalami konflik GAM-TNI ( Pemerintah
Setiap hari saya dan teman-teman merasai suasana mandi di sumur (perigi). Airnya sejuk dan jernih. Di sinilah kami melihat masyarakat desanya yang masih memasak air menggunakan kayu api. Di kawasan rumah ada yang menternak ayam, itik dan kambing. Rata-rata mereka adalah pesawah padi. Di waktu malam, suasana kampong sunyi dan cahaya lampu pun sangat suram. Power lampu memang menyedihkan. Awal Maghrib semua rumah pasti suram lampunya kerana ramai yang menggunakan elektrik. Jam 10 ke atas barulah rumah-rumah cerah sedikit sebab sudah ramai yang tutup lampu dirumah mereka.
Malam semalam dan sebelumnya, rata-rata kami berta’aruf di desa masing-masing. Di desa di Aceh, jika ada apa-apa acara, Pak Keuchik atau Teungku Imam akan membuat pengumuman selepas solat Maghrib bahawa malam ini selepas Isya’ semua penduduk mesti berkumpul di meunasah (surau) kerana ada acara. Maka, hadirlah bapak-bapak dan ibu-ibu sambil membawa anak kecil. Ibu-ibu biasanya hanya duduk di beranda meunasah sahaja. Jadi, adalah beberapa teman-teman yang menghafaz bahasa Aceh untuk memperkenalkan diri..:) Contohnya “nan lon Muhammad Fadhlullah…lon tinggal di Desa Warabo”. Maksudnya ‘nama saya Muhammad Fadhlullah..saya tinggal di Desa Warabo’.
Orang Aceh ada juga yang tidak bisa berbahasa
Dalam program KPM selama 45 hari ini, kami diberikan garis panduan oleh panitia dari IAIN mengenai apa program yang bisa kami lakukan dalam tempoh ini. Antaranya adalah acara-acara atau aktiviti yang menjurus kepada pembinaan kebersihan tempat tinggal dan lingkungan, memakmurkan masjid atau meunasah, membina Taman Pengajian Al-Qur’an (TPA) – jika belum ada, meningkatkan kreativitas remaja, mengajar anak-anak desa bahasa asing (B.A dll), dan apa sahaja yang bisa mendatangkan manfaat. Disebabkan kedudukan antara desa-desa hanya bersebelahan, maka kami juga menganjurkan acara yang berbentuk kerjasama dengan teman-teman didesa lain. Di desa yang saya tinggal ini ada sekitar 40 buah rumah sahaja dan lebih kurang 300 penduduknya.
Kami turun ke desa-desa bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi juga menerima ilmu dari kehidupan masyarakat, bukan turun mengajar sahaja, tetapi juga belajar, bukan turun berkongsi pengalaman, tetapi juga menerima pengalaman orang-orang di desa ini. Maka, apa sahaja aktivitas masyarakat desa, kami juga perlu sertai. Sekarang, padi tinggal 2 bulan lagi untuk masak. Jadi rata-rata ibu-ibu tidak turun ke sawah. Pagi-pagi suasana ‘kekampungan’ itu jelas kelihatan.
Melihat ibu-ibu di desa ini, cara berpakaiannya..teringat kepada ibu-ibu di Pattani, Thailand. Sangat persis samanya. Bertudung labuh, berkain batik..anak-anak kecil diajar berjilbab.
Pagi tadi, kami berempat di minta oleh Bapak Ulil Amri untuk bertemu anak-anak disekolahnya. Beliau adalah kepala sekolah (Pengetua) di sebuah sekolah menengah. Kami berkenal-kenalan dengan
anak-anak OSIS (organisasi siswa inter sekolah). Di Malaysia, di panggil Badan Pengawas. Kami berkongsi pelbagai perkara tentang
Pada waktu malam, saya berdua akan mengajar anak-anak mengaji IQRA’ dan 2 muslimat akan mengajar pada waktu sore (petang). Desa kami tinggal ‘mesra’ Tabligh. Imamnya, bilalnya, beberapa ketua-ketua di kampong ini juga orang jama’ah Tabligh. Bahkan sering ke
1) Jika naik motor, bertemu orang Aceh, jangan angkat tangan kiri. Angkat tangan kanan. Kalau mahu kena marah, angkatlah tangan kiri.
2) Jika masuk ke kampong, tidak tahu jalan, terus bertanya. Jangan pusing dua tiga kali dalam kampong itu dan baru bertemu dengan orang ditepi jalan yang sudah ditemui tadi dan bertanya. Silap hari bulan, simpang ke kiri akan ditunjukkan ke kanan nanti. Mereka sangat hormat tetamu.
3) Di desa-desa, anak-anak muda sangat hormat pada orang tua. Senyum, angkat tangan, bunyikan hon jika naik motor, itu kemestian bagi mereka.
Baiklah, ketemu lagi. Lon mahu pulang ke desa semula…ini ‘menyelinap’ sebentar ke kampus :) Assalamualaikum w.b.t.
2 ulasan:
akhi,, makin best la citer akhi apatah lagi pengalaman berbeda yg akhi get kat acheh.. mau ke sana juga saya yer, dunia nikan luas kan akhi?? hee..
akhi,, untuk pengetahuan akhi demonstrasi mansuhkan isa adalah yg paling mencabar sekali pernah dianjuri, hapus umno
wah..seronoknya! kan best klu pegi aceh dpt merasai suasana begini..huhu
Catat Ulasan