Isnin, 13 Julai 2009

Buku ‘Menggugat Al-Qaidah – Rasionalisasi Jihad di Mesir dan Dunia : Sebuah Penjelasan

Tanggal 15 Jun lalu, saya membeli sebuah buku berjudul ‘Menggugat Al-Qaidah-Rasonalisasi Jihad di Mesir dan Dunia’. Di cover hadapannya tertera kalimah ‘ buku paling kontroversi di Timur Tengah’ dan dibawahnya diletakkan nama pengarang asalnya iaitu Dr.Fadl – pendiri Al-Qaidah dan mantan penasihat Ayman Al-Zawahiri (hafizahullah) iaitu orang kedua didalam Al-Qaidah selepas Sheikh Abu Usamah bin Muhammad bin Laden.

Buku terbitan Sabili Publication yang dicetak pada April 2009 dan diterjemahkan oleh Team Azzam Translator ini asalnya dari buku yang berjudul ‘Rasionalization of Jihad in Egypt and the World’ dan tersebar dibeberapa buah Negara di Timur Tengah.

Kali pertama menyentuh buku ini, hati terasa agak senang kerana isinya berkisar mengenai jihad dan panduannya, beberapa kekeliruan sekitar permasalahan jihad dan sebagainya. Apatah lagi pengarangnya, iaitu Dr.Fadl adalah individu yang bersama gerakan jihad. Namun, belum selesai menghabiskan bacaan, ketenangan tadi hilang seketika. Puncanya, saya melihat isinya agak ‘berbeza’. Beliau mantan pimpinan Al-Qaidah dan antara pendiri awalnya. Namun, isi tulisan beliau sedikit ‘menyerang’ para mujahid-mujahid ini sehinggakan kandungannya sarat dengan pesan-pesan agar jangan memberontak atau melawan pemerintah Islam walau bagaimana keadaan sekalipun. Ianya ditujukan kepada kelompok-kelompok jihad dinegara-negara Arab yang sering mengecam kerajaan-kerajaan mereka yang zalim.

Isinya agak lunak ‘bersama’ pemerintah dan agak keras ‘memukul’ para mujahid-mujahid yang katanya banyak melakukan aksi-aksi jihad yang kontroversi. Saya bertambah yakin bahawa penulisan Dr.Fadl ini ada sesuatu yang ‘tidak kena’ kerana beliau mengarangnya dibalik jeruji besi kerajaan thoghut, Mesir yang memang bermusuhan dengan gerakan Islam. Tulisan-tulisan beliau ini pada mulanya diterbitkan secara bersiri didalam sebuah akhbar di Mesir dengan dukungan pemerintah. Seolah-olah beliau memohon maaf atas kebersamaannya dengan Al-Qaidah kepada kerajaan Mesir yang sering menghumban para mujahidin di penjara mereka. Wallahua’lam..kita tidak tahu samada tulisan beliau ini adalah hasil sukarelanya atau ‘ujian berat’ sedang dihadapinya di dalam penjara Mesir ini sehingga beliau sanggup ‘menyerang’ begitu teruk kepada gerakan yang pernah beliau sendiri sertai dan para ahlinya. Mudah-mudahan Allah tidak melencongkan diri beliau setelah berada diatas jalan yang benar dan menguatkan kesabaran beliau disaat ini.

Mengapa saya bimbang dengan sesuatu tulisan tentang Islam dari balik jeruji besi? Sebab saya faham apa yang berlaku kepada mereka ketika menulis perkara yang bekaitan dengan Islam didalam tempat sebegitu. Begitulah yang terjadi kepada As-Syahid (InsyaAllah) Imam Samudra yang mengarang buku ‘Aku Melawan Teroris’. Berapa banyak isi kandungan dan fakta penting dari buku itu yang ‘dihilangkan’ oleh pihak-pihak tertentu sebelum diterbitkan sehinggga jika membacanya, agar sukar memahami sepenuhnya kerana isi-isinya seperti ‘tergantung’ dan ada yang tidak lengkap. Pun begitu, masih terdapat karya-karya dari penjara yang sangat bernilai seperti Tafsir fi Zilalil Qur’an-As-Syahid Syed Quthb. [ perlu diketahui bahawa, Syed Quthb hanya menyiapkan tafsir itu didalam penjara, bukannya memulai penulisan tafsir itu dipenjara. Beliau mula mengarangnya sebelum dicampak ke penjara lagi ]. Kisah menarik Syed Quthb, baca disini : http://www.arrahmah.com/index.php/blog/read/4872/dua-polisi-yang-menyaksikan-eksekusi-atas-sayyid-qutb

Alhamdulillah, kelmarin saya sempat membuka sebuah laman web terkenal di Indonesia yang sering memaparkan berita-berita jihad dan kondisi umat Islam dipelbagai belahan dunia iaitu arrahmah.com. Akhirnya saya bertemu sebuah artikel berbentuk kritikan dan penjelasana terhadap buku Dr.Fadl yang diterbitkan di Indonesia ini. Sahabat-sahabat pembaca boleh membaca penjelasan tersebut disini : http://www.arrahmah.com/index.php/blog/read/4713/kritik-buku-menggugat-al-qaidah-merasionalisasi-jihad-dunia

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,

akhirnya...

buat pengetahuan ikhwahfillah semua, buku ini penuh kontroversi, di samping tidak ada kejelasan mengapa buku ini di terbitkan, ia juga telah menimbulkan fitnah dan salah faham di antara ikhwah yang bergerak di dunia pergerakan Islam.

buku ini telah di tebar skitar 600 buah pasentren (sekolah pondok) di seluruh indonesia utk tujuan yang tidak jelas. entah itu untuk mematikan semangat jihad atau niat murni untuk memberi ilmu pengetahuan.

terlepas dari itu semua. buku ini lebih banyak melahirkan sisi negatif dari sisi positifny.

Tulisan-tulisan yang terdapat di dalam buku-buku karangan Syeikh al Fadh sangat bertentangan dengan buku yang satu ini.

ala kulli hal, tidak salah jika antum ingin belajar sesuatu dari buku ini, di mana otak umat Islam sedang di manipulasikan oleh musuh2 Islam.

jadi pintar2 lah kita memilih... semoga kita tidak menjdi umat Islam yang hanya menerima tanpa mahu berfikir...

apa pun, respect dgn al-akh fadhlullah atas postingnya! Barakhallahufik!