Jika di Palestin atau di Iraq atau di Afghanistan dan beberapa Negara umat Islam lain yang berada dalam kondisi peperangan, apabila ada mana-mana tempat atau kepentingan kuffar atau pihak mereka yang berjaya dibunuh oleh mujahidin melalui ledakan bom, tembakan dan sebagainya, maka tidak sampai tempoh sehari sudah beredar di media seperti internet akan kenyataan bertanggungjawab dari pelakunya iaitu mujahidin. Inilah yang sering dilakukan oleh Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam di Palestin apabila mereka berjaya meledakkan mana-mana kepentingan
Namun, dalam kes letupan bom di Hotel J.W.Marriot dan Ritz Carlton yang dikatakan milik syarikat Amerika itu, tempoh pengakuan pertanggungjawaban terhadap peledakan bom ini sangatlah lama tempohnya. Pengeboman yang mematikan 9 orang dan mencederakan 55 yang lain itu berlaku tanggal 17 Julai 2009, tetapi klip video pengakuan dari individu yang kononnya adalah Noordin M.Top baru sahaja tersebar di internet sekitar tarikh 29 Julai 2009. Bermakna jaraknya adalah sekitar 12 hari lamanya. Mengapa tidak disiarkan terus selepas hari pengeboman atau beberapa hari kemudian sebagaimana yang dilakukan oleh gerakan jihad ditempat lain ? atau klip video ini baru dimunculkan setelah melihat pelbagai ‘plan’ mereka (kuffar) mula terdedah dan berjaya dihidu oleh umat Islam yang berakal ?
Inilah berita yang disiarkan oleh akhbar Serambi Indonesia tanggal 30 Julai semalam, kononnya telah tersiar di internet pada 29 Julai, kenyataan dari individu yang menggunakan nama Abu Mu’awwidz Nur Din bin Muhammad Top Hafizahullah yang berstatus Amir Tanzim Al-Qoidah, Indonesia. Kenyataan dari individu tersebut terpisah kepada dua bahagian iaitu penyataan mengenai bom hotel J.W.Marriot dan kenyataan mengenai bom Hotel Ritz Cartlton. Antara isinya yang bercampur antara bahasa Arab dan Inggeris adalah “ Allah anugerahkan kepada kami jalan untuk menyerang hotel termegah yang dimilki oleh Amerika di ibu
Yang anehnya, disaat pihak keselamatan
Klip video letupan di kedua hotel ini yang dirakam oleh CCTV juga saban hari disiar dimedia yang menunjukkan seorang individu membawa beg masuk ke hotel dan akhirnya meletup. Di J.W Marriot, pelakunya dikatakan berumur lingkungan 16-17 tahun dan di Ritz Carlton sekitar umur 40 tahun.
1 ulasan:
Seorang lagi al juburi yang menarik untuk diperhatikan http://jamilismail.blogspot.com
Catat Ulasan