“ PAS teruk system tarbiah…takde tarbiah..tarbiah hanya peringkat pimpinan…ahli tidak ditarbiah…solat jama’ah orang Pas pun bermasalah…ukhwah hampas…akhlak buruk…usrah takde…tamrin takde…qiyamullail jama’ie tak buat…mukhayyam pun tak buat…pimpinan tak thiqoh..ilmu kurang…pelapis takde…PAS MEMANG TERUK TARBIAH !!! “ “ Macam mana bercita-cita nak perintah Malaysia ?
“ Tengok jama’ah ni, bagus ! ada system tarbiah, tersusun, baik, sempurna, ahli baik-baik, orang-orangnya rajin membaca buku, cerdik pandai, akhlak bagus-bagus…”
Begitulah lebih kurang suara di balik pintu gerbang kampus menjerit marah. Ya, yakinlah bahawa mereka yang menginap di bangunan batu yang indah, dilengkapi aircond , hampir saban hari mengenal LCD dan laptop, setiap hari bertemu buku-buku hebat dan pelbagai pemikiran-pemikiran hebat itu, sebenarnya mereka adalah pasukan tentera yang cukup hebat dan tentera yang luar biasa yang mahukan ketuanya diluar lebih gagah dari mereka.
Namun, saya yang mungkin salah seorang generasi yang lembab, jahil tarbiah dan tidak melihat ke depan dengan lebih luas, ingin menjerit juga dengan lebih kuat sebagai pengumuman kepada orang-orang cerdik di bangunan-bangunan batu di tengah kota di mana-mana sahaja :
“ PAS adalah sebuah gerakan Islam ( Harakah Islamiah ) yang memegang dua tugasan besar iaitu dakwah dan siasah. Asalnya, ia bukan parti politik. Namun, atas kerana menyuarakan soal Negara, undang-undang, kehakiman, jinayah dan yang bersangkutan dengannya memerlukan kepada kekuasaan, maka PAS mendaftar menjadi parti politik. Islam tetap menjadi dasarnya. Maka ia disebut parti politik Islam. Namun, bagi sesiapa yang merasakan jalan untuk memulihkan Negara yang bersistemkan jahiliyah mustahil dapat dilakukan melalui politik yang alatnya demokrasi, silakan sahaja diikuti keyakinan anda itu kerana anda mempunyai ulama’ yang memberikan pandangan dan PAS juga mempunyai ulama’ yang diguna pakai ijtihad atau fatwanya “.
“ PAS tumbuh hasil kesedaran ulama’ yang berpendidikan di luar Negara dan alim ulama’ di dalam Negara juga. Ia tidak datang dari cetusan idea Pak Mat di warong kopi atau Mak Cik Minah penjual karipap “.
“ PAS adalah gerakan Islam. Sifat gerakan Islam adalah keanggotaan yang terbuka tanpa pengelasan-pengelasan tertentu. Namun, duduk tinggi dan rendah khasnya di dalam urusan kepimpinan gerakan Islam, itu sudah pasti memerlukan penelitian kepada tahap-tahap atau criteria khusus agar pergerakannya nanti menjadi lancar kerana dipandu oleh orang yang faham apa itu gerakan Islam dan apa itu peranannya .“
“ Maka, di dalam PAS ada ulama’, intelektual atau ahli akademik, pensyarah, guru, pegawai kerajaan, polis, tentera, artis, pemandu lori, pengutip botol dan tin, penjual surat khabar, penjual kicap dan budu, nelayan, tukang pomen, penembak kijang dan rusa, pengutip kulat dan cendawan, penanam pisang dan jagung, pak cik yang berhenti sekolah ketika darjah 6, mak cik yang sempat masuk Tadika kemudian berhenti kerana tiada duit, budak muda lepak simpang jalan dan segala macam “
“ Bagi golongan yang cerdik pandai, alim, mungkin mereka memahami bahawa intima’ bersama PAS bukan sekadar untuk melawan UMNO yang rakus dan zalim memerintah Negara, tetapi lebih dari itu, intima’ ini adalah tuntutan Allah dan RasulNya agar bersama didalam perjuangan Islam. Namun, anda dan saya tidak boleh menafikan bahawa di dalam PAS juga adanya mereka yang intima’ kerana ingin melawan UMNO semata-mata, marahkan minyak naik, marahkan ISA, marahkn Najib, bencikan TOL dan seumpamanya. Mereka ini adalah orang yang memang tidak tahu atau tidak mengambil tahu apa sebenarnya fungsi gerakan Islam. Ya, itu kelemahan semua pihak dan perlu diperbaiki oleh orang-orang yang sedar. Tetapi, jangan anda nafikan juga, membenci kezaliman UMNO yang mengekalkan ISA, mendera rakyat dengan TOL yang tidak henti-henti..itu juga sebahagian dari tuntutan yang perlu diperjuangkan oleh Gerakan Islam “
“ Jika anda mengatakan bahawa PAS tiada tarbiah, itu jelas pembohongan. Jika anda mengatakan system tarbiah PAS lemah, itu benar dan jika anda mengatakan, tarbiah tidak sampai kepada keseluruhan ahli dibawah, itu juga benar. Namun, mengatakan PAS tidak mementingkan tarbiah dan tiada usaha menyampaikan tarbiah sehingga ke akar umbi ( ahli bawahan ), anda tersilap perhitungan.”
“ Saya juga mencadangkan anda yang cerdik pandai dan lumat serta ‘faqihan jiddan’ di dalam tarbiah di kampus agar bermesyuarat dan lakukan acara ‘SWOT’ yang hebat yang anda kuasai pelaksanaanya, bincangkan satu plan tarbiah yang sangat sistematik kepada PAS yang boleh sampai kepada ahli bawahan, senaraikan naqib-naqib pemuda di setiap cawangan yang boleh membawa silibus usrah anda, rencanakan program qyamullail yang praktis untuk setiap kawasan, jangan lupa program tamrin, mukhayyam, symposium nuqaba’ dan semua yang berunsur tarbiah. Setelah siap, anda ajukan kepada PAS di peringkat negeri atau terus ke unit tarbiah Pusat “.
“ Saya berkeyakinan, masih ada ruang untuk anda menyalurkan idea. Terlalu banyak pintu untuk anda masuk jika pintu pertama ditutup atau ada tuan rumah yang malas menjemput anda masuk. Keduanya, bila masuk rumah orang, perlulah fahami tuan rumah tersebut. Jika meluncur laju, mungkin kena halau dengan tuan rumah. Sebab, tuan rumah itu tidak semua ditarbiah di kampus macam anda “
“ Jangan menilai dan membuat keputusan tentang PAS semahu-mahunya, sekiranya anda hanya pemerhati jarak jauh sahaja yang tidak bersama menyelami PAS. Jika anda tidak turun ke masyarakat kampung, jangan anda membuat andaian-andaian seperti tarbiah anda di kampus. Jangan anda baru mengenal seorang dua pimpinan PAS dan anda melakukan program keluarga angkat ke tengah masyarakat, anda sudah mengaku “aku sudah bersama masyarakat”. Aku kenal dah PAS”
“ Jika anda seorang pengkritik tarbiah PAS yang baik, tetapi pulang ke kampung, muka anda pun tidak nampak solat jama’ah di masjid, ketua cawangan dan YDP Kawasan anda pun anda tidak kenal, cukuplah berteori dari gerbang kampus. Jika pimpinan Pemuda ditempat anda pun anda tidak kenal, kemudian anda pulang ke kampung terperap dirumah menunggu orang PAS mencari anda atau kad jemputan rasmi dipos ke rumah, buanglah jauh-jauh mimpi anda untuk perkasakan tarbiah PAS.”
“ jika anda berharap orang PAS yang mula mengenali anda dan bukan anda yang memperkenalkan diri, anda juga sebenarnya sedang melakukan kesilapan. Apakah anda ingat dengan mendiamkan diri di rumah atau ke program PAS bersembunyi-sembunyi, orang PAS kenal anda pimpinan mahasiswa di kampus? Atau anda beranggapan ketua cawangan anda selalu buka website gerakan mahasiswa kampus dan kenal anda ? atau anda merasakan bahawa memperkenalkan diri sebagai mahasiswa, ikut usrah, naqib usrah dan segala-galanya di kampus, menyebabkan penyakit riya’ yang perlu dihindari ? Sohih, anda tidak faham apa itu riya’ dan bila boleh memperkenalkan diri “
Akhir , jika semua masalah ini pun masih membaluti diri anda, akurlah dengan kelebihan dan kekurangan PAS. Kelebihan, gagahkan lagi, kekurangan, tambah baik segera sedaya upaya anda dalam lingkungan kemampuan anda sebagai mahasiswa. Jika tidak, jangan hanya pandai mengusulkan teori itu dan ini, pemikiran orang itu dan orang ini.
Salam Perjuangan
6 ulasan:
"PAS adalah sebuah gerakan Islam ( Harakah Islamiah ) yang memegang dua tugasan besar iaitu dakwah dan siasah"
Hanya ayat diatas yang mengandungi kata-kata 'islam' dalam entri enta. Mohon diterangkan (mungkin didalam entri-entri yang seterusnya) bagaimana perjuangan Pas itu ialah perjuangan islam sedangkan fokus utamanya ialah politik. Ana musykil.
saudari nik madihah, melalui soalan anda itu, saya ingin bertanya, adakah politik bukan sebahagian daripada Islam?
Adakah Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah & menubuhkan satu negara Islam dengan sistem politik yg lengkap & padat dengan unsur-unsur Islam itu 'tidak Islam'?
Maka, adakah dengan memperjuangkan politik, bermakna tidak memperjuangkan Islam?
to nik madihah...
suasana sekarang yg mengasingkan politik dari Islam itu yg buat orang confius dgn 2 perkara ini..ana faham bagaimana enti boleh konfius..itu yg mmbuatkan belia skrg tidak berminat dgn politik..
Islam bukan politik semata tapi politik adalah part of islam..
dalam PAS..perjuangan nya ISLAM tp melalui wadah politik..target utama membangunkan Malaysia sebuah negara Islam sbnr, bkn hanya pada nama dan agama pemimpin dan agama warganya shj..tapi kelak sistem pemerintahan, sistem kehakiman, sistem politik malah segalanya dr akar umbi adalah berlandaskan ISLAM..
Islam itu syumul yakni menyeluruh..bkn hanya pd sepotong ayat atau secebis kata-kata islamik..Islam merangkumi segalanya..kalau enti teruskan kajian dgn scope2 ISLAM..insyaAllah tiada lg konfius..bkn je dlm bab politik..malah pemahaman yg meningkat dlm semua area hidup..
wallahualam...
Tegakkan Islam di dalam diri kamu nescaya ia akan tertegak di watan kamu.
dakwah ini memerlukan jalan yang panjang. bermula dengan individu muslim, keluarga muslim dan akhirnya negara Islam. Kekuasaan yang digenggam sebelum tiba masanya kelak akan menjadi racun.
dalam skop bernegara, mampukah islam memimpin di Malaysia? dalam rencam PKR dan DAP?
Hakikatnya, musuh kita ialah: 1. Kafir yg memerangi. 2. Munafik yg membenci. 3. Muslim yg asi. 4. syaitan dan 5. nafsu.
"dalam PAS..perjuangan nya ISLAM tp melalui wadah politik."
jgn salah paham, PAS sememangnya satu harakah islam yg memperjuangkan islam, bukan sekadar politik sahaja, tp dari segenap aspek. bukanlah harakah islam kalau sekadar memperjuangkan juzuk tertentu sahaja.
mungkin masyarakat nampak PAS mcm xde tarbiah sbb klu PAS buat program/tamrin/ceramah, PAS tak akan letak title PAS dlm program tersebut.
contohnya ditempat saya banyak program pengajian yg dianjurkan oleh org PAS, tp tak sebut pun "program pengajian PAS" sebab biar semua org dtg.
contoh lain, tok guru nik aziz sendiri tiap jumaat buat kuliyah, tp xpernah pun sebut pasal pas atau kuliyah itu disebut sebagai kuliyah pas.
lain, tok guru saya di melaka, seorg ahli dewan ulama dimelaka, tiap minggu buat kuliyah ahad, satu msia dtg, tp tak pernah sebut pasal pas.
salam...ustaz ana mnta izin posting ni letak dalam blog ana.bolh ka?
http://mirasafiah.blog.friendster.com/
Catat Ulasan